Monday, March 30, 2009

DAH CUKUP SETAHUN!!!

post ni spatutnya dipost pada 30/3/09 yg lalu tp ternet wat hal lalu tak terpost..malas nak edit pa2 dah so aku post je balik bnda ni..asalkan blog ni terupdate je..hhihihi

ASSALAMUALAIKUM..


hari ni adalah hari keputeraan sultan kelantan so we as usm student at kelantan have holidays for two days(today and 2morrow)..that's why ramai yg balik ke rumah masing2 dan menyebabkan hostel sngat2 sepi!!!aku kesunyian!!

dan sedar tak sedar lusa dah nak masuk bln 4 and that's mean dah cukup setahun aku aku berkecimpung dalam kerja blog memblog nih..ya my first post in this blog was at 16 mac 2008..so blog aku dah berusia setahun 14 hari..huhuhu aku tak smbut pn birthday blog ni..sian dia..hihihi yo la tu macam ada perasaan je blog ni..

aku stat minat nak wat blogging ni bla aku tgk blog2 org lain yang di link kan dr laman web iluvislam.. aku tgk cam best je blog diorg tu so aku pn main cba2 wat blog..aku search kat google then terciptalah blog yang tersedia nih..
masa pembikinan blog ni,ain dntal ada skali..aku pn fikirlah nak wat nama apa la..aku pn kata la kat ain dntal wktu tu "nak wat nama pa ye???tak nak islamik sgt" kata aku waktu tu tapi tah camna tercetus drmuslimah.blogspot.com. ..then ain dntal masa tu cam tergelak dan kata"kata tak nak islamik tp wat drmuslimah"..aku pn gelak tp memang masa tu buntu sgt,last2 smpai sekarang aku kekalkan nama drmuslimah tu..
then pasal tajuk blog ni CARPAL TUNNEL SYNDROME tu..aku sebenarnya cilok dr tajuk blog penulis kegemaranku that is hlovate hihihi..try bkak blog dia,aku ada link kan kat blog aku..dah lama2 aku sayang nak tkar tajuk tu sbb aku rasa cam best je hihihi
cta pasal hlovate aku tgh cari2 buku terbaru dia tajuk rooftop rank..kalu sesapa jumpa kat kb ni inform ye..sbb br kuar lagi jd tak smpai lagi kot kat kelantan ni..

ok back to the history blog memblog nih..
masa mula2 menulis tu aku kata sapalah nak bc bog aku yg memang secara keseluruhannya hanyalah luahan kata-kata aku ja...tapi aku tak kisah pun(aiman tak kisah!!!)..memang blog ni tercipta untuk aku meluahkan,untuk aku menulis(sbb aku memang suka menulis),tak kisah la ada org baca ke tak asalkan aku rasa puas ada blog ni..blog ni mcm jadi sahabat baik untuk aku meluahkan kegembiraan+masalah aku..

naik 2nd year tetiba ja ramai menulis blog..pelik tapi benar..tetiba ja ramai mula menulis dan blog aku pn mula dikunjungi..hihihi jadi bermula dari itu,kata-kata dari blog ni terpaksa ditapis sedikit..dah takleh nak menulis bebas cam dulu..tak bleh nak berterus-terang sgt..ye la kita hidup bermasyarakat,so kena jaga la tingkah laku+kata2 takut yang lain terasa+++(mcm nasihat yang pnh ada org nasihatkan pada aku)..dan setiap post yang akan disiarkan berapa kali dulu aku belek..takut2 ada yg terasa..sedar tak sedar jugak dah lebih drpd 200 post disiarkan kat blog kesayanganku ni..

udah2 la tu merepek..nak maghrib dah ni..hihihi k la sekian history of this blog from me..anyway,hepi belated birthday my blog..adios..

and also hepi birthday to my cousin2
to kak ila(29 march 1988)

............cousin aku yg paling rapat belah mak.....................
wish birthday dia dgn ym je..lambat wish sehari sbb terlupa yg hari tu 29 mac..30 mac br sedar "ahh lupa nak wish birthday kat kak ila!!!"..ya sy memang pelupa..

and also to iya(30 march 1991)

..........gambar cousin aku yg dicandid waktu raya....
yang ni pulak cousin belah ayah yang paling rapat...baru ja bergayut fon ngan dia smlm wish birthday..sronok benar dia dapt kek hari lahir..


miss you two sooo much...

Thursday, March 26, 2009

DISEASE WEEK???



assalamualaikum..

akhirnya khamis menjelma kembali..the day i'm waiting for..hihihi
masa sekolah+matrik dulu ternanti-nanti hari jumaat but for uni as i'm at kelatan that have class started on sunday and weekends on friday and saturday,the day i'm waiting is thursday!!
petang khamis pn dah rasa bias2 weekend yang akan menjelang..just free from lecture+class+clinical+PBL..ahh bahagia ku rasa..hihhihi

this weekend ramai yg balik umah but for me here i am,just staying at hostel...huhuhu nak balik gak!!!! tapi apakan daya bila abahku tersayang kata "tak yah balik" dan saya sbg anaknya yang agak2 solehah ni 'have to' ikut arahan..hmmmm ikut hati ingin saja aku terbang pulang ke rumah..

ok back to my title of post..
"week of disease"
ya every day we 2nd year medical student learn about disease but what make this week special(special ke???) was i'm the one that bcome the patient..

so let me tell all of you my own history intake..hihihi

actually i already have cough since 3 weeks ago..i have taken drugs 2 weeks ago but still my cough worsen more..then on last Sunday i went to clinic to take other drugs as my diphenhydramine expectorant(drugs for cough)have finished..then suprised me when the doctor give me inhaler(kepala penutup inhaler tu warna biru so it means it is a short-acting medication-correct me if i'm wrong)..she auscultate me b4 and she said she heard rhonchi(a lung sound heard from stethoscope- a sign of asthma or copd(chronic obstructive pulmonary disease) but copd is more to old people and i'm not old people yet )..
my reply was "owh" to the doctor..dalam hati aku dah macam "oh no asthma!!!"..i had asthma when i'm little and my asthma was more to bad experience than good(of course!!) and it really trauma me actually to been told to have asthma again!!
then once again i asked the doctor for drugs for my cough..and the doctor just replied "awak batuk sbb asthma jadi guna ja inhaler ni"..i was stunted by her answer,in my mind i was thinking "betul ke ni?"..then i just went out from the doctor's room..then the pharmacist there showed me how to use the inhaler(ya we have learned during respi block but aku tak ingat dah pun langkah2 skema dia hihihi)..

that night i used the inhaler..after used it i felt dizzy then i just read from the paper in the box of the inhaler,it said one of the side effect of it use is dizziness, so i just positive about it..then, the dizziness worsen until i just cannot concentrate on my study anymore..so i just switch off the light and have a sleep..
that night i wake up from sleep more than usual bcoz of my cough+dizziness...so at about 3 am one more time i used the inhaler...wake up the next morning,the dizziness still not recovered and it worsen..then other associated symptom arise, i had emetics or in layman term is vomiting..i vomit more than 7x that day..one day i cannot get up from my bed..worried about my condition that bcome worsen time to time, ain dntal and my rmate,aina went with me to the a&e that is emergency depart at husm..waiting at a&e was like forever as my headache make me impatient in waiting..lastly my name was called..a brief history been told by me to the doctor..the doctor there was so mesra pesakit although there were so crowded in the a&e..and the doctor instruct me to do chest x-ray..for me that time,walk from one depart to others felt like a very mile away..but alhamdulilah the chest x-ray don't show any abnormalities so i'm healthy!!! not really at that time..so went back to the doctor,the doctor then said "takda gapo kat x-ray ni..sihat ja..jgn guna doh inhaler tu", then the cepumas question came out from his mouth "nak mc dak?"..tired of answering any question, i'm just angguk2..and guess what,the doctor give me mc for 2 days(for tuesday and wednesday) but sad to say i don't use any of them..as i'm really sad as i have leave class on monday so when i wake up healthy on tuesday, i was just like "i really want to go to class today!!!" hihihi really felt happy that day to be wake up healthy although until today the dizziness still there but not so severe anymore..the symptoms of loss of appetite(loa)still there.. the emetic symptoms has recovered..that's all the history from me hihihi it not history actually it is more like a story of my progression of symptoms(yo la tu sbnarnya lebih kepada perkongsian cerita jah)
so the conclusion actually i don't have asthma..i'm just have cough that still not recovered..other symptoms such as headache+emetics arise bcoz of the use of inhaler that i should not use from the first time i got it from that 'doctor'..
i believe in "setiap yang berlaku ada hikmahnya"..mungkin ada banyak dosaku terpendam and to 'wash' it i got this and that..u know what i mean..
but to all medical student that read this and to me myself "please,please and please be a very very good doctor as good only is not enough"..ya gambate berusaha ke arah yang tebaik!!!

p/s to dr liyana ashaari aka kay
ingat lagi tak masa form 5 yg atun ngan kay temankan ain g emergency kat gh penang..sbb muntah2 gak waktu tu..sampaikan ain kena masuk air sbb dah lembik sgt waktu tu..ingat lagi tak??bila teringat balik rasa nak gelak pn ada walaupun kenangan masuk emergency first time tu agak menakutkan..menyusahkan korang je waktu tu,tggu ain lama..thanks and sorry for everything..friend forever..really miss u kay..

Tuesday, March 24, 2009

IBU MISALI


"JOM JADI ANAK-ANAK YG SOLEH DAN SOLEHAH!!!"

IBU MISALI

OLEH NORHASHIMAH HASHIM

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."


Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"


"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."
"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."


"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
Penat saya membersihkannya. "


"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. ..."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.


Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima , saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya. "

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan. "

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.

Friday, March 20, 2009

PERHATIAN!!!(THERE ARE INFO TO X-AIGS STUDENTS)

assalamualaikum...

diriku keseorang di cni..huhuhu
rmateku cek su balik umah mggu nih..yang aina lak g join program g ukm ngan um..ahh jelesnya aku..aku pn nak join g ukm ngan um..byk kwn aku kat sn..ingat nak jmpa..huhuhu tetapi memandangkan aku ada komitmen lain mggu nih jadi aku takleh join...

ye minggu ni aku ada program ngan ppd ada program motivasi ngan bebudak form 4 bwh program big sib(yes jadi fasi again)..the program is tomorrow..mtak2 la semanya berjalan dgn lancar esk..sesudah beberapa kali meeting ngan ppd,the last meeting tadi, hopefully ok la esk..ppd kota bharu memang sgt2 cooperative..sjk dari program bwh msft(medical student facilitator team) lagi sampaikan ke big sib program semuanya alhamdulilah pegawai kat ppd memang sangat cooperative..

one more thing aku just nak inform any student sekolah aku that is aigs(almashoor islamic girl school) atau nama klasiknya smka(p) almashoor,insyALLAH 19-21 jun ada program bersama junior-junior..marilah sama-sama menabur bakti pada sekolah kita..ramai fasi dan ajk diperlukan..jom la..nnti kalu nak join boleh contact aku je or kalu nak terus direct pada yang berkenaan boleh cntact kak shafa(spm thn 2004 kot tak salah aku..tak ingat la)..ni email dia nurshafawati@yahoo.com...
jom la..aku tahu rmai kwn2 aku yang dah start praktikal (aku ni lambat lagi nak grad huhuh) yang nak grad dah,takpala kalu korang bz..at least kalu ada masa tunjuk2 kan muka..at least bg semangat ckit kat diorg kan..
masa aku zaman sekolah dulu aku selalu dgr cikgu2 cakap kata senior2 kita dah banyak berjaya,ada yg doctor,peguam+++ mcm2 lgi,ibarat kata berjaya la,but bnda tu tak pnh diexposekan kat sekolah,maksudnya takda pn senior2 approach..aku jadi mcm mempersoalkan mana senior2 ni diorg tak nak dtg ka bla bla bla..so bila dah turn aku mnjadi senior aku pn buat perangai yang sama menghilangkan diri dr sekolah..memang la bz,cuti aku kali ni pn dah dikorbankan utk skspm,tggal la 2 mggu ja cti pas final huhu sedih..then bla alumni buat program ni aku cepat2 la menjoinkan diri wlaupun cti aku sgtlah ciput hohoho and me being a fasi again..hihihi tu dah jd mcm kerja sampingan je...hihihi aku memang suka jumpa org,dgr masalah org,cba selesaikan kalu blh,berkongsi kegembiraan ++++, it just my training to be a good doctor+good listener+good sister+good daughter and maybe the last one to be a good wife+a good mother???hihii it just toooo early to be thinking of that..

that's all from me today..meet again later..wslm..

Thursday, March 19, 2009

Cerpen: Mafela kasih

cerpen ni aku copy dr www.iluvislam.com


sekadar sebagai perkongsian..happy reading..


Usai solat Zuhur dan berdoa, dia terpaku seketika. Fikirannya masih menerawang ke arah kata-kata ibunya melalui telefon tadi. Sambil melipat telekung, perbualan dengan ibunya tadi seolah-olah diputarkan kembali.

“Maria, ibu tak tahu nak kata apa lagi. Umur Maria dah nak masuk 28.. takkan la nak tunggu umur sampai 30..ibu tak suka tengok anak ibu kawin lambat. Fikirlah sendiri, suami macam mana lagi yang Maria nak. Nabil tu bukannya ada rupa saja, pangkat tinggi..kaya pulak tu. Kakak dan abang kau pun setuju kalau kau terima aje lamaran dia. Fikirlah baik-baik,”.

“Entah la bu.. bagilah Maria masa dulu. Banyak perkara tengah Maria fikir sekarang.” Itulah jawapan yang sering dilontarkan tatkala ada orang yang merisik dirinya.

Bukan dia menolak untuk menegakkan sunnah Rasullullah s.a.w itu, tapi hanya dia sahaja yang memahami dirinya sendiri. Seperti pilihan-pilihan yang datang sebelum ini, pastinya dia akan merujuk dulu pada yang maha menentukan sesuatu keputusan, Allah s.w.t. Dengan istikharah beberapa kali, dia yakin petunjuk yang diberikan Allah kepadanya adalah tepat.

Tetapi pilihan kali ini, Nabil…hatinya seolah-olah menolak mentah-mentah. Bukan dia tidak kenal siapa Nabil itu. Nabil yang selalu mengacaunya, dan pernah ingin memegang tangannya semasa kali lepas sewaktu pulang ke kampung. Adakah suami seperti itu yang didambakannya? Bolehkah dia menjadi suami soleh yang boleh memandu rumahtangga Islami yang selalu diimpikannya? Kalaulah ibu faham, desis hatinya.

Kakinya segera melangkah menuju ke wad A4. Tanggungjawabnya tidak harus dilupakan sama sekali. Dia tahu, itulah amanah Allah padanya. Sesibuk atau seletih mana pun, sebagai seorang doktor, Maria tetap mengukir senyuman kepada pesakit-pesakitnya. Masa rehat sekalipun, dia akan melawat wad atau dihabiskan sedikit waktu untuk membaca Al-Quran .

Bagi Maria, mukjizat Al-Quran itu bukan saja boleh menenangkan jiwa sesiapa membaca atau mendengarnya, tetapi mampu menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh pesakit-pesakitnya dengan izin Allah. Melawat wad kanak-kanak, tidak pernah rasa bosan baginya.

Bagi Maria, melihat wajah-wajah comel mereka mampu memberi ketenangan dan menyejukkan jiwa. Suara tangis kanak-kanak memaksa hatinya untuk memujuk mereka. Melihat muka-muka mereka menderita, timbul rasa simpati dalam dirinya.

Selalu bermain di fikirannya, untuk memiliki anak-anak comel seperti mereka. Sudah lama dia menantikan untuk bergelar ibu tetapi belum tiba masanya dia menjadi seorang isteri kepada seseorang. Dia yakin sekali Allah pasti akan mengurniakan suami soleh yang didambakannya kelak. Oleh sebab itu, dia tidak putus-putus berdoa.

Langkah kakinya menuju ke bilik-bilik sakit di wad pesakit jantung. Sunyi sekali. Dia melangkah masuk ke dalam memerhatikan pesakit yang baru dipindahkan dari Hospital Kuala Lumpur tadi. Kata rakannya di unit jantung, Dr Bahtiar pesakit mengalami kecacatan septum ventrikel. Itulah yang dialami oleh kanak-kanak kecil di hadapannya kini.

“Ya Allah.. dia terlalu kecil …mengapa diuji berat sebegini,”getus hatinya. Wajah mulus kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun itu diperhatikannya. Dia masih terbaring lesu tanpa ditemani sesiapa. Tertulis di hujung katilnya, MARDHIYA QISTINA MUZAMMIL..nama yang sangat comel, secomel orangnya. Ingin saja dia memeluk kanak-kanak itu. Andai aku adalah ibunya, pasti aku sentiasa menemaninya dalam keadaan begini. Rasa simpatinya menebal.

Maria tahu waktu pembedahan jantungnya dalam masa terdekat ini, menurut kata Dr Bahtiar tadi. Pintu terkuak dan seorang wanita lewat 60an masuk. Maria sedikit terkejut, namun terus dia melemparkan senyuman dan memberi salam. Wanita tua itu membalas senyumannya walaupun agak tawar sambil memandang pada wajah comel itu. Tiba- tiba saja wanita tua itu menitiskan air mata lantas bersuara.

“ Hati makcik kadang-kadang tak tahan melihat wajahnya saat dia tidur macam ni. Makcik takut kalau dia terus tidur dan meninggalkan makcik. Makcik takde anak perempuan, dan makcik tak nak lagi kehilangan cucu perempuan. Tolong makcik, nak. Walaupun dia masih kecil, dia budak yang bijak, dan sangat baik. Walaupun ibu dia tinggalkan dia, dia tak pernah bertanyakan ibunya…dia tak pernah susahkan ayahnya yang sibuk. Dia betul-betul menjaga hati papa dan neneknya. Tolonglah doktor, makcik tak nak kehilangan dia ,”.

Air mata Puan Nuraini semakin laju membasahi pipinya. Maria agak faham hati dan perasaan seorang nenek terhadap cucu perempuan tunggalnya. Sememangnya anak ini terlalu tabah, dan kini Allah mengujinya lagi.

“Sabarlah makcik..saya mungkin tak berada di tempat makcik tapi saya faham apa yang makcik hadapi sekarang..banyakkanlah berdoa makcik. Kami di sini akan berusaha sedaya upaya..selebihnya, itu adalah hak Allah, mohonlah pertolongan padaNya agar dia dapat diselamatkan.” Maria mendekati dan memeluk bahu wanita itu.

“Insyaalah.Terima kasih doktor. Jarang dapat jumpa doktor seperti kamu, nak. Anak makcik, ayah Mardhiya ni pun doktor, tapi sekarang bukak klinik sendiri. Katanya, hospital ni terbaik dalam rawatan jantung, jadi terus Dhiya ditukarkan ke sini. Tapi, memang makcik ni kurang sabar sikit bila berhadapan dengan ujian agaknya. Mak cik kagum lihat anak lelaki makcik..pelbagai ujian yang dia terima, dia nampak sabar..tenang sekali walaupun makcik tahu, dia sering menitiskan air mata di masjid. Dulu, isterinya nak pergi tinggalkan dia dengan anak dia, dia tenang lepaskan..walaupun makcik tahu hatinya perit. Kini, anaknya pula menderita. Tapi, anaknya pun sama, ikut sabar dan tabah macam papanya. Kalau makcik tahu nak jadi macam ni, makcik tak kasi dia kawin dengan mat saleh tu dulu. Astaghfirullahalazim… maafkan makcik, nak. Makcik tak sepatutnya makcik luahkan masalah makcik pada kamu. ”
"
Tak apa lah makcik..saya faham perasaan makcik. Kadangkala bila luahkan apa yang terpendam di hati..kita akan rasa lebih ringan dan insyaalah tenang, jadi, makcik jangan malu dengan saya.,” Maria mengukir senyuman walau dalam hatinya kembali memikirkan masalah yang diungkit ibunya siang tadi.

* * * * * * * * * * * *

“Macam mana dengan Dhiya kat sana, Ummi?” Puan Nuraini tidak segera menjawab. Dia menghenyakkan tubuhnya ke sofa, mendekati anak lelakinya.

“Macam biasa la Mil. Petang tadi dia tidur je masa ummi pegi. Ummi hairan la Christina takkan tak ingat langsung kat anak dia ni? Anak tengah sakit camni taknak jenguk langsung! Ummi tak faham betul dengan dia tu!”. Wajah Puan Nuraini sedikit berubah.

“Ummi jangan cakap macam tu. Dia bukan tak nak ke sini, cuma dia takut ummi dan Dhiya lagi terluka. Walaupun dia dah balik ke agama asalnya, dia tetap ibu kandung Dhiya. Pasti dia juga rindu Dhiya. Dah takdir yang hidayah tak betul-betul sampai ke dalam hatinya, atau mungkin salah saya yang tak berjaya didik dia jadi muslim sebenar. Jadi, Ummi janganlah terlalu membenci dia lagi dan tolonglah jangan ungkit lagi pasal ni.” Muzammil menjawab tenang.

Selepas menyalami ibunya, dia segera berangkat untuk menjenguk anaknya di hospital. Janjinya pada diri sendiri, sesibuk macam manapun dirinya, pasti dia akan mencari masa untuk Dhiya, dan mendengar tasmi’ hafalan Dhiya. Baginya, dia mahu Dhiya mengenal Penciptanya dahulu melalui sentuhan al-Quran di hatinya yang bersih. Dialah mama, dialah papa kepada Dhiya sekarang.

Barang-barang kesayangan Dhiya dibawa bersama untuk menemani dia sewaktu di hospital. Antaranya, buku ‘Fairy tales’ yang dibeli di Ireland oleh bekas isterinya semasa Dhiya berumur 1 tahun dan… mafela kesayangannya yang kini menjadi barang kesayangan Dhiya. Mafela yang sangat istimewa buat dirinya. Mafela yang sentiasa menyelimuti lehernya semasa menuntut di Ireland dahulu. Mafela yang menemani Dhiya selepas ditinggalkan ibunya. Mafela yang mengingatkan Dhiya tentang dirinya. Mafela pemberian seorang gadis yang betul-betul mencintainya suatu ketika dahulu!

* * * * * * * * * * * *

Maria masuk setelah memberi salam. Kelihatan anak comel itu tersenyum manis padanya sambil menjawab salam.

“Doktor suka tengok Dhiya ceria pagi-pagi ni. Bertuah nenek dapat cucu macam Dhiya, cantik dan pandai!” Pujian Maria membuatkan Dhiya tersengih lebar. Seketika Dhiya diperiksa dan jantungnya kelihatan masih berfungsi normal.

“Doktor nak dengar tak Dhiya hafal surah Al-Waqiah? Dengar Dhiya baca ye,” sambil memperbetulkan jubahnya dan duduk, Maria memperhatikan bacaan Dhiya.

Sememangnya, bacaannya baik sekali dengan makhrajnya yang jelas. Hatinya berbisik, alangkah bagusnya sekiranya dia miliki anak seperti Dhiya, baru sahaja 4 tahun umurnya, tapi sudah berjaya menghafal surah Al-Waqiah, Al-Rahman dan surah-surah pendek dalam juz Amma, seperti kata neneknya. Sekiranya dia miliki anak kelak sudah pasti akan dididiknya seperti Dhiya. Dia sudah pasti ingin lahirkan zuriat yang comel, soleh dan solehah mengikut acuan Al-Quran.. tapi,sudah pasti dia perlukan seorang suami yang benar-benar boleh membentuk diri dan anak-anaknya dengan akhlak Islami.

Bukan dia terlalu memilih atau memandang dirinya sempurna dalam memilih calon suaminya..tidak sama sekali. Tetapi, itulah keluarga yang diidaminya…keluarga yang dipenuhi dengan limpah mahabbah wal rahmah oleh Allah s.w.t, dan melahirkan generasi soleh setanding Salahuddin Al-Ayubi, Al-Biruni, Al-Khwarizmi, Ibnu Sina, Umar al-Khattab dan generasi solehah, seperti Aisyah r,a, Fatimah az-Zahra, Khadijah dan Sumaiyyah.

Itulah yang dipintanya di dalam doa setiap hari. Fikirannya kembali menuju kepada Dhiya tatkala kanak-kanak itu menghabiskan bacaannya. “Subhanallah. Bagus sekali bacaan Dhiya. Doktor kagum sangat dengan Dhiya, dan..Allah juga pasti sangat sayang pada Dhiya. Siapa yang ajar Dhiya hafal Quran?”

“Papa. Papa kata Allah sayang pada orang yang selalu baca Quran. So..Dhiya pun nak Allah sayang Dhiya jugak. Semalam pun papa datang ajar Dhiya.. pastu dia bagi chocolate 'kisses' sebab Dhiya dah ingat surah Al-Waqiah,”.Bibirnya mengukir senyuman bangga.

Tidak dinafikan, hati Maria tertanam sedikit kagum pada papa Dhiya itu. Maria mendekati Dhiya sambil mengelus-ngelus rambut perangnya. Semasa memegang tangan Dhiya, matanya tertancap pada sesuatu yang dipegang oleh Dhiya. Ia betul-betul kelihatan sama. Dia segera memohon untuk beredar! Entah kenapa hatinya terusik apabila memandang barang yang dipegang oleh Dhiya tadi. Maria menangis!

“Kenapa kau harus menangis?? Mungkin ia kelihatan sama tapi ….ia memang sama! Atau kau marah pada diri sendiri sebab barang tu menyebabkan kau kembali ingat pada dia? Orang yang pertama telah kau jatuh cinta..? Atau kau ingin usirnya dari fikiran takut cintamu pada orang yang bukan jodohmu??” hatinya berkata-kata pada dirinya sendiri.

“Ya Allah..aku pernah mencintainya dan merinduinya. Aku tak pasti…aku mencintai kerana apa atau kerana akhlak dan pekertinya. Ampunkanlah aku sekiranya ini membawa dosa kerana hatiku kembali mengingati seseorang yang aku tak pasti di mana atau tak mungkin ku milikinya jika dia bukan jodohku,” Air matanya menitis lagi. Dia yakin sekali lelaki itu mungkin kini sudah berumahtangga dan mengecapi kebahagiaan yang indah.

* * * * * * * * * * * *

Suara azan Asar telah berkumandang dari surau An-Nur, Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud. Sungguh gemersik dan syahdu. Dia tahu, suara itu selalu diminatinya, iaitu suara yang sama membaca al-Quran sebelum solat Maghrib semalam. Entah kenapa dia jatuh hati pada suara itu. Sering dia bertanya pada Anis, rakan sebiliknya tentang pemilik suara itu. Kata Anis, dia senior mereka di tingkatan 5 Alpha. Orangnya tinggi,berkulit sawo matang dan rakan-rakan memanggilnya Najmi. Tetapi, tetap dia tidak dapat meneka yang mana satu orangnya. Manakan tidak, wajah dan nama semua pelajar lelaki tingkatan 3 pada masa itu pun tidak dapat diingatnya, inikan pula pelajar tingkatan 5. Sememangnya matanya jarang memandang lelaki, apatah lagi bercakap dengan lelaki.

Walaupun hanya di sekolah sains biasa, dia gembira kerana sekolah itu menekankan aspek keagamaan terhadap pelajarnya. Melalui program usrah muslimat yang diketuai oleh kak Fauzana, Maria mula mempelajari ilmu agama secara mendalam. Dia bersyukur kerana rahmat Allah sentiasa bersamanya. Semakin hari dia dapat rasakan perasaan aneh dalam dirinya. Semakin lama dia mendengar suara itu, hatinya semakin jatuh cinta pada suara itu. Segera dia beristighfar kerana bimbang hatinya terleka dari Allah.

“Aku rasa kan Maria, kau ni bukan saja dah jatuh cinta pada suara abang Najmi tu, tapi juga orangnya kan?” gurau Anis padanya. Dia hanya menidakkannya dan mengatakan tumpuannya kini pada pelajaran.

Pernah dia menemani Kak Fauzana ke bilik pengurusan badan dakwah semasa menjadi AJK Sambutan Maulidur Rasul dulu, dan ketika itu dia mula mengenali wajah orangnya. Sememangnya wajahnya cukup tenang. Ketika itu mereka berkerjasama dalam kumpulan untuk menjayakan program tersebut, secara tak langsung Najmi mengetahui nama panggilannya..Maria.

Namun, cukuplah masa itu sahaja, sesama mereka berdua juga tidak pernah bersapa. Cukup hanya semasa mengutarakan idea semasa perbincangan umum. Bagi Maria, batas pergaulan harus dijaga, sekiranya tiada urusan penting..tiada guna dia bersapa mesra dengan lelaki bukan mahramnya.. walaupun ternyata hatinya mengidami pendamping soleh seperti Najmi suatu masa kelak..

Dia masih ingat kata Kak Fauzana.. “Kita kini hanyalah seorang pelajar. Dan tanggungjawab kita adalah belajar dan rasa cinta dan sayang kita haruslah pada Allah, rasul serta ibu bapa kita. Buat masa ini, cinta kita bukan lagi untuk lelaki kerana mereka tak berhak dicintai selagi mereka belum bergelar suami kita. Namun, sekiranya perasaan cinta itu tetap datang, Islam menyuruh kita supaya bernikah untuk mengelakkan daripada zina dan fitnah. Jika itu tidak dapat dilakukan lagi kerana kita masih seorang pelajar, harus kita elakkan daripada timbul rasa cinta dan syahwat”. Maria memilih untuk membuang perasaan itu, walaupun ternyata nama itu tersimpan jauh dalam lubuk hatinya.

*********

Assalamualaika ya akhi…Najmi, Maaf kiranya saudara agak terkejut dengan kedatangan surat ini. Saya kagum dengan sikap saudara, suara saudara mengalunkan ayat-ayat Allah selama di Sekolah Menengah Sains. Maafkan saya..harus saya akui, saya juga hanya insan biasa yang tak mampu melawan fitrah di hati ini.. saudara muslimin yang baik, saya doakan agar saudara sentiasa dilimpahi rahmatNya Saya tahu ini bukan masanya kita bercakap tentang ini, soal hati dan perasaan. Saya yakin Allah beserta dengan orang yang sabar dan Allah sedang menguji hati saya ketika ini. Anggaplah hadiah pemberian saya tanda ucapan tahniah dari saya sempena melanjutkan pelajaran ke oversea.Iinsyallah, perasaan ini akan hilang bersama pemberian saya kepada saudara. Terimalah dengan ikhlas.Maat taufiq wa najjah M.Qibtiah

Muzammil kembali teringat isi surat ringkas yang diterimanya sebelum dia berangkat ke Ireland. Surat yang disisipkan pada mafela biru tua yang dikaitkan nama..NAJMI. Bungkusan itu diterima melalui seorang rakan yang juga tidak tahu dari siapa. Dia memang dapat rasakan gadis itu mencintainya.

Memang ramai yang dikenali meminatinya dahulu tapi tidak satu pun yang dilayannya. Tapi gadis ini cukup berbeza, terlalu ‘low profile’ sehingga orangnya pun dia tak tahu siapa. Biasanya, mereka akan memberi nombor telefon lah, e-mel lah.. tapi satu pun dia tak pernah contact balik. Baginya pada masa itu bukanlah waktu mengejar cinta tapi cita-citanya sebagai doktor menjadi keutamaan.

Selepas menamatkan MBBSnya di Ireland, Muzammil berhasrat untuk bertugas di sana untuk menimba pengalaman. Tidak disangka-sangka, anak pemilik rumah yang disewanya sangat mencintainya. Christina James namanya. Minatnya terhadap Islam memungkinkan Muzammil untuk berdakwah dan menariknya untuk memeluk Islam. Jadi, dia berkeputusan menikahinya.Tetapi, hampir dua tahun berkahwin, Christina ternyata tidak dapat menyesuaikan diri dengan agama barunya.

Paling menyedihkan, sedikit kata-kata Muzammil tidak lagi diambil peduli. Muzammil mula faham, Christina hanya menunjukkan minat pada Islam semasa ingin mendapatkannya dahulu. Dia yang bersikap keanak-anakan itu, kembali meneguk arak semasa Muzammil sibuk di hospital. Akhirnya, Muzammil terpaksa menceraikannya setelah Christina memutuskan untuk bersama lelaki lain dan ingin kembali ke agama asal.

Dengan penuh kepiluan, dia pulang ke tanah air setelah berjaya menuntut anaknya, Mardhiya Qistina…itulah permata hatinya kini, diberi nama mengikut huruf pangkal nama gadis yang tidak dikenali, yang tulus mencintainya dahulu…

* * * * * * * * * * * *

Maria menyapa Dr Bahtiar yang melewati di luar wad yang dilawat olehnya. Dia juga berasa hairan kerana terlalu menyayangi dan mengambil berat terhadap anak itu. Lantas menyebabkan dia sedikit risau.

“ Kami dah bincang tentang penyakit dia berdasarkan penelitian diagnosis.Bayangan gelombang jantungnya menunjukkan dia menghidapi sakit jantung secara semulajadi. Pada mulanya saya sangka ia bahaya. Tapi, persen pengaliran darahnya 25% sahaja, sedangkan pembedahan biasa memerlukan 30% atau ke atas. Juga tiada kemunculan tekanan darah pada paru-paru, menunjukkan tiada tanda bahaya.Walaupun pembedahan dilakukan, keadaan badannya yang kecil dan lemah memungkinkan adanya komplikasi lain. Jadi, asalkan mendapat rawatan susulan di bawah jabatan perubatan, ia akan pulih secara perlahan-lahan semasa pesakit membesar,” kata doktor bedah utama pembedahan Dhiya itu.

Ditunjukkan kepada Maria hasil diagnosis untuk dipastikannya sendiri. “Alhamdulillah, anak kecil itu tidak perlu dibedah,”hatinya melafazkan kata syukur. Laporan perubatan Dhiya di tangan Dr Bahtiar diteliti oleh Maria. Nama penuh Dhiya ditelitinya berkali-kali. MARDHIYA QISTINA BINTI MUZAMMIL NAJMI. Najmi.. Mungkinkah nama Najmi ialah Muzammil Najmi?? Maria terkesima.

* * * * * * * * * * *

“Mil pernah jumpa doktor perempuan yang kadang-kadang ada datang melawat Dhiya tak?” Puan Nuraini tiba-tiba bersuara setelah lama menyepi di dalam kereta. Dia dalam perjalanan ke hospital semula bersama anaknya setelah pulang sebentar pada pagi itu untuk memasak bubur kegemaran Dhiya.

“Tak ada la Mi. Saya selalu jumpa kawan saya, Dr Bahtiar je. Kenapa?”

“Manis sangat orangnya….macam nama tuannya, Dr Maria Qibtiah. Dia selalu pakai jubah. Orangnya masih bujang lagi Mil, hari tu mak tanya.Takkan Mil tak pernah jumpa?” Muzammil terkesima mendengar nama itu. Maria Qibtiah. M Qibtiah. Dia cuba memastikan dari ibunya.

“Dia pernah tanya pasal Mil tak, Mi?”

“Takde pun. Ummi pernah cerita pun pasal anak Ummi pun doktor dan pasal Dhiya.tu je.Kenapa Mil kenal dia ke?”

“Entah la..”Jawab Muzammil acuh tak acuh.Fikirannya masih memikirkan soal tadi, dan hatinya dapat mengagak sesuatu.

“Eh, pelik pula jawapan budak ni,”.Puan Nuraini mengerutkan dahi tanda hairan.

* * * * * * * * * * * *

Susuk tubuh berkot putih itu masih di tepi Dhiya yang masih tidur. Dia kini memegang mafela di tangan Dhiya, diperhatikannya…dan di tepinya, tertulis nama NAJMI. Maria menangis lagi. Dia menangis lagi, marah kepada diri sendiri kerana masih mencintai lelaki itu walaupun sudah bertahun-tahun berlalu, hatinya tetap menafikan.

Dia terlalu mengidami lelaki sesoleh Najmi sejak dahulu lagi. Dia tahu, Najmi mungkin tidak tahu sama sekali tentang dirinya.. dan dialah pemberi mafela itu.

“Mustahil dia mencintaiku, bahkan tidak akan memandang diriku. Sedangkan tentang diri aku pun dia tak tahu. Pemberianku mungkin dianggap seperti dari sesiapa saja dikenalinya. Astaghfirullahalazim..maafkan aku ya Allah kiranya aku berfikir bukan-bukan,”

“Doktor ada di sini rupanya” Puan Nuraini segera mendekatinya selepas menutup pintu. Segera dilapkan air matanya dan memberi ruang untuk Puan Nuraini duduk. Dia memohon untuk pergi dengan alasan mempunyai urusan lain, khuatir perasaannya diketahui oleh orang tua itu.

Belum sempat dia membuka pintu,, sesusuk tubuh sasa dan tinggi lampai masuk…dan Maria memandang wajahnya. Mereka saling berpandangan. Namun, segera wajahnya ditunduk. Dia masih dapat mengecam wajah itu,wajah lelaki yang pernah dicintainya tak banyak berbeza…hanya sedikit berkumis. Dipaksa dirinya untuk senyum dan segera dia mengatur langkah untuk keluar. Rasa kaget bercampur malu kini menyelubungi hatinya. Dia tak pasti, lelaki itu mengenalinya atau tidak.

Muzammil tahu, itulah Maria yang pernah dikenalinya, pelajar tingkatan 3 dahulu yang pernah mencuri hatinya. Namun, dia tidak pernah menganggap dirinya setanding untuk gadis sebaik dan sesolehah Maria. Sekarang, Muzammil pasti, dialah Maria…Maria Qibtiah, dan kini sudah jelas, gadis yang dicintainya dulu rupa-rupanya mencintainya..Dia pasti tidak berdiam diri lagi, kerana dia yakin tidak bertepuk sebelah tangan..

“Maria, tunggu dulu!” Maria berhenti tanpa membalikkan tubuhnya kearah Muzammil.

“Saya tahu awak masih kenal saya. Saya Najmi..Muzammil Najmi yang awak pernah kenali dahulu. Kenapa awak lari dari saya….awak takut saya tahu yang awak bagi mafela tu? Atau awak takut jatuh cinta pada saya lagi? Maaf, saya tak tahu nama penuh awak Maria Qibtiah..ibu saya dah beritahu saya tentang awak. Saya tahu saya ada peluang kali ni. Saya tahu apa tersirat di hati awak, Sekiranya awak sudi…dan Allah izinkan, kita segera taaruf dan saya akan melamar awak.” Maria memejamkan matanya. Air mata syukurnya gugur ke bumi.

* * * * * * * * * * * *

Majlis berjalan dengan lancar. Suasana agak sunyi selepas ramai tetamu sudah pulang. Maria menitiskan air mata lagi…air mata kesyukuran ke hadrat illahi. Dia tahu, Allah menyayanginya,memelihara kesuciannya sehingga dia bertemu kembali dan diijabkabul dengan lelaki yang dicintainya kerana Allah. Rahmat dari Tuhan iyang dilimpahkan sangat dirasainya kerana kini memiliki suami soleh dan sekaligus anak solehah seperti Dhiya.

“Sayang, kenapa menangis ni?”Muzammil mendekatinya.

“Terima kasih abang…kerana menikahi Maria”. Air matanya jatuh perlahan-lahan.

“Kenapa cakap macam ni.?Abang nikahi Maria kerana mencintaimu kerana Allah, dan Maria isteri solehah yang abang idamkan. Abang sepatutnya berterima kasih pada Dhiya yang sanggup menerima abang dan Dhiya.Abang cintaimu selama-lamanya..Insyallah,Doakan agar Allah sentiasa mencurahkan rahmahNya kepada kita.”

Kelihatan Dhiya mengintai mereka dari tepi pintu kamarnya. Dia beransur sihat kini di bawah jagaan Maria yang kini bekerja bersama suaminya di Muzammil Medical Centre. Cepat-cepat Maria meleraikan pelukan suaminya itu. Dhiya meluru masuk memeluk ibu barunya..

“Papa, papa kena tidur kat rumah ibu ke malam ni? Boleh Dhiya tidur sama ngan ibu dan papa tak? ” soal Dhiya sambil tersengih. Maria tersenyum menantikan jawapan Muzammil. Agak lama menantikan sebelum Muzammil menjawab.

“ Malam esok boleh kan sayang?Malam esok balik rumah kita nanti , papa janji kita tidur sama-sama ok,” jawab Muzammil memerhatikan reaksi puterinya.

“Ibu pun janji!” Maria menambah.

“Tapi mana papa letak mafela Dhiya ye?”

“Oh.. ada kat bilik papa. Nanti Dhiya ambik kat bilik papa ye sayang,” Muzammil menjawab sambil tersenyum.

Dia faham Dhiya selalunya tidak boleh tidur tanpa mafela itu. Mafela itu seolah-olah pengganti dirinya semasa ketiadaannya. Memang tidak hairan Dhiya begitu sayangkan mafela itu.

“Alright,papa.Good night papa! Good night ibu!” Dhiya tersenyum tanda setuju lalu keluar setelah bersalam dan mencium pipi papa dan ibunya.

“Kenapa ada kat bilik abang? Mafela tu kan dah jadi Dhiya punya?” Maria sengaja bertanya.

“Semalam Dhiya tidur kat bilik abang. Jadi, ada kat bilik abang lah. Tapi, walaupun abang bagi pada Dhiya, ia tetap mafela kesayangan abang… sebab ia dari seseorang yang abang cintai tanpa abang sedari. Dan sekarang …abang dah milikinya,” kata-kata Muzammil menyebabkan Maria tersentuh. Dia tertunduk malu.

“Kesian pulak kat Dhiya, tak boleh tidur dengan abang malam ni.” Maria cuba mengalih topik.

“Habis tu, sayang tak kesiankan abang?” Maria faham maksud kata-kata Muzammil itu. Malam itu sememangnya milik mereka berdua. Malam yang indah yang mereka sinari dengan cahaya ibadah cinta dalam hubungan mahabbah yang suci dan diredhai olehNya. -layyinul qalbi-

BERCINTA DAN BERKASIH ITU TAK SALAH TAPI CARA KITA TU YANG SALAH.
SAMA-SAMA RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!!!

Monday, March 16, 2009

TAG AGAIN????

ok being tag once again..rasa cam br je jwb tag dr cik liyana ashaari ari tu..owh kali i'm being tag by wan iliana..or lebih mesra dikenali sebagai wan...


1) Copy badge “2009 Cute’s Blogger Award” at my blog .

2) Link/narrate about the fella that give the award to you.

3) All tagged blogger must state 10 facts/hobby of himself before picking the next award receiver (tagging).

4) You have to choose 5 fellas to give the award to and post their name in your blog.
5) Don’t forget to visit your fellas’ blogs and tell ‘em they are tagged!

So..here goes the tasks:




2.story about wan iliana..

ok aku cerita dr perspektif aku la ye..ok wan iliana..sebnarnya aku br je rapat dgn wan start 2nd year ni..i always confuse dia ngan nadhira(ira) masa 1st year..dua2 sama kecil macam nak dekat sama je..i think wan knows better how most of our batch confuse her with ira hihihhihi kami jadi rapat sebab we are in same block dm3 and same aras..dan mungkin juga sbb aku semakin rapat ngan addy,my pblmate..and more rapat with wan after usm-unimas program..
what i really like about wan
-she is really good friend
-her mimik muka(wan's fake smile hihihi)
-cara dia yang berterus terang..that make me also will berterus terang with her
-her business spirit hihihi ya she is amway distributor like me and most of or batch..amway virus!!!
- banyak lagi sebenarnya hihihi but let it be secret..
that's all i can story..want to know better read her 'royal ramble' "http://damoiselle0808.wordpress.com/"


...MY PIC WITH WAN ILIANA AT ONE OF THE MUZIUM AT SARAWAK...
3...
about me and myself
1. my full name is ain sabrina mohamed amirudin.been called as ain. i don't really like someone called me sabrina. sabrina is reserved for the special ones(yo la tu hihihi)
2. i am the eldest sister in my family. i have one abang,2 adik lelaki and my only sis is the youngest.
3. i'm from perak originally as my p.o.b is at hospital besar ipoh but right now my home is at penang.
4. i really really really want to be a doctor. there is the only ambition that never changed since young age although it is really really really hard. huh(mengeluhku sebentar)
5.i really really really want to go to japan. really jealous with my mama that is at japan right now. huhuhu i will go someday..
6. i really really really loves to read novel but it been so hard to do that like b4 as so many notes+medical books to be read + meeting to be held + work to be done. the last book i read is twilight. really loves vampires that named edward cullen hihihi
7. to feed my love in reading novel i sometimes read it at internet or if the time is so limited i will read cerpen at "http://www.penulisan2u.blogspot.com/"
8.really loves to write..sorry for so much ramble in this blog hihihi anyway happy reading..
9.i always ordered nasi goreng kampung + apple juice when i went to any food court. but i am trying to change that habit..hihihhi
10. lastly i really miss my home at penang!!!!

the last part of the task..the best and the hardest part ever(teringat satu lagu pulak bila aku tulis gini..lagu dia bnyi gini (tak ingat tajuk lagu) "i hate this part right here" )hihihi

who is the luckiest+cutiest friend to be chosen hihihi
1.liyana ashaari aka angah (ni kes balas2 tag nih hihihi)
2.miss lea
3.aida
4.faza
5.akmal

ok wslm..

Thursday, March 12, 2009

RESULT SPM DAH KUAR...

assalamualaikum...

result spm dah kuar..so taufan pun melanda hihihi hinggakan kesannya terasa pada diriku yang telah jauh dari zaman nightmare spm tu..

tahun ni yang ambik spm kalu ditambah tolak adik ngan sepupu aku ada 6 orang semuanya..adik aku sorang,sepupu belah abah 4 org,belah mama sorang..

alhamdulilah adik aku full A..
namun dikala kegembiraan menjelma pasti ada kesedihan jua..
for me spm result was a nightmare and till now it still a nightmare hihihi..ye la result 'cantik' sangat kan..so i'm not really a good advicer for spm student tapi dah merata dah aku jadi fasi tuk bebudak spm hihihi tak salah kan aku just berkongsi dengan orang lain dengan harapan adik-adik fasi takkan mengulang kesilapan aku insyALLAH..hopefully...

apa2 pn SPM is not everything..bukan penamat dunia..lebih baik dikatakan sebagai permulaan hidup yang lebih dewasa..

buat yang dapat result yang agak tak best tuk spm ni..me as kakak to you like to advice..
yang paling penting jangan putus asa..perjalanan hidup masih jauh..spm bukan segala-galanya..tak salah menangis but jgn biarkan air mata tu sia-sia dengan mengambil keputusan tuk give up, anggap air mata tu adalah pengakhiran kepada kesedihan...bangkit semula insyALLAH kejayaan akan datang kembali kepada orang yang berusaha+tidak lupa berdoa pada yang ESA..mungkin kita takda rezki di SPM tapi insyALLAH ada rezki kat u ke..kita taktau lagi masa depan kita,kita hanya mampu berdoa dan bangkit meneruskan perjalannan..umur baru 18 ada banyak lagi kegagalan dan kejayaan yang akan kita tempuh selepas ni..anggaplah kegagalan ini sebagai satu ujian dari ALLAH pada kita..banyakkan berdoa pada ALLAH..hanya pada DIA sebaik-baik tempat untuk bergantung..

buat sesapa yang ada sedara yang ada result spm tak brapa best..
tolonglah support sedara korang tu..pada masa ni support korang memang sangat diperlukan..percayalah tak semua orang mahukan kegagalan..mungkin kegagalan ini datang atas kesalahan diorang sendiri..manusia tak sempurna kan..jadi maafkan lah diorg and at the same time support diorg..aku bercakap ni dari pengalaman aku sendiri..masa aku dapat result teruk dulu,secara jujurnya aku ada rasa cam nak bunuh diri,sangat depress waktu tu..disebabkan ada agama and support from mama and abah aku boleh bangkit semula and be what i am now..so please be supportive...

dah jadi cam motivator lak aku ni..hihihi
that's all from me..wslm...

aku selitkan sekali lirik lagu rahmat ujian dari mestica..
cba hayati..bagi aku bila baca lirik ni aku terasa disyangiNYA..
ujian itu hadiah dpdNYA pada kita hambaNYA..tanda sygNYA pada kita insyALLAH..

Rahmat Ujian
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Tuesday, March 10, 2009

DITAG???

assalamualaikum..
bersua kembali..
bukak2 je blog setelah lebih kurang 3 hari tak dbuka,blog aku telah diserang virus tag kembali..hihihi
ok for this time aku ditag oleh cik liyana ashaari aka angah..

here's the instruction:

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and describe about it.
5. Invite six friends to join the challenge.

6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.


arahan2 nya seperti diatas..bila diikut betul2 arahannya keuar gambar yang tak dapat disiarkan atas sebab2 tertentu so aku pun ambil 6 folder dr belakang ad here is the result..

ni gambar my only sis bernama ain syafinaz yang lebih manja dikenali sbg inat kat umah..gambar ni diambil kat kamal lodge,taiping perak..cantik tempat ni..dikatakan tempat ni di bina oleh arkitek(tak berapa pasti la) tapi yang pasti rekaan tempat ni memang sangat cantik..kami berenti makan kat ctu lepas bersiar-siar kat taiping,masa tu on d way nak balik kg belah abah kat kuala kangsar..ok cita pasal adikku yang sorang tu pulak...dia baru berumur 12 tahun(thn ni ambik upsr)..dia sgtlah manja..ye la tggal dia sorang je kat umah sekarang..yg lain smua tggal kat asrama..pa lagi ye???tu je la kot buat masa ni..kalu korg baca blog aku ni slalu msti korang slalu akan terjumpa nama budak busuk sorang ni hihihi..kalu tak cta pasal dia tak sah..ok la aku nak smbung studi..adios..wslm..

aaa sblm terlupa sy ingin tag beberapa kawan sya..
1.lea
2.hazwan
3.aida
4.akmal
5.faza
6.zack

buat kawan2 slamat menjawab tag...

Thursday, March 5, 2009

MISERABLE WEEK????

assalamualaikum..

this is the 2nd post for today..jarang aku nak menaip lebih drpd 1 post dlm sehari...tu petanda sama ada mood aku sangatlah baik or sangatlah buruk hihihi ok for today it is more to goods because i'm going bak to penang this night after a miserable+bz week..

minggu ni agak mencabar bagi aku..aku kena present case minggu ni..as usual kna cari patient+tnya history+wat PE..what make this presentation is more difficult than b4 is I'm not free last weekend SO I don't have much time to prepare for presentation..ALHAMDULILAH for this presentation i do it with addy..so we clerk the same case,addy do the history intake part while i take the physical examination part..

on d way back to kelantan i already got sms from addy describing the patient's condition..
this is her description
-female
-provisional diagnosis: metastasize pelvic cancer
- 3x been admitted to HUSM
1ST: fractured right hand
2ND: ovarian tumour
3ND: gluteal and thigh pain

so bermula dari saat itu,hatiku mula tak tenang..hohhoho rasa tak sabar nak balik bilik nak prepare for the presentation..
sampai2 je bilik aku terus buka buku PE for ortho..and trus nak bc hip and knee examination..
bila baca je aku macam "banyaknya..apa ni???" aku dah mula serabut+tensen..tak sangka aku PE for musculo is so hard+so remeh+so banyak..and at that time aku terfikir menyesalnya aku ambik musculo tuk present napalah aku tak present waktu GUT je..past is past..dah tak boleh nak diulang balik..
then,aku try tenangkan diri and be positive..and at the same time benda yang aku fikir sgt2 waktu tu adalah i really3x want to go back home this weekend...so the next day after class i rush to buy bus ticket to penang...thank god i bought the last seat to penang..hihihi kalau tidak merana la ain sabrina hujung minggu ni hihihi

back to my very 'good' presentation...
for the presentation i try my best to understand the PE from the book..as it is too hard for me as the physical examination were not been taught yet by the doctors before that.. so i try to get help from seniors..alhamdulilah kak syu and kak jazimah banyak membantu walaupun mereka pun sibuk dengan hal masing2..but mostly i learn from video with aina b4 we when to do the PE to the patient..at first the patient were not so cooperative but after we give some ole2 she is more cooperative until now..after jotting the result of the PE at last i manage to meet my seniors..and they help me a lot..thanks again to kak syu and kak jazimah.. :-)

and then the day of presentation..
once more i went to meet the patient..
my pbl should have presentation at 2pm but the doctor late for an hour..
sampai2 je doktor yang berkenaan ni(as usual nama doktor terpaksa dirahsiakan..buat yang dah tahu faham2 je la ye..) dia cam mengamuk+in bad mood..
samapi2 je dia cakap "i'm not in the good mood.everybody not doing their work well today. so you better do it well." he said to addy as addy the one who has to present first..and bcoz of that very 'good' mood everything that addy said must be a mistake for him..dia marah2 kat addy like yelling to everyone in the ward..eveything not very good word keluar dari mulut dia..alhamdulilah presenter minggu ni adalah addy yang tidak berperasan hihhihi if others maunya menangis depan doctor..doctor tu sendiri terkejut dengan reaksi tak berperasaan addy sampaikan dia cakap "bagus ye awak tak menangis pun walaupun saya marah awak teruk"(he said in english but i don't remeber the words..)
then,my turn arrives..doctor tu cam nak uji aku je..dia suruh start wat pe..so i do the inspection first..then he ask me to proceed.. for musculo the examination consist of look(inspection),feel,move..as i'm doing hip examination for this patient so i actualy should expose the patient's hip..aku dah mula gabra..i've promise to the patient that i will not expose her private body part..so aku macam teragak-agak..so me yg teragak-agak+the 'good' mood doctor=???..you can guess what happen..
then dia just tolak aku and dia yang buat examination..dia buat neurologic examination that we will learn in 3rd year..of course me a 2nd year student do not know anything about it..ahh macam2 ragam doctor ni..pening kapala..
that's all about my nightmare presentation..

then this week is so busy with meeting and meeting..ye usm kan stand for universiti suka meeting..minggu ni just busy with skspm(insyALLAH tinggal nak follow up sponsor je skrang),then big sib motivation program and lastly usm-unimas program(baru pas meeting ngan TDA petang tadi)..ari tu dah bertekad nak kurangkan program pas balik dari sarawak..hmm takda maknanya..so i'm target to reduce this out-academic program until this april only..hihihi berjaya ke??? kena berjaya jugak la sbb result exam dah 'cantik' sangat dah tu..

ok that's all..aku nak bersiap nak pack2 barang nak balik rumah..hatiku dah sampai kat rumah hanya jasad je yang tertinggal kat cni..so gud bye for a while..till we meet again next time..wslm..

BIG SIB TRIP TO PERAK

assalamualaikum bersua kembali..


hujung minggu lepas ada big sib trip to perak..
kami g royal college of medical perak (RCMP)


..........bangunan RCMP dari hospital besar Ipoh(tempat aku dilahirkan).....


...dr. najib dengan mpp rcmp.....



..........aku ngan kak zara dekat muzium anatomi rcmp......



ni lak kat makmal diorg ala-ala mdl kita..masa kami sampai tu ada doctor tgh sediakan specimen mikrob so kami pun tumpang2 tengok..julian dan aku yang tak berapa kelihatan, hanya nampak buku twilight aku yang tak habis dikhatam lagi hihihi

lepas makan,solat kami pergi ke hala tuju yang dinanti-nantikan lost world of tambun...






muka-muka kecerian bebudak big sib main indoor game yang aku panggil pirate ship(tah betul ke tak)


..one more indoor game yang bebudak big sib main(aku taktau nama game ni)


muka-muka letih menunggu bas yang tak kunjung tiba



malam tu kami tumpang tidur kat matrik perak..memang selesa sangat sbb kami dpat rumah felo..sempat lagi aku jumpa cousin aku,aren yg studi kat ctu..senyum lebar dia bila aku hulur makanan yang aku beli masa singgah kat ipoh parade hihihi aku paham penderitaan budak asrama yang selalu kelaparan dan keboringan dengan makanan cafe yang sentiasa sama..hihihi

then,keesokan harinya kami pergi universiti teknologi petronas(utp)..



for your infomartion, tempat utp ni asalnya adalah usm kejuruteraan yang sekarang dah berpusat kat transkrian,png(ye penang..ramai orang salah sangka kampus kejuruteraan kat perak..tempat tu memang dekat sesgt dah ngan sempadan perak but it still in png..)..
one more info is my mother used to work at usm tronoh b4 been transfer to main campus usm and then transfer to usm transkrian so now she works at usm transkrian..so aku dari kecik pun memang dah imun dengan usm..hihihi tadika dalam usm,sekolah rendah belakang usm and now study at usm and insyALLAH berhasrat nak kerja kat usm kat campus kepala batas yang baru nak wat tu(planning awal sedangkan kampus pn tak siap lagi..matlamat jangka panjang) hihihi..so kesimpulannya aku memang sangat SETIA dengan usm hihihi

back to utp story..

kampus utp tu sangatlah besar..tempat pengajian diorang buat dalam bentuk bintang cam yang ditunjukkan kat bawah nih..


kami dibawa melawat utp gallery..ada cam history gtu la..


..........beramai-beramai bergambar depan utp gallery......

kami dibawa melawat setiap pusat pengajian..


di brief serba sedikit di salah sebuah pusat pengajian kalu tak salah pusat pengajian kejuruteraan bahan sbb dia ada brief serba sedkit tentang penyelidikan nak buat bahan binaan dari hampas beras..interesting walaupun aku ni masa zaman sekolah tak berapa nak masuk dengan fizik sangat hihihi


..taman kat kawasan utp tu yang sangat lah best..tenang je tengok....

then kami dibawa melawat library(atau kat utp diorang panggil sbgai ict(tak ingat la stand for what ict tu)) dan dewan canselor(tempat diorg graduate)


on d way ke bangunan canselor dan ict..sebelah kanannya adalah dewan canselor yang sebelah kiri ict..binaan bangunan ala-ala klcc kalau korang perasan la nama pun utp kan..


library diorg yang sangat2 lah besar..memang kagum sesgt la..


.....ainul,yani dan aku bergambar di dalam library utp....


....aku ngan piqa sempat bergambar kat luar library utp...

then balik tu pasmakan kami sempat singgah solat kat masjid utp..masjid dia pun sangatlah cantik..masjid tu dikelilingi tasik..



lewat petang tu baru kami bertolak balik usm..kami sempat singgah cameron highland(sbb balik ikut jalan gua musang)...so that's all about big sib trip last weekend..

ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails