at last the day come..that is hari raya aidilfitri..kita kembali kepada fitrah kita semula..
pagi tu (1 oktober 2008)
of course pagi raya awal2 pagi aku dah bangun..mandi sunat raya..and bersiap nak g solat raya..baju aku pagi raya warna pinky..really pinky..aku secara jujurnya memang tak berapa gemar warna pink but still ada je warna pink yang menarik perhatian aku but still i'm not a pinky lady..so this baju raya mama yang pilih sebab mana la ada time aku nak balik png semata-mata nak pilih baju raya..buang duit and buang masa jah..lagipun raya is every year right???bunyinya lain ckit jika compare dengan kita cakap raya setahun sekali je..btul kan???hehehe
aku ngan iya la yang beria-ria sangat nak solat raya..iya 1st time solat raya yg aku lak 2nd time la,1st time solat raya kat masjid kat bandar bharu,kg mamaku..selalu teringin je nak solat raya tapi every year raya mesti tak boleh tahun ni alhamdulilah ada rezki..yang pergi solat raya aku,iya,mama,mak teh,zarif,irfan,pak teh ngan abah..kami bersolat kat masjid kota lama ja..sepupu2 aku yang lain termasuk pak we g solat raya kat masjid ubudiyah..aku teringin sangat sebenarnya nak g solat kat ctu huhuhu bila aku cakap pasal kuala kangsar msti orang lain akan cakap pasal bandar diraja and istana and more interested thing about kuala kangsar is masjid ubudiyah..but still aku tak pernah g solat kat ctu..kampung je nama kuala kangsar tapi empunya diri tak pernah solat lagi kat ctu..takpa la nanti ada rezeki la tu,insyALLAH tahun depan ka..takpun nanti suatu masa yang indah chewah hehehe kalu ada rezki aku nikah kat ctu hehehe gatal merla ain sabrina ni..tu kan satu impian..kena cari orang kuala ni hehehe
lepas solat kami g melawat kubur..g melawat kubur arwah tuk,opah,mak cik ngan pak wan.."assalamualaikum ya ahli kubur"..bila pergi terselit juga rasa insaf,satu masa nanti insyALLAH aku akan menjadi ahli kubur jugak..sedangakn diri ini banyak lagi dosa yang bertimbun..astagfiruallahalanzim..
balik umah,rehat2 kejap..mula la sesi 'duit raya'..hehehe the best sesi ever..hehehe..bapa dan mak2 sedaraku pun ikut turn bagi duit raya and tak lupa sambil bermaaf-maafan..mula2 mak we bg dulu..aku ada ambil gambar setiap diorang bagi duit raya tapi tak leh nak post lagi nanti la ye..and one unexpected thing angah pun bagi duit raya..hehehe suke..orang dah keje kan..the 1st cousin yang belah abah la yang bagi duit raya,belah mama dah ramai bagi duit raya hehehe lepas tu diikuti turn mak wan(waktu ni memang bebanyak minta maaf le,banyak mengumpat psl dia ckit eheheh)then turn abah ngan mama,salam mintak ampun je la duit raya tak dapat..dah besar panjang abah kata tu yang aku tak dapat duit raya dari abah huhuhu then turn pak teh mak teh,pak tam mak tam,then lastly orang kaya sungai petani bak kata pak teh that is pak su and mak su..memang meriah gila la time tu..best..aku ada snap gambar candid banyak waktu ni..nnti la aku post kan ye..
lepas rehat2 ckit mula la sesi ziarah menziarah sedara2 terdekat..mula2 g beraya umah pah cu..makan mee kat ctu..penuh umah pah cu ngan kaum2 kerabat aku je..hehehe penat le wan cu nak melayan..lepas tu g ziarah umah sebelah umah pah cu..diorang tu sepupu kepada opah aku jadi diorang kira tuk sedara la and anak2 dia kirannya bapak2 n mak2 sedara aku sedangkan diorang tu baya2 aku gak..ada sorang tu kawan farah masa kat sekolah..heheehe persaudaraan jauh..kat ctu ada nasi ngan mee..tapi semua dah melantak kekenyangan kat umah pah cu jadi kat ctu tak makan sgt..sepupuku sibuk tengok bola kat tv..aku tengok tuan rumah tu cam terkejut je mula2 tengok ramai sangat yang datang..ye la sampai berapa keta kami g sana..keta abah,pak tam,mak wan,mak su,pak teh..sampai 5 biji keta dah dalam keta tu mmg dimampatkan sepenuhnya heheeh aku pun naik keta pak tam masa g..
balik tu relax2 kejap,mama la ajak g ziarah umah sebelah2 tu..mula2 g umah yang ada wat kenduri ari tu..yang g mama,mak teh,mak we,pak teh,aku,iya,farah,inat,hada,tirah,nana,ijas,along,angah,oli,daniel..tu je la kot..yang lain tinggal kat umah..masa masuk tu aku duk jalan belakang along and angah,masuk2 jah tetiba ada la ank2 dara orang umah tu la 2 orang duk usha2 angah,along ngan oli..hehehe lawak gila muka diorang,muka 3G(fikir2 la sendiri maksud dia)sungguh..dah la kantoi ngan aku..bukan aku ja mama ngan iya pun perasan..ceh,wat malu je hehehe ok malas nak panjangkan isu tu..kat umah tu makan laksa..cuba bayangkan dah berapa banyak aku duk sumbat makanan kat perut aku ni..bulan posa turun 1 kg mau2 raya ni naik 3 kg lak pulak ni..hehehe takpa2 start posa ganti ngan posa 6 pas ni ye cik ain sabrina..
then balik umah kejap sambung ekspedisi lagi..g melawat rumah sebelah lagi satu lak..ekspedisi kali ni kurang lagi bilangan peserta dia..yang g mama,mak teh,abah,pak teh,aku,farah,inat ngan tirah..peserta yang lain dah tak larat meneruskan ekspedisi hehehehe g dua rumah..aku tak berapa kenal orang2 tu..tiba2 aku dikenalkan dengan sorang mak cik yang pernah jaga aku waktu kecik dulu..sempat jaga aku nagn ayin buat sementara waktu dalam 3 bulan gitu la..hehehe lawak je banyak je kisah2 kecik aku diimbas kembali yang cik tirah ngan inat mula la dapat modal nak mengusik aku..tengah melawat umah lagi satu ni tetiba ada orang fon pak teh cakap uncle khairi datang umah jadi kami pun balik umah..
sampai je kat umah,aku pun bersalam la ngan semua..then aku baru perasan ada abg mal..ye ye abangku yang sorang ni balik..rindu sangat kat dia..kan hp aku hilang so no dia pun hilang and i'm the only one yang ada no baru dia tu so sebelum ni aku tak dapat contact dia..dia tak bagi no baru dia kat abah..memang pagi raya tu aku suruh abah cari gak no dia kat mak dia(my stepmother) dapat tapi tak dapat contact..aku dah sedih dah pagi raya tu tetiba dia muncul hepi gila la aku..abg mal pakai baju melayu warna biru muda,my fav colour..sembang tak ingat dunia macam 5 tahun tak jumpa,sedangkan baru la 2 bulan aku tak dapat contact dia heheehe rindu punya pasal..
dah petang,abah pun kata nak balik dah sebab malam raya ada umah terbuka kat umah tah jadi nak kena bertolak g taiping dah..baru sembang kejap ngan abg tak puas lagi alih2 dah nak berpisah..aku pun beria-ria pujuk abg ikut sekali..tp apakan daya dia guna keta mak dia so dia kena balik ipoh gak ptg tu..sedeynya..tp sebelum nak g taiping abah nak singgah kat laneh jap so masa tu abg mal ikut..g sana aku,ayin ngan irfan naik keta abg mal bw..teringin nak merasa keta honda mewah ehheehe dalam keta baru la adik aku,ayin buat luahan perasaan kat abg mal sebab abah takda kan hehehe mengadu la tu..manja seketot betul adik aku tu heheheeh lepas tu kan abg mal bagi diut raya hehehe seronoknya..
sampai kat laneh,mak tam ngan pak tam takda pun..so bersembang la kejap ngan sedra mak tam yang da kat ctu..lepas tu balik and the real time for perpisahan came huhuhu
takpala ada rezki jumpa lagi..aku beria-ria ajak dia g kelate nnti boleh aku bawak dia ronda2 kelate..
lepas tu baru g umah tah(aku panggil tah pada tuk sedara aku kat taiping)..
sampai kat sana takda sapa lagi..lepas tu baru la ada sedara2 tah yang sama yang aku tak berapa kenal..pernah jumpa tapi jumpa setiap kali raya je tu pun tak semua tahun raya jumpa..aku jadi cam segan and tak tau nak wat pa..lebih2 lagi muncul insan yang menakutkan itu(ok this isu is really so sensitif,so isu ni berhenti di sini sahaja)..lepas makan2 aku pun masuk bilik..memang tak patut waktu umah terbuka g masuk bilik tapi that guy really menakutkan..then,tetiba anak tah aku yang aku panggil angah kat dia mintak tolong aku suapkan anak dia anip..sebelum tu aku ada kuar bilik gak melayan budak2 tu main bunga api,melayan sapa lagi cik firisya tu,nurin,afiq,irfan tu je la yang ada pun..
memang layan anip tu agak mencabar..hehehe budak2 besala..aku suap satu sudu dia berjalan-jalan,suap lagi satu sudu dia sambung berjalan-jalan lagi..cuba bayangkan satu magkuk nasi goreng takda la penuh pun nasi goreng tu aku bubuh si anip ni ambil masa sejam untuk abiskan..minum air je banyak..mula2 aku duk satu tempat tapi rasa cam segan and menakutkan je duk tempat tu so aku pn ikut berjalan-jalan ngan anip heheeh jadi babysitter bergerak aku malam tu..hehehe but anip is really cute..nanti aku masukkan gambar dia ye..walaupun agak penat melayan kerenah dia tu but i'm really happy layan dia malam tu takdala rasa mati kutu and dlm masa yang sama dapat melarikan diri ckit..
mlm ckit br balik umah..sebelum balik aku sempat cium dahi cik anip tu..sombong betul dia ngan aku tak nak antar aku balik pun..masa aku tengah suap makanan kat dia bukan main lagi bermanja ngan aku..budak ni betul2 berperangai kebudakan hehehe fitrisya ngan Nurin yang beria-ria salam..comel tul diorang..sampai la kat umah dalam kul 11 mlm..lepas tu aku dan adik2ku pun topout hp mama tuk dapatkan broadband internet..gilir2 aku ngan adik2 guna internet nak dekat kul 3 baru aku tido..hmm the 1st raya yang dinanti-nantikan sangat sebelum ni pun akhirnya berakhir..
Two months to go lub dub lub dub
5 years ago
0 pengomen:
Post a Comment