Saturday, July 30, 2011

Semangat Malaysia di Bukit Jalil

assalamualaikum..

cerita kali ni kita mula dengan gambar dahulu ^^



gambar ainsabrina excited nak tengok bola (^_^)

1st time tengok bola live di Stadium Bukit Jalil..
pergi dengan sekerabat keluarga- sepupu-sepupu yang baik hati menjadi driver dan bodyguard kami2 sepupu perempuan ^^

time bagi tiket masing2

bergambar sebelum masuk stadium

walaupun frust Malaysia kalah =(

tapi still ni pengalaman yang paling best..

tengok semua rakyat Malaysia bersemangat, tak kira kaum, tak kira umur,

semuanya bercampur menjerit nama 'MALAYSIA' , sama-sama mengibar bendera Malaysia, sama-sama menyokong penuh pasukan bola Malaysia.



ainsabrina yang tak berapa nak minat bola

dan hanya kenal pemain yang femes2 je..

macam encik KFCM ni-



Shahrul Idlan Talha



Amirul Hadi



Safee sali



Safiq Rahim






dan kembar bola+artis ini yang tidak saya tahu yang mana satu abang yang mana satu adik..




tu je kot yang ainsabrina kenal  hikhik

tapi bila di stadium tu jadi bersemangat yang amat, siap boleh komen bagai ^^



komen ainsabrina :

1) defense mechanism pasukan bola Malaysia sangat lemah..harapkan ada KFCM sahaja, Malaysia tak kalah teruk. kalau takda dia mau kita kalah teruk macam masa di Singapore dulu.
2) pasukan Singapore sangat lembik atau sengaja lembik , jadi banyak masa terbuang.
3) permainan lebih dikuasai oleh singapore. bola banyak dipegang olah pemain singapore. passing bola asyik tak kena ja. kalau bola itu ada pada pemain Malaysia, cepat je diambil alih oleh pemain singapore. combination atau cooperation player kita espicially midfield macam kureng aja.
4) score kita di Singapore dah kureng jadi susah kita nak backup balik walaupun pemain Malaysia dah bermati-matian cuba menambah gol.

sedih Malaysia kalah tapi apa-apa pun bagi saya pemain Malaysia especially KFCM memang dah berusaha berlipat kali ganda. jadi usah kecewa, teruskan usaha dan doa, moga satu hari nanti kita berjaya ^^

0 pengomen:


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails