Friday, June 24, 2011

3rd day as Korean : Shopping !!!


 assalamualaikum..

hujung minggu sudah tiba..
waktu ainsabrina berblog !!!

 buat sahabat2 yang menanti, 




post ini untuk korang ^^

25th May 2011 

Hari itu adalah hari shopping sedunia kami ^^

Shopping je keja. Dari pagi ke malam. 

Dari Namdaemun ke Dondaemun ke Myeongdong.

Ahh sudah.. banyak benar nama yang pelik dan tak berapa nak familiar???

Don’t worry..saya akan cerita satu persatu..


First kami pergi Namdaemun.


Namdaemun ni ala2 pasar pagi tapi menjual macam2 benda. 

Dari benda2 basah (benda masak-memasak) ke baju ke kasut dan beg. Mudah cakap – macam2 ada. 

Tempat ni sangat luas, berpotensi besar untuk sesat. Yah itu berlaku pada kami masa kali ke-2 ke sana. Hihi 2 kali kot sampai tempat ni. 


Ni few pictures :


Ni tempat jual accessories.. banyak betul accssories yang cute2 dekat sini..serius rambang mata..


 
Bergambar dengan ahjumma yang sangat baik ^^



Kat cni ada juga tempat jual barang2 artis kpop camni --> ada calendar (mcm yg kwn saya pgang tu) ada key chain, ada poster, ada mug, ada macam2 la..

ady with so ji sub (hero cain & abel series )

Apa yang saya beli di sini?

Saya beli beberapa cenderahati ,keronsang,tshirt. bila disenaraikan rasa sikit pulak, sedangkan mahu sakit tangan pegang beg shopping yang banyak itu ^^

Lepas tu kami bergerak ke dondaemun.

Dondaemun


Dondaemun ni bagi saya ala2 bintang walk. Tempat2 orang kaya camtu la. Tempat ni petang2 ke malam2 baru hidup. Kalu pagi2 takda pa la gamaknya.

Dekat sini la saya jumpa boyfriend. Dah janji berbulan-bulan nak jumpa, akhirnya jumpa jugak.

Ni la boyfriend saya ^^

ain <3 seunggi

Banyak jugak jumpa artis kat cni ^^

girl's generation (SNSD)

Kim Hyun Joong

Yoon Ah In

CN BLUE <3

Bae Yong Joon

Dekat sini banyak benar patung2 + poster2  artis korea, kami asyik bergambar je dengan diorang. Buat muka taktau malu, ambil je gambar. Diorang tengok pelik pun bukan diorang kenal kami2 ni pun. Hihi

Dekat deret dondaemun street ni banyak sangat kedai2 cosmetic. Kalau korang lalu sebelah diorang mesti bagi few free gifts. Ambil je.rezeki tu. Kalu diorang ajak masuk. Masuk je. Window shopping pastu keluar. ^^
Tapi kan ada sorang Malaysian saya jumpa di guesthouse, dia cakap barang kosmetik di Korea mostly dijual half price, so sangat2 murah compared to harga Malaysia. Dia la cakap. Saya pun tak pasti kebenarannya sebab saya tak survey pun. 

 
Malamnya kami ke Myeong-dong.

keluar je dari subway tu ternampak satu bangunan tradisional korea ala2 macam gambar wallpaper desktop saya.

ni gambar wallpapernya :


p/s : tolong abaikan folder2 yang ada. perhatikan gambar nye..

dan cuba la ambil gambar.
  ini hasilnya :



k memang tak sama dan tak secantik gambar wallpaper di atas.
satu - sbb camera tak sehebat DSLR 
dua - tempatnya tak sama pun sebenarnya, hanya bangunan yang sama.
tiga - takda dah bunga2 macam gambar dalam wallpaper tu.
empat - dah malam, dengan kamera yang tak sehebat DSLR, memang imej tak cantik sangat 


berehat kejap kat situ, baru kami berjalan ke arah myeong-dong shopping complex tu.. alih2 myeong-dong shopping complex tu on construction. 
Jadi kami just jalan2 dekat shopping complex berdekatan. 

Dekat kawasan ini, ada fashion street. Jadi kita boleh ‘window shopping’ korea fashion style secara live. Sebelum ni asyik window shopping dekat websites je, ni tengok live. ^^

myeong-dong


gerai2 makan tepi jalan(macam dalam cita korea)

 
Kawan saya siap beli sehelai baju. Tengok muka bahagia dia.

muka bahagia cik ady ^^

kami juga sempat singgah di Cheonggyecheon Stream



*maaf atas gambar yang tak berapa cantik *

Ni adalah sungai sepanjang jalan di seouls. sungai ni dah ada sejak bertahun-tahun dulu lagi tapi tak terjaga pun. sejak tahun 2005, baru diorang cantikkan kembali tempat ni.
but still  tempat ni ada few sites terjaga, ada juga few sites macam tak terjaga, penuh lalang bagai. Tapi ok la, tempat ni boleh jadi kunjungan orang2 korea selepas penat bekerja seharian. 


itu je alkisah 25 mei yang lalu..

Korea ada banyak shopping street camni.

Namdaemun, dondaemun, myeong-dong, insadong, itaewon --> tu beberapa tempat shopping. Mengenai Insadong dan itaewon, saya akan ceritakan dalam post selepas ini. Dan InsyALLAH saya akan postkan mengenai shopping di korea
( how to, where to buy ++)  

4 pengomen:

Fatin Sakura

bende yang saya rase nak beli belah kat situ ialah T-shirt yang cute/jacket yang cute/ataw baju yang mcm binatang tu... ain x jumpa ke mende alah tu??? huhuhuhu.. tp kalau saya memang tergodalah tengok barang murah/mahal ...asal ade duit ..terus beli = pokai...hahahaha.... xpe hati puas + nyesal..(lol)

a.s.m.a

ada je tjumpa..dkat area myeong-dong tu..dkt satu tmpat lagi itaewon pn byk gak..saya ni jenis kdekut sikit pada diri sndiri haha asyik beli utk org ja,x tringat utk diri sndiri huhu menyesal pn ada tak beli few things..

mr.oren

perghhh,,..best nya.REZEKI dapat sana.
gambar pon cun-cun~

lala yusof

nak plan pergi ni bolehla nnt tanya adik ya;-)info yang bagus


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails