Showing posts with label CABARAN 50 BUKU. Show all posts
Showing posts with label CABARAN 50 BUKU. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

Saya menang !!!

assalamualaikum...


ok asyik update blog je..

free sangat ka???


oh tidak sama sekali..


hanya nak menaip jugak sebab ada berita gembira nak kongsi *yay*



pernah ingat pasal cabaran 50 buku setahun yang ainsabrina pernah join last year,
tak tahu?
boleh jenguk di bahagian bawah blog..
ada list buku2 yang telah berjaya di ulas...


and guess what?

saya menang !!!
*rujuk sini*

ok xdalah menang grand prize ,
but still menang
yang boleh buatkan saya tersenyum gembira satu malam ni
 (^____________^)

walaupun frust x dapat baucar bodyshop yang diidam-idamkan tu ,
but still saya berjaya dapat baucar buku RM100
so more books to buy !!!
any suggestion - books to buy ???

ni ulasan buku yang bertuah tu :
ulasan buku Contengan Jalanan , Hlovate

*suka..suka...suka...suka..suka*

thanks Kak Wan ,
thanks Jemari Seni
thanks semua yang join Cabaran 50 Buku ,
thanks buat pembaca blog ni * yang mungkin dah bosan dengan ulasan buku saya -sori !! *
thanks Semua !!!


A capacity and taste for reading gives access to whatever has already been discovered by others.  
Abraham Lincoln

 “You know you've read a good book when you turn the last page and feel a little as if you have lost a friend.”
Paul Sweeney


“I declare after all there is no enjoyment like reading! How much sooner one tires of any thing than of a book! -- When I have a house of my own, I shall be miserable if I have not an excellent library.”  
Jane Austen, Pride and Prejudice 



Saturday, December 31, 2011

Big clap for myself ^^

assalamualaikum

dah ngantuk dan penat sebenarnya *huh*

tapi tetap nak menaip * semangat* ^^

hari yang full di depan laptop (sampaikan kepala pening + mata berpinar) --> trying my best to finish ulasan buku untuk cabaran 50 buku

cabaran 50 buku setahun



yeah , finish it !!!!


the evidence ^^


 success !!!

50 buku setahun --> macam mudah tetapi susah yang amat .
bacanya mudah ( ye la sementara tggu lampu isyarat pun leh baca novel rite? haha pernah kena hon berkali-kali for that 'thing' ^ ^ )
namun untuk mengulas --> it takes time.

dan untuk itu , ingin ainsabrina memberi penghargaan pada diri sendiri --> * big clap for myself*

ok, tak larat dah tengok laptop..

pergi dulu ..

wasalam !!

Ain: Cabaran 50 Buku : (50) Contengan Jalanan





Tajuk buku : Contengan Jalanan
Penulis :  Hlovate
Keluaran : Jemari Seni


Ulasan Ain Sabrina : 

Ada dua kisah dalam novel ini. Kisah pencarian makna hidup dalam diri Fend dan K². Bermula dengan kisah Fend. Dia lelaki biasa , ada kawan yang mempunyai sama minat juga ada keluarga dan saudara. Dalam erti kata mudah , seperti tiada yang kurang dalam kisah hidup Fend. Namun , Fend masih tidak puas , seakan ada benda yang hilang dalam hidupnya. Rasa itu makin selepas dia dipertemukan dengan Lia dan Dvd 11th hour. Benda itu dia luahkan pada Chad , sepupunya. Perbincangan mengenai kehidupan dan matlamat hidup semakin banyak dibahaskan. Namun tiada perubahan , rasa hilang itu masih ada.

Chad memulakan langkah pencarian yang ‘hilang’ itu dengan mengajak Fend ke Australia. ‘Percutian’ ke Australia itu ternyata berbeza. Masjid-hopping itu cara Chad untuk mencari erti hidup dan Fend hanya mengikut tanpa bantahan. Mula-mula kekok namun semua seakan kena. Iktikaf , itu yang mereka buat.

Amalan-amalan ibadah yang sebelum ini susah nak dibuat atau tidak pernah dijadikan ritual , seakan menjadi amalan wajib di sana. Dan Chad mahupun Fend tidak mahu ketinggalan dalam mengejar menaiki tangga ke syurga ALLAH. Dan dengan itu , ibadah jadi ringan dan mereka seakan-akan berlumba-lumba ke arah yang sama , iaitu mencari reda ALLAH.

Dan akhirnya mereka jumpa benda yang ‘hilang’ itu , mereka jumpa erti hidup mereka. Pelik , di negara yang bukan agama rasminya Islam , namun Islamnya lebih terasa.

Dan pengakhirannya kisah Fend , ada kisah sedih yang mendatang. Fend seakan hilang bahu untuk bergantung  dan belakang untuk bersandar. Dan dia seakan merasa tanggungjawab untuk membawa K² ke arah jalan dan pemikiran yang sama seperti mana dia dan Chad.

Kisah K² bermula selepas itu. Dvd 11th hour selamat dia tonton , namun rasa yang dia rasa tak sama sepertimana Fend rasa. Namun Fend tidak kenal erti putus asa walaupun pada awalnya dia turut kecewa dengan respon K².  Lalu sekali lagi Fend membuat ‘percutiannya’ ke Australia namun kali ini ditemani K². Tiada lagi Chad di sisi. Hati K² masih tidak disapa rasa yang sama dengan Fend. Pulangnya K² ke Malaysia , tiada perubahan. Namun serba sedikit dia seakan faham apa yang ingin disampaikan Fend. Walaupun itu , dia terasa itu bukan dunia dia , dia terasa seperti seorang hipokrit.

Kerana pertemuan dengan Bapa Tono di Autralia , dia terasa seakan terpanggil-panggil untuk ke Jakarta. Negara jiran serumpun sebahasa namun ternyata banyak bezanya. Dunia Indonesia mengajar dia tentang kehidupan , susah dan senang. Dan dunia Indonesia juga menemukan dia dengan erti hidup sepertimana yang dirasa Chad dan juga Fend.


Komen Ain Sabrina :

Bagi saya , novel ini adalah novel yang paling berat yang pernah saya baca buat masa ini. Berat dalam definisi kamus saya adalah kerana terlalu banyak falsafah hidup juga ajaran agama cuba diterapkan Hlovate buat pembaca. Berat bagi saya adalah apabila saya mengambil masa berminggu untuk habiskan setiap helaian dalam novel ini.

Kisah Fend , Chad dan kisah K² adalah kisah kita , kisah manusia yang mencari erti hidup , itu fitrah manusia. Dalam masa kita manusia yang kebanyakkan bencikan peraturan hidup namun fitrah kita juga yang memerlukannya.

Fend , wataknya adalah watak remaja kebanyakkan. Pelajar yang hidupnya berlatarkan buku , belajar , assignment , kawan-kawan dan muzik. Remaja kebanyakkan yang hidupnya banyak mengenai dunia dan diselitkan amalan untuk akhirat yang tidak begitu terjaga. Fend bukan remaja atau manusia jahat yang berbuat onar di dunia , namun dia juga bukan manusia baik yang amalan ibadahnya terjaga. Dia seperti remaja kebanyakkan namun dia masih tidak tenang , masih mencari yang ‘hilang’. Dan pastinya yang ‘hilang’ itu adalah fitrah manusia yang perlukan DIA dan inginkan DIA dalam hidup sentiasa.

Kisah pencarian Fend , Chad dan K² membuatkan pembaca turut sama mencari erti hidup. Perubahan mereka sedikit demi sedikit turut sama memberi motivasi kepada pembaca untuk turut sama berubah. Manusia ini mudah alpa , perlukan pengerak dan kawan ternyata salah satu pengerak yang baik. Itu yang cuba dijalankan Fend buat K². Walaupun lambat prosesnya , namun akhirnya berjaya. Semangat Fend ini perlu kita ‘curi’ untuk diri kita sendiri dan juga buat saudara semuslim kita.

Kisah 11th hour : “ The man who decided to change his life on the 12th  hour dies on the 11th .” Saya tidak pernah tengok  tetapi namun daripada ayat di atas , kita dapat memahami sekilas apa yang ingin disampaikan dalam kisah 11th hour itu.  jadi , mari berubah !!! ^^

Yang menarik lagi , mengenai buku ini , setiap pengakhirannya bab itu ada falsafah yang ingin disampaikan Hlovate. Ayatnya pendek namun ada kalanya ‘terkena’ sendiri. ^^

Beberapa kata-kata di akhir bab yang saya suka :

“ Yang nyata , kasih sayang memang melengkapkan bahagia. Tidak kisahlah dalam bentuk apaatau daripada siapa “


“ Cukupkah sekadar harta , kerja dan keluarga jadi sebab untuk berputih mata kalau hajat itu yang tak tercapai sebelum tinggalkan dunia? “


“ Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara , hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak ke mana”


“ Peluang yang ada dalam hidup ini sama juga macam kereta api , perlu digapai waktu dia sekejap terhenti depan diri. Terlewat sesaat , makan asap “


“ Kena merancang masa depan kalau nak senang. Tapi duit itu bukan dibuat kiblat , hanya dibuat alat.”


“ kalau ada kemahuan dan usaha , ‘halangan’ adalah satu perkataan yang tak ada makna apa-apa”


“ masalah takkan hanya selesai dengan main falsafah “ – ini yang paling terkena (= =’)

“ hidup takda cita-cita tu namanya hidup sia-sia”

Dan banyak lagi, dah tak sanggup nak menaip . (>_<)

Lagi satu muka depan ( ada muka depan ke? ^^) novel ini sangat menarik. Memang lain dari yang lain. Tidak tahu dimana satu muka depan buku ini sepatutnya.

Friday, December 30, 2011

Ain: Cabaran 50 Buku : (49) Kebun Mimpi





Tajuk buku : Kebun Mimpi
Penulis :  Noor Suraya , Syud & Rynsa
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 536 m/s

Ulasan Ain Sabrina :

Tiga ceritera dalam sebuah Kebun Mimpi

 Ceritera I : Kebun Mimpi

Kisah ini adalah kisah sambungan Keranamu Ain. Sambungan kisah Ain & Adam. Kisah cinta selepas perkahwinan ternyata lebih indah. Cinta yang sekadar bayang-bayang  tampak lebih jelas lepas hubungan perkahwinan. Tenyata cinta pertama mereka masih mekar. Namun itu masih tidak cukup buat Ain , apabila Datin Nik Nora tidak pernah menerima sepenuhnya Ain sebagai menantunya . Sedih apabila usahanya berkali-kali masih tiada tanda menjadi. Selain itu , juga ada kisah Nik Durrah , dari luar nampak bahagia namun sebenarnya sengsara hingga dia mengambil langkah menjauhkan diri. Juga ada kisah Kamal , Fattah & Seera dari novel Biru Ungu Cinta , juga kisah Khalida , Zainur & Aqmar dari novel Nyanyian Tanjung Sepi.

Ceritera II : Tas Merah Jambu

Kisah muda remaja , kisah pelajar universiti yang saling memendam perasaan.  Nisa seakan terkena panahan cinta tatkala melihat Adif sewaktu orientasi universiti. Sejak itu , Nisa jadi perindu yang setia namun selain kawan-kawan rapat , tiada siapa yang mengetahui rahsia hatinya lebih-lebih lagi Adif. Geram dengan cara Nisa , kawan-kawan Nisa , Nini & Lin mengambil langkah menghantar kad kepada Adif. Adif buat sikap endah tidak endah dengan pemberian kad itu pada awalnya sedangkan kawan-kawannya , Aiman , Fahim & Zaki sibuk menyiasatkan siapa pemilik kad @ Tas merah jambu itu. Di saat rahsia sudah pecah , ada watak ketiga , Zafran muncul sehinggakan Nisa keliru dan Adif pula salah faham.

Ceritera III : Albatros : Antara langit dan bumi.

Ada 2 kisah digarap dalam kisah Albatros. Ada kisah Izzah dan Ehsan , juga ada kisah Taqi dan Adriena. Kisahnya berkait kerana Taqi adalah junior universiti Izzah. Kisah Izzah dan Ehsan , kisah mereka terberhenti  seketika untuk memberi laluan kepada cita-cita. Cita-cita mereka tinggi dan mereka seakan memahami impian masing-masing. Di saat Ehsan jauh , ada yang datang , Asri sepupu kepada Taqi. Jawapan Izzah hanya Izzah yang tahu. Kisah Taqi dan Adriena , pertemuan mereka adalah hanya berdasarkan projek university , namun tanpa sedar ada rasa buat Taqi pada Adriena. Namun perjalanan itu nyata tidak mudah kerana ada insan yang lebih awal datang pada adriena, Rasydan namanya. Dan Rasydan tenyata pencabar yang bukan calang-calang orangnya. Namun , ternyata jawapan hati Adriena hanya Adriena yang tahu.

Komen Ain Sabrina :

Novel Kebun Mimpi ini saya pinjam dari perpustakaan universiti. Selesai sahaja ‘exam’ semalam , saya cepat-cepat pinjam 2 buku fiksyen ( ikut hati nak pinjam 3 buku fiksyen tetapi tak boleh  ), bersemangat nak habiskan azam 50 buku. ^^

Novel ini menjadi pilihan setelah memilih beberapa buku di ‘library’ . Kisah sambungan Keranamu Ain ternyata mengoda saya untuk terus membaca di ‘library’ sebelum saya akhirnya berkeputusan untuk meminjam buku ini. Ye , mungkin kerana watak utamanya bernama Ain dan mungkin juga kerana saya ingin sekali mengetahui kisah kesinambungan cinta pertama mereka berdua.

Ternyata tidak mengecewakan !! Puas hati betul walaupun pengakhirannya masih dalam kesedihan dan tanda tanya. Kisah Adam dan Ain , seakan menunjukkan kisah cinta pertama yang berjaya. Dan saya Ain Sabrina yang agak konservatif seperti mana watak Ain Najwa dalam kisah ini (>_<) seakan menyetujui dan mengangguk sahaja setiap kali membaca baris kata dalam novel ini. Saya memang sentiasa sukakan kisah cinta yang setia dan konservatif , tidak perlu romantik berlebihan. Dan dengan itu , saya sebagai pembaca sudah berpuas hati ^^

Kisah kedua , ternyata rasa lebih ‘muda’ jika dibandingkan dengan kisah Kebun Mimpi. Kisah pelajar universiti , ada rasa bermusim namun tiada keberanian untuk meluahkan. Kisah ini kisah normal , kisah yang selalu kita dengar namun ada kelainan yang Syud garap dalam kisah ini. Ada kisah Kad menjadi perantara , juga ada kisah kawan-kawan Adif yang berlagak detektif membuatkan saya tersenyum sendiri tatkala membacanya. Juga ada kisah Adif dan Nisa yang buat saya senyum sampai ke telinga (^_^). Mereka berdua pemalu yang amat dan juga pendiam. Siapa dulu yang memulakan langkah? Ternyata kawan-kawan yang banyak jadi pengerak. Terima kasih pada mereka ^^. Di saat hujung kisah ini , penantian jawapan dan luahan masing-masing , saya sebagai pembaca turut sama-sama berdebar. Haha ok lawak. ^^

Kisah ketiga , ternyata agak berat jika dibandingkan dengan kisah pertama dan kedua. Ada dihuraikan serba sedikit tentang ilmu fauna atau dalam erti kata mudah , ilmu haiwan. Ternyata banyak kajian Kak Rynsa buat untuk menjayakan kisah dan untuk itu usaha Kak Rynsa dipuji. Kisah Albatros buat saya teruja , ingin sekali melihat albatros. Juga kisah lesen selam, terjun dan kapal terbang membuatkan saya juga teringin juga ada pengalaman begitu. Kisah ini patut dipuji, kerana terlalu banyak ilmu baru boleh didapat kerana Kak Rynsa ternyata membawa kita ke demensi lain. Kisah cintanya tidak diangkat terlalu tinggi , banyak kisah cita-cita dan impian digarap lebih. Lastly , tahniah kak Rynsa , juga tahniah pada Kak Suraya & Syud.

Ain: Cabaran 50 Buku : (48) Julia






Tajuk buku : Julia 
Penulis :  Abu Hassan Morad
Keluaran : Utusan Publication & Distributors
Halaman : 244 m/s


Ulasan Ain Sabrina : 

Julia , anak gadis Datuk Bakar dan Datin Maznah. Kerana terpengaruh dengan kawan-kawan, dia jadi anak gadis yang sudah terpesong  pada awalnya. Dia jadi gadis liar. Risau dengan keadaan itu , akhirnya mama dan abah Julia menghantar Julia jauh ke luar negara. Hasrat mereka ingin menjauhkan Julia daripada kawan-kawannya yang liar itu , lebih-lebih dari Rasyid , teman lelaki Julia.

Dia dihantar ke Perth ,Australia untuk  belajar tentang pengajian Islam di Hidayah Islamic College.  Di sana dia dipertemukan dengan ramai kawan baru yang lebih baik tidak seperti kawan-kawan liarnya di Kuala Lumpur. Dan di sana , dia lebih mengenali Islam dengan sebenarnya.

Dalam kapal terbang ke Perth , dia diperkenalkan dengan jejaka cina , Jun namanya. Dan sejak itu mereka menjadi sahabat walaupun tidak selalu berjumpa.

2 tahun di Perth , dia menerima suatu kejutan. Mama dan abahnya pergi meninggalkan mereka apabila ditimpa kecelakaan. Sedih namun dia harus tabah untuk adik-adiknya , Adi , Fatin dan Sufi.

Sebagai anak sulung , Julia terpaksa mengalas segala tanggungjawab , menjadi penganti mama dan abah buat adik-adik. Tidak cukup dengan itu , dia turut mengambil alih jawatan ayahnya , Julia terpaksa mengambil alih perniagaan bapanya iaitu Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd .

Bermulalah kisah baru dalam hidup Julia. Dia bukan lagi gadis cilik yang bergantung sepenuhnya pada mama dan abah , kini dia pulak menjadi tempat bergantung buat adik-adiknya. Dia bukan lagi pelajar yang hanya belajar , kini dia peneraju utama Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd .

Dek kerana jerebu yang melanda negara waktu itu , Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd  mengalami beberapa masalah. Walaupun masih mentah dalam bidang korporat, Julia tetap menguatkan hati dan gigih berusaha untuk memulihkan perniagaan BMPRO Holding selepas kematian bapanya. Pada masa itulah, Jun sentiasa berada di sisi Julia dan sentiasa menggalak dan mengambil berat terhadap diri Julia.

Ketika ingin memulihkan syarikat, bapa saudaranya, Syed Mustaffa ingin merampas Butik BMPRO Sdn Bhd. Julia juga menghadapi kemerosotan perniagaan BMPRO Transport dan perletakan jawatan oleh pengurus besar BMPRO Holding, Encik Hashim yang memberi tamparan besar kepada Julia.

Dengan usaha yang gigih, Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd akhirnya dipulihkan Julia dengan kerjasama syarikat milik keluarga Jun, Syarikat Cinta Sejati Travel and Tours untuk melancarkan projek Homestay di Felda Guar Napai. Ketika Julia dan keluarga menziarahi pusara ibu bapanya, muncullah Jun yang lengkap berpakaian baju Melayu . Jun melamar Julia dan memberitahu Julia bahawa dia sebenarnya seorang Muslim. Akhirnya, mereka telah berkahwin sempena pelancaran Homestay.


Komen Ain Sabrina :

Buku Julia adalah salah satu komponen sastera semasa saya di zaman sekolah dulu. Jadi membaca novel ini sekali lagi membawa saya kembali ke memori zaman sekolah dahulu.

Kisah Julia memberi impak yang agak besar. Semangatnya dan kerana wataknya sebagai seorang gadis itu sendiri dapat menaikkkan semangat pembaca semua terutamanya perempuan. Watak anak sulung mahu atau tidak turut memberi impak kepada saya , si anak sulung. ^^

Ketabahan dan semangatnya boleh dijadikan pengajaran dan contoh buat gadis-gadis di luar sana. Menjadi seorang perempuan bukan lesen untuk jadi lemah.

 Kisah perjuangan Julia dalam menyelamatkan syarikat ayahnya amat mengangumkan. Idea-idea syarikat dan kisah perjalanan syarikat tampak ia lebih menarik. Pujian boleh diberikan kepada pembantu setia Julia juga pada Jun yang sentiasa setia membantu.

Watak Jun pastinya menarik hati sesiapa sahaja yang membaca. Wataknya yang sentiasa ada untuk Julia juga wataknya yang agak ‘gentleman’ adalah watak hero idaman.

Ain: Cabaran 50 Buku : (47) Ya Allah, Diakah Jodohku




Tajuk buku : Ya Allah, Diakah Jodohku
Penulis :  Burhan Sodiq
Keluaran : Kemilau Publika Sdn. Bhd.
Halaman : 221 m/s

Ulasan Ain Sabrina : 

Buku ini membicarakan soal yang selalu dibincangkan sejak akhir-akhir ini – hal jodoh. Benda fitrah yang bagi saya yang paling kompleks. 

Pada awal buku , penulis banyak menceritakan perihal perkahwinan itu sendiri. Menceritakan tentang fitrah perkahwinan, penulis menekankan tentang anjuran untuk berkahwin. Diselitkan suatu hadis dimana ada seorang sahabat bertanya pada Rasulullah“ Wahai Rasulullah , sebaiknya kita membujang?”, namun Rasulullah melarang.  Dan Allah melarang hamba-Nya mengharamkan apa yang sudah dihalalkan Allah. Itu pendahuluan yang disampaikan penulis.

Kemudian , bermula perbincangan mengenai “jodohku yang mana satu? “. Suka saya berkongsi suatu ayat dalam buku ini yang terkesan bagi saya : 

“ Jodoh itu ditentukan oleh Allah. Lalu apakah bererti kita tidak mempunyai pilihan? Tentu sahaja ada. kita tidak pernah dipaksa memilih apa yang ALLAH telah tentukan. Dengan kehendak dan keinginan peribadi , kita berhak memilih siapa sahaja untuk menjadi jodoh kita. Tetapi dengan ilmu ALLAH Yang Maha Luas , Allah sudah tahu siapa yang akan kita pilih”

Menarik kan? Kita tidak pernah dipaksa tapi kita pasti akan ‘terpilih’ pasangan yang telah Allah tentukan pada kita. 

Penulis turut berkongsi tips mencari jodoh buat mereka yang masih belum bertemu jodoh. Antaranya adalah berdoa padaNya dan dengan itu penulis turut berkongsi adab-adab berdoa. Selain itu , penulis ada juga berkongsi tanda-tanda seseorang itu mungkin jodoh kita. Tanda –tanda ini lebih kepada psikologi semata-mata. 

Juga buku ini ada dikongsikan mengenai tahap keserasian dengan pasangan di mana penulis menghuraikan tentang beberapa teori psikologi untuk mengenali peribadi pasangan. 

Juga penulis menghuraikan serba sedikit ciri-ciri pasangan yang perlu dicari sepertimana yang diceritakan dalam hadis Rasulullah iaitu carilah yang cantik parasnya , baik keturunannya, banyak hartanya  dan yang paling baik agamanya. Namun pilihlah calon yang beragama kerana ia lebih baik daripada seluruh isi dunia. 

Turut diselitkan dalam buku ini , kisah –kisah unik berkenaan jodoh. Ada kisah Nabi Musa yang bertemu jodoh dengan anak gadis Nabi Syu’aib. Juga kisah Andriej Ivanov dan Maria Petrova yang bertemu jodoh ketika mahu membunuh diri  dan akhirnya ada kisah Julailib , kisah pemuda ansar di zaman Rasulullah. 

Di akhir muka surat buku ini , penulis turut berkongsi beberapa doa dan juga mengenai solat istikharah itu sendiri.



Komen Ain Sabrina : 

Untuk menulis serba sedikit mengenai buku ini , saya rasa susah. Malu pun ada dan dalam masa yang sama agak susah. Namun , saya cuba buang semua halangan untuk berkongsi juga serba sedikit.
Buku ini saya beli di saat saya rasa masalah emosi membelengu saya. Rasa malu untuk berkongsi dengan kawan mahupun keluarga , jadi saya lebih tegar simpan sendiri masalah itu dan berkongsi denganNYA. Namun persoalan masih tidak terjawab dan pastinya ia tidak datang begitu sahaja. Jadi apabila terpandang buku ini di kedai buku , tanpa banyak fikir saya terus ambil dan bayar di kaunter.

Pendapat saya , masalah ini pasti akan hinggap di hati semua dan hanya cara kita menghadapinya buat kita berbeza. Saya suka membaca dan rasa malu nak bercerita , jadi usaha saya menghadapinya adalah dengan membaca.

Bagi saya masalah emosi ini , adalah dugaan Allah buat saya. Rasa bercampur-campur , letih jadi cepat-cepat saya ingin keluar dari belenggu ini dan mencari penyelesaian. Buku ini adalah salah satu cara sahaja. Bagi saya cara ini lebih baik , daripada saya mendengar pendapat yang lain , yang rata-ratanya masih juga belum bertemu jodoh. ^^ Dan cara yang paling baik sebenarnya adalah kita kuatkan hati kita dan iman kita. Namun , tak mudah , ia perlukan masa.

Dan ada seorang pernah kata pada saya , masalah ini takkan selesai selagi kita tak kahwin. Walaupun bercinta bertahun-tahun , selagi hubungan itu tidak halal , selagi itu masalah emosi ini akan membelengu dan ketenangan itu tidak akan datang . Jadi , secara jujurnya cara paling baik nak ‘handle’ masalah ini adalah dekatkan diri pada NYA dan apabila sudah bersedia , dirilah ‘masjid’ itu. sekian. ^^

Ain: Cabaran 50 Buku : (46) 10 Powerful Phrase for Positive People.




Tajuk buku : 10 Powerful Phrase for Positive People. 
Penulis :  Rich Devos
Keluaran : Center Street
Halaman : 169 m/s


Ulasan Ain Sabrina : 

Seperti tajuknya , buku ini cuba menyalurkan unsur-unsur positif melalui perkataan-perkataan mudah yang sering juga keluar dari mulut kita. 

Perkataan pertama : “ I’m wrong” – saya bersalah. Menurut penulis , dia mulakan dengan I’m wrong kerana perkataan ini paling susah untuk diluahkan. Ia seakan menjatuhkan ego diri sendiri. Penulis sebagai orang besar ( ‘founder amway’) berkata dengan perkataan ajaib ini kita mampu membuatkan orang di sekeliling kita lebih hormat kita sebenarnya. 

Perkataan kedua : “I’m sorry”- saya minta maaf. Kata penulis lagi , perkaatan pertama dan kedua saling berkait rapat. Untuk berkata “I’m wrong” anda juga mungkin akan berkata “I’m sorry” juga. Dengan dua perkataan , suatu pergaduhan boleh terlerai dengan mudah. 

Perkataan ketiga : “ you can do it” – Anda boleh . penulis pernah ditanya seorang anak muda mengenai apakah perkara paling penting yang dia perlu tahu , dan jawapan penulis tentulah – “ u can do it”. ini adalah kata hikmah yang mampu menyalurkan satu semangat kepada setiap orang yang mendengar. Penulis turut berkongsi kisah hidupnya sebelum menjadi pengerusi Amway.

Perkataan keempat : “ I believe in you “. Perkataan ini lebih ajaib daripada perkataan ketiga. Kepercayaan kepada seseorang yang dia boleh melakukannya lebih kuat impaknya berbanding memberi semangat kepada seseorang itu. 

Perkaatan kelima : “ I’m proud of you “. Satu lagi perkataan ajaib yang mudah. Manusia ini kadang-kadang perlukan penghargaan dan penghargaan tak perlu kan kos yang tinggi , cukup dengan kata-kata. Penulis mengulas perkataan ini lebih kepada peranan ibubapa kepada anak ataupun antara suami isteri.

Perkataan keenam : “ thank you “ – terima kasih. Satu lagi bentuk penghargaan. Ia sebagai petanda kita menghargai segala pertolongan mahupun bantuan dia.

Perkataan ketujuh : “ I need you “- saya perlukan awak. Perkataan mudah menunjukkan kita memerlukan satu sama lain. Dan untuk hidup , kita perlukan kebergantungan ini.

Perkataan kelapan adalah “ I trust you” – saya percaya awak tetapi “trust” lebih daripada perkataan “believe” itu sendiri. Ajaibnya lebih.
Perkataan kesembilan : “ I respect you ”  dan perkataan terakhir : “ I love you” . Dua perkataan ini besar maksudnya. Kedua-dua ini diucap pada orang yang telah memberi impak besar pada kita.

Komen Ain Sabrina : 
Buku motivasi ini ditulis oleh orang kuat ‘Amway’.  Saya pinjam buku ini dari seorang doktor di saat saya aktif dalam ‘Amway’ . Buku ini kadang-kadang saya buat teman lebih-lebih dikala saya rasa ‘negative wave’ menghimpit saya. Ia mungkin tak berjaya sepenuhnya namun ia membantu. ^^

Saturday, December 10, 2011

Ain: Cabaran 50 Buku : (45) Seredup Kasihmu


Ain: Cabaran 50 Buku : (45) Seredup Kasihmu





Tajuk buku : Seredup Kasihmu
Penulis :   Nia Azalea
Keluaran :  Alaf 21


Ulasan Ain Sabrina :

Lea Haryani , gadis yang kurang bersosial dan lebih suka menyendiri. Bukan kerana sombong , tetapi kerana ada kisah silam yang menghantuinya. Dilahirkan tanpa ayah, menjadi dia dibenci dan dihina ahli keluarganya sendiri. Namun Lea Haryani pandai membawa diri , dia berjaya sampai ke menara gading. Tidak cukup itu , dia antara pelajar cemerlang  yang seringkali mendapat anugerah dekan.

Dan siapa sangka kerana pencapaian itu , Lea dirisik Emir Safwan. Bukan untuk dijadikan teman berkasih tetapi Emir memerlukan Lea sebagai teman belajar. Keputusan Emir yang merundum memaksa Emir membuat keputusan drastik itu.

Lea yang sudah biasa keseorangan, terang-terangan menolak. Namun Emir tidak kenal erti putus asa. Dengan bantuan pensyarah mereka, Lea terpaksa menjadi guru merangkap teman belajar Emir.

Dari teman belajar dan seringkali berjumpa , ada rasa yang berputik . Emir cepat sedar dan meluahkan rasa tapi tidak buat Lea. Ada kisah silam yang menjerut hati. Lalu Lea berterus-terang , kisah silamnya , dia gadis yang tiada bapa . Namun tiada perubahan , Emir masih berlagak biasa , seakan tidak mengetahui kisah silam Lea.

Di saat yang sama , Mak Long Lea menerima tamparan apabila anaknya sendiri Meyza yang membawa onar , sehinggakan keguguran. Lea yg baik hati itu tidak menggunakan peluang itu untuk menyindir maklong dan sepupunya, sebaliknya dia berjaya memperbaiki hubungannya dengan Maklong dan Meyza.

Pertelingkahan berlaku antara Emir dan Lea dan tanpa sedar Emir telah melukakan Lea apabila dia mengungkit kisah silam Lea. Terguris , hubungan mereka ternoktah begitu sahaja.

5 tahun berlalu , mereka berjumpa kembali. Berjumpa dengan hubungan yang lebih pasti.


Komen Ain Sabrina :

Ini antara novel yang saya sangat suka. Suka dengan jalan ceritanya dan juga suka pada watak-wataknya. Tiada perasaan geram pada watak hero dan heroin. Rasa harmoni saja. ^^

Jalan ceritanya mudah. Tiada persengkataan yang  meleret ala-ala cerita sinetron Indonesia. Tiada sesi simpan menyimpan perasaan yang meleret-leret mahupun perasaan jaga ego dan merajuk yang meleret-meleret macam cerita sebelum ini.

Watak Lea ada ciri watak heroin yang saya suka. Wataknya seakan ada identiti sendiri , tidak mengikut gerak gaya orang di sekeliling. Biarkan orang lain berpasang dua tiga namun Lea masih tegas dan tekun dalam pelajarannya sehinggalah Emir Safwan muncul. Dan munculnya Emir Safwan tidaklah dipinta-pinta atau dilayan berlebihan , kerana awalnya Emir hanyalah teman belajar. Watak Lea digambarkan sebagai ‘Beauty with Brain’ juga membuatkan saya ‘respect’ pada dirinya. Ya , AinSabrina yang konservatif ini suka watak wanita heroin sebegini. Ada identiti dan semangat yang boleh dicontohi.

Watak Emir Safwan juga menarik. Cara dia cuba memujuk Lea untuk menjadi teman belajarnya agak bijak , dari cara kasanova ke cara mengunakan pensyarah. Dan cara dia meluahkan rasa juga  saya suka. Mudah namun sampai ke hati. Kalau jiwangnya berlebihan , geli pulak rasa. ^^ Dan akhirnya , cara dia kembali muncul di depan Lea juga saya suka. Kesimpulannya , saya suka la watak Emir Safwan ni.

Dan pastinya kisah ini nampak kesetiannya kerana Lea hanya untuk Emir dan Emir hanya untuk Lea. Kurang menonjol watak-watak tambahan di sebelah membuatkan konfliknya kurang dan itu membuatkan saya lebih suka.

Walaupun kisah novel ini saya ulang banyak kali , saya masih suka. Entah kenapa. Daya penarikannya dari zaman sekolah ke zaman universiti ini masih sama.




ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails