Thursday, July 21, 2011

Ain : Cabaran 50 Buku : (14) Nurul Laila Suria

Assalamualaikum..

ulasan buku ke-14

Buku ini hadiah dari sempena 10 ulasan terbaik bulan mei ^^



Tajuk buku : Nurul Laila Suria
Penulis : Fatihah Pauzihal
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 539 m/s

Sinopsis Kulit Belakang :

Nurul, Laila dan Suria, akrab sejak di bangku sekolah. Namun sudah tertulis, haluan mereka memang berbeza. Hampir sedekad berlalu, takdir sekali lagi menemukan mereka. Tiga wanita membawa tiga cerita cinta...

tiga hati merencah hidup, menampung derita menjadi syurga 

Nurul, Laila dan Suria, akrab sejak di bangku sekolah. Namun sudah tertulis, haluan mereka memang berbeza. Hampir sedekad berlalu, takdir sekali lagi menemukan mereka. Tiga wanita membawa tiga cerita cinta...
Nurul
Bukankah wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik? Lalu dia nekad melarikan diri ke negara jauh. Tapi, di situ ada lelaki yang menunggu. Siapa yang terbaik untuknya? Atau dia harus memilih sahabat yang setia waktu senang atau susahnya itu?
Laila
Mereka pernah hampir maut bersama. Bukankah itu bukti cintanya? Hatinya tawar, biarlah cinta itu lerai. Yang penting ada nyawa yang harus diselamatkan. Tapi, haruskah dia menolak lagi sekiranya cinta hadir di hadapan mata?
Suria
Saat hatinya remuk, Fahmi datang menghulur cinta. Tapi, mengapa hati sukar benar untuk menerimanya? Mengapa, saat hati mula dibunga rasa cinta, dugaan demi dugaan datang menimpa?
* * * *
Merekalah lambang wanita cekal. Nukilan pertama FATIHAH PAUZIHAL mampu menguatkan lagi semangat setiap wanita yang membaca kisah mereka.


Ulasan AinSabrina :

Nurul , Laila dan Suria, kawan akrab di sekolah. Bersahabat sedangkan karekter masing-masing berbeza. Nurul, wataknya agak kasar dan tomboy. Laila dikisahkan wataknya lembut dan paling warak antara mereka bertiga manakala Suria dikatakan yang paling cantik antara mereka bertiga. Mereka sahabat yang berkongsi kisah suka dan duka di bangku sekolah. Akibat kesibukan masing-masing, mereka terpisah sementera dan mereka menempuh kisah masing-masing.

Kisah Suria.
Bercinta dengan orang lain namun berkahwin dengan orang lain. Itu yang berlaku pada Suria. Kekasihnya Imran namun suaminya Fahmi. Di hujung pengajiannya di universiti, Imran membuat onar. Fahmi yang sudah ada hati pada Suria sejak awal pertemuan mereka, dengan rela mengambil Suria sebagai isterinya namun pada Suria ini perkahwinan tanpa cinta.  Dari perasaan terpaksa, ada cinta dalam hati Suria pada Fahmi.  Mereka sudah suka sama suka namun dugaan demi dugaan menimpa hinggakan Suria yang berbadan dua membawa diri.

Kisah Laila.
Kisah Laila dan Syafiq berlaku sejak mereka di bangku sekolah namun setelah berkahwin, hubungan mereka terputus di tengah jalan. Kisah mereka kisah dua darjat. Sejak sebelum kahwin lagi, Ibu Shafiq jelas tidak suka dengan pilihan Syafiq,Laila. Tiada perubahan selepas kawin, ibu Syafiq terus membantah lebih-lebih lagi Laila tidak mampu melahirkan cucunya. Tidak mampu berdiam diri, Ibu Syafiq membuat onar hinggakan mereka berpisah. Di saat perpisahan itu, Nizam datang menghulurkan kasih. Di saat keliru antara Nizam dan Syafiq, Alia permata hati Laila hilang tanpa berita.

Kisah Nurul.
Nurul wataknya suka memberontak sedangkan ayahnya seringkali cuba mencorakkan kehidupannya. Ustaz Hakim, lelaki yang ingin ayah Nurul jodohkan buatnya. Nurul memberontak lalu dia larikan diri di hari perkahwinannya dengan Ustaz Hakim. Lari dari keluarga, Nurul dipertemukan dengan dua sahabat baik, Maza dan Sot. Di saat dia rasa tenang dengan kehidupannya, bayangan itu kembali, lalu dia lari ke rumah Sot. Siapa sangka di stesen bas Kangar dia dipertemukan dengan Ustaz Hakim. Pertemuan yang membuat dia terikat dengan Ustaz Hakim yang sekali lagi membuatkan dia melarikan diri jauh ke Cardiff. Di Cardiff dia bertemu kembali dengan cinta monyetnya, Alif. Namun Alif bukan lagi miliknya seorang, Alif sudah beristerikan Joanne. Dia berkongsi kasih dengan Joanne kerana dia perlukan Alif untuk menjadi papa kepada anaknya, Danish. Cemburu bertingkah di saat Joanne memerlukan Alif lebih daripadanya dan tika itu juga Danish kemalangan. Di hospital Nurul dipertemukan dengan seorang doktor, Doktor Hasrul, adik kepada Ustaz Hakim. Semakin dia lari jauh, semakin Ustaz Hakim menghampiri. Kecewa dengan Alif, akhirnya Nurul kembali ke Malaysia. Di saat dia ingin kembali kepada Ustaz Hakim, Ustaz Hakim pula membawa diri jauh daripadanya.

Kisah Suria, Laila dan Nurul.
Mereka bertiga dengan masalah masing-masing akhirnya dipertemukan di dalam kapal terbang ke Miri. Semuanya dengan tujuan yang sama, ingin menyelesaikan masalah dan ingin mencari kebahagian. Mereka bersatu dan berbincang dengan harapan tujuan mereka ke sana tercapai.

Komen ainsabrina : 

Ketiga-tiga kisah mereka agak berat . Semua dengan masalah masing-masing. Perkahwinan pertama mereka bertiga seakan tidak menjadi sehinggakan ada watak lelaki kedua yang muncul. Pemikiran saya yang dongeng yang hanya inginkan kalau boleh satu percintaan dan satu perkahwinan seumur hidup saya, membuatkan saya rasa sedih dan terkesan mebaca ketiga-tiga kisah dalam buku ini. 

Penghujung kisah yang paling saya kecewa adalah kisah Nurul.
Saya terkesan dengan kata-kata Nurul dalam salah satu helaian dalam buku ini :

“ Empat tahun kau boleh tunggu. Tiga bulan kau dah tak boleh tunggu Hakim? Hakim..”

Mungkin juga sikap Nurul yang suka melarikan diri membuat Hakim seakan bosan menunggu namun dalam masa 3 bulan sahaja Hakim sudah jumpa yang lain, rasa kecewa terus ada. 

Dalam banyak-banyak watak lelaki yang ada semestinya watak Fahmi adalah watak lelaki yang terbaik. Terasa geram pula membaca kisah Suria yang tidak fikir panjang dan seringkali berprasangka dengan Fahmi. 
Ketiga-tiga watak wanita dalam kisah mereka, ternyata Laila yang paling matang dalam membuat keputusan. 

Kesimpulan yang boleh buat, ternyata tiga kisah ini digabungkan menjadikan setiap wataknya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing yang boleh dibuatkan iktibar dan pedoman.

0 pengomen:


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails