Friday, December 30, 2011

Ain: Cabaran 50 Buku : (48) Julia






Tajuk buku : Julia 
Penulis :  Abu Hassan Morad
Keluaran : Utusan Publication & Distributors
Halaman : 244 m/s


Ulasan Ain Sabrina : 

Julia , anak gadis Datuk Bakar dan Datin Maznah. Kerana terpengaruh dengan kawan-kawan, dia jadi anak gadis yang sudah terpesong  pada awalnya. Dia jadi gadis liar. Risau dengan keadaan itu , akhirnya mama dan abah Julia menghantar Julia jauh ke luar negara. Hasrat mereka ingin menjauhkan Julia daripada kawan-kawannya yang liar itu , lebih-lebih dari Rasyid , teman lelaki Julia.

Dia dihantar ke Perth ,Australia untuk  belajar tentang pengajian Islam di Hidayah Islamic College.  Di sana dia dipertemukan dengan ramai kawan baru yang lebih baik tidak seperti kawan-kawan liarnya di Kuala Lumpur. Dan di sana , dia lebih mengenali Islam dengan sebenarnya.

Dalam kapal terbang ke Perth , dia diperkenalkan dengan jejaka cina , Jun namanya. Dan sejak itu mereka menjadi sahabat walaupun tidak selalu berjumpa.

2 tahun di Perth , dia menerima suatu kejutan. Mama dan abahnya pergi meninggalkan mereka apabila ditimpa kecelakaan. Sedih namun dia harus tabah untuk adik-adiknya , Adi , Fatin dan Sufi.

Sebagai anak sulung , Julia terpaksa mengalas segala tanggungjawab , menjadi penganti mama dan abah buat adik-adik. Tidak cukup dengan itu , dia turut mengambil alih jawatan ayahnya , Julia terpaksa mengambil alih perniagaan bapanya iaitu Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd .

Bermulalah kisah baru dalam hidup Julia. Dia bukan lagi gadis cilik yang bergantung sepenuhnya pada mama dan abah , kini dia pulak menjadi tempat bergantung buat adik-adiknya. Dia bukan lagi pelajar yang hanya belajar , kini dia peneraju utama Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd .

Dek kerana jerebu yang melanda negara waktu itu , Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd  mengalami beberapa masalah. Walaupun masih mentah dalam bidang korporat, Julia tetap menguatkan hati dan gigih berusaha untuk memulihkan perniagaan BMPRO Holding selepas kematian bapanya. Pada masa itulah, Jun sentiasa berada di sisi Julia dan sentiasa menggalak dan mengambil berat terhadap diri Julia.

Ketika ingin memulihkan syarikat, bapa saudaranya, Syed Mustaffa ingin merampas Butik BMPRO Sdn Bhd. Julia juga menghadapi kemerosotan perniagaan BMPRO Transport dan perletakan jawatan oleh pengurus besar BMPRO Holding, Encik Hashim yang memberi tamparan besar kepada Julia.

Dengan usaha yang gigih, Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd akhirnya dipulihkan Julia dengan kerjasama syarikat milik keluarga Jun, Syarikat Cinta Sejati Travel and Tours untuk melancarkan projek Homestay di Felda Guar Napai. Ketika Julia dan keluarga menziarahi pusara ibu bapanya, muncullah Jun yang lengkap berpakaian baju Melayu . Jun melamar Julia dan memberitahu Julia bahawa dia sebenarnya seorang Muslim. Akhirnya, mereka telah berkahwin sempena pelancaran Homestay.


Komen Ain Sabrina :

Buku Julia adalah salah satu komponen sastera semasa saya di zaman sekolah dulu. Jadi membaca novel ini sekali lagi membawa saya kembali ke memori zaman sekolah dahulu.

Kisah Julia memberi impak yang agak besar. Semangatnya dan kerana wataknya sebagai seorang gadis itu sendiri dapat menaikkkan semangat pembaca semua terutamanya perempuan. Watak anak sulung mahu atau tidak turut memberi impak kepada saya , si anak sulung. ^^

Ketabahan dan semangatnya boleh dijadikan pengajaran dan contoh buat gadis-gadis di luar sana. Menjadi seorang perempuan bukan lesen untuk jadi lemah.

 Kisah perjuangan Julia dalam menyelamatkan syarikat ayahnya amat mengangumkan. Idea-idea syarikat dan kisah perjalanan syarikat tampak ia lebih menarik. Pujian boleh diberikan kepada pembantu setia Julia juga pada Jun yang sentiasa setia membantu.

Watak Jun pastinya menarik hati sesiapa sahaja yang membaca. Wataknya yang sentiasa ada untuk Julia juga wataknya yang agak ‘gentleman’ adalah watak hero idaman.

0 pengomen:


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails