Friday, September 26, 2008

..SHOPPING...

assalamualaikum..

believe it or not..aku br balik dari membeli-belah..
shopping at wakaf che yeh..kat mn lagi tu je la tempat kat kelate ni yg bukak tetgh mlm buta nih...

penat gila mlm ni..bukan sbb g shopping td..actually shopping tu contribute gak la..but yang meletihkan sesgt tetiba ari ni aku jadi drebar terhormat..memang plannye mlm ni pas isyak aku tlg g antar cik aina ngan zaty g stesen bas langgar..then balik usm ambik aji,ju,mira ngan illie nak g wakaf che yeh..so that's mean aku dah bersedia mental dan fizikal ulang-alik dr usm 2x..

then something happen..pas bkak posa tgh relax2 sblm nak antar cik aina ngan zaty tetiba hp ku berbunyi,cik sarah fon..bgtau ada emergency mtak tolng aku antar atun g stesen bas langgar..alkisahnya cik atun tersayang merangkap naib setiausaha aku waktu ppip dulu telah melakukan kesalahan besar hehheeh besar sgt la..dia tertipu dgn dirinya sndiri..bas dia g johor kul 8 mlm sbnarnya tapi dia tersilap tgk dia ingat kul 9..baik la dia terlintas nak belek tiket tu jap pas solat maghib last2 aku la jadi hero penyelamat dunia,catwoman merangkap drebar terhormat dia antar dia g stesen bas langgar..memang aku pecut bawa keta abis langgar peraturan 6okm/jam hehehhe yang si atun dalam keta aku tak abis berdoa abis mcm2 doa la dia baca hehheeh memang kalut ngan pucat betul muka dia waktu tu..ye la balik raya kan,dah la nun jauh di johor tu..alhamdulilah perjalanan agak smooth la keta pun tak brapa byk..akhirnya kami sampai la tepat kul 8 kat stesen bas langgar tu...

then,aku pun balik..sampai je usm dah azan isyak..last2 aku tak bkak tudung pun tggu cik zati ngan aina siap then terus blah g stesen..memang penat la..selalunya aku antar orang kat stesen,aku siap park keta salam2 peluk2 br blah..td disbbkan terlalu lah penat aku tak sanggup nak park juz salam dalam keta sbb dalam cerebrum aku juz fikir nak balik jah nak tido hehehe balik2 aku singah bilik mira jap cakap aku tak larat nak g wakaf che yeh lagi..biar aku dapat tido sejam dulu baru kami berlepas g bershoping..serius penat ingat bawa keta tak penat ke..penat tekan clash lebih2 lagi jalan kat kelate ni dimana keta2 kat cni agak lembap la ke aku patut cakap aku yang bawa tak ikut peraturan bawa terlebih laju hehehe bak kata hazwan kat aku ari tu "ain ko la the 1st perempuan yang aku rasa bw keta sgt la laju dan sgt la berani"..hehehehe see the leg laa..heheheh

then dalam kul 10 baru la kami bertolak g wakaf che yeh..jalan nak g wakaf che yeh yang selalunya sunyi dan agak mengerunkan tu tetiba je cam ramai je ari ni..sebab dah nak raya kot..perantau2 yang asal kelate dah mula balik kelate aku rasa la sebab dah banyak keta berplatkan plat luar dari negeri kelate nih..dalam keta asyik dengar lagu raya jah siap cik ju kat belakang tu ikut menyanyi lagi..hehehe dah la nyanyi kuat sumbang lak tu hehehe ju jgn mare ye nnti cepat tua!! hehehe

then samapi la kat wakaf che yeh..seperti yang disangka-sangka kan manusia sgt la ramai..dan parking amatlah susah hendak ku temui..akhirnya jumpa gak parking yang agak ok dan selamat memandangkan aku agak fail bab parking nih..hehehe then kami pun bershopping..best gak la shopping ctu skrang sbbnya dah ubah tempat,dah tak lecak cam dulu lagi..lagi selesa la shopping..but still agak menakutkan sebenarnya bershopping kat ctu sbbnya satu hal dah malam satu halnya lagi kat ctu terlalu ramai lelaki yang menakutkan..suka tgk orang peik jah menakutkan tul..dah la semua pengikut2 aku g wakaf che yeh semuanya perempuan yg ayu2(chewah...) tu yang menambahkan lagi risau sebenarnya..to add one more tak selesa thing is ventilation kat ctu agak tak berapa bagus bcoz of too many smoker..i mean active smoker make me be the passive smoker that will get the worse effect compared to them..really annoying...then cik mira buat satu idea bagus punya dia kata baik kita wat cfcs kat cini je promote kempen tak nak merokok(cfcs tu cam projek bertemu masyarakt buat mcm2 aktiviti berobjektifkan memberi kesedaran kechatan kpd masyarakat)..dia bg idea suruh wat satu pemeriksaan kechatan kat ujung pasar wakaf che yeh sambil2 buat kempen kchatan..ye sgt la tu..nnti tak jadi projek cfcs jadi projek membeli belah je..hehehe

berbalik pada cita shopping..aku beli 3 t-shirt one for abah,one for ayin and one more t-shirt for irfan..hope they like it..then aku beli tudung manjalara warna pink and hitam for mama..ni aku risau ckit sbb aku tak pernah tengok mama beli or pakai tudung jenis manjalara ni..tah2 mama suka ke tak..harap ma suka la..then aku beli keropok tuk goreng..aku bli 6 paket trus puas ati..selalunya aku beli 3 paket ma slalu cakap tak cukup..mananya tak cukup tiap kali beli ma pergi bagi kat auntie ju la,kat kampung la tuk mak ngah ngan mak lang alih2 tinggal 1 paket ja kat umah..so kali ni aku beli 6 paket trus kalu tak cukup lagi tak tau la..tu je la yg aku beli..tu je pun dah abis rm100..cam senang je nak abiskan dut sekarang ni..cam dair je duit tu..cam murah sgt je nilai rm 100 sekarang nih ish2 istigfar la ain..aku semakin boros la sekarang ni..dalam dah beli banyak2 nih aku risau lagi satu benda yang aku tak beli that's aku tak beli pa2 pun for my only sis,cik inat tu..merajuk lagi la adik aku yang manja sorang tu..ye la ari tu balik masa convex aku beli 4 kain for mama,aku,iya ngan farah..tak beli pa2 tuk dia merajuk la budak tu ish2 budak manja sorang nih..takpa la balik ni mama kata nak shopping raya lagi sbb aku takda lagi baju raya tuk 1st day raya..aaa sedey aku sorang je takda baju raya lagi..masa shopping raya nnti la aku belikan something tuk budak inat busuk tu ehehehe

k lah dah penat menulis..aku nak sambung nak kemas bg..esk balik umah!!!!tak sabarnya...

Thursday, September 25, 2008

..BARU PAS TENGOK MOVIE..

assalamualaikum..
sekarang dah nak dekt pukul 3 pg but still aku tak tido lg..hehhee..stay up ckit..bukan stay up studi hehhehe stay up tgk cita hindustan ..hehehe sedangkan esk ada exam nih hehehe takpe exam cfcs je(aku cuba menyedapkan hatiku hehehe)

takda la..memang malam ni aku takda mood nak studi pun..jadi aina pun ajak la tengok cita..movie dlm laptop semua cam boring ja..pastu aku br teringat kat bilik ira ada cita hindustan..aku pun ngan sedaya upayanya g bilik dia jap hehehe semata-mata nak g pinjam cd..aku pinjam 2 cd..the 1st tajuknya vivah(shahid kapoor+amrita rou) and the 2nd bhothnath(srk+juhi chawla+amita bachan)..cik ira cakap yg 1st story tu sweet sgt and the 2nd story tu cita hantu tp versi lawak punya..

balik bilik..memandangkan aina tak nak tgk cita hantu jadi pasang la cita yg 1st tu..yg tgk aku,aina,zue ngan cik sue..tapi cik sue tak tgk sampai habis dia dah tido dulu...cita tu really sooooo sweeeet....hehhe cita pasal perkahwinan yang diatur mak bapak..cam sweet sgt dua2 cam pemalu mula2..the hero really obedient to his father that added one sweet thing..cita 1st time diorang jumpa cam merisik la dlm budaya melayu kita panggilnya,lepas tu dua2 setuju then terus bertunang..kahwin 6 bulan pas tu..cam sweet la cita diorang sepanjang tempoh dari bertunang sampai kawin tu..cerita camna laki tu begitu bersemangat nak keja sampai berjaya bcoz of kata2 semangat from that girl ehheheeh
then the adventure begin..cam besa cita ceriti ni mesti la ada cita dugaannya..sehari sebelum kahwin rumah belah perempuan terbakar so the girl had a burn the 3rd degree burn mmg agak severe la(belajar pasal burn waktu pbl foundation blog tp dah lupa..kena revise blk nih..)..then still laki tu trima dia and that add the sweetest thing and me terharu and be the crying princess again hehehehe tapi tak dapat disangkal lagi(chewah cam nak cakap pa2 je) cita tu tersangat la sweet..sbb cinta yang direstui ibu bapa cam cinta yang ok yang takda couple and what so ever benda2 yang nyampah2 ni..so sweet..cerita ni a bit islamik hehehehe memang la not fully islamik nama pun cita hindustan kan tapi bab cara berkenalan depan mak bapak or mahram and lepas tu trus bertunang n kahwin betul2 menepati perhubungan cara islam..and dlm cita ni satu lagi benda yg best adalah sikap hero tu yang really sweet is sebelum kahwin lagi dia dah anggap satu family girl tu sebagai family dia siap dia letakkan gambar setiap ahli family girl tu dlm bilik dia..huhuhu really sweet..satu malam ni aku senyum je la nampaknya ditambah ngan br bc novel lg nye..heheheh

Wednesday, September 24, 2008

..KENA DENDA..

assalamualaikum....

bersua kembali...
petang tadi aku masuk explorace..hehhe ada ke explorace wktu bln2 posa ni..disebabakan ari isnin ari tu aku masuk kls bi lwt so aku didenda oleh teacher chaizani yang comel tu...hehhee aku,aina,jamilah ngan fairuz..kami diberi task ca treasure hunt kat library..juz interview librarian and juz sempurnakan arahan task dalam form yang teacher bagi..ada 4 task je..bagus gak denda ni sekadarnya aku kenal la ckit library yang semakin jarang aku jejak sekarang ni hehehe ish2 kena berubah ni!!!azam nak belajar tak tercapai-capai lagi..pa nak jadila..then masa task no 2 yang kat media racks tu aku pinjam 3 cd that's pe for cvs,heart sound&murmurs dan satu lagi cd bi tajuk cinderella and thomas's snowsuit..hehhee lawak tul..sebelum ni tak pernah jejak pun kat rak tu..ari ni cam baru terpegun ngan tersedar sampai g pinjam 3 cd..sekali pinjam leh pinjam 4 cd utk 2 minggu..pastu masa reference section aku pinjam buku jude deveraux tajuk 'counterfeit lady'..masa kat kaunter nak pinjam tu aku ternampak something unexpected hehhee benda2 yg aku tercari-cari sangat..excied gila aku rasa..aku ternampak buku novel 'relevenkah aku di hatimu' kat rak buku kat belakang kaunter 2 rak buku tuk buku yang baru dihantar..excited la aku..disebabkan teacher ada terpaksalah aku berbahasa omputih kat ctu hehhee tanya kat pak ck kat kaunter pasal buku tu "sir,can we borrow the books at the racks"..pakcik tu sengih je jawab bahasa kelate hehhee teacher pun senyum je tgk aku..dah la dah pinjam 3 cd tak cukup ngan tu siap pinjam 2 novel lagi..ish2..rajin sungguh ain sabrina kalu bab beda2 addition ni..nota foundation pun tak abis baca lagi..ada hati nak menambah 'ilmu'..hehhee

takpa2..novel 'relevankah aku di hatimu' aku dah abis baca pun..hebat tak..kiranya berapa jam je lah aku baca..dari petang tadi baca sekarang dah khatam buku tu..yang best pasal buku ni sebabnya it a bit islamic..cita cam novel besa story about friendship grows to love but been added with islamic value..so a bit tertusuk di hati la benda2 manfaat ckit..daripada yang aku baca ayat yang paling aku ingat dan cam best je ayat dia adalah

Nurul Akasyah, lelaki yang wara' tidak mahu bermain cinta. Kerana dia
tahu apa tujuan perhubungan lelaki dan perempuan... yakni pernikahan.
Oleh itu jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu dan
kuatkanlah pendirianmu. Andai kata tiada cinta dari Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah menyinar dan memenuhi jiwamu. Biarlah
hanya cinta ibu bapamu yang memberi kehangatan kebahagiaan buat
dirimu. Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan
membahagiakanmu. Akasyah, cintailah Allah di kala susah dan senang,
kerana engkau akan memperolehi cinta dari insan yang juga mencintai
Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan memperolehi
keredhaan Ilahi. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta
keluarga. Ingatanku yang terakhir... biarlah tangan yang menggoncang
buaian ini dapat menggoncangkan dunia dalam mencari keredhaan Ilahi.
Demikianlah bisik satu suara yang sangat halus jauh di sudut kalbu.



aku suka la ayat2 puitis ni..cam kita betul2 berserah padaNYA pasal jodoh ni..really make me think more rasionally bab hati dan perasaan ni..

and aku tak boleh lari dari memikirkan insan di sana(prince charmingku????) pabila aku baca dan aku hayati watak 'kaduk' dan 'mar iskandar'..ish2 udah2 la tu.. "don't worry,be happy"..hehhee

Tuesday, September 23, 2008

..MANA SATU PILIHAN HATI...


bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..


Mana Satu Pilihan Hati
www.iLuvislam.com
oleh: aisyahhumaira



Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”


Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

..SYURGA ITU MAHAL..

bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..

Mahalnya Syurga
Abu Hurairah lah.a berkata. Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda:

Sesungguhnya orang pertama yang dihakimi pada hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Di datangkan kepada beliau segala amalannya seterusnya dia akan disoal:

Apakah yang telah kamu lakukan?
Jawabnya. Aku telah berperang keranamu Ya Allah sehingga aku mati syahid.

Di katakan kepadanya lagi: Kamu telah berbohong!. Malah kamu berperang supaya orang berkata kamu berani!, dan mereka telah pun mengatakan (di dunia),kemudian diseret mukanya dan dicampakkan ke lubang neraka.

Kemudian didatangkan pula seorang penuntut dan penyampai ilmu (pendakwah) yang juga merupakan pembaca al-Quran.

Kemudian dihadapkan kepadanya segala amalan yang telah dilakukan di dunia, dan dia mengakuinya.

Justeru itu dia ditanya: Apakah yang telah kamu lakukan?
Jawabnya. Aku telah belajar dan mengajar ilmu. Aku juga membaca al-Quran, semuanya keranamu Ya Allah.

Kemudian Allah menjawab: Bohong!, bahkan kamu belajar supaya orang kata kamu ‘alim, dan kamu baca al-Quran supaya orang kata kamu seorang qari. Mereka semua telahpun berkata demikian di dunia.

Setelah itu dia diseret dan dicampakkan ke dalam neraka.

Akhirnya dibawakan pula seorang yang dikurniakan harta benda serta kemewahan hidup di dunia, dan dia juga mengakui segala nikmat yang dikecapinya.

Kemudian dia disoal: Apakah yang kamu lakukan dengan harta benda tersebut?

Jawabnya. Aku tidak akan tinggalkan satu peluang bantuan yang engkau sukai Ya Allah sehingga aku akan keluarkan wang bantuan keranamu Wahai Tuhan.

Allah menjawab: Bohong!, tetapi kamu keluarkan bantuan tersebut supaya orang katakan kamu seorang yang pemurah. Mereka semua telahpun berkata demikian di dunia.

Akhirnya dia juga diseret dan dihumbankan ke dalam api neraka.

Apabila Saidina Muawiyah lah.a. mendengar hadis ini, beliau menangis sehingga tidak sedarkan diri, apabila sedar beliau berkata:
Benarlah firman Allah swt dan sabda Rasul-Nya. Allah swt juga telah berfirman dalam surah Hud ayat 15-16. Mafhumnya: Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya kami akan berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna, tanpa apa-apa kerugian. Itulah orang-orang yang tidak beroleh sesuatu di hari akhirat melainkan api neraka yang marak menyala.
(Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasaai)
Pengajaran ayat Quran:
"Di antara manusia ada yang mengatakan (Kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. Dan bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi. Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan." Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak sedar." (Surah Al-Baqarah ayat 8-12)

Firman Allah lagi dalam Surah Fatir ayat 29 berbunyi: “Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.”

firmanNya lagi dalam Surah al-Saff ayat 10 – 12: “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman ( syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar.”

Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud: "Orang yang cerdik itu ialah orang yang memperhambakan dirinya untuk persiapan hidup di akhiratnya manakala orang yang lemah ialah orang yang menurut hawa nafsunya tetapi berangan-angan untuk masuk ke Syurga."
NOTA:
Marilah kita gunakan kesempatan pada hari ini untuk mempertingkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. dengan mengerjakan segala perintah-Nya dengan penuh ketaatan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan hidup kita diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat .

WASSALAM. Allah hualam bissawab.... ..

..SOLAT ITU TIANG AGAMA...


bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..

SOLAT ITU TIANG AGAMA... DIRIKAN DI AWAL WAKTU

KITA MAMPU KATA KITA SOLAT..
KITA PERNAH KATA KITA SOLAT SEJAK BERUSIA 7 TAHUN
KITA PERNAH KATA KITA AKAN SOLAT WALAU DALAM MUSAFIR

TAPI.....
PERNAHKAH KITA TERFIKIR ADAKAH SOLAT KU KINI LEBIH KHUSYUK
DARI KALI PERTAMA KITA MENGERJAKAN SOLAT

ATAU
SAMA.... BAHKAN LEBIH TERUK DARI ITU...

TAKEN FROM http://imanku.blogdrive.com/

..SOLEHAH????

ari tu aku ada terbaca e-novel tajuk cinta sofea kat http://rnysa.blogdrive.com and cerita tu agak islamik terus membuat aku tertanya2 dlm diri..
dalam cerita tu hero(mukhriz) is alim type..not alim2 kucing this is the real alim..and he propose the girl(khadijah) in islamic way that make me feel so what to say ye..tapi yang pasti cerita tu betul2 wat aku tersenyum mlm tu..then ada kat salah satu babak cerita tu girl tu mcm mempersoalkn kenapa dia yang mukhriz pilih sedangkan bagi dia mukhriz is too god for her..bila aku bc bnda tu aku terasa dan persoalan di hati timbul..for me this girl is so much better than me and she got someone soleh propose her but still she feel a bit rendah diri and feel not sepadan with the hero..and timbul dlm hati aku "you are not a really solehah type like this girl but in your dream you still want a soleh boy to be your prince charming..don't you think it is not sepadan??"and at the same time i think about this phrase 'perempuan yang baik tercipta buat lelaki yang baik dan juga sebaliknya'that make me feel hard that night..hahha and make me laugh to myself..berangan je cik ain sabrina ni i said to myself..really feel inferior that night..then i do a list what to change to become solehah girl type..it is not really work bcoz the syndrom malas and tak sabar2 nak balik umah dah menghantui diri...hehehehe just want to think right now i want to do the best i can to be that solehah type and juz forget the berangan of dr and ir..fullstop..


-------------------------------------------------------------------------------
this is one of the pic i edit to be my pc screensaver to give me the spirit
i don't upload the to do list to be solehah as it is tooo secret hehhee

..I REALLY HATE IT...

ni luahan hatiku yang sakit hati kat sesorang tapi sekarang ni dah reda ckit..

i really hate it..
i really hate selfishness..
we are friends..
why do you have to be selfish to me..
i really hate it..

i really hate Hippocratic..
we are friend..
and because of that..
although i am very angry to you but still i'm smilling to you..
so it that's mean i'm hate myself..
i also don't know the answer..

i really hate liar..
you lie to me although we are friend..
i also lie to you by saying that i did not angry with you..
but the truth is i'm very angry to you..

what more to say...
past was past and tomorrow will come..
how many times i have to angry to you but still saying "i'm not angry"..
i'm tired with all this..
and my mind right now just thinking of my sweet home..
and felt like do not want to come back here anymore..

Friday, September 19, 2008

...ZIARAH PESAKIT 1...

sambungan ziarah pesakit ari tu..cara tajuk tu cam sambungan filem ja cam sambungan kl menjerit jadi kl menjerit 1..camtu la gayanya hehhehee

kan ari tu aku ngan yuni dah janji nak ziarah balik..so kami tunaikn janji kami ari ni..tadi ptg ada exam mcq utk blog cfcs pastu ada perjumpan ngan timbalan dekan jap..pastu baru kami menjejakkan kaki di hospital..sebelum g wad dia,kami berenti kat mall jap g beli ole2 ckit untk patient2 yang kami nak melawat..kami pun beli la kerepek ckit..

sampai la kat wad 4u wad ortopedik..jumpa la atiqah..masa sampai dia tgh bc novel cintakku marissa..cerita yang dah kurun lama dah hehheee..ada mak dia sekali..jadi kami pun beramah mesra..sembang banyak gak lebih2 ngan mak dia..mak dia duk mengadu pasal makanan hehhe aku dah agak dah..aku pun mula2 tak tahan asyik terkena and terbeli makanan manis je..yang rasa terkena sangat bila makanan yang sepatutnya sedap tanpa rasa manis berlebihan tiba2 dispoilkan dengan rasa manis..sayang tul..mak dia cam leh masuk ngan aku jah..ye la bila org utara jumpa orang utara banyak bicara nak dikongsi bersama..yang g skali melawat tadi yuni,dila nagn mira..tiga2 orang belah2 cni jadi takkan nak ngadu pasal makanan kat diorg lak..

atiqah dah start wat terapi..Ya ALLAH,memohon dipermudahkan untuk atiqah tu..rasa cam nak g melawat lagi jah..tengoklah gana nnti???(tengoklah camna nanti??)..minggu depan ada time free lagi sebelum balik raya sempat la kot g jengkuk lagi skali..ok lah aku nak g masuk beradu dulu la..mata dah berat sangat dah ni..wslm..

..PERKEMBANGAN TERBARU DIRIKU...

..aku sangat lah ngantuk sikalang...huhu bahasa dah tunggng langgang la..kalu skrang ni ambik exam bm msti hancus dah la bm spm pun tak dapat a..ish2 pa nak jd la ain..
sebnarnya aku baru habis buat kad good luck tuk student form 3 and form 5 tuk program msft yang akan datang that is this saturday..penat gak la..dah la aku tak brapa tere bab2 komputer it ni..mula2 nak wat guna microsoft publisher yang kononnya mudh sangat tapi remeh sangat ja last2 aku guna cara tradisional(takda la tradisional sgt) aku wat guna microsoft power point jah..siap pun keja aku akhirnya..biar pihak tertinggi lak wat keputusan ok ke tak kad yg aku wat tu..

esk aku kena g ppd(pejabat pendidikan daerah) memandangkan tuk program msft kali ni aku jadi ajk cenderahati..esk g ngan kak jazimah,aina and one more person yang tak brapa pasti lagi g ke tak is fatihah busuk!!!hehhe tak busuk juz busuk manja..jangan marah ye cik teha...g ngan keta aku..minyak dah nak abis esok kena topout la dulu dalam perjalanan g ppd..melayang lagi duit aku huhuhu kenaikan harga minyak betul2 terasa la walaupun dah sekian lama gak lebih2 utk student cam aku yg bergantung hidup pada duit biasiswa JPA..tp takpa esok punya perjalanan leh claim balik kat msft..

Wednesday, September 17, 2008

...ZIARAH PESAKIT...

sempena bulan ramdhan ni..kat cni ada program cam ziarah pesakit la..aku pun isi nama nak join..and my turn is yesterday(that is tadi..)

mula2 g wad 3s that is wad oncology and haematology..rupa-rupanya dah tukar jadual tp information tu tak samapai kat cik piqa..plan ditukar ke wad 4u..aku tak prasan lak wad pa yg pasti onkologi kot sbb ramai patient cancer kat ctu...

tugas km yg join ziarah pesakit ni juz bagi tupperware berisi kurma yang dah disediakan oleh ustazah yang bertugas kepada pesakit2 yg ada and juz ramah mesra..then,the 1st patient yg aku interview,yg aku beramah mesra la is nurul atiqah,14 years old girl(mcm soalan dlm pbl je bunyinye)..dia tersenyum je tgk kami ramai2 masuk wad..muka cam takut2 pn ada gak..hehehe takut nak kacau patient sbb mostly nmpak cam sakit sangat jah..cancer patient kan..ok berbalik pada girl yg sentiasa tersenyum ni..mula la sesi temuramah...dialog mungkin tak brapa betul aku juz tulis pa yg aku ingat je ye..

"sakit pa dik?"tanya cik ayuni
"cancer otot" jawab bdk tu
"oo cancer otak" yuni jawab
"asal mana?"yuni tanya lagi..
"asal kedah"budak tu jwb..
aku pun bla dengar kedah br banyak tanya hehehe bkan pa bla ore kelate ssh ckit nak kecek takut aku tak pehe dia goyat pa dia pun tak pehe aku goyat pa heheheh

rupa-rupanya budak tu budak sungai petani..rumah dia dkat ngan cs(centre square-the biggest shopping complex kat sp tu-i think so tak tau la btul ke tak fakta aku ni..)..tau sgt la tempat tu..tu tempat 1st date aku tu hehehe sejarah lama berulang kembali ni ceh nak jiwang karat la pulak aku ni..dah la malas nak ingat..lagipun mak su aku pn duk kat sp tu..bila difikirkan dah lama aku tak g sp..dulu stiap kali raya g ja sana sambil berangan nak jumpa si dia..ish memang cinta monyet tul la kisah dulu2 nih sekarang tiba2 ja dah hilang dr pandangan dah tak rasa pa2..dah2 td kata dah tak nak ingat..ain ingat ckit you have pledge that you don't want to couple anymore bcoz it is HARAM!!! REMEMBER THAT..REMINDER ON!!!

ok berbalik pada that girl..
pastu cam2 soalan la kuar..dari beramah mesra jadi cam ambik history taking tuk case report lak..tanya la camna dia tau dia ada penyakit..
dia cakap dulu dia selalu lenguh2 ja then tiba ada bengkak besar kat kaki dia tapi benda tu painless..but still bcoz of bengkak tu bsar mak dia yg concern bw g klinik then klinik suruh bw g hospital sp..then br tau the disease is muscle cancer..the dsebabkan takda pakar kat hospital sp so dia ditransfer ke husm..

selepas beramah mesra lama2 tiba2 yuni tanya satu soalan pelik..

"camna dari kanser otak boleh ke kaki lak??"
rupa-rupanya cik yuni ni silap faham..kan first2 budak tu cakap kanser otot yuni ingat kanser otak sbbnya orang kat cni(that's mean orang klate) panggil otak sbg otot..pelik tapi benar..hehehehe dialek kelate memng banyak mencabar ckit..banyak dah aku blaja..blh cari mak mertua org klate nih hehehe tak nak cr suami kelate nak cari mak mertua ja org kelate hehheeh boleh ke gitu hehehe dah la aku merepek..no heart feeling and don't take it serious ye...

one more time berbalik pada kes bdk tu,dia dah wat operation selasa minggu lepas(that's 9/9/08)..lepas operation dia tak leh jale lg duduk boleh la..cuba bayangkan dia sblm ni sihat ja juz ada lenguh ngan bengkak yang tak sakit tba2 di diagnose dapat muscle cancer..dah la budak lg..bdk f2..sayu ja tgk dia..dah la raya ni tak leh balik umah..huhu sedih aku kalu bab raya tak balik umah ni hehhee sekarang ni rasa tak sabar2 sangat nak balik umah..tu la da setangah cakap ke pepatah yang cakap tak pasti la,dia cakap orang chat bila g hospital boleh jadi tak sihat..cam kes budak ni mula2 leh jalan cam besa ja tba2 diagnose muscle cancer kna operation kesan operation tu takleh jalan pulak tak ke naya ja..walaupun cam betul ja kata2 dia atas but a medic student merangkap bakal doktor yang bertanggungjawab(chewah..) ni nak nasihat kalu ada sakit pergilah check kat klinik2 berhampiran insyALLAH kalu ada rezki kita leh prevent the disease from getting worse..insyALLAH..

masa duk tengah bersembang ngan dia lagi tu aku cakap nak g melawat dia lagi la..dia senyum ja sambil cakap mai la(maksudnya datang la dalam bhs utara)..dan aku berazam kat diri aku masa tu yang aku nak g melawat dia lagi pasni...INSYALLAH..

..ESK CUTI!!!!! ...

bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..

assalamualaikum...

esk cuti!!!!!!cuti nuzul quran...
so esk aku nak g jale2 ngan aini ngan kak syidah..shopping raya..hehehe
sebenarnya aku takda benda pn nak beli..saja nak berjalan jah..
ada la nak beli benda ckit cam novel(of course..that's the 1st thing appear in my mind hehehe),blouse ngan barang2 buah tangan tuk org2 kat umah..cam besa stiap kali balik umah msti aku bli something for each of my beloved family member..lebih2 tuk my only sister yang merajuk ari tu hehehe dia merajuk sbb aku tak blikan apa2 kat dia..gini ceritanya aritu sblm balik tuk cuti convex,on the day that my lovely hp missing huhuhu sedih...aku g pasar ct plan nak bli buah tangan sebelum balik..aku pn bli 4 kain pasang,one each for my mama,iya and farah(my cousin) and also for me..terlupa la nak beli apa2 tuk adik bongsu aku merangkap my only sister tu..merajuk la budak tu..jd for this blk umah terpaksa jugak la aku bli something kat dia..takda plan lg nak bli pe kat dia..hmmmm one more reminder esk nak blikan tdung tuk mak teh..awal2 dia dah pesan ari tu..esok sebelum g kena fon dia dulu la nak confirmkan warna n jenis tudung..reminder on!!!

Friday, September 12, 2008

ADDICTED TO MALAY NOVEL AGAIN????

meet again.. =)
aku tak tutup lagi laptop ni sejak the latest post td...hehehe
sakit kepala aku duk menatap laptop ni..(....dizzy....)mana tak sakitnya kepala dr pagi tadi aku duk membaca e-novel..sampai rasa dah tak larat dah and dah rasa nak termuntah hehehhe kalau la sifat ni boleh dipratikkan dalam studi,sejuk mama mengandung aku hehehehe

cam besa aku suka buka blog org lain,baca2 pa yg patut..then one of the blog yg aku baca tu ada tagkan e-novel..pa lagi aku pn try la bkak..benda ni berlaku ptg semalam sblm bkak posa..then tak sempat nak 'bermesra' lagi dgn semua e-novel tu tiba2 dah dgr bacaan al-quran dari surau that's mean azan dah nak masuk..so aku pn cepat2 tutup laptop kesayanganku ni..and bcoz of dah masyuk sgt ngan e-novel aku g surau dalam kelam kabut siap terlupa nak bw spek lg..cam buta jah rasa hehehe tercari-cari nak bkak posa ngan sapa pas solat tu,baik la jumpa yuni ngan wani masa ambik nasi so bkak posa ngan diorang la(that's wani,yuni,aina,cek su,kak ita,kak imah,kak oji,ida,ain syaf,ruby)..tak brapa puas la survey psl e-novel..then semalam balik2 ja dr solat terawih sblm g bilik aini aku pun bukak ternet balik and bcoz of that also aku terlambat g bilik aini,kul 11 br sampai and yg buat aku rasa bersalah diorang tggu aku sedangkan aku dah pesan suruh stat bincang dulu..and when i said "kenapa tak start dulu?" and they answered "takkan nak start dulu sblm mu mari" that's make me feel bersalah+terharu..huhu love u my friend..this show i really kna virus and dah masuk zone addicted to novel..really chronic disease..eh silap chronic bla disease tudah jangka pjg aku still baru so it still acute disease hehehe

back to kes addicted tu(ceh mcm bincang clinical case jah..hehehe) masa zaman sek menengah dulu aku memang dah addicted but masa form 5 that spm year aku cba kurangkan pembacaan aku(dalam kurang2 pun aku sempat baca novel 'kau sayangku' karya bikash nur idris and sempat fall in luv with its hero,akif zamani hehhee)then pas form 5 dah kurang..tah kenapa cam dah hilang minat sbb most cita lebih kurang jah..klise sgt..and one more bored thing is selalu sgt cita cam describe yang hero tu tersangat la hensem and perfect and the heroin is so beutiful and baik etc (mostly la kalu tak pun mesti ada salah satu sama ada hero yg ok or the heroin is ok)
benda tu cam dah lapuk..memang la normal manusia suka benda yang cantik+perfect but bilacita camtu it feel like not so reality..bukan kehidupan sebenar..memang la kehidupan novel takkan jadi kehidupan sebenar bcoz novel is too hiperbola to human live but still at least make the readers feel that the characteristic is not so imaginative cam terlalu menjauh ke langit,tak dapat dicapai gitulah..it juz my opinion..i'm not an important person to care hers opinion actually hehehe aku sedar diri..

and disbbkan beberapa lasan aku tu,aku mula meninggalkan hobiku tu..then kat matrik aku mula stat baca novel bi lak..the author yg aku bolehmasuk and faham tulisannya is judith mcnaught and jude deveraux..ada la sorang author mula ngan j gak aku tak brapa pasti ejaan dia..best la karya diorang but english story is western story so paham2 je la..not suitable for under 18..hehhe masa aku kat matrik dulu mana cukup 18 tahun pun lagi..

then,masuk u ni..satu hari tu aku g ambik soft copy best kat sorang kawan aku ni itah then aku terjumpa beberapa e-novel..ada cita RADHA,cita hlovate and banyak lagi la..aku mcm baca kadang2 ja bila ada masa ngan bila tensen and that make me fall in luv with malay novel again..so the conclussion is fall in love is dangerous!!! hehehe

...WEEKEND....

assalamualaikum..
at last weekends come..and its time for me to menconteng and merepek kat blog ni[blogging time]....
sebenarnya baru-baru ni aku berazam tak nak bukak ternet kcuali waktu weekend and juz bkak waktu weekdays bila kena cri jawapan tuk pbl or hve any other assignment..azam tu hanya menjadi bila berkait ngan blog jah..hehehe that's mean aku bkak ja laptop and ternet waktu weekdays tapi tak update blog la..ceh azam tak menjadi..kena kuatkan azam lagi ni cik kak oiii(i'm talking to myself hehehe)..

and sekarang ni dah abis subuh but still aku tak tido lagi..bukannya stay up dr semalam,aku tido semalam kat bilik aini sebab ada study group ngan aini n mira kat bilik aini,baru ja 3 nota kami bincang otak kami dah saturated hehehe serius tak sama cam 1st year dulu,dulu satu malam leh abiskan satu block(that is notanya mesti lebih dari 50 nota la at least) sekarang ni 3 nota jah huhuhu bcoz nota skrang dah nota klinikal that mostly done and teach by clinical doc yang mostly notanya tak lengkap and tak paham pun input yg doc tu nak sampaikan(ahhhh tensen tul)..so bcoz of that kami terpaksa la beberapa kali membelek buku,sampai 3 buku la km guna wat rujukan..dulu masa 1st year buku tu cam bersih ja(maksudnya tak brapa guna sgt la sbbnya "malas" hehehe nota lecturer dah best) skrang ni mau tak mau terpaksalah belek la and tak pernah2 aku bw buku tebal g kuliah start 2nd year ni aku terpaksa bw huhuhu tu pun tak brapa tebal(aku bw buku patho mama robin jah,baik tak beli yg papa pnya kalu tidak pengsan nak bw ish2 pemalas sungguh aku ni..) , that is obvious perbezaan my life during 1st and 2nd year,other than pbl and other sort of clinical things la..

berbalik pada kes tak tido..aku tak stay up..maksud aku juz ari ni pecah record aku tak tidor pas subuh..selalunya pas sahur semntara nak tggu subuh aku tak tidor la kadang2 ja kalu letih aku tido kejap sementara nak tggu subuh and after subuh memang aku tido..juz today pecah record hehehe buruk tul kan perangai tido pas subuh..aku dah try nak stay bangun pas subuh tapi tak pnh berjaya except for this day bcoz of ternet kalu studi dah lama dah aku lentok rasanya hehehe..

i'm addicted to novel back..and bkak ternet pun semua bukak e-novel hehehe dasyat penangan novel hlovate kat aku hehehe nantilah aku cita ckit pasal novel hlovate..percaya la best gilak la karya2 dia..and bcoz of this e-novel aku berjaya berjaga pas subuh,,hehehe caya la..

And other than that,bout this weekend..today i'm free tapi kul 10 cmtu aku ada sambungan study group ngan kak aini ngan kak mira (kak??? msti gram je bebudak tu kalu diorg bc hehehe ok la bcoz i'm the youngest in the 2nd year batch for malay student la,if overall 2nd year batch i'm the second last youngest sbb ada lagi sorang budak chinnese muda dr aku..ish kacau line tul budak tu hehehehe) and esk ada meeting msft(meeting again????) pasal program motivasi tuk bdk2 form 5 n 3 and one more time i bcome a fasi again(rasanya ada gen fasi ke dlm DNA aku ni asyik2 fasi..but this exposure is good for me to bcome a good doctor insyALLAH)..


-------------------------------------------------------------------------------
I LOVE MY LAPTOP HEHE

Tuesday, September 9, 2008

...DOA RAMADHAN..

bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..

Doa Ramadan
Hari Pertama
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga
“Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.”

Hari Keempat
“Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”

Hari Kelima
“Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya’(orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisiMu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih.”

Hari Keenam
“Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuanMu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.”

Hari Ketujuh
“Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.”

Hari Kelapan
“Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.”

Hari Kesembilan
“Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu.”

Hari Kesepuluh
“Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.”

Hari Kesebelas
“Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.”

Hari Kedua Belas
“Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.”

Hari Ketiga Belas
“Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin.”

Hari Keempat Belas
“Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin.”

Hari Kelima Belas
“Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.”

Hari Keenam Belas
“Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.”

Hari Ketujuh Belas
“Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.”

Hari Kelapan Belas
“Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.”

Hari Kesembilan Belas
“Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.”

Hari Kedua Puluh
“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.”

Hari Kedua Puluh Satu
“Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.”

Hari Kedua Puluh Dua
“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”

Hari Kedua Puluh Tiga
“Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.”

Hari Kedua Puluh Empat
“Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.”

Hari Kedua Puluh Lima
“Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya’ Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.”

Hari Kedua Puluh Enam
“Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.”

Hari Kedua Puluh Tujuh
“Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.”

Hari Kedua Puluh Lapan
“Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.”

Hari Kedua Puluh Sembilan
“Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.”

Hari Ketiga Puluh
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

credit : http://www1.bharian.com.my/Misc/RamadanAlMubarak/Puasa/doa_html

Saturday, September 6, 2008

..KELEBIHAN SOLAT TERAWIH...

bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Thursday, September 4, 2008

..MY STORY IN RAMADHAN.....

Cita pasal bulan ramadhan mesti terlintas gak kat fikiran 2 bnda spesel yang termasuk dalam aktiviti harian kita selain dri posa adalah sahur ngan solat terawih..

Bagi diriku ini, dalam bulan posa ni aku paling suka waktu sahur..sahur kat umah la kalu kat hostel kesronokan tu ada tapi tak brapa best..sebab pa aku suka..sebab aku rasa I have done something that is aku dah korbankan waktu tido aku smata-mata tuk sahur..i have done something good,right??tu satu hal..lagi satu kalu kat umah lagi best sbb aku bgn sekali ngan mama tlg2 pa yg patut masa tu abah ngan adik2 tak bgn lagi so umah tu sunyi sesangat hanya ada bunyi serangga,bunyi aku ngan ma memasak..entah kenapa aku suka sangat waktu tu..aku rasa cam lebih dekat denganNYA waktu tu and at the same time rasa lagi rapat ngan ma..sebab masa tu hanya ada ma ngan aku..aku lebih boleh bersembang hati ke hati without anyone(abah or my sis or my bro) to disturb us especially without my only sis yang selalu je nak menyibuk bila aku nak bersembang ngan mama..hehe aku suka sangat that private time of me ngan mama..one more thing keadaan sunyi ngan sejuk pagi tu memang best sesangat…kalu kat umah or kat kampung pas sahur semntara nak tggu masuk subuh kadang2 aku ngan adik2 or my cousin sesaja je lepak kat luar umah sembang pa2 yg patut..saja membuang masa menikmati keadaan pagi yang indah tu hehehe tapi syang tahun lepas aku tak sempat bersahur kat umah pun..balik png sehari sebelum raya aku hanya sempat sekali berbuka posa je ngan diorang…takpa2 tahun ni boleh tebus balik time tu hehehe tapi best gak balik lewat sebnarnya sbb aku rasa kepulanganku dinanti-nanti je hehehe dlm bas masa perjalanan nak balik ari tu semua pakat msg tanya kat mana la mcm2 lagi la cam tak sabar je nak tggu aku balik hehehe memang tak sabar agaknya..

One more best thing in ramadhan is tme berbuka hehehe sapa yang tak suka kan..time ni kat mana tempat pun suka jah..hehehe kalu kat umah memang la best..masa kecik2 dulu lepas balik dr mengaji trus g bazaar ramadhan..aku jarang meminta sangat sbb aku ngan adik2 jenis yang tak berapa suka makanan lain selain dari yang mama masak so selalunya kami beli kuih ngan air sesikit je.. selalunya beli air tebu la..air kelapa selalunya ambik dari pokok kelapa kat umah..air tu slalunya mesti 2 jenis la..lagi satu berbuka ngan bubur..waktu bulan posa masjid tempat aku mengaji that is masjid at-taqwa ada edarkan bubur..aku pn nanti bawa bekas g ambik bubur bawa balik umah..bubur tu memang sedap tak tahu ada lagi ke tak sekarang ni sbb aku dah pindah rumah pn..rindunya kat umah lama ngan kawasan2 dekat 2..teringat kat padang permainan yg best,masjid tempat aku mengaji,sekolah yang enjoy je takda tensen2 cam medical school ni,kedai yg aku slalu g beli aiskrim ngan adik aku mcm2 lagi la kalu cita sampai esok pun tak abis..hehehe sambung cita pasal bebuka kalu kat hostel sekolah AIGS tu cam besa makan kat dewan makan beratur reramai bukak posa reramai tu yang mahal tu..buka posa reramai ca,m best je..tapi dah 5 tahun kat ctu lama bosan gak ngan menu yang sama je sepanjang 5 tahun tu..tp still itu adalah kenangan terindah for me..lepas tu matrik,bukak posa kat matrik best ckit la sbb kita pilih lauk sendiri kan and of course bayar pn sendiri la heheh bukak posa dalam bilk jah dengan rmate2 ku tersyang..ada kadang2 bukak posa kat dewan kmpp sponsor hehehe ada 1 hari g bukak posa at hotel ngan budak2 praktikum..tu pun best..and kehidupan kat matrik added one more kenangan terindah for me..sekarang ni kat usm lak..hari ahad-khamis bukak posa kat surau..makan free hehehe masuk je azan minum air ngan kurma je dulu pastu solat maghrib baru berbukak..kat cni bulan ramadhan lebih terasa islamiknya,lebih terasa keikhlasannya mungkin sbb tempat satu hal and one more thing I think is aku pn dah besar panjang dah mula mencari keberkatanNYA compared ngan dulu..and I more likely to be a better person,insyALLAH..

That’s coleteh ‘doktor’ ain Sabrina for today..mlm ni aku nak berceloteh pasal terawih lak hehehehe ok selamat berbuka wslm..

..A TRUE STORY IN RAMADHAN..

bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..

My first Ramadhan

Bismillah..
The First Unforgettable Experience...
It was around the last days of Sha`ban (the eighth month of the Hijri calendar), and I was speaking with my Muslim friends about Ramadan and fasting. I had already read of the importance and benefits of fasting, and I really wanted to live this experience.
I was very anxious, though. I kept thinking that it might be difficult for me to abstain from food and water during the daytime for a whole month! My best friend gave me advice on how to fast and be able to make it for the whole day.

Then Ramadan arrived! I remember myself waking up very early to eat my sahur (the meal before fasting). I remembered my friend's advice to drink much water. I ate and then I performed the Fajr Prayer. It felt different from the other times. It was something I can't explain, I was actually really living the prayer, it just felt great!

Later that day I went to the university. I was anxious that if I saw the other students eating or drinking water, it would make me thirsty and hungry. Anyway, I felt confident and went on. During that day I didn't really feel very hungry or thirsty, al-hamdu lillah. It wasn't as hard as I first thought it would be. I actually felt better and I felt my stomach clean.

During the next days along with my medical studies, I studied a lot about Islam. I was reading the Qur'an and Hadith, I was talking with my friends. It was a great opportunity to widen my knowledge of Islam.

My mother was not very pleased with my fasting and she kept telling me that I would not make it and that it would harm me. Al-hamdu lillah, she was wrong! I had a problem with my stomach before Ramadan and it was cured just because of my fasting!

Another good opportunity the holy month gave me was that I met more Muslims in my community. I met many students I hadn't known of before, and they were really pleased to welcome me as a new Muslim in their company. We had iftar (meal to break the fast) together some days and we spoke on a variety of things. How great it was!

When Ramadan was slowly coming to its end, I actually got used to fasting and it was something I knew I would miss later. The last night before `Eid, I was feeling a different person — a better person.

I woke up very early next day and went to the mosque for the `Eid Prayer. It was more crowded than I had ever seen it before, and I realized that Muslims in my
community aren't as few as I first thought. The prayer finished and I went with my
friends to eat breakfast in the university cafeteria. How strange it seemed to me to eat at that time!

I missed that period until now that Ramadan has begun once again. This is my second Ramadan and it is so the same and yet so different from my previous one! The first Ramadan is really an experience never forgotten!

Source:http://www.islamonline.net/servlet/Satellite

..FADHILAT RAMADHAN..


Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Tuesday, September 2, 2008

...HAPPY RAMADHAN...


bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..

ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails