Wednesday, July 27, 2011

Tinggal setahun lagi

assalamualaikum..

masih di kajang..

meneruskan kerja part-time di sini --> Zuki Catering.

kebanyakan tempahan makanan/catering dari hospital.

so asyik ke hospital je..bunyi mcam tak selalu g hospital je sbelum ni  ^^
ye memang selalu dah 'terpaksa'  masuk hospital. tapi selalu HUSM je, paling jauh pun g HKB,
boring sudah
sejak catering ada peluang tengok-tengok hospital-hospital lain dari pandangan luar (bukan pandangan medical student)

yang seronoknya catering, kami ada akses nak masuk bahagian-bahagian yang kadang-kadang medical student pun takleh masuk..jadi pandangan saya lebih meluas..

dan dah start berangan2..

nak keja dekat hospital ni, nak keja hospital tu la..nama pun berangan kan.. ^^

dan kebetulan saya ada terjumpa beberapa senior usm saya di beberapa hospital --> Hospital Kajang dan di Hospital Serdang..excited je saya ni bile ternampak diorang ^^

plus saya baru lepas baca blog kak sol atau doktor sol pasal kehidupan Ho yang bakal bermula

dan saya makin2 berangan


ada rasa tak sabar nak kerja dan dalam masa yang sama ada rasa takut bermain dalam fikiran


dalam rasa sukar menempuh kehidupan sebagai pelajar perubatan dan ada ketika ada rasa putus asa yang muncul, kini aku sudah hampir menjengah ke fasa terakhir sebagai pelajar dan hanya tinggal setahun sahaja lagi untuk mengalas tanggungjawab sebenar sebagai seorang doktor..

rasa tak percaya ja tinggal setahun lagi..

doakan ainsabrina berjaya mendapat title doktor ainsabrina dan berjaya juga menjadi doktor yang berjaya di dunia dan akhirat ^^

0 pengomen:


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails