Thursday, July 14, 2011

Ain : Cabaran 50 Buku : (13) Denyut Kasih Medik

assalamualaikum..

dari pagi asyik menaip ulasan buku, rasa nak termuntah pun ada hikhik

anyway, ini buku yang ke - 13


* buku ini saya beli semasa pesta buku pada 27/3/2010 *

Tajuk buku : Denyut Kasih Medik
Penulis : Dr. Farhan Hadi
Keluaran : Telaga Biru
Halaman : 390 m/s


Sinopsis kulit belakang :

Denyut Kasih Medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta.


Berjayakah misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih?


Ulasan ainsabrina: 

Watak utamanya Dr Muslih , doktor Houseman atau lebih mudah dipanggil sebagai HO di Hospital Selayang. Denyut Kasih Medik memuatkan kisah perjuangan Dr Muslih dalam menegakkan islam dalam kerjaya perubatan serta dalam kehidupannya. Ia mengabungkan Fiqh perubatan, fiqh wanita dan juga fiqh cinta. 

Dalam novel ini diselitkan beberapa permasalahan di dalam setiap posting yang Dr Muslih lalui, antaranya : 
  • Isu penggunaan ubat yang mengandungi unsur khinzir ( Clexane VS heparin)
  • Kisah mat rempit
  •  Kisah doktor yang ketinggalan solat apabila perlu bertugas dalam dewan bedah. Rupanya solat itu boleh dijamakkan jika dalam kes-kes begini. (info ini saya baru tahu apabila baca buku ini
  •  Kesan arak 
  •   Kisah penagih dadah.
  •  Antara sibuk bekerja dengan solat, antara tanggungjawab kita pada manusia dengan tanggungjawab kita pada Allah. 
  • hak pada Allah walaupun sakit. Isu wuduk dan solat ketika sakit. 
  • kisah ‘needle prick’, proses mencucuk atau mengambil darah pesakit yang mempunyai penyakit HIV ataupun Hepatitis yang boleh merebak melalui darah. 
  • kisah remaja putus cinta menelan 20 biji panadol. (kisah ini pernah saya lihat di HUSM dulu
  • Isu perancangan keluarga, merancang mengunakan ubat dan lain-lain.
  • Isu penguguran anak.
  •  Isu air selusuh

Dan macam-macam lagi isu diperbincangkan di dalam novel ini.  Selain mengenai perubatan, novel ini juga menyelitkan kisah cinta Dr Muslih dengan tunangan yang akhirnya menjadi isterinya dan juga kisah sahabat Dr Muslih, Dr Nazir dan Dr. Neezam kembali ke jalan yang benar. 


Komen ainsabrina :

Novel ini memberi saya pendedahan mengenai kehidupan HO yang akan saya tempuh lebih kurang setahun lagi, insyAllah. Kehidupan HO secara umumnya diketahui semua sebagai fasa doktor yang sangat memeritkan. Kehidupan yang hampir 100% tertumpu di hospital dan juga kisah lambakan tugas HO. Membaca novel ini membuatkan semangat saya untuk menjadi doktor melonjak naik walaupun dalam masa yang sama, ada rasa cemas dan cuak dengan kehidupan HO yang bakal terjadi.

Selain dari itu, banyak ilmu fiqh perubatan yang saya dapat dari novel ini. Penceritaan Fiqh perubatan dalam novel ini dimudahkan jadi senang difahami juka dibandingkan dengan buku-buku Fiqh perubatan yang lain.Fiqh perubatan di dalam novel in turut disertakan beberapa dalil untk menguatkan lagi faktanya. Kebanyakannya adalah isu-isu yang sering saya lihat mahupun dengar di HUSM.

Akhir kata, saya nak kongsikan dengan semua satu dialog dalam Denyut Kasih Medik yang bagi saya menarik : 

Dialog ini berlaku setelah Dr Muslih menerangkan mengenai solat jama’

“Ooh, baru saya faham. Terima Kasih banyak ya doktor. Doktor ni macam ustazlah. Doktor sekolah agama ke dulu “, kata MA Rahim
“Eh, saya biasa-biasa saja. Bukan apa, kan kewajipan kita untuk mengetahui tentang agama kita,. Perkara ini Fardu ain, Abang Rahim. Walaupun kita kerja bidang lain, kita juga kena tahu soal-soal hukum fiqah ni”, kata Dr. Muslih.
“Hmm, ya ta ya juga. Bukan golongan ustaz saja nak masuk syurga, kita semua pun nak masuk syurga. Jadi ilmu Fardu ain ni bukan ustaz saja yang kena pandai, kita pun kena pandai juga”, simpul MA Rahim.

fikit-fikirkan dan selamat beramal  ^^

0 pengomen:


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails