Showing posts with label FUN HOUR. Show all posts
Showing posts with label FUN HOUR. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

Psychology Test

stress in & out !!

hate it !!

tak suka perasaan downgrade begini =(

trying my best to resolve it by myself without effecting others *huh*
remind you all - now i have 9 housemates all together (yang ada mcm2 gelagat *huh*)



saya sendirian , membina lingkungan dinding di sekeliling

* NO DISTURB area*




bukak google :

search psychology test ^ ^



haha ok lawak..

(tadi stress sgt , ni gelak pulak --> bukan bipolar eh ^ ^)

sebab tak pernah2 nak buat psychology test bagai..

buat test ini ->

ColorQuiz.com - The free five minute personality test!

 

ni jawapannya :


Color Test - Results


Your Existing Situation

Desires to be respected by others in order to gain their trust and support for her own personal gain.

Your Stress Sources

"Demands to be noticed by others as an important individual, needs attention and recognition. her current situation is leaving her dissatisfied. she feels she needs to make friends with those who hold the same high standards she does. Wants to stand out as someone at the top of her class and be admired by others. she needs to feel in control which makes it difficult to give of herself to another person. she feels isolated and alone but refuses to appear weak and continues to be emotionally distant from others in order to keep her attitude of superiority. "

Your Restrained Characteristics

Current events leave her feeling forced into compromise in order to avoid being cut off from affection or future cooperation.
Emotionally distant even from those closest to her.
"Seeking to broaden her horizons and believes her hopes and dreams are realistic. Worries she may not be able to do the things she wants and needs to escape to a peaceful, quiet environment in order to restore her confidence."
"Seeking to broaden her horizons and believes her hopes and dreams are realistic. Worries she may not be able to do the things she wants and needs to escape to a peaceful, quiet environment in order to restore her confidence."
Current events leave her feeling forced into compromise in order to avoid being cut off from affection or future cooperation.

Your Desired Objective

"Always trying to make a good impression on others, and is constantly watching to see if she is succeeding in this. Is interested in how others react to him; this makes her feel in control. Strategically plans out ways to gain further influence over others and special recognition. Is easily distracted by the pleasingly beautiful and original."

Your Actual Problem

Fears others will try to hold her back from achieving her goals and the things she wants. Puts on the charm and can be manipulative towards others hoping she can get them to do as she wishes and making it easier for her to reach her own goals.

Your Actual Problem #2

"Impressed by unique and one of a kind things, and by people with exceptional personalities. Tries to takes the characteristics she likes in other people and apply it to herself as well as coming across as a unique individual."




to be exact : tak pasti ada kena mengena ke tak , bila baca-baca 2-3x , terasa macam ada *hohoho*

apa kata korang pulak try ^ ^

saja seronok2 , happy kan diri anda yang sedang sedih mahupun stress , atau sekadar menghilangkan bosan =)

Friday, January 28, 2011

LOVE u tooo !!

assalamualaikum..

rasa nak update blog sangat2 sbb tak suka dengan post sblm ni =)

update pasal post sblm ni : angin puting beliung dah reda...skrang dah jadi angin sepoi2 bahasa je ^^

ainsabrina dah selamat sampai di rumah tercinta ^^
rasa cam dah lama tak balik rumah..
last balik - raya haji kot..(ada 2 bln kot-ke tak sampai 2 bulan???)
mugkin ada yang mempertikaikan -" ala takda la lama sangat.."
ala bagi ainsabrina yang selalu homesick ni-dah lama la tu.. =)

......................................................................

" love u"
"love u tooo"


kata-kata romantis..
selalu diulang pakai dari sang kekasih kepada sang kekasih..
tak jemu je orang yang mengucapkan atau orang yang mendengarkan..
kalu dengar tu rasa nak senyum sampai ke telinga ja.
hepi sesangat.

semalam ada orang cakap pada saya , perkataan  keramat tu ..
dia kata " love u"
lalu saya tersenyum+tergelak
lalu balas benda yang sama " love u tooo"
tak cukup dengan tu,
dia cakap " i miss u " pulak
saya gelak lagi..dan balas ucapan yang sama " miss u tooo"

tertanya2 aik ainsabrina dah ada BF ka..bukan dia ka yang anti sgt cintan2 sblm kawin ni..

percaya atau tidak semua dialog di atas adalah antara saya dan abah tersayang ^^
haha masa tu saya tgh cakap henpon dengan abah..tetiba je dia buat sesi kasih sayang last2 tu..
dalam hati ada juga cakap- " pa kena abah aku ni???"
tapi layan je la sesi kasih sayang tu..

tu la kadang2 kita ni rasa janggal buat sesi kasih sayang dengan ibubapa kita,
tapi dengan kawan2, dengan kekasih tak tau malu pulak nak berkasih sayang ^^
ok bab kekasih tu ainsabrina tak termasuk dalam senarai eh (^_^)

saya selalu gak kadang2 antar mesej "love u" atau "miss u" pada abah dan mama..
tapi bila nak cakap tu ada rasa awkward ckit  ^^

rasa nak cakap2 banyak2 la kata2 keramat tu lepas ni..

love u, abah.
love u, mama.

jom bersesi kasih sayang dengan ibu bapa anda dan sama2 senyum sampai ke telinga (^_^)




kata-kata akhir dari saya :

Monday, January 24, 2011

SCANDAL

assalamualaikum..

rasa cam nak update blog kejap sedangkan kepala tengah pening (@_@)
sejak masuk posting psychiatric ni asyik pening kepala ja..

salah satu sebabnya asyik masuk wad duk dengar patient jerit2 ja.


tgh manic tu takleh nak wat gapo dah la *huh*
bila g clinic semua sibuk cari kes untuk case report..masalahnya patientnya ckit..student pun lagi ramai dari patient..aigoo dah la doktor tetapkan setiap student tak boleh ada kes yang sama ngan sahabat2 segroup, jadi mana tak berebutnya..jadi la kes student berebut patient =)

ok abis update pasal psychiatric posting..malas nak cta panjang..
teringin jugak nak update pasal psychiatric illness tapi taktau nak tulis pasal apa..nnti2 kalu ada hidayah ka,ataupun ada readers nak tahu apa2 pasal psychiatric(atau dalam bahasa mudah kita panggil sakit mental)- boleh ja nak tanya-kalu ada kesempatan boleh kita kongsi2 ilmu pasal penyakit ni..

.............................................

sekrang ni nak cta pasal skandal..




sebenarnya ain sabrina baru berjaya habiskan tgk cita bwah ni =)






tajuknya : sungkyunkwan scandal

* dalam pening2 minggu ni berjaya gak abiskan 20 episod cita ni * hihi

cita ni best sangat !!!!!!!!!!!!
ok cita korea mana yang tak best kan??? hikhik -ni la masalahnya bercakap dengan korean maniac kan =) (maniac takpe jangan manic sudah ^^ )

nampak gambar pun dah tahu kan..cita ni cita zaman dulu2..
cita ni di zaman dulu2 di saat kaum wanita tak diberi peluang untuk belajar - just stay home,prepared to be a wife-

nak dijadikan cerita, cik heroin terberjaya menyamar menjadi lelaki dan terberjaya belajar di sunkyunkwan (ala2 universiti zaman sekarang) sunkyunkwan ni kira tempat yang paling hebat untuk belajar tapi still ada grading dari segi pangkat dan darjat..masa cik heroin ni masuk belajar ni ada la beberapa scene best..ala ibarat cita hanakimi tapi cita hanakimi tu kerja main ja-yang cita ni banyak la ckit pengajarannya..dan dalam sunkyunkwan ni jugak la cik heroin ni tahu pasal ayah dia-pasal rahsia kematian ayah dia..dan macam2 lagi la...susah nak cita panjang..rasa menarik??? jadi g tengok sendiri ye.. ^^

jadi untuk cerita ni saya bagi grade 8/10..kira A la tu kan =)



Cita ni banyak pasal sejarah-jadi buat sesiapa yang minat dengan sejarah cam saya memang korang akan rasa cita ni sangat menarik..sebab cara cerita diolah buat kita ternanti2 kebenaran yang ingin diceritakan..

SELAMAT MENONTON ^^
......................................................................

Monday, May 24, 2010

MELUKIS BATIK DI RUMAH

assalmualaikum..

boring2 cti ni..jd ain sabrina meluangkan masa tunjukkan kreativiti ckit..
melukis batik...Bukan meluks sgt lebih kepada mewarna..

saja conteng2..(^_^)

teringin nak cuba jugak..
best untuk luangkan masa cuti..at least berfaedah+best kan..

senang je beli je batik painting kit di MPH berdekatan..

ari tu ain g subang kan..berjalan2 ngan ain syaf dan izati di MPH kat Subang Parade..
dah berazam tak nak bli buku2 tebal lagi sbb banyak lagi senarai buku yang masih tidak dihabiskan,jadi just beli 1 komik ngan batik painting kit..

ni batik painting kitnya..

hanya ada kain putih yang ada coraknya, tempat acuan warna, berus warna,4 warna basics..

ada banyak gambar sebenarnya
tapi ain pilih yang ni..



setelah campur2 warna+conteng2 warna..



inilah hasilnya..




comel tak???

nak tau lebih lanjut boleh klik link ni -http://www.batikcraftdesign.com/

cam promoter lak..(^_^)
promoter tanpa komisen haha
just suka bnda ni jd nak promote pd yg lain..ingat nak bli lagi pasni..=)

Tuesday, April 13, 2010

Nak promote blog pasti best (^_^)

assalamualaikum..

ari ni sgt penat..
full betul..
pagi ke bengkel-menghantar kelisa ke 'klinik'nya selepas dah lama tak wat check up
kelisa masih ditahan di 'wad' atas sebab2 kesihatan-mungkin sbb tuan dia terlalu busy (kononnya) sampai tak sempat nak take care pasal dia..asyik guna je tak wat check up pn..
sian cik kelisa ye..digunakan habis-habisan sampaikan breknya dah berbunyi pelik semacam,tayar tu sampai dah hilang bunga ++++ (macam2 lagi yang tuan dia pun sendiri taktahu nak 'diagnose' camna-biar 'doktor' yang lebih pakar la 'diagnose')

my kelisa sebelum dibawa ke kelantan..dicuci dengan bantuan en. wawan-jiran (ada dalam gambar) dan my only sis-cik inat..


balik rehat sekejap..

then as usual driver terhormat kena g ambik adik tersayang dari sekolah..
but for this time ada addition works!!!
encik ayin minta tolong bawa dia ke parit buntar (the nearest pekan yang agak best from my house yang agak terpencil)..
so here we go..beli2 barang..window2 shopping..
at last balik dengan keadaan letih yang teramat..yes sangat letih..
nampak cam senang ja..ala drive je..tapi percaya la..penat kot..
rumah yang terpencil ni,semua tempat jauh2..keluar masuk rumah plak tul..sakit blakang nih..

ok pendahuluan yang agak panjang..

ni agendanya..

cuti2 ni takda kerja sgt kan(tadi baru saja mengadu full haha cam tak kena ja...)
jadi cik ain sabrina ni surf2 ternet pn sampai boring..dah taktau nak tgk apa..
cam biasa online je buka email,fb..kadang2 tgk blog sendiri then mulalah menyibok ke blog orang lain..

so di sini terasa cam nak promote blog2 best for ain sabrina (^_^)

ok 1st blog !!!

ni alamatnya : http://thingsweforget.blogspot.com/

blog ni postnya simple je.
setiap kali tuan blog ni akan postkan notes berwarna kuning yang tertulis kata2 nasihat..quiet inspiring!!! notes tu agak cute sebab dia lukis sesuai dengan kata2 semangat tu..
ok ain tunjuk contoh ye




cute tak???

then the 2nd blog..

this is more suitable to female la..

ni blognya : http://veiled-reasons.blogspot.com/

blog ni menceritakan 101 reasons hijab makes our life better..
blognya santai..quite interesting..
this blog just started last February so it's not to late for us to follow..
peulis blog ni 2 hijabi teenagers from US..agak menarik dengar pendapat diorang memandangkan hijabi are minority there..bagi kita mungkin tak terasa pelik..ramai je kat msia ni bertudung kan..and one more thing diorang agak baru bertudung so they can see the differences before and after.
from my opinion after reading their words we will be more proud to be/call as muslimah,to wear hijab..it shows that hijab is not discrimination but it is more to a protection,love from ALLAH special only for us..

i think that's all for today..
ni ja 2 the best blog yang sempat ditelek (^_^)

ok wasalam..

Tuesday, April 6, 2010

WARNING 4 BLOGGERS



just for fun...
got it from http://theartofeverydayjoe.com/

Thursday, February 18, 2010

Menyesal

assalamualaikum..

tgh cti skrang..
jika dikira-kira full jugak cuti kali ni..
ari ni la yg betul2 free duk umah..
sblm ni g taiping la,g blik kg bandar baru,g kg kuala kangsar..
semalam lak seharian di habiskan di pejabat immigration..nak buat pasport habiskan sampai sehari dari pg ke ptg..
so ari ni je br stat study huhu tu pun sempat dicover ckit saja..

cti2 ni aku terikut lak satu sinetron ni tajuk tasbih cinta kat tv3..

takda la ikut sgt sbbnya aku bkn tergolong dalam insan yang minat sinetron2 ni..
aku mungkin lebih terkategori dalam golongan benci kot..hihi
tak suka aku cta lembab semcm..
dah tu mesti cita dia yang baik,baik sgt cam malaikat dah..
yang jahat tu sampai jahat sangat dah cam si tanduk musuh no 1 kita tu..

ok knapa aku minat sinetron ni???
aku tertengok cta ni masa kat kg kuala kangsar..
mak cik aku sorg ni khusyuk je duk nonton,aku pn tertengok..
cam best la..wlaupun sama ja stereotype je..ala yg baik+jahat..
tapi yang aku nak kongsinya..
ost sinetron ni best..
menyesal by ressa herlambang
.........................
ni liriknya..


Semula ku tak yakin
Kau lakukan ini padaku
Meski dihati merasa
Kau berubah saat kau mengenal dia

*Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu

**Bila aku tak baik untukmu
Dan bila dia bahagia dirimu
Aku kan pergi meski hati tak akan rela

Terkadang ku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu

ulang *

ulang **



..............................

suka rentak nya pada mulanya..
tak sangka lak lirik dia sedih semcm ja..hihi

ni linknya kalu korang teringin nak dengar lagu ni..

"http://www.4shared.com/file/173512732/ff7bf335/Ost_Tasbih_Cinta_-_Menyesal.html?s=1"

Sunday, February 7, 2010

Tips Kasih Sayang !!!

ke arah menjadikan blog lebih bermanfaat (^_^)

kadang2 terfikir blog ni cam tak bermanfaat je sejak2 wat post yg tak bermanfaat hari tu..hihi
so nak berubah ckit..
takda 100% berubah bermanfaat sbb blog ni wadah untuk saya,ain sabrina meluahkan rasa hati so kekadang je la ada benda manfaat nak share..

so hari ni nak share tips kasih sayang..

sblm menghuraikan lebih lanjut..
nak tnya soalan ckit..
tak perlu jawab kuat2 just jawab dalam hati..

soalan pertama
pernah tak korang rasa sakit hati,terasa hati ka,geram kat org sekeliling korang?
kadang2 rasa tu datang tanpa sbb pun maksudnya org tu tak wat pa2 pn kat korang tp korang tetiba ja terasa hati dgn dia??(ni kerja si tanduk la ni-musuh no 1 kita)
kadang2 memang patut korang terasa sbbnya 'org' tu memang ada wat sumthing yg menyakitkan hati?

k kita sambung ke soalan kedua..
best tak ada perasaan sakit hati++++ kat org lain?? best tak ada perasaan tu sampaikan kekadang tu kita sampai tak leh nak nengok pun muka 'org' tu??

k kalu anda menjawab ya utk kedua2 soalan di atas dan ingin berubah..
teruskan membaca utk mendapatkan tipsnya...
(hihi dah macam nak jual produk je gayanya..jgn risau ini takda kena mengena dgn jualan pa2 ye..hanya korang perlu ada semangat nak berubah ~lebih2 je aku ni)

k first nak bgtau source tips ni dulu..
sourcenya dr dengar talk masa harimu utk wanita hari tu..
so buat sesapa yg tak g malam tu,korg memang rugi la(ye utk muslimah kampus kesihatan je..hihi)

gini caranya..
panel talk malam tu ada bgtau satu tips utk hilangkan rasa2 tak best ni..
iaitu tips kasih sayang..
camna aplikasinya???
cmni caranya cuba korang tgk org2 sekeliling korang dengan kasih sayang..
timbulkan rasa kasih sayang dari hati utk org sekeliling korang..
dengan rasa kasih sayang dan pemahaman kasih sayang korang akan dengan sendirinya terima ja kesalahan or tindak tanduk 'org' dgn hati terbuka,so takdala kes terasa hati ka geram ka..
tak percaya??

ok kita tanya respon pengguna cara ni..

wartawan:"ye cik ain sabrina pa komen anda selepas mengunakan produk ni???"
pengguna:"saya sebelum ni memang diakui agak sensitif,cepat terasa dan juga cepat marah..dan selepas saya gunakan cara ni alhamdulilah saya rasa lebih tenang..dah takda rasa sakit hati dan geram kepada org sekelling.."

haha yes aku sendiri dah try cara ni..bagi aku menjadi la..
betul rasa lagi tenang..
tak yah serabut2 nak terasa ka geram kat org lain..

sebelum berakhirnya tips kasih sayang ni ada pesanan penaja ckit..

tips kasih sayang is contraindicated to opposite gender. sekian terima kasih.
(bkn takleh tapi jgn lebih2 sgt nnti jatuh cintan lak =) )

so:-

Tuesday, April 21, 2009

CUTE MICROB???

assalamualaikum..
lama blog ni tak terupdate..exam fever kan jadi takut ckit nak jenguk blog..
tadi bkak email aku dpat email from my mama..
email tu tajuk cute bacteria..
then bila bkak terpampang la gambr bacteria dengan patung mimiknya..
buat aku ngan rmate ku tergelak-gelak sambil berkata "cutenya"..
so i would like to share with all of you..banyak lagi gmbar sbnarnya tak larat aku nk post wahahaha..
so
smoga terhibur..
sama tapi tak serupa!!!!!!

RABIES


CHICKENPOX


MALARIA


HIV


WORM



BACTERIA FOR PIMPLES


BACTERIA THAT CAUSE TONSILITIS


SYPHILIS


E. COLI


SALMONELLA TYPHI


so, serupa ke tak????? =)

Thursday, March 19, 2009

Cerpen: Mafela kasih

cerpen ni aku copy dr www.iluvislam.com


sekadar sebagai perkongsian..happy reading..


Usai solat Zuhur dan berdoa, dia terpaku seketika. Fikirannya masih menerawang ke arah kata-kata ibunya melalui telefon tadi. Sambil melipat telekung, perbualan dengan ibunya tadi seolah-olah diputarkan kembali.

“Maria, ibu tak tahu nak kata apa lagi. Umur Maria dah nak masuk 28.. takkan la nak tunggu umur sampai 30..ibu tak suka tengok anak ibu kawin lambat. Fikirlah sendiri, suami macam mana lagi yang Maria nak. Nabil tu bukannya ada rupa saja, pangkat tinggi..kaya pulak tu. Kakak dan abang kau pun setuju kalau kau terima aje lamaran dia. Fikirlah baik-baik,”.

“Entah la bu.. bagilah Maria masa dulu. Banyak perkara tengah Maria fikir sekarang.” Itulah jawapan yang sering dilontarkan tatkala ada orang yang merisik dirinya.

Bukan dia menolak untuk menegakkan sunnah Rasullullah s.a.w itu, tapi hanya dia sahaja yang memahami dirinya sendiri. Seperti pilihan-pilihan yang datang sebelum ini, pastinya dia akan merujuk dulu pada yang maha menentukan sesuatu keputusan, Allah s.w.t. Dengan istikharah beberapa kali, dia yakin petunjuk yang diberikan Allah kepadanya adalah tepat.

Tetapi pilihan kali ini, Nabil…hatinya seolah-olah menolak mentah-mentah. Bukan dia tidak kenal siapa Nabil itu. Nabil yang selalu mengacaunya, dan pernah ingin memegang tangannya semasa kali lepas sewaktu pulang ke kampung. Adakah suami seperti itu yang didambakannya? Bolehkah dia menjadi suami soleh yang boleh memandu rumahtangga Islami yang selalu diimpikannya? Kalaulah ibu faham, desis hatinya.

Kakinya segera melangkah menuju ke wad A4. Tanggungjawabnya tidak harus dilupakan sama sekali. Dia tahu, itulah amanah Allah padanya. Sesibuk atau seletih mana pun, sebagai seorang doktor, Maria tetap mengukir senyuman kepada pesakit-pesakitnya. Masa rehat sekalipun, dia akan melawat wad atau dihabiskan sedikit waktu untuk membaca Al-Quran .

Bagi Maria, mukjizat Al-Quran itu bukan saja boleh menenangkan jiwa sesiapa membaca atau mendengarnya, tetapi mampu menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh pesakit-pesakitnya dengan izin Allah. Melawat wad kanak-kanak, tidak pernah rasa bosan baginya.

Bagi Maria, melihat wajah-wajah comel mereka mampu memberi ketenangan dan menyejukkan jiwa. Suara tangis kanak-kanak memaksa hatinya untuk memujuk mereka. Melihat muka-muka mereka menderita, timbul rasa simpati dalam dirinya.

Selalu bermain di fikirannya, untuk memiliki anak-anak comel seperti mereka. Sudah lama dia menantikan untuk bergelar ibu tetapi belum tiba masanya dia menjadi seorang isteri kepada seseorang. Dia yakin sekali Allah pasti akan mengurniakan suami soleh yang didambakannya kelak. Oleh sebab itu, dia tidak putus-putus berdoa.

Langkah kakinya menuju ke bilik-bilik sakit di wad pesakit jantung. Sunyi sekali. Dia melangkah masuk ke dalam memerhatikan pesakit yang baru dipindahkan dari Hospital Kuala Lumpur tadi. Kata rakannya di unit jantung, Dr Bahtiar pesakit mengalami kecacatan septum ventrikel. Itulah yang dialami oleh kanak-kanak kecil di hadapannya kini.

“Ya Allah.. dia terlalu kecil …mengapa diuji berat sebegini,”getus hatinya. Wajah mulus kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun itu diperhatikannya. Dia masih terbaring lesu tanpa ditemani sesiapa. Tertulis di hujung katilnya, MARDHIYA QISTINA MUZAMMIL..nama yang sangat comel, secomel orangnya. Ingin saja dia memeluk kanak-kanak itu. Andai aku adalah ibunya, pasti aku sentiasa menemaninya dalam keadaan begini. Rasa simpatinya menebal.

Maria tahu waktu pembedahan jantungnya dalam masa terdekat ini, menurut kata Dr Bahtiar tadi. Pintu terkuak dan seorang wanita lewat 60an masuk. Maria sedikit terkejut, namun terus dia melemparkan senyuman dan memberi salam. Wanita tua itu membalas senyumannya walaupun agak tawar sambil memandang pada wajah comel itu. Tiba- tiba saja wanita tua itu menitiskan air mata lantas bersuara.

“ Hati makcik kadang-kadang tak tahan melihat wajahnya saat dia tidur macam ni. Makcik takut kalau dia terus tidur dan meninggalkan makcik. Makcik takde anak perempuan, dan makcik tak nak lagi kehilangan cucu perempuan. Tolong makcik, nak. Walaupun dia masih kecil, dia budak yang bijak, dan sangat baik. Walaupun ibu dia tinggalkan dia, dia tak pernah bertanyakan ibunya…dia tak pernah susahkan ayahnya yang sibuk. Dia betul-betul menjaga hati papa dan neneknya. Tolonglah doktor, makcik tak nak kehilangan dia ,”.

Air mata Puan Nuraini semakin laju membasahi pipinya. Maria agak faham hati dan perasaan seorang nenek terhadap cucu perempuan tunggalnya. Sememangnya anak ini terlalu tabah, dan kini Allah mengujinya lagi.

“Sabarlah makcik..saya mungkin tak berada di tempat makcik tapi saya faham apa yang makcik hadapi sekarang..banyakkanlah berdoa makcik. Kami di sini akan berusaha sedaya upaya..selebihnya, itu adalah hak Allah, mohonlah pertolongan padaNya agar dia dapat diselamatkan.” Maria mendekati dan memeluk bahu wanita itu.

“Insyaalah.Terima kasih doktor. Jarang dapat jumpa doktor seperti kamu, nak. Anak makcik, ayah Mardhiya ni pun doktor, tapi sekarang bukak klinik sendiri. Katanya, hospital ni terbaik dalam rawatan jantung, jadi terus Dhiya ditukarkan ke sini. Tapi, memang makcik ni kurang sabar sikit bila berhadapan dengan ujian agaknya. Mak cik kagum lihat anak lelaki makcik..pelbagai ujian yang dia terima, dia nampak sabar..tenang sekali walaupun makcik tahu, dia sering menitiskan air mata di masjid. Dulu, isterinya nak pergi tinggalkan dia dengan anak dia, dia tenang lepaskan..walaupun makcik tahu hatinya perit. Kini, anaknya pula menderita. Tapi, anaknya pun sama, ikut sabar dan tabah macam papanya. Kalau makcik tahu nak jadi macam ni, makcik tak kasi dia kawin dengan mat saleh tu dulu. Astaghfirullahalazim… maafkan makcik, nak. Makcik tak sepatutnya makcik luahkan masalah makcik pada kamu. ”
"
Tak apa lah makcik..saya faham perasaan makcik. Kadangkala bila luahkan apa yang terpendam di hati..kita akan rasa lebih ringan dan insyaalah tenang, jadi, makcik jangan malu dengan saya.,” Maria mengukir senyuman walau dalam hatinya kembali memikirkan masalah yang diungkit ibunya siang tadi.

* * * * * * * * * * * *

“Macam mana dengan Dhiya kat sana, Ummi?” Puan Nuraini tidak segera menjawab. Dia menghenyakkan tubuhnya ke sofa, mendekati anak lelakinya.

“Macam biasa la Mil. Petang tadi dia tidur je masa ummi pegi. Ummi hairan la Christina takkan tak ingat langsung kat anak dia ni? Anak tengah sakit camni taknak jenguk langsung! Ummi tak faham betul dengan dia tu!”. Wajah Puan Nuraini sedikit berubah.

“Ummi jangan cakap macam tu. Dia bukan tak nak ke sini, cuma dia takut ummi dan Dhiya lagi terluka. Walaupun dia dah balik ke agama asalnya, dia tetap ibu kandung Dhiya. Pasti dia juga rindu Dhiya. Dah takdir yang hidayah tak betul-betul sampai ke dalam hatinya, atau mungkin salah saya yang tak berjaya didik dia jadi muslim sebenar. Jadi, Ummi janganlah terlalu membenci dia lagi dan tolonglah jangan ungkit lagi pasal ni.” Muzammil menjawab tenang.

Selepas menyalami ibunya, dia segera berangkat untuk menjenguk anaknya di hospital. Janjinya pada diri sendiri, sesibuk macam manapun dirinya, pasti dia akan mencari masa untuk Dhiya, dan mendengar tasmi’ hafalan Dhiya. Baginya, dia mahu Dhiya mengenal Penciptanya dahulu melalui sentuhan al-Quran di hatinya yang bersih. Dialah mama, dialah papa kepada Dhiya sekarang.

Barang-barang kesayangan Dhiya dibawa bersama untuk menemani dia sewaktu di hospital. Antaranya, buku ‘Fairy tales’ yang dibeli di Ireland oleh bekas isterinya semasa Dhiya berumur 1 tahun dan… mafela kesayangannya yang kini menjadi barang kesayangan Dhiya. Mafela yang sangat istimewa buat dirinya. Mafela yang sentiasa menyelimuti lehernya semasa menuntut di Ireland dahulu. Mafela yang menemani Dhiya selepas ditinggalkan ibunya. Mafela yang mengingatkan Dhiya tentang dirinya. Mafela pemberian seorang gadis yang betul-betul mencintainya suatu ketika dahulu!

* * * * * * * * * * * *

Maria masuk setelah memberi salam. Kelihatan anak comel itu tersenyum manis padanya sambil menjawab salam.

“Doktor suka tengok Dhiya ceria pagi-pagi ni. Bertuah nenek dapat cucu macam Dhiya, cantik dan pandai!” Pujian Maria membuatkan Dhiya tersengih lebar. Seketika Dhiya diperiksa dan jantungnya kelihatan masih berfungsi normal.

“Doktor nak dengar tak Dhiya hafal surah Al-Waqiah? Dengar Dhiya baca ye,” sambil memperbetulkan jubahnya dan duduk, Maria memperhatikan bacaan Dhiya.

Sememangnya, bacaannya baik sekali dengan makhrajnya yang jelas. Hatinya berbisik, alangkah bagusnya sekiranya dia miliki anak seperti Dhiya, baru sahaja 4 tahun umurnya, tapi sudah berjaya menghafal surah Al-Waqiah, Al-Rahman dan surah-surah pendek dalam juz Amma, seperti kata neneknya. Sekiranya dia miliki anak kelak sudah pasti akan dididiknya seperti Dhiya. Dia sudah pasti ingin lahirkan zuriat yang comel, soleh dan solehah mengikut acuan Al-Quran.. tapi,sudah pasti dia perlukan seorang suami yang benar-benar boleh membentuk diri dan anak-anaknya dengan akhlak Islami.

Bukan dia terlalu memilih atau memandang dirinya sempurna dalam memilih calon suaminya..tidak sama sekali. Tetapi, itulah keluarga yang diidaminya…keluarga yang dipenuhi dengan limpah mahabbah wal rahmah oleh Allah s.w.t, dan melahirkan generasi soleh setanding Salahuddin Al-Ayubi, Al-Biruni, Al-Khwarizmi, Ibnu Sina, Umar al-Khattab dan generasi solehah, seperti Aisyah r,a, Fatimah az-Zahra, Khadijah dan Sumaiyyah.

Itulah yang dipintanya di dalam doa setiap hari. Fikirannya kembali menuju kepada Dhiya tatkala kanak-kanak itu menghabiskan bacaannya. “Subhanallah. Bagus sekali bacaan Dhiya. Doktor kagum sangat dengan Dhiya, dan..Allah juga pasti sangat sayang pada Dhiya. Siapa yang ajar Dhiya hafal Quran?”

“Papa. Papa kata Allah sayang pada orang yang selalu baca Quran. So..Dhiya pun nak Allah sayang Dhiya jugak. Semalam pun papa datang ajar Dhiya.. pastu dia bagi chocolate 'kisses' sebab Dhiya dah ingat surah Al-Waqiah,”.Bibirnya mengukir senyuman bangga.

Tidak dinafikan, hati Maria tertanam sedikit kagum pada papa Dhiya itu. Maria mendekati Dhiya sambil mengelus-ngelus rambut perangnya. Semasa memegang tangan Dhiya, matanya tertancap pada sesuatu yang dipegang oleh Dhiya. Ia betul-betul kelihatan sama. Dia segera memohon untuk beredar! Entah kenapa hatinya terusik apabila memandang barang yang dipegang oleh Dhiya tadi. Maria menangis!

“Kenapa kau harus menangis?? Mungkin ia kelihatan sama tapi ….ia memang sama! Atau kau marah pada diri sendiri sebab barang tu menyebabkan kau kembali ingat pada dia? Orang yang pertama telah kau jatuh cinta..? Atau kau ingin usirnya dari fikiran takut cintamu pada orang yang bukan jodohmu??” hatinya berkata-kata pada dirinya sendiri.

“Ya Allah..aku pernah mencintainya dan merinduinya. Aku tak pasti…aku mencintai kerana apa atau kerana akhlak dan pekertinya. Ampunkanlah aku sekiranya ini membawa dosa kerana hatiku kembali mengingati seseorang yang aku tak pasti di mana atau tak mungkin ku milikinya jika dia bukan jodohku,” Air matanya menitis lagi. Dia yakin sekali lelaki itu mungkin kini sudah berumahtangga dan mengecapi kebahagiaan yang indah.

* * * * * * * * * * * *

Suara azan Asar telah berkumandang dari surau An-Nur, Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud. Sungguh gemersik dan syahdu. Dia tahu, suara itu selalu diminatinya, iaitu suara yang sama membaca al-Quran sebelum solat Maghrib semalam. Entah kenapa dia jatuh hati pada suara itu. Sering dia bertanya pada Anis, rakan sebiliknya tentang pemilik suara itu. Kata Anis, dia senior mereka di tingkatan 5 Alpha. Orangnya tinggi,berkulit sawo matang dan rakan-rakan memanggilnya Najmi. Tetapi, tetap dia tidak dapat meneka yang mana satu orangnya. Manakan tidak, wajah dan nama semua pelajar lelaki tingkatan 3 pada masa itu pun tidak dapat diingatnya, inikan pula pelajar tingkatan 5. Sememangnya matanya jarang memandang lelaki, apatah lagi bercakap dengan lelaki.

Walaupun hanya di sekolah sains biasa, dia gembira kerana sekolah itu menekankan aspek keagamaan terhadap pelajarnya. Melalui program usrah muslimat yang diketuai oleh kak Fauzana, Maria mula mempelajari ilmu agama secara mendalam. Dia bersyukur kerana rahmat Allah sentiasa bersamanya. Semakin hari dia dapat rasakan perasaan aneh dalam dirinya. Semakin lama dia mendengar suara itu, hatinya semakin jatuh cinta pada suara itu. Segera dia beristighfar kerana bimbang hatinya terleka dari Allah.

“Aku rasa kan Maria, kau ni bukan saja dah jatuh cinta pada suara abang Najmi tu, tapi juga orangnya kan?” gurau Anis padanya. Dia hanya menidakkannya dan mengatakan tumpuannya kini pada pelajaran.

Pernah dia menemani Kak Fauzana ke bilik pengurusan badan dakwah semasa menjadi AJK Sambutan Maulidur Rasul dulu, dan ketika itu dia mula mengenali wajah orangnya. Sememangnya wajahnya cukup tenang. Ketika itu mereka berkerjasama dalam kumpulan untuk menjayakan program tersebut, secara tak langsung Najmi mengetahui nama panggilannya..Maria.

Namun, cukuplah masa itu sahaja, sesama mereka berdua juga tidak pernah bersapa. Cukup hanya semasa mengutarakan idea semasa perbincangan umum. Bagi Maria, batas pergaulan harus dijaga, sekiranya tiada urusan penting..tiada guna dia bersapa mesra dengan lelaki bukan mahramnya.. walaupun ternyata hatinya mengidami pendamping soleh seperti Najmi suatu masa kelak..

Dia masih ingat kata Kak Fauzana.. “Kita kini hanyalah seorang pelajar. Dan tanggungjawab kita adalah belajar dan rasa cinta dan sayang kita haruslah pada Allah, rasul serta ibu bapa kita. Buat masa ini, cinta kita bukan lagi untuk lelaki kerana mereka tak berhak dicintai selagi mereka belum bergelar suami kita. Namun, sekiranya perasaan cinta itu tetap datang, Islam menyuruh kita supaya bernikah untuk mengelakkan daripada zina dan fitnah. Jika itu tidak dapat dilakukan lagi kerana kita masih seorang pelajar, harus kita elakkan daripada timbul rasa cinta dan syahwat”. Maria memilih untuk membuang perasaan itu, walaupun ternyata nama itu tersimpan jauh dalam lubuk hatinya.

*********

Assalamualaika ya akhi…Najmi, Maaf kiranya saudara agak terkejut dengan kedatangan surat ini. Saya kagum dengan sikap saudara, suara saudara mengalunkan ayat-ayat Allah selama di Sekolah Menengah Sains. Maafkan saya..harus saya akui, saya juga hanya insan biasa yang tak mampu melawan fitrah di hati ini.. saudara muslimin yang baik, saya doakan agar saudara sentiasa dilimpahi rahmatNya Saya tahu ini bukan masanya kita bercakap tentang ini, soal hati dan perasaan. Saya yakin Allah beserta dengan orang yang sabar dan Allah sedang menguji hati saya ketika ini. Anggaplah hadiah pemberian saya tanda ucapan tahniah dari saya sempena melanjutkan pelajaran ke oversea.Iinsyallah, perasaan ini akan hilang bersama pemberian saya kepada saudara. Terimalah dengan ikhlas.Maat taufiq wa najjah M.Qibtiah

Muzammil kembali teringat isi surat ringkas yang diterimanya sebelum dia berangkat ke Ireland. Surat yang disisipkan pada mafela biru tua yang dikaitkan nama..NAJMI. Bungkusan itu diterima melalui seorang rakan yang juga tidak tahu dari siapa. Dia memang dapat rasakan gadis itu mencintainya.

Memang ramai yang dikenali meminatinya dahulu tapi tidak satu pun yang dilayannya. Tapi gadis ini cukup berbeza, terlalu ‘low profile’ sehingga orangnya pun dia tak tahu siapa. Biasanya, mereka akan memberi nombor telefon lah, e-mel lah.. tapi satu pun dia tak pernah contact balik. Baginya pada masa itu bukanlah waktu mengejar cinta tapi cita-citanya sebagai doktor menjadi keutamaan.

Selepas menamatkan MBBSnya di Ireland, Muzammil berhasrat untuk bertugas di sana untuk menimba pengalaman. Tidak disangka-sangka, anak pemilik rumah yang disewanya sangat mencintainya. Christina James namanya. Minatnya terhadap Islam memungkinkan Muzammil untuk berdakwah dan menariknya untuk memeluk Islam. Jadi, dia berkeputusan menikahinya.Tetapi, hampir dua tahun berkahwin, Christina ternyata tidak dapat menyesuaikan diri dengan agama barunya.

Paling menyedihkan, sedikit kata-kata Muzammil tidak lagi diambil peduli. Muzammil mula faham, Christina hanya menunjukkan minat pada Islam semasa ingin mendapatkannya dahulu. Dia yang bersikap keanak-anakan itu, kembali meneguk arak semasa Muzammil sibuk di hospital. Akhirnya, Muzammil terpaksa menceraikannya setelah Christina memutuskan untuk bersama lelaki lain dan ingin kembali ke agama asal.

Dengan penuh kepiluan, dia pulang ke tanah air setelah berjaya menuntut anaknya, Mardhiya Qistina…itulah permata hatinya kini, diberi nama mengikut huruf pangkal nama gadis yang tidak dikenali, yang tulus mencintainya dahulu…

* * * * * * * * * * * *

Maria menyapa Dr Bahtiar yang melewati di luar wad yang dilawat olehnya. Dia juga berasa hairan kerana terlalu menyayangi dan mengambil berat terhadap anak itu. Lantas menyebabkan dia sedikit risau.

“ Kami dah bincang tentang penyakit dia berdasarkan penelitian diagnosis.Bayangan gelombang jantungnya menunjukkan dia menghidapi sakit jantung secara semulajadi. Pada mulanya saya sangka ia bahaya. Tapi, persen pengaliran darahnya 25% sahaja, sedangkan pembedahan biasa memerlukan 30% atau ke atas. Juga tiada kemunculan tekanan darah pada paru-paru, menunjukkan tiada tanda bahaya.Walaupun pembedahan dilakukan, keadaan badannya yang kecil dan lemah memungkinkan adanya komplikasi lain. Jadi, asalkan mendapat rawatan susulan di bawah jabatan perubatan, ia akan pulih secara perlahan-lahan semasa pesakit membesar,” kata doktor bedah utama pembedahan Dhiya itu.

Ditunjukkan kepada Maria hasil diagnosis untuk dipastikannya sendiri. “Alhamdulillah, anak kecil itu tidak perlu dibedah,”hatinya melafazkan kata syukur. Laporan perubatan Dhiya di tangan Dr Bahtiar diteliti oleh Maria. Nama penuh Dhiya ditelitinya berkali-kali. MARDHIYA QISTINA BINTI MUZAMMIL NAJMI. Najmi.. Mungkinkah nama Najmi ialah Muzammil Najmi?? Maria terkesima.

* * * * * * * * * * *

“Mil pernah jumpa doktor perempuan yang kadang-kadang ada datang melawat Dhiya tak?” Puan Nuraini tiba-tiba bersuara setelah lama menyepi di dalam kereta. Dia dalam perjalanan ke hospital semula bersama anaknya setelah pulang sebentar pada pagi itu untuk memasak bubur kegemaran Dhiya.

“Tak ada la Mi. Saya selalu jumpa kawan saya, Dr Bahtiar je. Kenapa?”

“Manis sangat orangnya….macam nama tuannya, Dr Maria Qibtiah. Dia selalu pakai jubah. Orangnya masih bujang lagi Mil, hari tu mak tanya.Takkan Mil tak pernah jumpa?” Muzammil terkesima mendengar nama itu. Maria Qibtiah. M Qibtiah. Dia cuba memastikan dari ibunya.

“Dia pernah tanya pasal Mil tak, Mi?”

“Takde pun. Ummi pernah cerita pun pasal anak Ummi pun doktor dan pasal Dhiya.tu je.Kenapa Mil kenal dia ke?”

“Entah la..”Jawab Muzammil acuh tak acuh.Fikirannya masih memikirkan soal tadi, dan hatinya dapat mengagak sesuatu.

“Eh, pelik pula jawapan budak ni,”.Puan Nuraini mengerutkan dahi tanda hairan.

* * * * * * * * * * * *

Susuk tubuh berkot putih itu masih di tepi Dhiya yang masih tidur. Dia kini memegang mafela di tangan Dhiya, diperhatikannya…dan di tepinya, tertulis nama NAJMI. Maria menangis lagi. Dia menangis lagi, marah kepada diri sendiri kerana masih mencintai lelaki itu walaupun sudah bertahun-tahun berlalu, hatinya tetap menafikan.

Dia terlalu mengidami lelaki sesoleh Najmi sejak dahulu lagi. Dia tahu, Najmi mungkin tidak tahu sama sekali tentang dirinya.. dan dialah pemberi mafela itu.

“Mustahil dia mencintaiku, bahkan tidak akan memandang diriku. Sedangkan tentang diri aku pun dia tak tahu. Pemberianku mungkin dianggap seperti dari sesiapa saja dikenalinya. Astaghfirullahalazim..maafkan aku ya Allah kiranya aku berfikir bukan-bukan,”

“Doktor ada di sini rupanya” Puan Nuraini segera mendekatinya selepas menutup pintu. Segera dilapkan air matanya dan memberi ruang untuk Puan Nuraini duduk. Dia memohon untuk pergi dengan alasan mempunyai urusan lain, khuatir perasaannya diketahui oleh orang tua itu.

Belum sempat dia membuka pintu,, sesusuk tubuh sasa dan tinggi lampai masuk…dan Maria memandang wajahnya. Mereka saling berpandangan. Namun, segera wajahnya ditunduk. Dia masih dapat mengecam wajah itu,wajah lelaki yang pernah dicintainya tak banyak berbeza…hanya sedikit berkumis. Dipaksa dirinya untuk senyum dan segera dia mengatur langkah untuk keluar. Rasa kaget bercampur malu kini menyelubungi hatinya. Dia tak pasti, lelaki itu mengenalinya atau tidak.

Muzammil tahu, itulah Maria yang pernah dikenalinya, pelajar tingkatan 3 dahulu yang pernah mencuri hatinya. Namun, dia tidak pernah menganggap dirinya setanding untuk gadis sebaik dan sesolehah Maria. Sekarang, Muzammil pasti, dialah Maria…Maria Qibtiah, dan kini sudah jelas, gadis yang dicintainya dulu rupa-rupanya mencintainya..Dia pasti tidak berdiam diri lagi, kerana dia yakin tidak bertepuk sebelah tangan..

“Maria, tunggu dulu!” Maria berhenti tanpa membalikkan tubuhnya kearah Muzammil.

“Saya tahu awak masih kenal saya. Saya Najmi..Muzammil Najmi yang awak pernah kenali dahulu. Kenapa awak lari dari saya….awak takut saya tahu yang awak bagi mafela tu? Atau awak takut jatuh cinta pada saya lagi? Maaf, saya tak tahu nama penuh awak Maria Qibtiah..ibu saya dah beritahu saya tentang awak. Saya tahu saya ada peluang kali ni. Saya tahu apa tersirat di hati awak, Sekiranya awak sudi…dan Allah izinkan, kita segera taaruf dan saya akan melamar awak.” Maria memejamkan matanya. Air mata syukurnya gugur ke bumi.

* * * * * * * * * * * *

Majlis berjalan dengan lancar. Suasana agak sunyi selepas ramai tetamu sudah pulang. Maria menitiskan air mata lagi…air mata kesyukuran ke hadrat illahi. Dia tahu, Allah menyayanginya,memelihara kesuciannya sehingga dia bertemu kembali dan diijabkabul dengan lelaki yang dicintainya kerana Allah. Rahmat dari Tuhan iyang dilimpahkan sangat dirasainya kerana kini memiliki suami soleh dan sekaligus anak solehah seperti Dhiya.

“Sayang, kenapa menangis ni?”Muzammil mendekatinya.

“Terima kasih abang…kerana menikahi Maria”. Air matanya jatuh perlahan-lahan.

“Kenapa cakap macam ni.?Abang nikahi Maria kerana mencintaimu kerana Allah, dan Maria isteri solehah yang abang idamkan. Abang sepatutnya berterima kasih pada Dhiya yang sanggup menerima abang dan Dhiya.Abang cintaimu selama-lamanya..Insyallah,Doakan agar Allah sentiasa mencurahkan rahmahNya kepada kita.”

Kelihatan Dhiya mengintai mereka dari tepi pintu kamarnya. Dia beransur sihat kini di bawah jagaan Maria yang kini bekerja bersama suaminya di Muzammil Medical Centre. Cepat-cepat Maria meleraikan pelukan suaminya itu. Dhiya meluru masuk memeluk ibu barunya..

“Papa, papa kena tidur kat rumah ibu ke malam ni? Boleh Dhiya tidur sama ngan ibu dan papa tak? ” soal Dhiya sambil tersengih. Maria tersenyum menantikan jawapan Muzammil. Agak lama menantikan sebelum Muzammil menjawab.

“ Malam esok boleh kan sayang?Malam esok balik rumah kita nanti , papa janji kita tidur sama-sama ok,” jawab Muzammil memerhatikan reaksi puterinya.

“Ibu pun janji!” Maria menambah.

“Tapi mana papa letak mafela Dhiya ye?”

“Oh.. ada kat bilik papa. Nanti Dhiya ambik kat bilik papa ye sayang,” Muzammil menjawab sambil tersenyum.

Dia faham Dhiya selalunya tidak boleh tidur tanpa mafela itu. Mafela itu seolah-olah pengganti dirinya semasa ketiadaannya. Memang tidak hairan Dhiya begitu sayangkan mafela itu.

“Alright,papa.Good night papa! Good night ibu!” Dhiya tersenyum tanda setuju lalu keluar setelah bersalam dan mencium pipi papa dan ibunya.

“Kenapa ada kat bilik abang? Mafela tu kan dah jadi Dhiya punya?” Maria sengaja bertanya.

“Semalam Dhiya tidur kat bilik abang. Jadi, ada kat bilik abang lah. Tapi, walaupun abang bagi pada Dhiya, ia tetap mafela kesayangan abang… sebab ia dari seseorang yang abang cintai tanpa abang sedari. Dan sekarang …abang dah milikinya,” kata-kata Muzammil menyebabkan Maria tersentuh. Dia tertunduk malu.

“Kesian pulak kat Dhiya, tak boleh tidur dengan abang malam ni.” Maria cuba mengalih topik.

“Habis tu, sayang tak kesiankan abang?” Maria faham maksud kata-kata Muzammil itu. Malam itu sememangnya milik mereka berdua. Malam yang indah yang mereka sinari dengan cahaya ibadah cinta dalam hubungan mahabbah yang suci dan diredhai olehNya. -layyinul qalbi-

BERCINTA DAN BERKASIH ITU TAK SALAH TAPI CARA KITA TU YANG SALAH.
SAMA-SAMA RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!!!

Friday, November 7, 2008

..DIALEK KELATE..

post kat bawah adalah dicopy dr blog onn http://onnizukamd.blogspot.com/ (tak pasal2 lak aku promote blog dia kat cni)..
cita pasal dialek kelate yg buat aku tergelak sorg2 depan laptop ni..so hepi reading..

situasi pertama

Di satu wad perubatan, HUSM

ONNizuka ; Pokcik, ada apa masalah dengan anak pokcik ye?
Pokcik ; owh, ari tu dia tiba-tiba je tok kaba
ONNizuka ; err, khabar baik pokcik
Pokcik ; ????

Situasi kedua
Di sebuah kedai computer

Pekedai ; adik nok supek ke tokseh?
ONNizuka ; ha? Saya xnak beli sumpit, saya nak beli pendrive je
Pekedai ; ?? OK, semuanya 45 rial…
ONNizuka ; hmm, kedai ni xguna ringgit Malaysia ke?

* betapa pentingnya memahami dialek negeri lain, kalau x, akan end up ngan satu kemaluan yang besar…

Terms dan definition sesetengah perkataan untuk dialek Klate

Tok Kaba - pengsan
Sekok – bukannya menghisap rokok atau sejenis keropok, tetapi sesak nafas, dyspnoea
Cerah perut – bukannya keadaan perut yang terang, sebaliknya cirit-birit, diarrhea
Rial – refer terus pada ringgit
Samah – bukan orang gaji mahupun perempuan bernama Salmah, tapi 50 sen
Supek – plastic
Tubek - keluar

Lain-lain terms boleh tengok video nih www.youtube.com/watch?v=jVxTIi3hjVQ

Friday, October 10, 2008

...PANTUN RAYA VERSI BELBAGAI NEGERI...

NI ADA PANTUN RAYA VERSI PELBAGAI NEGERI HEHEHEHE MEMANG MENARIK ATI BTUL..

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur. ..
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Friday, August 1, 2008

SAND CASTLE COMPETITION?????










Friday, June 6, 2008

RAHSIA TARIKH LAHIR...

Tarikh lahir kita menerangkan siapa
kita, apakah kelebihan kita dan apakah
kebolehan kita. Ia juga menunjukkan
apaka h yang harus kita pelajari dan
cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk
mengetahui nombor lahir kita, kita
boleh mencampurkan nombor-nombor
tar ikh lahir kita sehingga ianya
menjadi satu nombor tunggal. Nombor
lahir kita tidak menjadi penghalang
kepada kita untuk kita menjadi apa
yang kita inginkan ianya hanya sekadar
mempelbag aikan pilihan yang kita ada.

Contoh:& lt;BR>
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah
1)
30 ogos 1981
30+8+1981=20 19
2+0+1+9=12
1+2=3( jadi number laHIR ADALAH 3)
Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru. Memperolehi
sesua tu dengan cara yang tersendiri.
Golon gan ini merupakan yang paling
jujur dan boleh mempelajari dengan
baik teknik diplomasi. Mereka suka
mengambil inisiatif dan suka menjadi
yang terbaik dan kebiasannya adalah
pemimpin atau boss.Bekerja sendiri
merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea
dan pendapat yang lain mungkin baik
atau lebih baik. Berfikirlah secara
terbuka.Golongan terkenal yang mempunyai
nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert
Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett,
Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel
Welach

2. Pendamai
Dilahirk an sebagai diplomat. Mereka
selalu memikirkan dan peka terhadap
keperlua n dan perasaan orang lain
sebelum mengambil kira dirinya
sendiri. Secara semulajadi sangat
analitikal dan suka mengikut gerak
hati. Mereka tidak suka bersendirian.
Per sahabatan adalah penting buat
mereka dan berupaya mendorong mereka
untuk berjaya di dalam hidup; tetapi
mereka sanggup untuk bersendirian jika
hubungan yang terjalin itu tidak
serasi. Golongan ini secara semulajadi
adalah pemalu, mereka patut belajar
untuk meningkatkan nilai kendiri (self
esteem) dan meluahkan perasaan secara
terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai
nombor lahir 2:
President Bill Clinton, Madonna,
Whoppi Goldberg,Thomas Edison,Wolfgang
A madeus Mozart.


3 . Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang
idealistik. Mereka sangat kreatif,
sosial, mesra, romantik dan mudah
dibawa berunding. Mereka suka
memulakan sesuatu tetapi jarang dapat
menghabiska nnya. Mereka suka orang
lain gembira dan sanggup melakukan apa
sahaja untuk mencapainya. Mereka
sangat popular dan idealistik.
Golon gan ini perlu belajar untuk
melihat sesuatu dengan lebih
realistik.& lt;BR>
Golonga n terkenal yang mempunyai
nombor lahir 3: Alan Alda, Ann
Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith,
Salvado r Dali, Jody Foster

4. Konsevatif
Golong an ini sangat peka dan
tradisional. Mereka sukakan arahan dan
sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan
bertindak apabila faham sepenuhnya
tentan g apa yang sepatutnya mereka
lakukan. Mereka suka bekerja keras dan
sangguh melakukan sesuatu kerja secara
sendirian. Mereka mudah tertarik
dengan aktiviti luar dan merasai
pertalian dengan alam sekitar. Mereka
berupaya untuk bersabar, tekun dan
adakala dianggap degil. Mereka harus
belajar untuk lebih feksibel dan
bersikap lebih baik terhadap diri
sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai
nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret
Thatcher , Arnorld Schwarzenegger, Tina
Turner, Paul Hogan

5. Perintis
Mereka adalah perintis. Secara
semulajadi mereka mempunyai sikap
ingin tahu dan suka mengambil risiko
serta sangat bersemangat (enthusiasm).
Mer eka perlukan kepelbagaian dan tidak
suka disekat. Dunia ini adalah sekolah
mereka, mereka memerhatikan setiap
peluang untuk mempelajari sesuatu
daripada setiap situasiyang ditempuhi.
Persoa lan yang bermain difikiran
mereka tidak pernah terhenti. Golongan
ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu
dengan teliti dan mendapat semua fakta
yang diperlukan sebelum membuat
sesuatu kesimpulan.

G olongan terkenal yang mempunyai
nombor lahir 5: Abraham Lincoln,
Chorlott e Bronte, Jessica Walter,
Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen
Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan
memerlukan sesuatu sebab untuk berasa
gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat
adalah penting buat mereka. Perasaan
mereka mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka sangat suka untuk membantu dan
menjaga seseorang. Mereka sangat setia
dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik. Mereka menjadi
teman yang setia kepada sesiapa yang
menjalin persahabatan secara serius.
Golongan ini harus belajar apakah yang
boleh diubah dan apakah yang tidak
boleh diubahnya.


Go longan terkenal yang mempunyai
nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane
Saymour, John Denver, Merly Streep,
Christoph er Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual
Golon gan ini adalah Pencari. Selalu
menyelesai kan sesuatu yang
tersembunyi, dan mereka sukar untuk
menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi
kepu tusan mereka. Mereka suka
mempersoalka n apa yang ada
disekeliling mereka tetapi mereka
tidak suka dipersoalkan. Mereka kerap
dikenali sebagai ahli falsafah dan
sangat berpengetahuan dan kadangkala
bersen dirian. Mereka gemarkan perkara
yang berteknikal dan berkebolehan
untu k menjadi penyelidik yang baik
dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Mereka sangat suka berahsia. Golongan
ini hidup dalam dunia mereka
tersendiri dan mereka perlu belajar
untuk menerima kenyataan dunia
sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai
nombor lahir 7: William Shakespeare,
Luci lle Ball, Micheal Jackson, Joan
Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian
Golo ngan ini adalah penyelesaian
masa lah. Mereka adalah profesional,
bert erus terang, penilai yang baik dan
sangat tegas. Mereka selalu mempunyai
peranca ngan yang hebat dan suka hidup
dalam suasana kehidupan yang terbaik.
Mereka sangat suka mengendalikan
man usia. Mereka melihat manusia secara
objektif. Mereka akan memberitahu
seseo rang dengan cara mereka
tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk
membuat keputusan berdasarkan
keper luan sendiri daripada mengikut
keperlua n orang lain. Golongan
terkenal yang mempunyai nombor lahir
8: Edgar Cayce, Barbra Streisand,
George Harrison, Jane Fonda, Pablo
Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk
menghiburka n orang lain. Mereka sangat
penyayang dan pemurah. Dengan daya
tarikan yang ada, mereka tidak
mempunyai masalah untuk berkawan
dengan sesiapa jua dan pada mereka
tiada sesiapapun yang dianggap asing
kepada mereka. Mereka mempunyai
persona liti yang pelbagai sehingga
menyukar kan orang sekeliling mereka
untuk memahami mereka. Mereka umpama
binatang sumpah-sumpah yang boleh
berubah dan menyesuaikan diri mengikut
persekit aran. Mereka mempunyai nasib
yang sangat baik tetapi juga boleh
menderita akibat terlalu bergantung
kepada nasib dan perasaan (mood).
Untuk berjaya golongan ini perlu
membina landasan kasih sayang.

Golon gan terkenal yang mempunyai
nombor lahir 9: Shirley MacLaine,
Harriso n Ford, Gloria Steinem, Jimmy
Carter, Elvis Presley

Thursday, June 5, 2008

HAMPIR KE SITU...

bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..

Tittle : Hampir Ke Situ
Artist: Mendua


aku sedar bukan mudah untuk mengejar mimpi indah
pernah suatu ketika dulu ku punya harapan besar
kini aku tak pasti dapatkah ku miliki

sudah jauh kita tempuh , kekalkanlah impian lalu
mungkin ada hikmah yang akan menunggu di penghujung jalan
biar nanti kecewa setidak-tidaknya cuba

jika halangan menduga perjalanan kita
janganlah kau putus asa
kerana ku ada di sisi setia menemani
andai semangat mu gugur genggamlah tanganku
kita hampir ke situ

adakala ku terasa ketabahan tak setegah
tetapi apakan andainya berhenti separuh jalan

percayalah padaku aku yakin kita mampu
biar orang katakan rapuhnya harapan
bukan mereka tentukan tapi kau atau aku
tandaku punya kamu apa akhirnya tetap bersama


p\s:try hayati lirik lagu nih..best kan..bg aku la lagu ni cam lagu sahabat kepada sahabatnya..cara sahabat tu cuba menaikkan semangat sahabatnya yang lain..miss all of my frenz..no matter where u are,u will be always in my heart..frenz 4eva..[seronok tul kuar jmpa nazirah,ekin and aimi kat bj td..main boling,makan2,jalan2,sembang2..lepas rndu..angah jgn jeles ye..nnti blk m'sia kta jmpa ye..]

Wednesday, May 21, 2008

BUAT SAHABATKU!!!




Sahabat…
Di kesepian ini
Bersama nyanyian kerinduan
saya mula membayangkan
Detik-detik kita bersama
Mengharungi lautan bersama demi satu perjuangan

Menuruni lurah dan lembah
Demi mencari secebis sinar
Bekalan hari esok
Di sebalik pencarian itu
Terselit sebuah ikatan…PERSAHABATAN
Yang sukar diungkaikan

Namun…
Tanpa diduga
Lautan tenang tetap bergelora
Adakah bahtera kasih yang dibina ini akan dilanda badai gelora
Dihempas oleh sang ombak yang menggila
Akan terungkaikah sebuah ikatan?
saya telah cuba menyelamatkannya dari musnah
Tapi apakan daya diriku ini tak mampu lagi menanggung beban ini

Sahabat…
saya merantau mencari diriku semula
Dimanakah saya kini
Akan kembalikah ketenangan dan kegembiraan
Yang pernah saya miliki dulu?
Lubuk hatiku dilanda resah,sedih,pilu dan rindu
Akan sebuah kemesraan yang pernah tercipta dahulu
Deraian air mata mengiringi semuanya

pagi menyerlah kembali
Bangkit saya mencari ketenangan
Bagai tersedar dari mimpi
Di puncak kegelisahan
Kuharap sinar ini merubah segalanya
Akan kubawa haluanku sendiri
Akan kuteruskan perjuangan ini demi menggenggam sebuah kejayaan
Kemaafan kupinta sepanjang kita bersama
Bisa mengguris hati masing-masing
Harapanku agar kau berjaya dalam hidup ini
Meneruskan perjuanganmu

Thursday, March 20, 2008

TIPS KEJUTKAN ORG TIDO...

Kalau nak kejutkan org bangun tidur esp
sahur..cam ni antara caranya..


1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu
panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan
goyangkan perlahan lahan..sambil panggil
nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil
panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil
panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond


tp kalau still tak effect



1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu
toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau bleh air
rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dr tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit
gempabumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin
masak tempoyak yg baru dibeli sebelah
hidung dia..bg ambik bau sikit


tp kalau still tak effect gak


1. pergi kat telinga dia...then sebut
maa rabbuka! sambil seru nama dia byk
kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!
hehehehehe


tp kalau still tak effect gak...ni je la
cara terakhir


1. panggil je orang masjid/surau untuk
uruskan...kerana tuhan lebih
menyayanginya..hehe

Inalillahiwainailahirajiun...hehe

Monday, March 17, 2008

video



ni video sorang budak itali yang baca surah-surah pendek..
dia baca memang tungang-langgang..but really cute..

really cute!!!




comel tak???hehehe
kenal tak sapa girl tu??
tu la pelakon dlm cta autumn in my heart,full house dll
dia dah ditudungkan..
lg comel kan..
terbukti perempuan pakai tudung lagi cantik sebenarnya daripada insan yang tak bertudung..
sori jika tersalah bahasa..
wslm..

Sunday, March 16, 2008

friends


  • side by side or miles apart,dear friend are always close to the heart
  • "a real friend is one who walks in when the rest of the world walks out" -Walter Winchell-
  • "my best friend is the one who brings out the best in me" -Henry Ford-
  • "remember the greatest gift is not found in the store nor under a tree but in the hearts of true friends" -Cindy Lew-
  • if you have true friends,you have more than you share
  • "friendship is the golden thread that ties the heart of the world" -John Evelyn-
  • " a friend hears the song in my heart and sings it to me when my memory fails" -Anonymous-
  • "in the sweetness of friendship,let there be laughter and showing of pleasure" -Kahlil Gibran-
  • "a true friend never gets in our way unles you happen to be going down" -Arnold H. Glasow-
  • "lots of people want to ride with you in the limo, but what you want is someone who will take the bus with you when the limo breaks down -Oprah Winfrey-

ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails