Tuesday, June 7, 2011

Ain : Cabaran 50 Buku : (9) Keranamu Ain

assalamualaikum..

janji untuk bercerita panjang tentang trip saya ke korea hari tu, saya tangguhkan dulu ye..
dah start berelektif di hospital taiping jadi penat sikit.
dan kerana itu mood untuk bercerita tengah kurang, tapi tanggungjawab untuk mengulas buku perlu saya dahulukan dulu..

k masuk buku ke -9



Tajuk buku : Keranamu Ain
Penulis : Noor Suraya
Keluaran : Creative Publication
Halaman : 273 m/s


sinopsis kulit buku :  

Dia pintar dan kadang-kadang garang tetapi menarik. Dia penyayang dan kadang-kadang terlalu sensitif tetapi pemaaf. Yang pasti Ain ialah insan dalam dunia dengan gayanya yang tulen. Anggun dalam darjahnya yang tersendiri. Indah dalam peribadinya yang sempurna.

..................................................


Ain Najwa baru dilantik menjadi editor di Baki Publishing walaupun Haris tidak besetuju dengan pemilihan itu. Ain hanya mencuba nasib di situ dan siapa sangka Baki Publishing itu milik Pak Baki, sahabat baik arwah ayah Ain. Namun bukan kerana itu, dia terpilih menjadi editor kerana dia benar-benar layak dan di dalam jurusan itu di universiti nya. Pak baki dan isteri bagaikan menjadi penganti arwah ibu dan ayah Ain dan seringkali menjenguk ke rumah mereka berdua walaupun ternyata Haris tidak menyukainya. Antara Ain dan Haris, mereka tidak pernah sekata hinggalah satu peristiwa berlaku yang akhirnya membuatkan Haris dan Ain boleh duduk semeja.

Ain, Maisarah dan Adam, mereka bertiga kawan satu sekolah. Ain jatuh suka pada Adam sejak pada zaman sekolah dahulu. Siapa sangka apabila meningkat dewasa kedua-duanya punya rasa yang sama. Namun semuanya bagaikan terlewat apabila Maisarah mengaku pada Ain yang dia juga ada rasa yang sama buat Adam tanpa mengetahu rasa Ain buat Adam. Antara kawan dan cinta, Ain rela memilih kawan. Lalu dia berkeputusan untuk ke Brunei.

Saat masalah Adam membelengu, Ain tiba-tiba dikejutkan dengan luahan perasaan oleh Haris.

Antara Haris dan Adam, siapa pilihan Ain?

Haris VS adam

"saya tulus ikhlas menyukai Ain, bukan kerana ada tujuan lain. Insya-Allah kerana Allah." Haris


"Bagaimana aku nak berkahwin dengan orang yang aku tidak cintai, Ain? Fahamilah aku, Ain, jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati." Adam


p/s dalam novel ini penulis turut memasukkan watak Khalida dan Zainur dari novel Nyanyian Tanjung Sepi sebagai watak sampingan. 

komenainsabrina :

jujurnya saya beli buku ni sebab ada nama 'ain' di tajuknya. ^^
Siapa la tak suka kalau nama diri sendiri adalah nama watak heroin suatu cerita atau novel, lebih-lebih lagi digunakan sebagai tajuk cerita atau novel.
Secara keseluruhannya cerita ni ringan. Ada beberapa bahagian yang sedih tetapi masih ringan. Tiada bahagian yang memberatkan fikiran.
Akhirnya bahagia. Saya tidak kisah siapa pilihan Ain pada akhirnya kerana bagi saya kedua-dua watak ada kelebihan masing-masing. tetapi di sudut hati saya ada sedikit kecewa dengan pilihan Ain dan cara pengakhirannya.
Satu lagi penulis mengangkat watak Ain ni agak tinggi. Ain yang pintar dan beberapa watak baik lain. Itu pada sinopsisnya sedangkan dalam ceritanya watak Ain tidak menonjol kepintaran dan beberapa watak baik lain. Ain seperti watak heroin klise yang lain, tiada yang lebih , tiada yang kurang sedangkan sinopsisnya memuji yang lebih. Itu pendapat saya yang juga bernama 'Ain' , mungkin yang lain ada pendapat yang berbeza.

0 pengomen:


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails