assalamualaikum
kali ni nak ulas buku ini
Tajuk buku : Nuansa Kota Merah
Penulis : Khairyn Othman
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 511 m/s
Sinopsis Kulit Belakang :
Babak 1:
Dina menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Aaron Mauricio, tetapi dengan cepat lelaki itu mengangkat kedua-dua tangannya. Dia tidak menyumbangkan segaris senyuman. Dina dapat rasakan renungan tajam di balik tabir cermin mata hitamnya. Dina mengerutkan dahi. Boleh tahan sombong juga lelaki ini!
Babak 2:
Matanya liar mencari sasaran. Apabila sasaran sudah ditemui, Salma terus menumpukan sepenuh perhatiannya lalu melepaskan tali panah. Anak panah bermata tajam yang sedia bersalut racun berbisa terus meluncur laju membelah angin langsung menikam mangsanya.
Babak 3:
Shuain, lelaki bersemangat waja yang mengetuai satu kumpulan kecil mujahidin tergamam ketika Razi memberitahu, “Abi berwasiat padaku, bahawa dia mahu kau dijodohkan dengan Salma.”
Bagaimana mungkin cinta antara benua, dua zaman, dua bangsa, dua peradaban dan dua kepercayaan boleh bersatu dalam Nuansa Kota Merah?
Ulasan ainsabrina :
Dina, dari mula kisahnya nyata dia sudah terpesong jauh dari agama. Kelab malam seakan rumah keduanya. tempat untuk melampiaskan rasa dan tekanan yang ada.
Kematian nenek yang agak rapat dengannya satu ketika dahulu, memberi impak yang besar pada Dina. Dia seakan ada rasa kekurangan dalam hidupnya dan menyalahkan takdir atas kematian neneknya.
Selepas kematian neneknya, Dina seringkali didatangi mimpi yang sama. Mimpi sepasang suami isteri, yang lelakinya berpakaian arab dan yang perempuannya berpakaian kebaya tradisional.
Resah dengan mimpi itu, Dina akhirnya menerima cadangan Najihah untuk bercuti di Sepanyol.
Setibanya di sana, mereka disambut Aaron yang pada penglihatan luar Dina, Aaron adalah jejaka yang sombong dan suka membuat keputusan untuknya.. Sepatutnya mereka disambut kekasih Najihah, Joaquin tetapi Joaquin ditimpa kemalangan yang membuatkan Dina terpaksa bercuti sendirian apabila Najihah membuat keputusan untuk menjaga buah hatinya.
Aaron, 'tour guide' Dina, membawa Dina ke Granada. Di Granada, Dina ditempatkan di rumah Aaron yang menemukan Dina dengan ahli keluarga Aaron. Tanpa dia sangka dia ditemukan dengan Miguel, adik Aaron yang mempunyai wajah seiras lelaki dalam mimpinya. Dia juga dikejutkan dengan potret seorang perempuan yang seiras dengannya yang bernama Adeen.
Siapa Adeen dan siapa pula lelaki dan perempuan yang muncul dalam mimpinya?Apa kena-mengena mereka dengan Dina?
komen ainsabrina :
Membaca cerita ini seakan membawa saya ke dimensi lain. Penceritaan Khairyn Othman seakan saya betul-betul berada di Sepanyol khususnya di Andalusia dan membuatkan saya teringin sekali ingin ke sana suatu hari nanti.
Kisah ni ada unsur islam dan keinsafan dalam kisah Dina. Juga ada kisah perjuangan membela Islam dan kisah pengorbanan dalam kisah Shuaib dan Salma. Semua unsur dan nilai-nilai murni ini digarap penulis dengan baik sekali seakan saya betul-betul berada dalam dunia Dina, Salma dan Shuaib.
ada potongan kata-kata dalam novel ini yang saya suka :
Terbalik. Entah kenapa dia teringat juga kisah Shuaib dan Salma yang diceritakan kepada Najihah. Orang timur pergi ke barat dan orang barat datang ke timur.
Orang Islam yang lahir sebagai Islam tetapi tidak mengamalkan cara hidup Islam tetapi orang barat yang nampak akan kecantikan Islam itu lalu mengikut cara hidup Islam, malah sudah pun menganut agama Islam.
Terbalik.
Renung-renungkan dan selamat beramal ^^
Two months to go lub dub lub dub
5 years ago
0 pengomen:
Post a Comment