Friday, November 11, 2011

Ain : Cabaran 50 Buku : (33) Versus





Tajuk buku : Versus
Penulis : Hlovate
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 432 m/s


Ulasan Ain Sabrina : 

Kisah versus ada  sangkut-paut dengan kisah ked’s story dala kombinasi novel Pelangi. Kisah Versus membawa watak utama Minn ( adik kepada Ked dalam Ked’s Story) .  Dari awal kisah  menceritakan bagaimana pengorbanan Minn untuk melupakan minatnya dalam skaters setelah diwasiatkan oleh atuknya. Kerana urusan kolej , Minn dipertemukan dengan Asyraf Omar yang lebih ingin dikenali sebagai AO. Dan AO seakan membawa Minn kembali ke dunia skaters. Minn geram , kerana bukan mudah hendak dia melupakan minatnya yang satu itu.

Dalam masa itu, ada satu pertelingkahan hati dalam jiwa AO sehinggakan dia berani pecah masuk bilik Minn. Dan pada masa itu , AO terus meluahkan rasa.

“I  tak memaksa. I cuma meminta. I like u. I really really like u. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good for you and for me. For us. Boleh you bagi peluang tu?”

Dan dia membuktikan setiap perkataan yang diluahkan. Dan perubahan itu lebih berjaya setelah dia ‘fly’ ke Australia. Pelik , namun itulah yang terjadi , lebih mudah bagi dia, AO berubah menjadi lebih baik di negara luar yang bukan agama rasminya Islam.

Percutian keluarga Minn ke Australia secara kebetulan, menemukan mereka kembali. Itu semua jasa along @ Ked yang sibuk menjadi ‘cupid’ mereka. Kekok, itu yang mereka rasa.

Cuti musim panas memberi peluang untuk Asyraf pulang ke tanah air. Mereka bertemu kembali setelah 2 tahun tidak bertemu. Pertemuan itu tidak sia-sia begitu sahaja , AO mengajak Minn untuk menghadiri satu program yang member satu kesedaran baru buat Minn. Dan terdetik dalam hati Minn yang dia bukan perempuan yang baik yang tercipta untuk AO lalu dia dengan sengaja menjauhkan dirinya dari AO.

Ingin lari dari AO, dia membawa diri jauh ke Australia, berharap yang AO sudah kembali ke Malaysia. Namun siapa sangka , itu lah yang menemukan mereka dan terus merapatkan mereka kembali.


Komen Ain Sabrina :

Yeah..Hlovate lagi. Macam saya cakap di atas , novel ini ada sangkut paut dengan Ked’s story, jadi bila tahu novel ini dah keluar jadi saya rasa tak sabar-sabar nak dapatkannya.

Di Ked’s story , lebih membicarakan watak Ked itu sendiri  manakala Versus lebih kepada watak Minn itu sendiri. Namun watak Ked juga cukup sama penting, kalau tiada Ked mungkin perhubungan antara Minn dan Asyraf lambat prosesnya. ^^

Dalam novel ini , dititikberatkan fungsi usrah dan ukhwah dalam kehidupan seharian. Bagi saya sendiri , usrah dan ukhwah itu penting. Untuk jadi baik itu tidak mudah namun untuk bertahan menjadi baik itu lebih susah. Oleh itu , usrah dan ukhwah yang membantu kita terus ke arah itu. Seperti pernah dibicarakan Asyraf dan Hairi dalam novel ini , semua secara umumnya mengetahui tentang syurga dan neraka , namun berapa orang yang berusaha kea rah syurga itu dan jauh dari neraka itu. Dan juga dibicarakan tentang fungsi individu muslim itu dan tentang aktiviti harian atau mingguan yang perlu diisi dengan bacaan al-quran , bacaan mathurat , solat sunat dan qiamulail.

Watak Minn dan Asyraf, kedua-dua watak utama ini membawa pengorbanan seseorang itu untuk berubah menjadi lebih baik. Pengorbanan itu sukar , namun dengan adanya keazaman , benda itu pasti. Saya sebagai pembaca sendiri seperti terdorong untuk turut berubah menjadi yang lebih baik !! insyALLAH. 


0 pengomen:


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails