Saturday, December 10, 2011

Ain: Cabaran 50 Buku : (44) Merahnya ceri


Ain: Cabaran 50 Buku : (44) Merahnya ceri





Tajuk buku : Merahnya Ceri
Penulis :   Zulina
Keluaran :  Jemari Seni
Halaman :  613 m/s


Ulasan Ain Sabrina : 


Aina Marsilla , salah seorang gadis yang pernah kecewa dengan cinta pertamanya. Tidak mudah Aina melupakan kisah duka itu. Kehadiran Khairil Bustami tidak mampu menjadi penganti Yaseer , kisah cinta pertamanya. Malah sikap Khairil yang lebih mementingkan reputasinya daripada kisah cinta mereka  menjadikan Aina ragu dengan ketulusan cinta Khairil. Dalam masa yang sama ada watak lain yang muncul , watak Norman , duda yang cuba mengambil hati Aina , juga watak Aida Melissa , jurutera baru bawah selian Khairil yang mengoda turut menimbulkan rasa cemburu dan pertingkahan antara mereka.

Akhirnya Aina mengaku kalah , membiarkan Khairil berlalu pergi dengan yang Aida , adiknya sendiri. Mereka berkongsi ayah yang sama. Perkara itu diketahuinya pada saat yang sama dia tahu Khairil terang-terangan curang padanya.

Kecewanya terubat apabila ada watak lain yang muncul. Hiro , pertemuan awalnya secara kebetulan telah membibitkan rasa sejak awal. Merahnya ceri jadi tanda perhubungan mereka. Setelah langkah diambil , di saat hubungan hampir termetrai , Hiro hilang tanpa berita. Sepanjang kehilangan Hiro , Yaseer jadi penganti teman yang terbaik. Teman di kala susah dan senang. 

Setelah setahun menanti Hiro yang tidak kunjung tiba , akhirnya Yaseer diterima menjadi teman hidupnya. Setelah bahagia tercipta , ada duka kembali singgah dan di saat itu Hiro kembali muncul. Masih adakah sinar bahagia buat Aina Marsilla.


Komen Ain Sabrina : 


Saya suka muka depan buku. Cantik dan menarik. Walaupun saya ini tak suka makan ceri namun cara penulis menceritakan kegemaran Aina dengan Ceri Merah , buat saya pula tertanya-tanya sedap sangat ke ceri sampai boleh diratah dan dimakan berulang kali. ^^

Kisah awalnya seakan kisah cinta biasa. Bercinta dan putus, itukan lumrah orang bercinta. Klimaksnya dan kelainannya datang agak lewat. Klimaknya dan kisah suspennya digarap melalui kisah kehilangan Hiro. Namun sayang ia agak terlambat dan kisahnya seakan dipercepatkan tanpa dihuraikan dengan lebih lanjut. Agak terlambat bagi saya kerana , di saat kisah suspen itu dibaca , saya sudah sampai mood boring. Mungkin penulis patut memberi klu tentang keturunan Hiro di awal babnya lagi supaya pembaca ternanti-nanti jawapan kepada misteri itu. 

Garapan kisah ini juga lebih banyak ayat daripada dialog. Banyak penulis garapkan dalam kisah penceritaan ayat daripada dialog , membuatkan saya yang lebih suka membaca dialog seakan ternanti-nati dialog yang akan muncul. 

Watak Aina digambarkan sebagai gadis yang sangat cantik. Mana tidaknya , habis semua lelaki ingin mencuba nasib. Agak hiperbola di situ. Watak-watak di sekeliling juga digambarkan jeles dengan kelebihan Aina itu. Saya sebagai pembaca pun agak rasa menyampah di situ , “ cantik sangat ke Aina ni? “, itu saja soalan yang bermain dalam fikiran. 

Saya ini agak kolot sebenarnya. Saya lebih suka kisah kesetiaan lelaki dan perempuan. Biar hanya ada satu perempuan buat satu lelaki dan juga sebaliknya. Watak Aina digambarkan , banyak sangat lelaki di sampingnya. Hilang satu , sepuluh yang datang , itulah ibaratnya. Mudah sangat. Hati perempuan yang setia dan agak konservatif tidak sebegitu sebenarnya. Watak Aina juga bagi saya agak ‘melayan’ , jika tidak suka , tidak usah melayan dan memberi harapan. Pelik saya yang agak kolot ini melihat watak Aina. Agak mudah bagi Aina keluar berdua dengan lelaki. Bagi saya , walaupun hanya sebagai ‘title’ kawan , masih tidak manis seorang gadis keluar berdua. Ok , saya memang kolot. Maafkan saya ^^




0 pengomen:


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails