Saturday, May 24, 2008

INALILAH!!!



AL-FATIHAH
Pada 23 mei pergilah seorang insan bernama abdul hamid bin ismail,insan yg ku gelar pak wan..ya pergilah seorang bapa saudaraku dari alam yang fana ni..lebih kurang pukul 2.15 petang waktu orang solat jumaat dia pergi meninggalkan kita semua..
Dia pergi takkan kembali meninggalkan mak wan dan dua orang anak..
Puncanya sakit jantung..sakit jantung pembunuh nombor satu..atau lebih specific lagi kematiaanya berpunca daripada acute myocardial infarction..
Arwah bagiku cukup baik..dia seorang yang pendiam..tidak ambil tahu hal orng..insyALLAH aku rasa dia tak menyakitkan hati orang lain memandangkan arwah seorang lone ranger,pendiam tak mengata orang insyALLAH dia bersih daripada dosa sesama makhluk,dosa dia ngan tuhan kita tak tahu moga diampunkan dosanya..amin..
Aku lihat abang sepupuku,anak sulung pak wan sesekali mengesat air mata yg jatuh tatkala sedang membaca yasin..alunan yasinnya tak berapa jelas kedengaran..sayu aku lihat..ye la kehilangan ayah tercinta tentu tersentuh juga hati lakinya walaupun aku lihat dia tkda la berapa ngam ngan ayahnya tp still hati seorang anak sedih bila memikirkan ayah yang telah pergi ke rahmatullah dan takkan kembali lg..sesekali orang datang menziarah,orang pasti bertanya bagaimana arwah bleh ’pergi’..dia pn menjawab kerana dialah yg berada di sisi arwah tatkala arwah ’pergi’..jelas sendu di wajahnya..
Kematiaan arwah agak mengejutkan sbb arwah nampak chat je..dia memang pnh masuk IJN tp cam dah sihat je wlaupn dia tak nah dibedah..jd kematiaannya agak memberi impak..memberi pengajaran pada kita yang hidup bahawa bila2 masa sj nyawa kita boleh ditarik..dan bila terfikirkan sepupu aku yang sedih aku terfikir kita patut menghargai pa yg kita ada sebelum dia pergi meninggalkan kita..lebih2 lagi abah n ma kita..hargai dan hormatilah mereka selagi mereka ada bersama kita..

0 pengomen:


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails