Friday, October 14, 2011

Ain : Cabaran 50 Buku : (29) Rooftop Rant







Tajuk buku : Rooftop Rant.
Penulis : Hlovate
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 538 m/s



Ulasan Ain Sabrina : 


Satu lagi karya Hlovate , namun karya ini lebih berat berbanding karya-karya hlovate sebelum ini. Rooftop Rant lebih banyak menceritakan masalah reality , penyelesaiannya dan juga falsafah-falsafah hidup. 

Ia kisah di suatu bumbung di menara Topaz yang menemukan Trisy dan Jade. Kisah ‘Jaded the Jade’ dan ‘the unwanted Trisy’ , dua-dua dengan konflik yang berlainan namun mereka berkongsi masalah dan ketenangan yang sama di rooftop itu. Perbualan antara mereka berdua seakan-akan memberi kata-kata semangat buat satu sama lain. Bak kata satu kata-kata : "There're times when strangers are like family, and family are like strangers" .  Itulah mereka , walaupun tiada hubungan persaudaraan namun mereka rapat dan memahami antara satu sama lain lebih daripada hubungan saudara itu sendiri. 

Kecewa dengan hidup , Trisy overdose sehinggakan dia dimasukkan ke wad psykiatrik . Dan pada masa itu , hanya Jade jadi peneman , tiada ibu, tiada ayah juga tiada sedara yang datang menjenguk. 

Akhirnya , ibu dan ayah Trisy membuat keputusan , menghantar Trisy pulang ke kampung. Di sana ada datuk dan nenek yang menjaga. Terasa hidup lebih terjaga dan bermakna , namun rasa rencahnya kurang bila Jade tiada. Juga ada watak Pak Su , ustaz versi rock yang menjadi teman bualan penganti Jade , walau tidak sepenuhnya.

Dan dalam masa yang sama , Jade juga sudah temui jalan kejayaan , menjadi yang lebih baik dengan bakat yang ada. Terus menjurus ke bidang yang dia suka , bukan kerana dipaksa atau terpaksa. 

Ternyata hidup Trisy lebih terjaga dan bermatlamat, sehinggakan dia berjaya melanjutkan pelajaran.  Di sana dia dipertemukan dengan Lekiu , adik Jebat dalam novel 5 Tahun 5 Bulan. Namun , Trisy jujur dengan perasaannya , secara baik dia menolak rasa kasih Lekiu padanya. 

Walaupun antara Trisy dan Jade, tiada kata yang pasti mengenai hubungan mereka , namun mereka percaya antara satu sama lain. Saling menunggu dan saling setia.

Komen Ain Sabrina :
 

Cerita ini jujur saya katakan terasa sukar dan lambat untuk saya habiskan helaiannya jika dibandingkan dengan karya-karya Hlovate yang lain. Ini mungkin kerana kisah ini lebih berat dan kurang ‘jiwangnya’ berbanding karyanya yang lain. Banyak falsafah yang diadunkan dalam kisah ini. Saya suka falsafah yang Jade berikan buat Trisy – “ live well or live hell , u choose” .  Itulah yang sebenarnya , perjalanan hidup kita , kita yang tentukan dan dugaan pasti datang dan percaya pada kataNYA yang DIA takkan membebankan kita dengan apa yang kita tidak mampu. Percaya pada DIA dan teruskan kehidupan berlandaskan hukum hakamNYA.  Itulah kata-kata Jade buat Trisy yang boleh aku simpulkan secara mudah. 

Kisah Trisy yang dahagakan kasih sayang juga kisah Jade dengan krisisnya sebagai anak tengah , memang kisah reality yang berlaku.  Dan memang realitinya banyak yang hilang dalam arus masalah ini . Dan novel ini menunjukkan salah satu contoh cara terbaik menghadapi masalah ini dan jangan cuba lari dari masalah. 

Juga kisah antara Trisy dan Jade sangat menarik. Tiada komunikasi ‘jiwang’ yang banyak antara mereka tetapi seakan ada perhubungan hati secara maya antara mereka. Saya suka perhubungan begini , maksud saya tidak perlu luahkan rasa cinta secara berlebih-lebihan, cukup sekadar orang yang lagi satu mengetahuinya. Ini kerana bila rasa itu diluahkan berlebih-lebihan sebelum berkahwin , manisnya sudah hilang tika saat hubungan itu sudah halal. 

Saya juga suka cara Jade meluahkan, mudah dan difahami terus sampai ke hati :

“ kau tau aku memang tak pernah good with words ,kan?”
Lambat-lambat Trisy mengangguk menunggu Jade menyambung.
“aku dah cakap dengan Pak Su , aku nak jaga kau “. Tenang Jade mengucapkan sepatah-sepatah.
“aku nak jaga kau sebab aku sayang kau. Be my wonderwall?"

*senyum sampai ke telinga*

0 pengomen:


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails