assalamualaikum..
hari ni hari rabu,esok hari khamis..
sesungguhnya ainsabrina sangat2 suka hari rabu..rasa macam ada beban yang hilang ^^
sbbnya hari khamis takda wad round --> ibaratnya macam dah weekend buat kami2 pelajar tahun 4..
kalu yang nak balik umah hujung minggu ni mostly akan ambik tiket malam ni-->balik ke kampung halaman masing2..
ibaratnya macam khamis dah stat cuti sedangkan khamis kami ada lecture lagi (lecture yang sangatlah ckit student yang hadir)
k that's all for intro..
ni nak sambung cabaran 50 buku setahun..
ni bukunya :
Tajuk : AD+IZ
Penulis : Eury Athena
Keluaran : Kaki Novel
Halaman : 636 m/s
ADRIANA MAYESA (AD) seorang pekerja butik..kerana salah faham, dia terkahwin kontrak dengan TENGKU FARIEL IZUMI (IZ)..
di hari 'perkahwinan' itu baru AD tahu yang IZ-adalah musuh ketatnya masa zaman sekolahnya dahulu.
dari musuh ketat jadi suami isteri-mana tak huru hara jadinya ^^
dalam perkahwinan ni ada perjanjian antara mereka..
AD perlu merubah penampilannya-lalu terpaksa dia masuk universiti-untuk belajar dalam masa yang sama,mengimprovekan dirinya..
yang si IZ pulak perlu kuruskan badannya-ibarat kata AD dari saiz XXL ke saiz M..
lalu tanpa sedar hubungan mereka dari musuh menjadi kawan rapat..
TENGKU IHSAN sepupu kepada IZ..pertemuan IHSAN dgn AD ada peristiwa yang berlaku sehinggakan IHSAN memberi gelaran 'miss prejudice' pada AD dan AD memberi gelaran 'mr. charity' pada IHSAN. IHSAN dikatakan sebagai playboy diraja yang akhirnya jatuh cinta pada AD. IHSAN ni ibarat watak hero no-2 korea yng baik sangat dan ada ciri-ciri laki idaman tapi sayang hati AD dah ada pada IZ.
MARINA- kekasih lama IZ. Dia sebenarnya adalah punca salah faham berlaku sampaikan AD&IZ terkawin. Dia kembali menagih kasih IZ tanpa sedar yang IZ sudah berkahwin dengan AD.
Kisah AD+IZ bukan hanya mengenai kisah cinta 4 segi ala-ala cerita klise korea. ada kisah di sebalik pertemuan AD dan IZ. rupa-rupanya ada pengarah dalam kisah mereka berdua. Pengarah yang membuat pertemuan mereka sebagai kebetulan sedangkan semuanya adalah rancangan. siapa pengarah itu?
AD dikatakan iras-iras kekasih pertama IZ bernama ANN. Siapa ANN?
INGIN TAHU KISAH SETERUSNYA-TERPAKSA BACA SENDIRI YE ^^
komen ainsabrina pasal cita ni:
mula-mula baca cerita ni di penulisan2u
ingatkan cita ni klise ja-ala cita pasal kawin kontrak dah banyak sangat dalam novel2 ngan cita tv tapi ternyata ada kelainan dalam buku AD&IZ ni..
banyak peristiwa tak sangka ada dalam kisah AD&IZ ni..contohnya rupa-rupanya pertemuan AD&IZ masa zaman persekolahan mereka semuanya adalah di bawah rancangan seseorang.betul-betul tak sangka betapa seseorang itu lebih mementingkan pangkat dan harta benda berbanding hubungan persaudaraan..overall best bangat la cita ni ^^
ayat-ayat best dalam novel ni :
"kita dirancangkan untuk bertemu..kita ditakdirkan untuk bersama..namun adakah untuk bersatu..buat selamanya?"
" aku cuma berpeluang menjadi kekasihmu selama 3jam,3ominit,39saat..untuk itu izinkan aku menjadi pencintamu buat sepanjang hayatku.."
"tolong jangan kelirukan aku..tolong jangan buat aku jatuh cinta pada kau "
"jatuh cinta memang menyakitkan saat cinta tak berbalas"
Two months to go lub dub lub dub
5 years ago
0 pengomen:
Post a Comment