Tuesday, August 2, 2011

Kenangan Bulan Pose.

assalamualaikum..

hari ini dah masuk hari ke-2 puasa ^^

setiap kali puasa kita mesti teringat kenangan kita puasa masa zaman kecik-kecik dulu..

mostly masa kita kecik-kecik dulu, puasa je kita akan dapat hadiah sikit daripada makayah kita sebagai sokongan untuk kita terus berpuasa.

macam saya masa kecik-kecik dulu, satu hari puasa dapat RM1.Jadi sebulan puasa dapat la RM30. dulu RM 1 sehari tu banyak nilainya. Budak-budak sekarang tengok sebelah mata je kot duit RM1 tu ^^

kat sekolah pun sembang-sembang dengan kawan, isunya pasal duit posa ni..sorang dapat RM1, ada yang dapat RM2 sehari dan macammacam lagi la.Semua pakat compare masing-masing. kawan baik saya sorang tu dapat RM2 sehari, tak puas hati, saya pun complain pada abah saya. Niatnya saya nak pujuk abah saya, saya nak juga dapat RM2 sehari. ada unsur mata duitan di situ.

jawapan abah saya :
" kalau nak dapat RM2 sehari, pi la ambik ayah kawan ain tu jadi ayah ain. tengok la dia mahu tak ambik ain jadi anak dia ".

haha ternyata pujukan saya tak menjadi. itulah abah, setiapkali saya compare dia dengan ayah orang lain, mesti dia akan kata ayat di atas.

sampai ke sekolah menengah rasanya, saya dapat imbuhan duit tu. lepas tu dah dapat berpuasa tanpa duit imbuhan. dah besar panjang, takkan nak puasa pun still nak duit imbuhan kan? puasa dengan ikhlas insyALLAH kita temui keberkatanNYA.

..

lagi satu, masa mula-mula puasa, belaja puasa setengah hari dulu. puasa sampai tengahari je pastu berbuka la.

masa mula-mula posa dulu, asyik adu dahaga je..mama pun bagi kelongaran, mama bagi kumur air. saya ni pulak terlebih pandai. saya pergi kumur air, kumur air mineral yang ada dalam peti ais  ^^. dalam kumur-kumur, ada juga la yang terselamat masuk.

bagi saya posa masa zaman sekolah rendah dulu, rasa susah. satu: sebab baru stat belaja posa. dua: banyak je kawan-kawan yang tak puasa lagi. waktu rehat, kawan-kawan ajak pergi kantin. iman tak kuat, saya pun teringin nak makan jugak sedangkan pagi tadi dah niat puasa. saya ni agak baik sikit, sebelum makan, saya fon mama dulu.
"mama, boleh tak ain nak buka posa?", itulah soalan saya setiap kali. kadang-kadang mama bagi, kadang-kadang mama bertegas suruh saya puasa juga.

itu lah kenangan posa saya..ada lagi sebenarnya..nanti la dalam post lain pulak..^^

dah baca kenangan posa saya..apa pulak kenangan posa anda?

2 pengomen:

Iliana

ahaha terasa kot compare ngan abah org lain. seb baik abah ain pandai menjawab kan. hehe..

Iliana

ain, jemput join ni. earn money by reading. aku tahu kaw suka membaca kan. hehe..

http://www.readbud.com/?ref=4470440


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails