ulasan buku yang ke-12
* novel ni lama bebenor..tu yang kulit bukunya berkerut bagai..*
Tajuk buku : Mandatori
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Keluaran : Alaf 21
Halaman : 505 m/s
Sinopsis Kulit belakang :
Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.
Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!
Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!
Ulasan ainsabrina :
Semuanya bermula dengan kisah Taasan, pemandu kepada Datuk Johari yang dihukum mati di tali gantung berikutan kes penangkapan dengan dadah. Walaupun Taasan tidak bersalah, namun disebabkan hukuman itu, keluarga Taasan menerima impak yang besar setelah pemergiannya. Dia meninggalkan Bu piah, isterinya dan dua anak, Amran dan Nurimah. Amran dihina kawan sekelasnya Juliana,Kelvin dan Jane sehinggakan Amran dibuang sekolah manakala Nurimah bertukar sekolah. Memikirkan nasib keluarga yang asyik ditimpa malang, Amran akhirnya berkeputusan menjadi nelayan. Siapa sangka hanya pada hari pertama dia sebagai nelayan, Amran hilang pabila perahu mereka karam akibat rebut angin monsoon.
Kisah itu berlalu dilupakan begitu sahaja. Semua dengan kisah masing-masing. Juliana sudah berjaya dengan syarikatnya namun bermasalah dengan kisah cintanya yang membawa dia bertemu dengan Norman. Kevin sudah berjaya menjadi doktor Forensik manakala Jane berjaya menjadi seorang peguam. Di saat kehidupan mereka seakan tenang tanpa bahaya, mereka dikejutkan dengan jemputan yang menemukan mereka dengan Carlos. Carlos ibarat penegak keadilan yang memberi hukuman kepada pesalah tanpa peguam pembela mahupun hakim.
Komen ainsabrina :
Novel ini saya habiskan sepanjang berada di keretapi Butterworth-Bangkok. Saya bagaikan ternanti-nanti babak seterusnya yang berlaku,juga tertanya-tanya siapa Carlos yang sebenarnya.
Novel thriller Ramlee Awang Murshid memang membuatkan kita seperti berada di dimensi lain. Kisahnya banyak kisah ulang tayang dan banyak watak wujud yang membuatkan kita tertanya-tanya. Watak Carlos dari awal begitu rahsia dan beberapa lagi watak rahsia yang lain.Sengaja saya tak nak cerita watak-watak rahsia yang lain, nanti hilang kejutan ceritanya. ^^
0 pengomen:
Post a Comment