Tuesday, May 7, 2013

Pesta Buku ;)



Assalamualaikum ,


lambat kan update pasal pesta buku haha
sekarang orang dah start bising pasal result PRU , saya pulak sibuk nak cita pasal pesta buku
hiraukan politik sekejap.

Saja nak kongsi hasil pembelian di pesta buku ^_____^



Hasil belian di pesta buku

tu diaaaaaa ;)

tu pun ada yang tak terbeli , sebabnya ada few booth kena guna cash. Nak g cucuk duit di ATM di PWTC tu punyala beratur panjang , aduss tak sanggup..

Tu pun , hari ke2 pergi balik ke PWTC , bawa duit cash banyak2 , habis RM200 di booth Fixi , then dah tak sanggup dah. Cash ada lagi , tapi tangan ni dah tak larat nak pegang beg buku yang berat yang amat tu. Lagi satu kawan dah menunggu lama , nak bertolak pulang ke Penang sebab esoknya kami keja. Dapat cuti 2 hari ja,tu pun hampir-hampir tak dapat. Setelah merayu , baru dapat cuti 2 hari yang amat berharga tuu =)

apa-apa pun sangat puas hati . Ni kira stok buku bulanan ni untuk banyak bulan niii =)

Sejak beli , dah beberapa buku berjaya habis :

1) Gerabak Merah Jambu - Kamalia - JS Adiwarna
2) Seyogia - Amal Hamsan - Lenjen press
3) Surat ungu untuk Nuha - Noor Suraya - Jemari Seni
4) Panggil Aku Dahlia - Noor Suraya - Jemari Seni
5) Gergasi - Khairul Nizam Khairani - Fixi ( currently reading )

perasan banyak publisher Jemari seni kan - memang suka tapi point utamanya - boleh guna kad , memang beli habis-habisan la ;) untuk Fixi & Lejen press walaupun guna cash , saya sanggup ja sebab susah nak dapat stok buku itu di penang. Dengar kata , buku Fixi ada di MPH tetapi tak sempat nak menapak lagi ke sana.

Memang selagi tak habis stok buku2 ini , lambat lagi la nak menapak ke kedai buku berdekatan ;) setakat window shopping boleh la , nak membeli , bajet dah lari , kena tunggu gaji bulan depan pulak hihihi



ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails