Assalamualaikum..
keletihan masih menghambat diri..
post-call hari isnin 6 petang ke selasa 6 pagi..
ari selasa kul 7.30pagi ada wad round seperti biasa
then g observe caesarean section smpai kul 12.00tghari
mmg jadi zombie je ari selasa tu -rasa macam melayang2 ^^
balik ja bilik ari tu - mmg kroh kroh ~ *jadi sleeping beauty*
namun sampai ke hari ni,rabu..keletihan masih terasa..
ni la post-call syndrome..
sementara nak betulkan balik sleep cycle (kitaran tidur) -gini la gayanya asyik pening +letih ja
tu la update posting o&g saya
tapi suka sangat malam tu dapat conduct 2 delivery ^^
yg first - baby girl
second - baby boy
dah sepasang tu (bunyi cam anak sendiri ja-seronok yang amat dapat sepasang boy and girl)
O&G memang sangat interesting walaupun agak scary.
kami student2 ada requirement kena conduct delivery atau dalam bahasa mudahnya sambut baby..
tapi sebelum nak conduct,kena la observe dulu..
takkan sesuka hati nak g sambut anak orang tanpa observe orang bijak pandai buat dulu kan ^^
1st time observe delivery masa 3rd year..
masa tu memang tengah belajar O&G tapi teori je la..
kebetulan ada clinical teaching dekat labour room@bilik bersalin waktu tu..
kami datang awal masa tu dengan niat nak tgk delivery..
takut sangat waktu tu tapi buat2 berani..
ainsabrina memang penakut sebenarnya..
percaya atau tidak,kan ada video tayang bagaimana ibu lahirkan anak yang selalu orang tayang2 tu-ainsabrina tak pernah tengok kot video tu..alasannya ainsabrina takut..memang penakut ainsabrina ni.. =)
jadi masa 3rd year tu beranikan diri dengan kawan 3 orang nak g tengok delivery..
masuk je labour room, bau darah semerbak 'harum' menusuk-nusuk ke dalam hidung..
dah rasa semacam masa tu tapi cuba beranikan diri lagi..
masuk ja ada kawan cakap "baby dah keluar la,doktor tengah suture je ni "
owh ok..patutlah bau 'harumnya' kuat sangat..
cuba beranikan diri lagi..cuba tahan nafas,tak nak bau..
cuba concentrate, tgk doktor tu jahit bahagian 'bawah' tu..
tahan..tahan..tahan..dan tahan..
dan sesungguhnya tak dapat diri ini menahan lagi..
'baunya' dan bunyi suara kak tu menahan sakit semasa doktor sedang menjahit-buat diri rasa lemah,rasa tak mampu nak stay lagi..
dan itulah kali pertama dan terakhir ainsabrina memasuki labour room
sehinggalah masuk posting O&G..yang di mana suka atau tidak,ain akan terpaksa masuk labour room..dan suka atau tidak, diri ini terpaksa beroncall 12 jam -stay 12 jam di labour room..
memandangkan mama dan abah menamakan diri ini - AINSABRINA - namanya bermula dengan A
jadi saya antara 4 student terawal yang oncall..
cuak bukan main..
kali pertama dan terakhir masuk labour room masa 3rd year..
dan memori itu bukanlah memori yang manis pun dan tidak juga memori yang pahit.
kalau ingin dikategorikan mungkin memorinya dikategorikan sebagai memori suku2 pahit gitu ^^
jadi malam sebelum masuk posting dan juga malam sebelum the real oncall,saya cuba dulu pergi observe sebarang dua..
dan malam itu..
saya baca bismillah banyak2..
takut yang amat =)
masuk ja labour room..
ada sorang kak tengah menunggu waktu untuk delivery..
saya masuk,saya keluar berulang kali..
takut bercampur berani..pening2 juga bergabung..
dan alhamdulilah penantian kami malam itu tidak lama..
dan tibalah time untuk kak itu melahirkan anaknya..
lalu lahir seorang lagi hamba Allah..
dari keluar fetus ke keluarnya placenta..
darah usah dikata la..keluar mencurah-curah bersama-sama keluarnya placenta..
dan miracle nya ainsabrina masih teguh di situ..
"yes, i can do it.."
alhamdulilah berjaya jugak ainsabrina observe ^^
mungkin dah ter exposure blood/darah dan macam-macam dalam posting sebelum ni
- ainsabrina dah jadi teguh hasil beberapa posting yang telah berlepas pergi
gembira bercampur confident menjalar dalam diri
cabaran observe dah berjaya..
sekarang terpaksa mencabar diri sendiri untuk conduct pulak..
1st time oncall..
ainsabrina membiarkan ketakutan menguasai diri..
dan akhirnya malam itu hanya terisi dengan observation delivery..
tiada cubaan untuk menconduct sedangkan peluang itu datang berkali-kali
ainsabrina yang penakut tidak cuba menakluk rasa takut,dibiarkan rasanya bermaharajalela..
bila balik ada rasa sesal..lebih-lebih lagi bila mendengar kawan-kawan yang oncall seterusnya dah berjaya conduct on the 1st time diorang oncall..
hati memujuk diri sendiri "takpa2..ada masa lagi..u can do it"
2nd time oncall
rasa takut cuba ditanam sedalam yang mungkin..
dari awal azam dipupuk
- "kena conduct juga malam ni-at least 1 delivery", tu je yang bermain dalam fikiran
sampai petang tu, ada 2 senior tengah menungu patient masing2..
di sini ada seniority package-hormat-menghormati bak kata orang..
senior 5th year oncallnya dari 8 pagi-12 malam..
dan kami 4th year akan beri peluang,akan beri patient yang datang dari pukul 6petang-12malam kepada senior..yang seterusnya baru kami ambil..jadi kami just ambil tindakan tunggu dan lihat..
dan rezeki saya malam itu, ada seorang senior dah tak sanggup menunggu patientnya..
jadi alhamdulilah patient tu saya yang conduct delivery..
dari sebelum maghrib ke maghrib,saya solat maghrib dan kembali menunggu patient itu..
dan hampir ke waktu isyak akhirnya baru baby girl itu hampir menunjukkan 'kepalanya'
setelah berulang-ulang memberi semangat kepada patient itu- akhirnya selamat baby girl tu dilahirkan dan alhamdulilah berjaya diconduct ainsabrina..
1st time conduct-agak kekok juga tingkahlaku ainsabrina sampaikan nurse situ tanya "1st time ke ni?"
memang jelas yang amat kekekokannya-memang nampak macam 1st timer la =)
then..
selepas tu ada 1 patient masuk..memandangkan saya dah conduct-kena la bagi can pada kawan-kawan yg oncall yang lain..
then masuk lagi 2 patient..dan salah satunya saya ambil..
dari pukul 10.30 malam ke lebih kurang pukul 4.30 pagi menunggu..
ya , 6 jam menunggu
dari 3 cm ke 4cm dan akhirnya 8cm (bukaan cervix)
patient yang ke2 ni agak susah memandangkan ini 1st pregancy for her..
akhirnya masanya tiba..
dan selamatlah baby boy diconduct delivery nya
alhamdulilah yang ke2 nya lebih lancar =)
berasa rapat dengan patient ke2..
6 jam monitor her pregnancy,monitor her contraction pain..
sampaikan berulang dia ucapkan 'terima kasih'.
terasa terharu sedangakn sebenarnya takda pa sangat jasa ainsabrina..
hanya mengconduct dan meneman dia.
perasaan meng 'observe' dan meng'conduct' delivery tak dapat diucapkan dengan kata-kata..
perasaannya bercampur-campur..
ada rasa takut,ada rasa sedih,ada rasa gembira,ada rasa ngeri dan terakhir sekali ada rasa insaf menjalar dalam diri..
rasa betapa hinanya kita dilahirkan dalam keadaan itu..tapi kita masih berbangga dengan title khalifah dunia yang kita ada..
sesungguhnya kita adalah dari air mani yang kotor..
tak lupa juga pengorbanan ibu-ibu kita..
bila observe, kita dapat lihat betapa seksanya nak melahirkan kita..
tengok patient-patient yang deliver, masa nak deliver sakit yang amat,memang menangis la..
bila baby dah dilahirkan,tengok muka baby,senyum sampai ke telinga..sedangkan trasition waktunya dari rasa sakit ke rasa gembira tak sampai 5 minit..
betapa sayangnya dan betapa besarnya pengorbanan ibu-ibu kita..
hargailah mereka..
" Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada ibubapanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan meyapihnya (menyusukannya) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang ibua bapamu, hanya kepadaKul kembalimu." Luqman (31 : 15)
p/s insyALLAH kalau ada rezeki nak sambung lagi..banyak sangat rasa benda nak kongsi.. ^^
Two months to go lub dub lub dub
5 years ago
8 pengomen:
mcm best je
teringat nak tengok org bersalin secara live
mmg excited mula2 tp ada rasa takut gak..
waa~ ta tkot k?? mzty,,bess kan??
ainsabrina ni mmg pnakut sbnarnya..tp dah lama2 tengok kurang ckit rasa takutnya-wlaupun msih ada..ada jugak rasa takut nak pregnant nnti ^^ berfikir pnjang smpai ke delivery-mana tak takut hahaha
*thumbs up*
good2...
hehe...
ain, i kagum u dapat tgk dan conduct. kalau i, rasanya i da pengsan dulu thk darah..ni tak bersalin lagi, tak lalui mcm wanita2 yang bersalin tu... huhu moga bila tiba ms i semuanya akan berlangsung dgn baik2 ja amin
yayalya : mula2 takut gak..tu yg kena observe dulu..
insyALLAH doakan yang terbaik tuk kita semua sbb insyALLAH kita semua sng perempuan have to through it ^^
salam...
bestnye dapat baca pengalaman dr ainsabri sambut baby....
good luck
Post a Comment