Friday, October 14, 2011

Ain : Cabaran 50 Buku : (28) 5 Tahun 5 Bulan







Tajuk buku : 5 tahun 5 bulan.
Penulis : Hlovate
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 509 m/s



Ulasan Ain Sabrina : 

5 tahun 5 bulan adalah satu lagi karya tulisan Hlovate. 

Ana , bekerja sementara sebagai orang gaji di rumah Encik Latfy. Di sana dia dipertemukan dengan anak-anak Encik Latfy. Kerjanya tak mudah namun tidak la sesusah mana jika watak Along tidak ada. Along yang Ana gelarkan Along Serbia, hanya kerana dia suka sahaja mengomen setiap hasil kerja Ana. Ada saja yang tidak kena dengan pandangan Along yang pada saya dari pandangan pembaca, Along nampak sengaja ingin mengenakan dan memberi ujian pada Ana. Ternyata Ana sentiasa tenang. Dan siapa sangka , ada rasa yang bercambah dalam hati Along lebih-lebih gerak gaya Ana melayan adik-adiknya mengingatkan dia pada arwah mamanya. 

Namun tidak sempat rasa diluahkan , dia dikejutkan dengan kewujudan Jo. Karektor Ana dan karektor Jo ternyata berbeza. Jo lebih kasar, tidak suka cintan cintun, manakala Ana lebih lembut, dan bersifat lebih kepada suri dalam rumah. Along terkejut dan terkesima dan sehingga sebelum Ana berhenti kerja , mereka masih dingin antara satu sama lain.

Pemergian Ana membenihkan rasa rindu antara satu sama lain namun perasaan masih dipendamkan. Tiada luahan antara mereka. 

Di sana Ana dipertemukan dengan Jebat. Bersahabat baik sampaikan ada satu saat Ana seperti ada rasa buat Jebat sehinggakan Along turut rasa tergugat. Akhirnya setelah semua salah sangka dibersihkan , Along akhirnya berani meluahkan rasa dan setahun tempoh diberikan untuk Ana memikir. 

Hubungan jarak jauh, mampukah?



Komen Ain Sabrina :
 
Komen saya mungkin agak bias , sebabnya saya ni memang peminat karya Hlovate. Walaupun ada orang kata cerita ini klise dan pengakhirannya sudah dapat diketahui , namun bagi saya kisah ini masih menarik. Menarik bagi saya adalah saya boleh mengulang baca novel ini lebih dari 10x pun. ^^

Watak Ana , yang sangat cekap di dapur mebuatkan saya rasa iri hati dan ingin menjadi cekap seperti itu juga suatu hari nanti. Wataknya seakan lengkap dan sempurna , gadis yang cekap mengenai hal isi rumah juga bijak dalam pelajaran. Nampak fantasi la juga , tapi tak mustahil boleh jadi macam Ana , kalau ada usaha yang gigih. (^_^)

Watak Afiq @ Along , digambar sebagai seorang abang sulung yang bertanggungjawab. Walaupun dia tegas pada adik-adiknya , namun masih terpancar kasih sayang buat adik-adiknya. Saya sangat suka pada watak-watak adik-adik along terutama watak Angah @ Apeh. 

Dalam mengulang novel ini , saya paling suka ulang 2 bahagian. Bahagian yang depan , masa Ana jadi orang gaji rumah Along dan bahagian IV (bahagian akhir). Baca bahagian IV boleh buat saya senyum sampai ke telinga dan juga menangis gembira (ya, itulah saya, waktu gembira pun boleh nangis ^^) .  Cara Along meluahkan rasa , boleh buat saya tersenyum satu malam. 

0 pengomen:


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails