guess what?
ainsabrina sekarang ni selamat menaip post baru di rumah ^^
disebabkan tahap stress yang tinggi + homesick yang melampau,
buat keputusan last minute beli tiket balik penang,
puas hati !!
walaupun cuti hujung minggu ja..
orang kata buat penat badan,banyak habis masa di dalam bas ja..
tak kisah la asalkan balik rumah.. ^^
...................................................................................
post sebelum ni pasal jadi bidan @ midwife
dapat smbutan yang hangat (bunyi cam perasan hot ja hihi )
jadi rasa cam nak buat sambungan ja..
bila dah banyak tengok + dah conduct,
ada rasa takut yang hinggap,
takut nak pregnant dan of course takut nak melahirkan
serius sangat scary
sampaikan saya dengan sahabat2 permpuan lain selalu bercerita pasal hal ni..
bila cerita pasal delivery,semua luahkan rasa takut..
" tak nak mengandung la gini..takut.." kata sorang kawan
" eh tak boleh..nanti high risk dapat breast cancer ", balas sorang
- ni la masalahnya bila besembang kosong dengan medical student,ada je balasan yang membuatkan orang terdiam ^^
FAKTA : wanita yang tidak mengandung atau kurang mengandung lagi tinggi risiko untuk mendapat kanser payudara berbanding wanita yang sudah banyak kali mengandung. ni kerana dia lebih banyak terdedah kepada hormon yang boleh menbawa kepada kanser payudara.
bila cerita pasal baby yg dilahirkan, semua teringin nak ada anak pulak ^^
" teringinnya nak ada anak ", kata sorang kawan
" eleh..tadi baru je cakap takut nak mengandung.." balas sorang lagi
macam confuse pulak jadi nya.. hihi
bila difikirkan betapa cantik realiti yang ALLAH beri..
kesakitan yang amat itu ALLAH hadiahkan dengan hadiah yang paling berharga iaitu zuriat @ anak
tak cukup dengan itu- ALLAH hadiahkan pelbagai lagi hadiah buat wanita yang mengandung
- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
- Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
- Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
- Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
- Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
- Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
- Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
- Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
pengorbanan ibu itu sangat besar, jikalau tanpa ada rasa kasih sayang yang tertanam dalam hati,pasti semua wanita dalam dunia ni tak nak mengandung.
cuba bayangkan..
dari stat mengandung..
ibu2 ada pening2,loya,muntah2 -sampaikan kadang2 tak lalu makan sebab tak boleh nak bau makanan pun..
tak cukup dengan tu duk membawa angkutan bayi di depan perutnya selama 9 bulan, sampaikan sakit belakang-tapi dia still menahan,berkorban
dan akhirnya sampai waktu untuk melahirkannya
sakitnya tak dapat diceritakan dengan kata2.
namun bila terdengar tangisan si anak, rasa sakit itu hilang, rasa lelah 9 bulan menunggu juga hilang.
rasa bahagia pula menjelma.
sungguh indah perasaan itu berganti-ganti ^^
cerita pasal sembang2 kosong, ada lagi stu time ni kawan2 segroup bersembang..
"nanti bini aku, aku nak suruh dia buat c-sec (caesarian section-cara bedah) la", kata sorang kawan ni.
-kesan daripada tengok delivery secara biasa banyak sangat
" eh c-sec kan banyak risiko..nanti ada scar besar lagi..", balas sorang kawan.
" aaah kan..emm kalu camtu aku tak nak bagi isteri aku mengandung la..kesian kat dia ", balas dia lagi..bunyi cam suami mithali je..
"pastu..tak mau ada anak ka?", tanya sorang lagi
"kalu nak ada anak, aku kawin la lagi satu.." balas dia tersengih
-suka benar laki2 ni kalu cta pasal kawin dua-
kami semua terlopong..lebih2 je budak ni..
baru nak cop suami mithali, ni dah jadi suami cari alasan nak kawin lain ni.. *_*
.................................................
tu je buat masa ni..
nnti kalu ada rezki,saya sambung lagi..
mungkin cta pasal c-sec pula ^^
4 pengomen:
Salam Ain, bakal doktor, yer..tahniah. T/kasib singgah blog akak..
woh,doctor..snio la ni..haha
grad mesia sume powerpower..
kak ros : thanks kak ros mlwat cni jugak ^^
slipar junior : student medic mesir eh? kami grad mesia biasa2 je,mgkin hnya lebih exposure pd patient (malaysia mari punya) + banyak skill-based masa study..jadi masa HO mudah ckit..bab knowledge rasanya korng hebat lagi ^^
bestnye dengar citer doktor nie...
semoja jd doktor muslimah
Post a Comment