persoalan di hati tadi dah terjawab..hehehe
persoalan di hati????cam misteri je bunyinya...
kan tadi aku ragu-ragu nak g ke tak konsert nasyid in-team ngan amar tu..
last2 keputusannya adalah tak g..hehehe
fikir punyala panjang..
last2 tak g jugak..
tadi ada terfikir cam nak g sampai pesan kat mira suruh dia ketuk pintu bilik aku dulu sebelum dia g konsert..
alih2 kecewa je mira bila aku bagitau aku malas nak g..hehehe
mula2 memang nak g dah..tp alih2 dapat cd ayat2 cinta dari ain dental..\
apa lagi aku layan je la cita tu..
dah lama aku tunggu nak tgk cta tu..
memang aku tahu lama dah ain ada cita tu tapi bila dapat tahu cita tu takda transalate bahasa indon ke bahasa kita aku jadi malas nak pinjam..takut aku tak paham..tapi akhirnya aku pinjam gak..mana lak nak tggu cita yang ada translate lak..
about movie ayat2 cinta ni..at first aku risau sesangat aku tak paham tp bila tengok ok ja..
kira lulus la bahasa indon aku..hehehe
my coment for this story "em,boleh tahan lah."
aku dah baca novel dia so a bit dissapointed la sbb macam ada ubah ckit la..
dah tak brapa islamik..
ye la memang takkan seperfect dalam novel kan..
memang sebelum aku tengok cita ni pun dah banyak komen aku dengar dari sahabat2 aku..
mostly said mcm aku "boleh tahan la"..
dalam boleh tahan pun,habislah jugak tisu aku..apa lagi menangis la..
huhu aku memang seorang yang amat sensitif dan amat senang sesangat nak menangis bila tengok cita2 camni,kadang2 scene yang bagi orang lain tak sedih pun aku dah menangis cam scene tu sesangat la sedih..itula komen kekawan aku dan aku mengiakan..memang betul pun..aku yang terlebih emo heheheh
scene dalam cita ni memang sedih pun..seriously aku rasa orang lain yang tengok pun mesti sedih...
kalu nak aku describe scene yang buat aku nangis banyak sebenarnya..ye la aku kan emo hehehe so aku akan cita scene yang bagi aku paling sedih..scene 1st adalah scene waktu watak utama,Fahri masuk penjara..sebab dia masuk penjara disebabkan fitnah yang sungguh sangat2 menyeksakan..memang patutlah la dosa fitnah itu lebih besar daripada membunuh..kalu difikirkan secara logik la kan..orang yang menfitnah lebih teruk dan hina jika kita nak compare ngan orang yang membunuh..napa aku cakap camtu???cuba kita fikirkan ye..orang yang menfitnah akan menyebabkan hidup orang yang difitnah tu menderita sepanjang hidupnya cam dalam erti kata lain menghancurkan seluruh hidup orang yang difitnah itu..contohnya dalam kes fahri ni dia dituduh merogol katakan ditakdirkan dia dijatuhkan hukuman tak ke hidup dia teraniaya begitu saja..tak cukup ngan tu kehidupan orang lain yang berdekatan dengan dia akan juga terima effectnya iaitu aib yang mungkin akan diinggat orang sehingga genarasi ketujuhnya pun..betapa teruknya effect fitnah ni jika compare ngan bunuh..kalau bunuh,orang yang dibunuh mati terus dan orang di sekelilingnya dianggap kasihan dan lebih dihormati jika dicomparekan dgn sedara orang yang difitnah..fikir dan renungkanlah..
scene yang lagi satu masa isteri fahri,aisya suruh fahri kahwin dengan maria..scene ni lah yang paling sedih..aku perempuan aku paham perasaan perempuan..isteri mana yang sanggup diduakan..isteri mana yang sanggup dimadukan..aku secara jujur cakap aku tak sanggup..ahh fikir panjang nampak..calon suami pun takda lagi hehehe
bukan aku boikot poligami ke apa..aku tahu poligami memang ada hikmahnya namun peritnya hanya perempuan yang tahu..
lagi scene yang sedih adalah scene cemburu seorang isteri..waktu fahri rapat dengan maria lalu si aisya cemburu..isteri mana tak cemburu lagipun cemburu tu kan tanda sayang..memang masa scene tu mengalirlah air mata aku ni..really touching..
movie ayat2 cinta ni banyak gak diubahnya..aku tak puasa ati scene malam pertama tu..patutnya tunjukkan cara yang dituntut islam masa malam pertama baru orang lain yang bukan islam nampak kelebihan islam..bukan tunjuk scene 18sx tu..maksud aku dalam islam kan ada urutan yang betul..pasangan yang baru berkahwin solat berjemaah bersama dulu then ada la beberapa urutan lagi yang memang ada diceritakan dalam novel ayat2 cinta tu..
one more thing..movie tu cam tunjuk fahri ngan aisya tu cam selalu bergaduh..setahu aku dalam novel tu diorang punya la romantik..movie tu cam nak tunjuk cam salah je cara islam yang menggalakkan hanya taaruf dan lepas tu trus kawin..tu pendapat aku la..sebab cam nak tunjuk perkahwinan diorang tak berapa menjadi sebab diorang ada bertengkar..sedangkan cara isam memang betul,islam cara hidupku..
one more last thing dalam novel tu lepas fahri ngan maria kawin,tak brapa lama pastu maria meninggal kan.. tak sempat pun rasa cemburu antara aisya dan maria timbul..
tapi scene diorang tu ditambah aku rasa takda masalah kira ok ja..hanya scene tu memang sedih huhuhu..
pa2 pn novel ayat2 cinta memang best..pada yang tak baca try la baca..for sure best...
-------------------------------------------------------------------------------------
THE BEST NOVEL EVER...............
Two months to go lub dub lub dub
5 years ago
0 pengomen:
Post a Comment