Thursday, July 31, 2008

KATA-KATA DR. FADHILAH KAMSAH...

bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..

Tadi aku bukak frenster jap..dah lama tak bukak..pastu ada orang antar msg pasal kata2 dr fadzillah kamsah..cam intresting so aku pamerkan kat sini..hopefully ada la sedikit sebanyak ilmu kita dapat dari dr fadilah kamsah..insyALLAH..

Assalammualaikum......
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan
belen-belen(sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum
pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya
seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu .

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still
berjalan .either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen
makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh
adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak .so satu
hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak .

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu
sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati
anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui
kesannya ....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas
tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam
membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun
kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya
..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami
semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan
selamat balik ..dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka-mereka ini akan
Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah
dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari
sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian
berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga
amalkan sampai sekarang ...

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah
maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling
paling berkesan sekali ...tak caya try buat ...solat jamaah dengan
anak-anak tiap kali maghrib ... dapat semua waktu lagi baik ...sangat
besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya...dan jugak kesan solat
jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar
akhirat, dunia akan mengejar kita".
Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah
terlalu hampir ke penghujungnya,terlalu! So,it's good if we can remind
each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention
that all those who listen to him (on shall pass on his words to
others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses.
Do impart this knowledge; you'll lose nothing.
Wallahu A'lam...

Wednesday, July 30, 2008

DUIT HILANG!!!!!!

ari ni cam besa ada kuliah and kuliah and kuliah...
emmm nama pn pelajar so kuliah is our 'favourite' activity..
and what make this day different from other day is...
there is bad news been tell today at dk...
what is it???????????????
ada la seorang insan ni..
dia telah kehilangan rm5,000..
cuba bayangkan rm5,000,aku yang hilang rm50 pun dah nak rasa nak nangis sesangat tambahlah insan ni..
insan ni hilang beg duit dia yang ada macam2 dalam tu and the most important thing dalam tu ada kad bank and ic..
dia terlambat sedar yang beg duit dia hilang and bila dia dah sedar and nak block kad bank dia..dah terlambat..bila dicheck dalam bank dia tggal rm50 ja..
cuba bayangkan..dah la duit biasiswa baru masuk..sapalah 'pencuri' tu..
yang peliknya pencuri tu berjaya jugak cucuk duit tu maksudnya pencuri tu tahu pinkod tu or dia memang terer bab teka2 ni..
tapi ada ura2 cakap tadi yang insan tu guna no ic or tarikh lahir utk pinkod so dapatla pencuri tu juz ambil info2 tu dr ic yang ada kat beg duit dia..ish2..
teruk tul..pengajarannya jangan la letak no ic or tarikh lahir utk pinkod bank sbb orang dapat detect sng sesangat..memang banyak kes cucuk duit haram ni berjaya sbb no pinkod pemilik asal kad bank tu senang sesangat..so berjaga-jagalah orang di luar sana..
baru minggu lepas ada kes mencuri yang lgi melampau-lampau sbb dengan beg2 sekali pencuri tu curi..banyak beg lak tui jd mangsa..kes curi tu kat psk..aku ingat kat psk jah ada kes gitu(sori la ye cam memburukkan bdk psk lak)tetiba budak2 dekat aku jah yang kena curi lak..
dulu usm ni harmoni jah..napa aku cakap camtu sbb sebelum ni aku nak tggal beg duit ngan hp aku kat beg kat dk aku tak risau pn sbb aku caya takda orang2 dalam dk aku yang akn mencuri..skrang ni takda la tak caya tapi kena berjaga-jaga ckit la...prevention is better than cure,right????

Friday, July 25, 2008

...AYAT-AYAT CINTA THE MOVIE...

persoalan di hati tadi dah terjawab..hehehe
persoalan di hati????cam misteri je bunyinya...
kan tadi aku ragu-ragu nak g ke tak konsert nasyid in-team ngan amar tu..
last2 keputusannya adalah tak g..hehehe
fikir punyala panjang..
last2 tak g jugak..
tadi ada terfikir cam nak g sampai pesan kat mira suruh dia ketuk pintu bilik aku dulu sebelum dia g konsert..
alih2 kecewa je mira bila aku bagitau aku malas nak g..hehehe
mula2 memang nak g dah..tp alih2 dapat cd ayat2 cinta dari ain dental..\
apa lagi aku layan je la cita tu..
dah lama aku tunggu nak tgk cta tu..
memang aku tahu lama dah ain ada cita tu tapi bila dapat tahu cita tu takda transalate bahasa indon ke bahasa kita aku jadi malas nak pinjam..takut aku tak paham..tapi akhirnya aku pinjam gak..mana lak nak tggu cita yang ada translate lak..

about movie ayat2 cinta ni..at first aku risau sesangat aku tak paham tp bila tengok ok ja..
kira lulus la bahasa indon aku..hehehe
my coment for this story "em,boleh tahan lah."
aku dah baca novel dia so a bit dissapointed la sbb macam ada ubah ckit la..
dah tak brapa islamik..
ye la memang takkan seperfect dalam novel kan..
memang sebelum aku tengok cita ni pun dah banyak komen aku dengar dari sahabat2 aku..
mostly said mcm aku "boleh tahan la"..
dalam boleh tahan pun,habislah jugak tisu aku..apa lagi menangis la..
huhu aku memang seorang yang amat sensitif dan amat senang sesangat nak menangis bila tengok cita2 camni,kadang2 scene yang bagi orang lain tak sedih pun aku dah menangis cam scene tu sesangat la sedih..itula komen kekawan aku dan aku mengiakan..memang betul pun..aku yang terlebih emo heheheh
scene dalam cita ni memang sedih pun..seriously aku rasa orang lain yang tengok pun mesti sedih...
kalu nak aku describe scene yang buat aku nangis banyak sebenarnya..ye la aku kan emo hehehe so aku akan cita scene yang bagi aku paling sedih..scene 1st adalah scene waktu watak utama,Fahri masuk penjara..sebab dia masuk penjara disebabkan fitnah yang sungguh sangat2 menyeksakan..memang patutlah la dosa fitnah itu lebih besar daripada membunuh..kalu difikirkan secara logik la kan..orang yang menfitnah lebih teruk dan hina jika kita nak compare ngan orang yang membunuh..napa aku cakap camtu???cuba kita fikirkan ye..orang yang menfitnah akan menyebabkan hidup orang yang difitnah tu menderita sepanjang hidupnya cam dalam erti kata lain menghancurkan seluruh hidup orang yang difitnah itu..contohnya dalam kes fahri ni dia dituduh merogol katakan ditakdirkan dia dijatuhkan hukuman tak ke hidup dia teraniaya begitu saja..tak cukup ngan tu kehidupan orang lain yang berdekatan dengan dia akan juga terima effectnya iaitu aib yang mungkin akan diinggat orang sehingga genarasi ketujuhnya pun..betapa teruknya effect fitnah ni jika compare ngan bunuh..kalau bunuh,orang yang dibunuh mati terus dan orang di sekelilingnya dianggap kasihan dan lebih dihormati jika dicomparekan dgn sedara orang yang difitnah..fikir dan renungkanlah..
scene yang lagi satu masa isteri fahri,aisya suruh fahri kahwin dengan maria..scene ni lah yang paling sedih..aku perempuan aku paham perasaan perempuan..isteri mana yang sanggup diduakan..isteri mana yang sanggup dimadukan..aku secara jujur cakap aku tak sanggup..ahh fikir panjang nampak..calon suami pun takda lagi hehehe
bukan aku boikot poligami ke apa..aku tahu poligami memang ada hikmahnya namun peritnya hanya perempuan yang tahu..
lagi scene yang sedih adalah scene cemburu seorang isteri..waktu fahri rapat dengan maria lalu si aisya cemburu..isteri mana tak cemburu lagipun cemburu tu kan tanda sayang..memang masa scene tu mengalirlah air mata aku ni..really touching..
movie ayat2 cinta ni banyak gak diubahnya..aku tak puasa ati scene malam pertama tu..patutnya tunjukkan cara yang dituntut islam masa malam pertama baru orang lain yang bukan islam nampak kelebihan islam..bukan tunjuk scene 18sx tu..maksud aku dalam islam kan ada urutan yang betul..pasangan yang baru berkahwin solat berjemaah bersama dulu then ada la beberapa urutan lagi yang memang ada diceritakan dalam novel ayat2 cinta tu..
one more thing..movie tu cam tunjuk fahri ngan aisya tu cam selalu bergaduh..setahu aku dalam novel tu diorang punya la romantik..movie tu cam nak tunjuk cam salah je cara islam yang menggalakkan hanya taaruf dan lepas tu trus kawin..tu pendapat aku la..sebab cam nak tunjuk perkahwinan diorang tak berapa menjadi sebab diorang ada bertengkar..sedangkan cara isam memang betul,islam cara hidupku..
one more last thing dalam novel tu lepas fahri ngan maria kawin,tak brapa lama pastu maria meninggal kan.. tak sempat pun rasa cemburu antara aisya dan maria timbul..
tapi scene diorang tu ditambah aku rasa takda masalah kira ok ja..hanya scene tu memang sedih huhuhu..
pa2 pn novel ayat2 cinta memang best..pada yang tak baca try la baca..for sure best...

-------------------------------------------------------------------------------------
THE BEST NOVEL EVER...............

SIBUK!!!!!

assalamualaikum...
bersua kembali..at last aku bkak jgk blog aku yang sudah hampir dilupakan ini..
betul la senior-senior cakap 2nd year is the most busy year..
memang betul pun..
macam2 hal..
dengan convexnye,HTD(HARI TEBUKA DESA) lagi,elektif,assingment tuk hubungan etnik lg,big sib,MSFT(MEDICAL STUDENT FASILITATOR TEAM) la..mcm2 ada la..
ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh...tensen.....
tu yang luar akademik..
yang akademiknya pulak..cam besa la nota bertimbun-timbun nak baca..
tu baru 3 mggu..tak sampai 1 bulan pun lagi...ish2..
aku rasa la kan diorang sgaja nak busykan bebudak 2nd year sbb 2nd year takda ujian besar kan..tak nak bagi kami rasa honeymoon year agaknya..kalu betul tu tujuannya mmg berjaya la..aku memang tak sempat nak rasa honeymoon pn..

ari ni kononnya aku nak studi..
habiskan nota yang bertimbun-timbun tu..
memangla studi tapi tak abis2 lagi nota2 tu...
ahhh..pening esok dah la nak kuar jejalan lagi..
sejak ada keta ni rajin betul aku berjalan-jaln..hehehe
baik la konsert nasyid malam ni aku tak g..
sebenarnya teringin gak nak g..konsert nasyid in-team ngan amar tu..
tapi tah la..hati rasa tak sedap nak g..hati aku masih rasa berbelah bahagi nak g ke tak..kalau aku nak g bleh je aku mtak tiket percuma aina kat nana hehehe dah la tiket percuma,,hehehe camne ye nak g ke tak..kalu tak g aku leh studi kalu g banyak la lg nota2 aku tertangguh..so,aku patut g atau tidak??????????biarlah masa menetukan aku g ke tak....hehehe

Saturday, July 12, 2008

PESTA 100 JENIS NASI...

Pernah dgr ke tak pesta ni???orang2 kelate mungkin pernah dengar la kot..aku pun 1st time tahu pasal pesta ni and 1st time menjejakkan kaki kat pesta tu tadi..pesta tu bertempat dekat satu kawasan lapang berhampiran dengan stadium kb..haa malam ni ada perlawanan bola kelate vs ganu kat ctu..ok berbalik pada cita pesta tadi..

Pesta tu menyajikan 100 jenis nasi..aku pun tak pasti cukup ke tak 100 jenis nasi disajikan sebab aku pergi tadi dah lewat petang,bertolak dari usm lebih kurang kul 4, jadi kebanyakkan nasi dah nak abis..rancangnya nak g pas zuhur je tadi tapi memandangkan roomate2 ku pegi join program motivasi anjuran pusat islam tu (aku je tak g alasannya malas hehehe) program tu pun abis kul 3.30 jadi lewat la kami bertolak..yang g roomate2 ku,aina ngan cek sue,wani pun join skali..

Best la gak g sana..banyak makanan rupanya aku baru tahu kewujudannya lebih2 lagi kuih..aku tak tahu lak ada kuih nama kuih cek mek molek hehehe sama ada kuih tu memang tak terkenal ataupun aku ni yang ketinggalan zaman hehehehe lagi macam2 kuih pelik2 aku kenal kat sana dan boleh dikatakan semuanya manis sekali..tak sanggup aku nak makan..ada kuih jala emas(buat dari telur ngan gula-information dari roomateku cik sue,kalu dia silap aku pn silap la hehehe tapi memang rasa telur pn and sangat2 manis dan berlemak),ada sagu,ada karipap,ada satu kuih ni lagi pelik namanya kuih puteri mandi hehehe kuih tu lagi la manis..pa lagi ya..banyak sebenarnya kuih pelik yang aku jumpa tadi tapi aku tak ingat nama dia..

Lagi pasal nasi, ada macam jenis nasi goreng aku jumpa..ada nasi goreng sawadekap la hehehe tu pasal nasi goring..ada nasi beriana,nasi arab,nasi urdu,nasi kerabu,nasi dagang,nasi tumpang(nasi dibalut buat bentuk kon-tah camna tah),nasi kelonsong(tak brapa past la ejaan dia),nasi kromok(nasi dari siam..ni nasi yang aku beli,sedap…)
Yang lain semua beli nasi kosong ngan lauk phat phet(lauk dari siam) kat pesta ni banyak jenis makanan kebanyakkannya dari kelate ngan siam la..


----------------------------------------------------------------------------------
GAMBAR SALAH SATU NASI KAT SANA..AKU TAK INGAT LA NAMA NASI NI..

Kat pesta tu ada gak pertandingan dam haji ngan catur..ramai gak warga tua join..bagus la pesta ni..mengajar banyak makanan tradisional kepada diri aku and merapatkan silaturrahim..and masa kat pesta tu ramai pelancong kiranya menarik pelancong gak la..
Balik dari pesta tu g bilal jap..beli barang2 keperluan ckit..lepas tu balik usm gak akhirnya..

Friday, July 11, 2008

I AM 2ND YEAR STUDENT...

Now I am at 2nd year…dulu masa 1st year rasa tak sabar2 je nak abis exam final and nak cepat2 masuk 2nd year..tapi bila dah masuk rasa cam tak caya pun ada gak..dan yang lebih penting 2nd year tak da lah seindah yang disangka..masa 1st year rasa tak sesabar nak masuk 2nd year sebabnya kononnya masa 2nd year relax ckit sebab takda ujian final..macam honeymoon year la kononny…takda maknanya..

Cam ada seorang doctor ni cakap bila dah ‘terjerumus’ dalam kos medic ni dah tak patut dah wujud istilah nak relax or malas..cam kejam je kan bunyi nye kan..tp tu la kenyataanya..hmm..

Walaupun 2nd year ni takda ujian besar cam final tapi this year I think I will be very very busy..tak cukup dengan akademik yang of course kelas dari pagi sampai petang,ada kerja luar sekali..tahun ni ada koko,elektif,cfcs,convex,htd,mpi…mcm2 lg la..aku rasa sengaja ja school wat cam tu supaya kami bebudak 2nd year ni tak terasa honeymoon or terleka sangat..mungkin la tu pendapat aku ja..
For koko or in other word kokurikulum aku masuk ‘big sib’..so,what is this big sib all about????big sib ni adalah aktiviti koko yang melibatkan bebudak 1st year..dimana kami akan adakan beberapa aktiviti for bebudak 1st year setiap ari rabu ptg..aku memang nak sangat masuk big sib ni sebab aku kan suka benda2 camni and one more thing aku tak nak masuk kawat yang memboringkan tu hehehe..akhir bulan 8 ni kami adakan program camping tuk bebudak 1st year and becoz of that aku takleh nak balik umah..baru plan ngan aina ari tu nak balik hujung bulan 8 sebab dijangkakan 1 september ni dah stat puasa,nak stat puasa kat umah la kononnya tapi sayang sekali kerana big sib aku terpaksa korbankan waktu balik aku..anyway aku rasa camping tu best je..hopefully best la..

And one more thing yang aku risau sejak cuti ari tu lagi adalah pasal hal convex…hmmm..aku tak habis baca lagi artikel2 tu..mana nak sempat baca duk merelax je kononnya takda semangat nak studi lagi la..apa la nak jadi ngan aku ni..dah la nota kuliah pun tak abis baca lagi ahhhhh penyakit malas disebabkan cuti panjang tak dapat disembuhkan lagi heheheari selasa ni dah la en. Hazwan merangkap ketua convex aku tu nak kami present penyakit2 tu..ahhh nazak la..

For elektif,kami kena buat research pasal health issue kat mana2 la tempat yang kami nak pergi..aku satu kump ngan aina,aida,asiah ngan hajrah..but kami takda rancangan lagi nak pergi mana..ni la lagi satu perkara merunsingkan aku…

For cfcs(aku tak ingat la cfcs tu stand utk pa) pulak kami kena masuk kampung..macam program anak angkat la..tu menakutkan jugak la..hmmm nak wat camna g je la tapi aku dapat rasakan mesti best je..lagipun kita kena fikir positif kan…

Untuk htd(hari terbuka desa),mula2 aku pohon nak masuk pameran htd tapi tak dapat sebab aku dah join convex..last2 aku masuk exco jamuan jah sekali ngan asma..kenapa exco jamuan???sebab exco tu je yang sesuai ngan aku..aku kan kuat makan hehehe lagipun aku cam boleh masuk je ngan asma..

Pasal akademik benda yang menakutkan adalah PBL…PBL stand for ‘PROBLEM BASED LEARNING’..kononnya PBL ni dicetuskan oleh usm kemudian baru la beberapa medical school kat dalam negara kita ni ikut cara PBL..usm always be the pencetus maklumlah moto usm pun ‘kami memimpin’..ceh bangga jap ngan usm aku ni..anyway back to PBL..bagi aku PBL ni agak menakutkan la..memang la bagus sebab nak melatih kita bercakap dengan berbincang masalah yang diberikan tapi masa 1st masuk PBL terkezut jugak la..dah la tak tahu pasal pa2 kat trigger yang diberikan jadi aku tak berapa boleh participate la..hopefully PBL seterusnya akan berjalan dengan lancar..

That’s all for today..miggu depan lak la..hujung mggu ja aku boleh bukak ternet ni..

Saturday, July 5, 2008

BACK TO USM...

Hah!!! Penat betul ari ni..penat pungah barang2 dari stor masuk bilik..banyak lak tu..and yg penting berat.. sampaikan satu kotak tu sapa2 pun tk larat nak angkat..mmg diakui berat..masa ari tu bawa turun dari bilik g bilik stor pn punyalah susah..baik la masa tu sahabatku cik ain dental tu tolong..tu pun punya la naya sampai roda kotak tu terkeluar..hahaha..teruk tul..nak membuktikan betapa beratnya kotak tu..mana tak berat kotak tu dipenuhi nota2 yang banyak sesangat tu..last2 tadi mama bagi cadangan bawa keluar beberapa buku baru leh angkat kotak tu..tu pun kotak tu diangkat berdua,aku ngan abah yang angkat..memang sakit pinggang la td..penat punya penat lebih kurang pukul 4 ptg td baru la aku siap susun dan kemas..


-----------------------------------------------------------------------------
NI LA GAYANYA BARANG-BARANGKU DISUSUN KEMAS DI ALMARI :-)

tu pun nota2 1st year semua aku tinggal kat dalam kotak berat tu jah..tak bawa keluar pun..nota2 tu hanya akan dikeluarkan apabila diperlukan hehehe nanti ada adik2 buddy nak pinjam ke atau aku memerlukannya baru la aku akan bukak kotak tu…

Kali ni aku dapat bilik kat dm3 gak tapi kat aras 2..ok la..dapat bilik triple gak sedangkan ramai 2nd year dapat bilik double..tapi aku bersyukur la walaupun dapat bilik triple aku dapat katil single..kira selesa gak la..aku dapat sama bilik ngan aina ngan cik sue..alhamdulilah kira dua2 aku boleh masuk la..pa lagi ya nak dibicarakan..takda gapo dah…penat dah nak rehat pulok..k wslm..

Wednesday, July 2, 2008

AUTISM

bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..

Aku baru lepas tengok THE OPRAH WINFREY SHOW kat hallmark channel tadi..
Isu kali ni pasal autisme..really menyentuh ati aku ni..autisme adalah penyakit kecacatan budak2 atau kita panggil sebagai kecacatan otak..autisme 3 kelemahan utama adalah
1.budak tu tak boleh bercakap (impairment in communication)
2.dia tak pandai bergaul (impairment in social interaction)
3.dia suka melakukan satu perkara berulang.(repetitive behaviour)

Sebelum ni aku selalu pandang remeh pasal benda ni..sbb aku tak pnh kenal or have a person with this disorder..aku tak pernah cuba memahami sbb aku tak pernah nak ambil tahu..ya cita oprah td betul2 membuka minda aku..ye la sblm ni cta autism ni juz aku tgk kat cta2 drama tv yg mmg kenyataannya org yg berlakon tu not a real person yg hadapi dugaan tu jd feel tu takda la terasa sgt sbb kita tau tu hanyalah lakonan not a real life.
Yg dalam oprah td a real life...it shows what the parents who have chidren with this disorder feel,what this disorder child behaviour and what their sibling feel???

Masa tnya pendapat parents..adala beberapa parents menceritakan pasal anak2 diorang yg menghadapi masalah yg sama..cita2 yg betul menyentuh hati to know what they feel,what people say to them without knowing their problem..kata2 yg really touch my heart ms ada seorg bapa tu cakap kalau boleh dia nak dengar satu patah perkataan je daripada anak dia that is ‘papa’.. other than that from this story it shows how this parents really love their children although their children have autism..

Then oprah ask the children’s sibling..oprah temuramah sorang budak ni yg ada adik yg ada autism..dia kata dia rasa tersisih sikit bila his parents always take care of his brother..and dia slalu rasa keseorangan sbb takda kawan di rumah memandangkan his brother has this problem..kesian bila dengar luahan hati budak tu..his parents also said they try to balance their life..try nak seimbangkan kasih saying antara anak2 diorang..tapi yang lain mesti rasa tersisih bila diorg perlu utamakan anak diorg yg sakit..

So,kesimpulannya aku rasa kita perlu cuba memahami family who has autism in their family..juz try to understading and give help if you can..

Want to know more about autism just click http://en.wikipedia.org/wiki/Autism


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails