Saturday, December 10, 2011

Ain : Cabaran 50 Buku : (43) Mencari-Suami @ JS.com







Tajuk buku : Mencari – Suami @ JS.com
Penulis :   Normaslina Masri
Keluaran :  Jemari Seni
Halaman :  617 m/s


Ulasan Ain Sabrina : 

Dari tajuknya , dah boleh agak kisah awal novel ini. Watak utama kisah ini , namanya klasik – Sofea Saloma namun kisahnya takda glamor pun. Apa tidaknya , umur sudah 33 tahun , namun masih tiada insan bergelar suami . Ekoran itu , emak Sofea Saloma membuat keputusan drastik , memberi kata dua pada Sofea , jika masih tiada calon , dia akan menjodohkan Sofea dengan jejaka pilihannya , Yusuf.

Terdesak , Sofea meminta bantuan kawannya , Su . Dan siapa sangka , Su memeberi cadangan yang agak pelik iaitu mengiklannya tentang pencariannya suami di surat khabar. 

Ni iklannya :

Tarikh Iklan: Jumaat, Sabtu & Ahad
Saiz: 2Rx10cm
Edisi (keluaran): Edisi Utara, Tengah, Selatan, Sabah & Sarawak.
Wanita Melayu, beragama Islam, berperwatakan sederhana, 33 tahun, berpelajaran, ingin mencari calon suami yang mempunyai kriteria seperti;
(a) bekerja tetap
(b) berumur sekurang-kurangnya 33 tahun ke atas
(c) bujang/duda sahaja
(d) beragama Islam
Sesiapa yang berminat sila e-mel maklumat peribadi kepada mencarisuami@yahoo.com sebelum 15 Oktober 2010.

Pelik dan siapa sangka ia menjadi


Ada yang menelefon , sudi sangat katanya, sampaikan terus membuat perjanjian dengan Su di saat Sofea ‘outstation’ . 
Pada masa yang sama , Sham kawan sepejabat Sofea tiba-tiba turut mencuba nasib mengambil hati Sofea.

Pertemuan Sofea dengan calon bakal suaminya , ternyata mengejutkan. Ia pertemuan kembali kasih yang sudah lama terputus. Lalu bermulalah konflik.

Konflik antara Sofea , Aliff , Sham dan Yusuf. Siapa pemenang konflik tersebut?


Komen Ain Sabrina : 

Novel ini saya dapat hadiah dari jemari seni ^^ . Membaca tajuk dan sinopsis, dah boleh agak kisah luar dan dalamnya. Dan kerana tajuk itu , saya berharap ada kelainan sedikit kerana saya sendiri akui saya sudah mula bosan dengan cerita novel yang selalu klise. Ternyata berbeza namun masih tidak mencapai minat saya. 

Cara penulisan kisah ini agak meleret. Lebih banyak luahan dalam hati atau dalam erti kata lain seakan watak utama berleter seorang diri. Jadi saya sebagai pembaca yang agak mudah boring dan lebih suka membaca dialog, banyak juga perkataan yang saya ‘skip’.

Apa-apa pun saya suka idea penulis, hanya cara garapan kisah boleh membuatkan pembacanya lelah dan boring bila baca. Biasa la , lain penulis , lain rentaknya dan kita sebagai pembaca kena la terima baik dan buruk kisah yang kita baca. 

Watak Sofea dalam kisah ini pada mulanya nampak ‘desperate’ tetapi tiba-tiba ja banyak watak lelaki yang muncul. Pelik pula saya. Tertanya dalam diri , kenapa tiba-tiba ja watak-watak ni baru muncul sedangkan Yusuf dari dulu kawan sekampung Sofea manakala Sham sudah lama sepejabat dengan Sofea. Kenapa tidak dari dulu mengambil langkah, sedangkan Sofea kini sudah menjangkau umur 33 tahun. Pelik namun saya teruskan pembacaan.

Dikisahkan pula kisah Aliff yang sangat menyanyangi Sofea walaupun pernah membuat kesilapan meninggalkan Sofea satu tika dahulu. Namun tidak pula diceritakan, kenapa dan mengapa Aliff tinggalkan Sofea dahulu. Saya menunggu sehingga ke akhir episod tetapi sampai ke akhir , saya tidak temui jawapannya. 

Kisah di akhirnya pula seakan dipercepatkan , cepat sahaja Sofea bertemu jodoh , dan cepat pula pengakhirannya berlaku dan juga cepat pula jumpa pengantinya. 

Apa-apa pun , yang menariknya cerita ini memang lain dari yang lain. Tidak klise sampaikan saya pulak kecewa dengan pengakhirannya.




0 pengomen:


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails