Wednesday, May 28, 2008

DOCTOR..WHAT PEOPLE THINK ABOUT THIS CAREER??


bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..

Want to be doctor???can you???
Ni soklan yg aku slalu aku tnya dri aku dulu sblm msk kos medic ni and skrang ni dah masuk pn aku slalu tertanya dalam diri aku sendiri..bkn aku ja duk tertanya,my famili and kawan2 slalu mengeluarkan pertanyaan ni.. “bolehkah??tak takutkah?”mcm2 la pertanyaan dah ditimbulkan oleh org2 di sekeliling aku..
First sekali aku nak tnya pendapat semua la kan..kerjaya doctor ni menakutkan sngat ke??? Drpd survey aku la kan..ni lah antara jawapan2 yg diberikan selepas disunting sikit la ye…

“medic ni susah la..dah la kerja banyak and kena banyak berkorban tp gaji sikit jah..dah la tak tentu masa..nnti keluarga terabai plak..”Penyataan ni betul..gaji mmg tak berbaloi dengan kerja yg doc buat..ni kena berbalik kpd niat doc tu la..sama ada dia mmg ikhlas nak bekerja atau juz nak duit..kalu nak duit dia patut ambik kerjaya lain..kalau nak jd kaya pn kena smbung pakar br dapat duit beribu-ribu tp still sibuk..pasal keluarga terabai,mgkin ya mgkin gak tidak..tah la..aku tak pasti gak pasal ni..tp aku tgk doc2 yg ada ok ja famili dia..tu dr pandangan je la kan kita tak tau masalah dalaman..tp skali lg ditekankan the doc’s famili still ok,sihat walafiat and bahagia..

“tak takut ka tgk darah..masa bedah tgk organ tu live2 tak takut ka”Takut???tah la..bila org tanya aku soklan ni aku nak tergelak pn ada..mn taknya soklan ni plg kerap ditanya..jawapan aku kadang2 ”taklah,kalu takut ain takde la nak jd doc” kadang2 aku hnya jawab ”hmm tahlah”..tahlah sbb aku pn tak brapa yakin ngan diri aku..betulke aku tak fobia ngan darah..betulke aku tak takut..tapi wat masa ni takda masalah pn timbul ms aku g tgk darah wktu g mlawat hospital masa attachment ngan hospital tp 2 juz ckit2 jer takdala tgk darah yg melampau2 cm dalam emergency room..ari tu ms mlawat emergency room takda kes mnakutkan pn juz ms tu ada patient yg kena tetak kat kepala dia dgn jiran dia yg sakit jiwa..takdala menakutkan sbb patient tu dah dijahit jd ada ckit je kesan2 darah yg tggal jd tak trill sgt la utk menguji keberanian aku ngan darah..hope2 ok la..i really want to be a doctor..ada org ckp tkt dngan darah ni hnya permainan perasaan je..lama2 nnti tengok darah dah biasa dengan bau dia ok la..hope2 aku ok ja dengan darah siap boleh wat ’kawan’ lagi hehehe


”Tak takut ke tersilap wat cucuk ka bedah ka pastu kena saman?”
Haha kes saman..mmg menakutkan kan??dah banyak sgt tayang kat tv ngan kuar kat paper pasal kes saman2 ni..serius menakutkan aku gak..bkn aku jer smua yg seangkatan ngan aku n doc2 yg ada..ni aku pn tak brani nak jwb..masa depan kan..hnya tuhan yg tahu..insyALLAH aku blaja betul2 kerja pn betul2 takda kesilapan kot aku kan wat dan insyALLAH aku tak disaman..

"Blaja medic ni susah la..dah la blaja lama..5 tahun..tu pn tak tentu lg kalu terkandas kena tambah tahun lagi..."
blaja susah???ssh la jgak..klu tak ssh takda la aku fail slanjar 2x kan..hehehe hmm tp blaja apa2 pn ssh sebenarnya tp medic lg harder la kan..apa2 pn klu kita studi hard walau sesusah mn pn kita still leh sukses..usaha tangga kejayaan kan..kalu ditakdirkan fail pn kita kna repeat terpaksala terima..ada org ckp bgus repeat ni sbb kita lg ingat nnti kita leh perbaiki kelemahan kita..kita leh revise lg..kiranya takdalah teruk sgt wlaupn kna repeat pn and repeat ada kelebihan dan faedah gak utk student gak wlaupn org luar nmpak cam truk jah..pasal blaja lama takda la lama sgt pn stakat 5 tahun pejam celik pejam celik dah cukup 5 tahun..ala kos lain pn lebih kurang 3,4 atau 5 tahun lebih kurang ja..at least kos medic 5 tahun insyALLAH pas blaja dah ada keja kos lain wlaupn tempoh blaja ckit tak tentu lg ada kerja..jd tambah tolak tambah tolak lebih kurang je la sbnarnya..sori la pada kos2 lain kalu korang rs aku merendahkan korang ke..sori ye..takda niat juz nak cerita yg medic takdalah teruk sgt blaja dia..

That’s all people think about doc yg aku ingat la..nnti pa2 ada lg aku add la..and kalu korang ada pendapat korang masing2 pasal doc ni juz comment k..k wslm..

Monday, May 26, 2008

CERPEN ISLAMIK : DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR

bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah
aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat
hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi
jalan.
"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat.
Kebersihan itu separuh daripada iman."
Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku
Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.
"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti
didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit
kepalanya.
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan
duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk
Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang
sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke
sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan
yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.
Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini,
gerutu hati Datuk Dr.Johar.
"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.
Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini
Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak
fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-
tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki
dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.
"Assalamualaikum. ...Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang
sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda
pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik
didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."
Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya
undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya.
Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?
" Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini
saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.
"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga
lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai
berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.
"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian
zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.
Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah
kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan
jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak.
Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada
jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia
yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.
"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini.
Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "
"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul
Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian
orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun
dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian
macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan
Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya
lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini
Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid
Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.
"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai
Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin
bandar ini."
Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi
jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni?
Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.
"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas
sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..."
Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang
lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.
"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat
pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu
lelaki itu.
Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh
Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia
terlepas ...Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia
perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di
tepi-tepi jalan :
"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan
besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima
sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"
Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia
ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di
situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi
melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.
"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."
"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan."Mukanya
dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan
persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam
ni!".
Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas
dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi
wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita
tanpa Women's Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana.
Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangny a.
Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.
"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis,
nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."
"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah
termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada
orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah. ..." Keluh tuan
restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia
manggeleng -gelengkan kepalanya.
Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani
sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.
"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya ! Apa peliknya?",

"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?"
tanya pelayan berkulit hitam itu.
Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada
meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun
rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian!
Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan.
Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan
alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.
" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang
jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan.
Macam tak lalu makan saja
"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di sebelah.Dia
nampak simpati.
Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ...malang
nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah
ana " Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala
sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi
orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak
sudi pula terima sedekah kita, keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi."Kalaulah kita
hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun
dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada
moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan
duit untuk kemaskinikan kementerian- kementeriannya. ... saya nak labur habis-habisan.
Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan
perlahan -lahan.
Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan
restoran.
"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya
terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....,"
kata pelayan itu lagi.
"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam
negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah
campur geram.
"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita,
juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan
makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita
tak perlu hospital!�
"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?"
leternya perlahan-lahan.
"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun
1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya. ...."
"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang
...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya.
"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat
apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.�
Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan.
Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi
kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama
Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr.
Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam
ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul
nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH
PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu
macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.
Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi,
protes hati Datuk Dr.Johar.
Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin
komputer: RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti...
FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI�.. Kepala
datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu
yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.
"Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak
muda sekarang..."
"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara
di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing
itu.
Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...ni suara orang mengaji,"

"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata
pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema
.... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci.
Inilah getaran hatiku memburu cinta.......
stanza hati merindu Ilahi!"
Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..."
Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit
saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.
"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan
sajalah."
"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di
bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."
" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun
yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."
"Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar
lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati.
Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.
Pemandu bullet train berserban merah tersenyumkepadanya. Pilot helikopter dengan
tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan
tertegakpapan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN
SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta
anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.
Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum.
Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa?
Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan
dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.
"Datuk..!Datuk. .! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"
Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.
"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? " tanya Datuk Dr. Johar.
"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu
pilihanraya. .."
"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.
"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"

???SOALAN-SOALAN DALAM HIDUP KITA???

bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..

soalan2 dalam hidup kita...
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung".
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 87

Sunday, May 25, 2008

CHATTING ANTARA BERLAWANAN JENIS....BOLEHKAH????

NAK TAHU JAWAPANNYA..
KLIK...
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=80&thread_id=1516&rowstart=0

Saturday, May 24, 2008

INALILAH!!!



AL-FATIHAH
Pada 23 mei pergilah seorang insan bernama abdul hamid bin ismail,insan yg ku gelar pak wan..ya pergilah seorang bapa saudaraku dari alam yang fana ni..lebih kurang pukul 2.15 petang waktu orang solat jumaat dia pergi meninggalkan kita semua..
Dia pergi takkan kembali meninggalkan mak wan dan dua orang anak..
Puncanya sakit jantung..sakit jantung pembunuh nombor satu..atau lebih specific lagi kematiaanya berpunca daripada acute myocardial infarction..
Arwah bagiku cukup baik..dia seorang yang pendiam..tidak ambil tahu hal orng..insyALLAH aku rasa dia tak menyakitkan hati orang lain memandangkan arwah seorang lone ranger,pendiam tak mengata orang insyALLAH dia bersih daripada dosa sesama makhluk,dosa dia ngan tuhan kita tak tahu moga diampunkan dosanya..amin..
Aku lihat abang sepupuku,anak sulung pak wan sesekali mengesat air mata yg jatuh tatkala sedang membaca yasin..alunan yasinnya tak berapa jelas kedengaran..sayu aku lihat..ye la kehilangan ayah tercinta tentu tersentuh juga hati lakinya walaupun aku lihat dia tkda la berapa ngam ngan ayahnya tp still hati seorang anak sedih bila memikirkan ayah yang telah pergi ke rahmatullah dan takkan kembali lg..sesekali orang datang menziarah,orang pasti bertanya bagaimana arwah bleh ’pergi’..dia pn menjawab kerana dialah yg berada di sisi arwah tatkala arwah ’pergi’..jelas sendu di wajahnya..
Kematiaan arwah agak mengejutkan sbb arwah nampak chat je..dia memang pnh masuk IJN tp cam dah sihat je wlaupn dia tak nah dibedah..jd kematiaannya agak memberi impak..memberi pengajaran pada kita yang hidup bahawa bila2 masa sj nyawa kita boleh ditarik..dan bila terfikirkan sepupu aku yang sedih aku terfikir kita patut menghargai pa yg kita ada sebelum dia pergi meninggalkan kita..lebih2 lagi abah n ma kita..hargai dan hormatilah mereka selagi mereka ada bersama kita..

ONE HAPPY FAMILY AT HOME!!!


sejak cuti serius rasa boring sangat muncul dalam diri aku..serius..tak tahu nak wat pa..tiap2 ari wat bnda yang sama..surf internet,bc nota 2nd year jap,tgk tv jap wat krja convex jap tiap2 ari wat bnda tu rs cm nak blk usm balik nak perah otak balik huhuhu tp masa kat hostel rasa tak sabar2 nak balik umah pulak ish2 memang manusia tak pernah puas dengan pa yang dia dapat kan...
tp skrang tak la boring sgt sbb dah start cti sek..adik2 aku smua dah blk umah dr hostel jd dah cukup ahli keluarga kat umah.."one happy family at home"..
aku walaupun juz studi kat kelate bknnya kat oversea pn tp still jarang blk umah..bnyak keja kan lgpun blk umah hujung mggu penat badan je kecuali la cuti pnjg kan..dah la jarang balik pastu stiap kali balik msti adik aku yg studi kat mrsm langkawi tu tak balik jd dah lama la aku tak jmpa adik kesayanganku sorang tu..tp still stiap mggu aku msti fon dia gak tnya khabar..msti lebih kurang sejam gak kami bergayut jd km still in contact hnya tak jmpa ja..jd cti ni melepaskan rndu masing-masing la..
apa2 pn lastly umah yg snyi tnggal ma,abah ngan inat je dah mula terisi ngan aku dan adik2 aku cuti ni.."one happy family at home"

Friday, May 23, 2008

"NAK JADI DOKTOR KE PHOTOGRAPHER NI???"


“Nak jadi doctor ke photographer ni???”


Itulah soklan yg kuar dr mulut mak teh aku bila dia tgk aku asyik ambil gambar ms cti kat Cameron ari tu..soklan ke tu atau lebih kepada penyataan..aku hnya gelak je masa tu..and pastu aku jawab “sejak kebelakangan ni je minat ambil gambar sejak bukak blog..ain memang suka menulis pn”..mak teh aku senyum mengangguk..dulu masa aku duk umah dia aku pnh antar esei untuk hari merdeka dia yang tolong taipkan jadi dia mmg tau aku suka menulis..hehehe mmg best menulis ni..dulu pernah la aku cita-cita nak jadi penulis novel tp still ms tu my priority ms tu still nak jadi doc..cita-cita dari kecil la katakan alhamdulilah tercapai gak tapi still minat menulis tu tak luntur..

Berbalik pasal ambil gambar kebelakangan ni macam minat la ambik2 gambar ni.banyak gambar yg ambil sebenarnya tapi takda la semua ditayangkan kat blog pn.ye la for this blog malas la nak letak gambar2 comel aku(ceh perasan comel lak..hehehe) atas dasar keselamatan so setiap gambar yg aku ambil perlu ditapis-tapis jadi tak semua gambar la ada..ambil banyak tp tayang sikit ja..jadi disebabkan minat baru ni adala impian nak beli kamera digital last2 aku bli hp baru k660i ada kamera n mp3..pueh ati den..nak mp3 ngan kamera digital sgt last2 bli hp yg ada dua2..mmg pueh la..hehehe jd mmg g Cameron tu pueh ambik gmbar je la ngan hp baru hehehe

Ari tu masa tengah cari buku nota kosong nak tulis plan utk pameran convex,tgh2 cari aku jumpa la beberapa buku yang aku wat untuk tulis draf novel and cerpen ms dulu2(cam lama sgt je adala masa sek menengah dulu la)..bila baca balik rasa seronok pn ada rasa nak tergelak pn ada gak..bila baca ada juga terlintas ada bakat jugak aku ni (ceh perasan lagi hehehe) tp serius ada bakat la juz aku tak antar g mana2 produksi je..tp bila baca aku terasa aku masa dulu memang kuat berangan rupanya hehehehe patutla spm kantoi ceh terbuka jugak kisah sedih spmku..takpa la cerita lama at least aku dah capai cita-cita aku nak masuk medic so ‘keep moving forward’ –pinjam kata-kata dari cerita meet the robinson(cita kartun-best!!!) until I become doctor ain Sabrina…I can do it..

berbalik pasal menulis bukan nak kata la tp kata gak mmg drpd bacaan aku mmg ada bakat nak tulis tp bila baca cerita2 yg aku dah tulis kebanyakkan cerita tu out from ad-din kita…hmmm napa aku cakap camtu..cerita2 aku kebanyakkannya love story and of course cerita tu aku pasti wat hero n heroin kapel or takpn yg bek ckit msg2 ja or pandang ja tp tak kapel yg salah dicc agama..kapel is wrong no matter what..kapel islamik ka..tu istilah yg tak wujud dalam islam..yg ada hanyalah hubungan suami isteri yg sah di sisi agama..takda istilah kapel pn dalam islam..nntila aku wat artikel pasal kapel lak ye..jadi aku dah takda minat nak tulis love story..dah la salah..cam bg dakwah salah lak kat pembaca psl hubungan antara laki dan perempuan..and lagi satu love story bagi kita banyak berangan lebih2 lagi kepada penulisnya..of course la kena berangan dulu sebelum tulis kan..kalu nak tulis love islamik aku ngaku secara jujurnya aku tak terer sebab aku akui cintaku pada tuhan masih lemah untuk dijadikan panduan pada org lain..Ya ALLAH ampunilah dosa hambamu yg lemah ni,timbulkan rasa cinta dihatiku padaMU melebihi rasa cintaku pada makhluk2MU..amin..

jadi sekarang aku hamburkan minat aku kat blog ni la..sian blog ni jd mangsa hehehe di kesempatan ni aku ucapkan tima kasih bebanyak la kepada sesiapa yg sudi membaca blog aku yg aku suka tulih merepek tak tentu pasal ni..moga korang dapat input gak sedikit sebanyak...

tapi daripada komen2 aku kat atas pasal love story takdala aku benci or boikot love story..tak aku tak boikot sama skali..aku hnya tak nak tulis dah cta2 love story tp inysALLAH aku still baca love2 story lebih2 lagi Islamic love story..best Islamic love story ni..cita2 dia wat kita lebih dekat kepada pencipta kita..insyALLAH..but aku still baca buku love story yg tak islamik lagi..baca je la jgn berangan lebih2 cam kita lak watak heroin dalam cita tu..parah jadinya..baca and kita pikir sendirilah baik buruk dalam cerita tu… yang baik kita jadikan teladan yang buruk kita jadikan sempadan..itu je la sekian wat kali ini…wslm..

Thursday, May 22, 2008

LETTING GO!!


There was once a lonely girl who longed desperately for love. One day while she was walking in the woods she found two starving songbirds. She took them home and put them in a small gilded cage.
She nurtured them with love and the birds grew strong. Every morning they greeted her with a marvelous song. The girl felt great love for the birds. She wanted their singing to last forever.
One day the girl left the door to the cage open. The larger and stronger of the two birds flew from the cage. The girl watched anxiously as he circled high above her. She was so frightened that he would fly away and she would never see him again that as he flew close, she grasped at him wildly.
She caught him at her fist. She clutched him tightly within her hand. Her heart gladdened at her success in capturing him. Suddenly she felt the bird go limp. She opened her hand stared in horror at the dead bird.
Her desperate clutching love had killed him.
She noticed the other bird teetering on the edge of the cage. She could feel his great need for freedom, his need to soar clear, blue sky. She lifted him from the cage and tossed him softly into the air. The bird circled once, twice, three times.
The girl watched, delighted at the bird’s enjoyment. Her heart was no longer concerned with her loss. She wanted the bird to be happy. Suddenly the bird flew closer and landed softly on her shoulder. It sang the sweetest melody that she had ever heard.

Wednesday, May 21, 2008

JANGAN BERSEDIH!!!

BUAT SAHABATKU!!!




Sahabat…
Di kesepian ini
Bersama nyanyian kerinduan
saya mula membayangkan
Detik-detik kita bersama
Mengharungi lautan bersama demi satu perjuangan

Menuruni lurah dan lembah
Demi mencari secebis sinar
Bekalan hari esok
Di sebalik pencarian itu
Terselit sebuah ikatan…PERSAHABATAN
Yang sukar diungkaikan

Namun…
Tanpa diduga
Lautan tenang tetap bergelora
Adakah bahtera kasih yang dibina ini akan dilanda badai gelora
Dihempas oleh sang ombak yang menggila
Akan terungkaikah sebuah ikatan?
saya telah cuba menyelamatkannya dari musnah
Tapi apakan daya diriku ini tak mampu lagi menanggung beban ini

Sahabat…
saya merantau mencari diriku semula
Dimanakah saya kini
Akan kembalikah ketenangan dan kegembiraan
Yang pernah saya miliki dulu?
Lubuk hatiku dilanda resah,sedih,pilu dan rindu
Akan sebuah kemesraan yang pernah tercipta dahulu
Deraian air mata mengiringi semuanya

pagi menyerlah kembali
Bangkit saya mencari ketenangan
Bagai tersedar dari mimpi
Di puncak kegelisahan
Kuharap sinar ini merubah segalanya
Akan kubawa haluanku sendiri
Akan kuteruskan perjuangan ini demi menggenggam sebuah kejayaan
Kemaafan kupinta sepanjang kita bersama
Bisa mengguris hati masing-masing
Harapanku agar kau berjaya dalam hidup ini
Meneruskan perjuanganmu

Tuesday, May 20, 2008

A HOLIDAY AT CAMERON HIGHLAND...




Friday, May 16, 2008

DETIK-DETIK RESULT NAK KUAR.....

ALHAMDULILAH ku ucapkan sekali lg di dlm hatiku..sesungguhnya aku rs bersyukur dgn kejayaan yg ALLAH berikan padaku pd final..apa2 pn ku harapkan kejayaan ini tidak menimbulkan riak di hati insan yg lemah ini..amin..

Sesungguhnya 8 mei yg lalu btul2 mnakutkan..pd 7 mei bdk2 dental dah dpt result yg bdk2 medic tercongok ketakutan..tercongok???ada ke dalm kamus dwn bhs..ala bantai je la…hehehe and from d result ada 25 org fail drpd 75 org bdk dental…kiranya 50 org je lulus…really frightened bdk2 medic..yg menyedihkan ramai gak bdk2 dental yg kamceng ngan aku kna repeat..yg paling sedih sekali my best friend bdk dental zue,nabila n ain dental kna repeat sedangkan wktu exam km studi sekali…mmg ms exam tu zue ada ckp dia tak leh wat esei tp aku still bg semangat sbb ada lg kn kertas pas tu…takpa lah takda rezki kot..moga2 mereka tabah menerima dugaan ALLAH..sedihnya zue tak duduk sebelah aku dah dlm kuliah pasni huhuhu…yg plinhg tragic bdk laki muslim sorg je lulus yg lain fail..ish2 tp bkn nak kata bdk2 laki dental suka memain ckit..tak hbis2 nak skandal je..tp ms nak dekat2 exam aku nampak diorg dah studi hard tp mgkin dah terlambat kot…2 psl bdk dental ni kta cta psl bdk medic lak…

Sehari sblm result kuar kiranya pd 7 mei la…ptg ms bdk dental kuar result aku cba merelaxkan diri aku yg resah gelisah g la tgk cta team medical dragon cta psal doc best..nnti la aku wat sinopsis pasal cta ni kat blog nnti sbb tak abis tgk lg jd tak leh nak wat sinopsis skrang…ok berbalik pd cta result..tgh2 aku tgk tba2 nabila dental antar msg “ain,aku fail”..aku terlalu terkezut…nabila fail????YA ALLAH….aku trus mnagis sedih sgt…..nabila la org yg slalu stay up ngan aku smpai pg studi tp…YA ALLAH btul2 sedih dan rs kecewa sgt…tp still ALLAH yg menentukan segalanya..mesti ada hikmah di atas semua yg berlaku..aku juz leh reply kat nabila masa tu “nabila,sori aku tak tau nak bg nasihat pa.really sori”..sbb aku mmg tak tau nak ckp pa masa tu really terkezut…pastu aku dah tak sng duduk..aku trus tutup laptop aku..tba2 jijah smpai bgtau result zue,ain n yg lain..really sedih ms tu..pastu aku dah tak sng duduk aku pn g bilik mira..ada akmal,aini n mira kat bilik dia..akmal lg tak sng duduk…dia g trus fon pjabat pentadbiran n dr adibah tp diorg tak bgtau result..btul2 buat aku n aini cmas..btul la bdk tu…mira dah takyah riso apa dah confirm dah bdk viva ni dapat A..aku,aini n akmal la riso lelebih..mlm tu kiranya malam nak kuar result tu disbbkan terlalu tensen km pn kuar makan kat luar sp lg nak jd drebar klu bkn aku hehehe pas makan km plan nak jalan tp nak g mn dah kul 9.30 mlm wktu tu.kedai kat kelate bkn cam kat png kbykkan kdai kul 10 dah tutup termasuklah kb mall yg dbanggakan sgt oleh bebdk kelate..so last plan km plan nak g wakaf che yeh sedangkan seorg pn drpd km pn taktau jln..so jdlah program mengembara kami mencari jln hehehe tanyalah dua org br la smpai ke destinasi yg dituju..takda la best dsbbkan sblm tu hujan jd jln kat ctu jd tak brapa best jd km pn blk pastu…blk aku plan nak tido terus tp tak jd..nak tau knapa sbb cik dila rmateku yg tersyg tgh berleter atau yg lebih baik dikatakan meluah rasa hati riso psl exam nak kuar esok yg mnyebabkan aku lg riso dan takleh tido huhuhu disbbkan itu aku melarikan diri ke bwh sbb tak nak dgr dila ckp yg mnakutkan aku….plik la rmate aku sorg ni..dia tu dah terer tak pnh fail pn dlm slanjar dia yg terer tu wat riso+tkut aku yg tak brapa pandai ni dan dah 2x fail lg la kecut perut..mlm tu btul2 mnakutkan..mlm tu pling mnakutkan jika nak compare ngan malam kuar spm result or matrik result or pa2 la..rsnya nak kawin pn tak takut cmni hehehe sempat lak aku buat loyar buruk kat cni hehehehe

Keesokkan harinya 8mei…hari bersejarah…hehehe
Result kuar kul 2.30 ptg,tp dr pg dah tak senang duduk..mama kul 10pg dah fon tnya result..aku hnya bleh ckap “ma,result tak kuar lg…ma takut ni….”..ma gelak je..n mama ckap “reda je la…ain bkn leh wat pa dah pn..terima ja pa result yg kuar” huhuhu takut tul pg tu…really2 scary…kalah cita hantu hehehehe akmal buat gelagat gak pg tu dia g Tanya p.a. dia result dia n the result is dia lulus alhamdulilah sorg kwn aku lulus..gelagat dia tu wat aku nak msg my mentor,dr fuad tnya result tp aku takda keberanian so lastly aku wat keputusan nak dgr ja…huhuhu..sesampainya kat dk4 aku tgk dah rmai yg dtg…aku duduk ja timbalan dekan pn mula pggil nama sorang2..dia hnya akn pnggil nama bebudak yg lulus n maksudnya nama yg tak dipanggil tu fail..mmg scary tggu nama dpnggil..baik la nama aku mula ngan huruf A..jd nama aku tersenarai awal..alhmdulilah aku lulus..aku cam tak caya..aku tnya bnyak kali kat rmate aku dila btul ke nama aku yg timbalan dekan sebut td..btul2 hepi sesngat..aku tgk dr.fuad senyum je dr bwh..hehehe kiut btul ish2 sempat lg…aku bersyukur sgt2…tp lps smua nama dah dpggil aku br sedar rmai gak kwn2 aku yg fail..jd kegembiraan tu dah pudar…rmate aku lg sorang narimah fail..sdih sgt sdgkan masa mula2 masuk kami dah janji sesame nak lulus sama2..ada 57 org fail..rmai gak kwn2 aku yg ngis..tp aku..cm takda perasaan aku rs sedih sgt tp takda air mata yg kuar mgkin sehari sblm tu aku dah pnt nggis tuk bdk2 dntal..mlm tu aku tunaikan nazar aku,aku g blanja kwn2 aku mkn..ada mira,aini,aina,dila,narimah,ain dental,zue,jijah,zaty n sue..dlm keseronokan tu still ada kesedihan sbb narimah,zue n ain dental kna repeat..hmm moga2 ALLAH memberi semangat serta ketabahan kpd mereka..aku rs syahdu sgt setiap kali ingat ayu ckp “we still friends kan”…percaya lah sahabat2 walaupun korang repeat n kita dah tak satu kuliah pas ni still aku sahabat korang dan korang sahabat aku..still friends forever…insyALLAH…

Tuesday, May 6, 2008

A REMINDER...

Teman,
Atas tautan ukhwah,
Juga atas satu dasar yang kukuh,
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman...

Wahai temanku an-nisa',
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu...

Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi,
Seorang serikandi...

Wahai temanku an-nisa',
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
Ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai...
Dan aku juga tahu,
Temanmu ar-rijal juga begitu...

Tetapi temanku an-nisa',
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah...

Kalau benar engkau mengasihinya,
Kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya,
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yang menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an-nisa',
Dia kan terjerumus ke dlm api yg membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila...
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?


Wahai temanku ar-rijal,
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkanlah Ia melebihi cintamu kepada dia,

Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya,
Walaupun yang ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa',
Sahabatku ar-rijal,
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia...
Sedikit cuma...

Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupamengatakan I love you,
Kerana engkau percaya...
DIA yang terbaik...
Lantaran DIA yang terbaik,
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yang terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya...
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN

Dan itulah yang terbaik buat kalian,
Kalau ada jodoh tak ke mana...
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?


Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membenci munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama-sama meredah lautan api...
Yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
Nauzubillahi min zalik...

Sama-samalah teman,
Pagarilah imanmu,
Agar si iman itu tidak terlepas,
Cintailah IA,
Kerana DIAlah penjaga iman kita...
Yakinlah dengan IA...
Serahkan segalanya pada IA...
Kerana DIA tahu yang terbaik,
Sedangkan kita tidak...
ALLAHU a'lam...

Akhirul kalam...
Letakkan si DIA dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA,
Andai harimu tiada ingatan kepadaNYA,
Engkau akan gelisah andai DIA,
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu,
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai,
Doamu ditolak...
Dan itulah cinta hakiki...
Kerna engkau yakin,
Di sana adanya sebuah,
Pertemuan di taman Syurga yang Indah
Mengharapkan kasih sejati,
Mendamba cinta Illahi...

Monday, May 5, 2008

CERPEN ISLAMIK:CINTA 1 MALAM..

FAIZ merenung jauh dari berenda asramanya. Kelihatan beberapa pelajar lelaki sedang bermain bola, ada juga yang sedang bermain sepak takraw. Pandangannya tertumpu pada gelanggang takraw yang saban hari menjadi tempatnya mengasah bakat. Di gelanggang itulah dia bertemu dengan sahabat karibnya. Walaupun perkenalan mereka baru berputik, namun putiknya sudah seindah bunga. Hampir tiga bulan dia disitu, tujuannya untuk belajar agama dengan lebih mendalam sudah tertunai. Dia bercadang untuk mengumumkan pemergiannya dari sekolah pondok itu malam ini.

“Kau betul-betul nak berhenti ke Is” soal Syafiq ketika bereka berehat-rehat selepas penat bermain takraw petang itu. Faiz hanya mengangguk beberapa kali.
“Aku mintak maaf Syafiq, Fateh. Silap aku tak beritahu korang awal-awal. Memang aku hanya bercadang nak duduk kat sini dua tiga bulan je. Nak rasa biah kat sini, biah solehah.” Cerita Faiz sambil tersenyum. Fateh dan Syafiq hanya diam mendengar penjelasan Faiz.
“Aku bukan apa Is, sejak ko datang kat sini seronok plak aku rasa.”
“Bukan ko sorang je Fateh, aku pun sama. Kalau ada peluang memang aku nak teruskan hidup aku kat sini. Kat sini tak macam kat KL tu, budaya kat sana dah tak boleh dibendung lagi. Tapi, korang pun akan tinggalkan Raudah juga kan?”
“memanglah, tapi bukan esok luse. Paling awal pun mungkin bulan lima. Itupun kalau kitaorang masuk matrik. Tapi kitaorang tinggalkan bumi Raudah ni je. Raudah yang kat sini we never let it go.” Fateh menepuk-nepuk dadanya perlahan.
“Aku pun sama, tak mungkin aku boleh tinggalkan Raudah kat hati aku.”

Faiz terkenangkan perbualannya dengan Syafiq dan Fateh kelmarin. Dia memastikan Fateh dan Syafiq adalah orang pertama yang diberitahu.

*** *** ***
Dengan berpakain jubah coklat lembut, duduk didepan ratusan penghuni Raudah malam itu, Faiz memberi kuliah. Kuliah terakhir mungkin buatnya untuk kali ini. Dia menceritakan kisah dan teladan tentang hadith yang berbunyi “Islam itu dagang dan akan kembali dagang…” dia menceritakan perjalanan Islam dari zama Raulullah hingga ke zaman khulfa’ ar-rasyidin, melangkawi hingga zaman ummayyah, abbassiah, dan turki uthmaniah. Mencerikatan kegemilangan Islam dari tahun ke tahun, zaman kezaman, dan menceritakan tentang keadaan Islam ketika era kejatuhan Turki uthmaniah hingga kini kita dipijak. Dari kuliah itu mereka yang masih muda dalam ilmu agama mengetahui bahawa orang yang bertanggungjawab diatas kejatuhan Islam adalah orang Islam sendiri. Faiz meneruskan kuliahnya hingga jam digital di dindin musolla berbunyi. Ada dua tiga kerat pendengar setianya bangun mengambil wudhu’ di belakang. Mungkin risau tak sempat takbiratul ula dengan imam nanti.
“InsyaAllah dikesempatan ini ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Raudah yang selama ini banyak membantu ana dalam mendalami ilmu Allah ini.” Dia diam sebentar. Muka rakan-rakannya direnung satu persatu. “InsyaAllah, esok ana berangkat pulang ke Kuala Lumpur dan ana tak tahu bila pula kana akan datang balik sini.” Kedengaran sedikit kekecohan di musolla itu. “ Cuma ana nak pesan seperkara, dimana saja kita berada, perjuangkanlah agama Allah ini.”

*** *** ***
Malam tidak berakhir disitu untuk Faiz, selesai solat Isya’ yang turut diimamkan oleh Faiz, dia fateh dan Syafiq terus pergi kerumah Ustaz Saleh. Rumah Ustaz Saleh terletak tidak jauh dari musolla, beliau umpama ayah kepada warga Raudah. Menurut ceritanya, datuk Ustaz Saleh yang membuka Raudah ini. Asalnya Raudah hanya sebuah pondok biasa namun setelah ayah Ustaz Saleh mengambil alih pondok itu dia telah menaik tarafkan menjadi sebuah pusat pengajian yang berteras dua aliran, akedemik dan ilmu agama.

“hmmm…” Ustaz Saleh mngangguk perlahan. Matanya yang tadinya hanya merenung kebawah, kini dia mengangkatnya dan merenung tepat mata Faiz. “Cinta itu haram bagi mereka yang bukan muhrim.”
“Tapi insyaAllah Ustaz, saya memang ikhlas ingin mengail dia sebagai isteri saya suatu hari nanti.” Balas Faiz.
“Habis tu kamu nak saya tunangkan kamu dengan dia?”
“Ish ustaz ni, apa pulak kata mak bapak dia nanti.” Terkejut dia mendengar kata-kata Ustaz Saleh.
“Aina Mardiah tu dah kehilangan orang tua dia sejak kecil lagi.” Kelihatan Faiz mengerutkan dahinya.
“Habistu dia dia tinggal dengan siapa?” suara dia agak lemah sedikit kali ini.
“Kami yang bela dia, dan kamu jangan risaulah. InsyaAllah dia akan ada kat sini bila kamu datang balik nanti.” Kali ini Faiz tersenyum.
“Maknanya jadilah kamu bertunang yek?”
“Pasal bertunang tu….”
“kenapa pulak ni Faiz? Kamu serius nak kat dia ke tak?”
“Memanglah Ustaz, tapi….mak saya mesti tak benarkan.”

Faiz tertunduk memikirkan pelbagai persoalan di fikirannya. Ustaz Saleh pula masih menunggu keputusan dari Faiz. Dalam suasana bening itu isteri Ustaz Saleh datang membisikkan sesuatu kepada Ustaz Saleh.

“Macamnilah Faiz, apa kata kita letak tanda dulu. Budaya ni biasa kita buat kat Perak.” Faiz mengangguk perlahan. “Jom.”
“Jom?” faiz tidak mengerti.
“ Jom kita ke musolla, Ainul Mardiah dah menunggu disana.” Pucat lesi muka Faiz malam itu. Apa yang akan dia cakap dengan Diya nanti.

*** *** ***

Ainul Mardiah menutup mashaf al-quran yang diberi oleh Faiz tujuh tahun lalu. Malam sebelum Faiz pulang ke Kuala Lumpur, mereka sempat bersembang dan dari situ mereka tahu yang sebenarnya memang mereka saling menyintai antara satu sama lain. Cuma iman mereka yang takut akan Allah sahaja yang membuatkan mereka tidak pernah menzahirkannya. Menurut syarat dari Ustaz Saleh mereka hanya boleh berhubung melalui surat sebulan sekali sahaja. Faiz memberi Diya senaskah Al-quran sebagai tanda bahawa dia akan mengahwininya. “ Apilbila kamu merindui ana, maka bacalah al-quran atau berselawatlah keatas Nabi, kerena Allah dan Nabi adalah yang paling layak dicintai.” Diya masih teringat kata terakhir Faiz. Faiz kemudiannya berangkat ke Jerman untuk menyiapkan ijazahnya dalam bidang pengurusan. Namun satu perkara yang tak diduga berlaku, warkah dan khabar berita dari Faiz terputus dua tahun lalu. Lima tahun setelah Faiz meninggalkan Raudah. Kalu hendak diikutkan hati Diya, memang dia hendak menangis selalu. Namun dia hanya menyerahkan segalanya Pada Yang Maha Esa untuk menjawab segala teka-teki kehidupan ini. Hari ini, Diya sudahpun bergelar seorang doktor. Dia baru ditugaskas di HKL Isnin lalu, setiap pagi dia akan membaca al-quran yang diberi Faiz sebelum pergi ke tempat kerja. Dia menyemak jadual hariannya. Baru dua hari bertugas, Diya sudah disuruh merawat pesakit kanser tulang tahap kedua. Pesakit pertamanya itu hanya dapat diselamatkan dengan semangat yang tinggi dari dirinya sahaja. Kebanyakan pengidap kanser tulang berakhir dengan kematian. Dia menarik nafas panjang sebelum masuk ke dalam wad pesakitnya. Bismillah diucapkan, pintu dikuak pelahan.

“Asllamualaikum, mulai hari ini saya Dr. Diya akan merawat encik…..” Diya hanya merenung fail yang dipegangnya sebentar tadi. Dia kemudiannya merenung papan tanda nama dikatil pesakitnya untuk mengetahui nama pesakitnya.
“Faiz, nama saya Faiz.” Diya tergamam. Matanya diangkat perlahan hingga tepat kewajah insan yang sangat dirinduinya. “Apa khabar Diya.” Lemah suara Faiz. Hanya air mata yang menjadi jawapan untuk kekasih hatinya ang kini diambang maut.
“Is janji nak dengan Diya aritu…” kata-katanya taksempat dihabiskan.
“Is taknak Diya sedih. Is taknak dia kehilangan Is nanti.”
“Diya sudah pun kehilangan Is. Tujuh tahun Diya tunggu Is.” Ait matanya masih mengalir.
“Is ingatkan kita dah takda jodoh, Is ingat Is akan…”
“Diya akan cuba selamatkan Is.” Diya memotong kata-kata Is
“Tiada siapa yang mampu menghalang kematian Diya.”
“Tapi kita still boleh usaha kan? Allah melarang hambaNya berbutus asa kan?” Faiz mengangguk perlahan.
“Tapi kalau nanti kita gagal, ingatlah Allah itu sebaik-baik perancang.” Diya mengangguk lemah. “Diya.”
“Ya,Is” Diya mengangkat mukanya.
“Saya ada satu permintaan. Permintaan terakhir.”
“Apa dia Is?” Diya sedia mendengar.
“kalau saya pergi nanti, awak tolong cari Fateh.”
“Fateh?”
“Fateh menyintai kamu Diya, saya sudahpun menyuruhnya mencari kamu di Raudah.” Diya menangis.
“Tapi dengan satu syarat.”
“Syarat?”
“Kahwini saya dulu. Saya nak Is jadi suami saya diakhirat kelak.” Kali ini, air mata lelaki milik Faiz tidak dapat dibendung lagi. Mutiara tabahnya membasahi pipi tampannya. Sedaya upaya dia cuba mengukir senyuman yang selama ini mudah sangat terukir. Faiz mengangguk perlahan.

*** *** ***

Hari ini genapalah setahun pemergian Faiz dari alam fana ini. Diya dan Fateh datang bersama cahaya mata pertama mereka yang diberi nama Muhammad Faiz menziarahi kubur Faiz yang diletakkan berhampiran kubur ayah Ustaz Saleh di Raudah. ‘Is, Diya dahpun menunaikan permintaan Is. Cuma Diya harap Allah akan menunaikan permintaan Diya tempoh hari untuk menjadi Suami Is diakhirat kelak. Is, bersama dengan Diya hari ini Diya bawakan Faiz untuk mengubati rindu Diya. Diya harap Is setuju dengan apa yang Diya lakukan ini.’ Bisik hati Diya. ‘Is, sebagai seorang sahabat, aku sudahpun menjalankan tangungjawab aku Is. InsyaAllah, aku akan jaga Diya sebaik mungkin. Aku doakan kau ditempatkan bersama orang-orang soleh Is. Tunggu aku, aku akan mesyusul kemudian. Itu janji tuhan kita.’ Pusara Faiz kemudiannya ditinggalkan setelah bacaan yassin dikumandangkan. Begitu juga memori indah bersamanya, namun perasaan cinta, kasih dan saying mereka kepada Faiz tidak pernah padam. Mereka berazam untuk membesarkan anak mereka agar menjadi sehebat Faiz, setabah Faiz. –TAMAT-
*CERPEN INI DIAMBIL DARI http://garudasonata.blogspot.com/

A JOURNEY TO BESUT!!!








really exciting....anyway thanks so much aini n family...i also wrote my name there..'a.s.m.a.'..n also i take my shadow pic..hehehehe

Friday, May 2, 2008

WAKTU-WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA...




Selain usaha dan tawakal,doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu haja. ada waktu-waktu tertentu paling musatajab berdoa kepada ALLAH s.w.t..Diantaranya ialah:

1.Semasa lailatul-qadar
2.ketika hujan turun
3,ketika memulakan dan selesai solat
4.ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan
5.di tengah malam
6.di tengah azan dan iqamah
7.ketika sujud dalm solat\
8.ketika iktidal akhir dalam solat
9.ketika khatam membawa 30 juz al-Quran
10.sepanjang malam,paling utam sepertiga awal dan sepertiga akhir(waktu sahur)
11.malam jumaat dan sepanjang hari jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa)yg terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari jumaat.
12.di antar waktu zuhur dan asar dan antara waktu laiilahhailah.

berdoalah kerna doa adalah senjata orang mukmin...

"BERDOALAH KEPADAKU,NESCAYA AKU PERKENAN BAGIMU.SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SOMBONG TIDAK MAHU MENYEMBAH-KU AKAN MASUK NERAKA JAHANAM DALAM KEADAAN HINA DIAN" (AL-MUKMIN 40:60)

ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails