Sunday, June 29, 2008

CUTI DAH NAK ABIS!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum…
Hmmm lama dah kan aku tak mengaktifkan diriku ni dalam blogging ni…tiba2 dah takda mood…hehehe br tersedar dr mimpi yg panjang hehehe apa kes la aku ni????tiba2 rasa takda mood bila tersedar cuti dah nak abis but still kerja dan azam yg kononnya aku nak wat masa cuti still banyak yg tak terbuat dan tercapai….tp ada gak yg tercapai..antaranya adalah menghabiskan cita2 korea and jepun yang duk memenuhi laptop aku nih..tu for sure tercapai dengan suksesnya hehehe puas ati aku..lepas ni tak payah fikir dah pasal cita2 ni juz focus to study until holidays come again..hehehe
Azam lain yang tercapai adalah aku dah berjaya jumpa ‘mak’..do you all wonder who is this ‘mak’? ‘mak’ is not my mama..dia adalah seseorg yg jaga aku waktu kecil… waktu my mama kerja,she take care of me,my little brother and sister..seingat aku dia jaga aku dr umur aku 5 tahun sampai aku masuk sek. Menengah,then aku duk hostel but still dia jaga adik2 aku sampai la kami pindah ke jawi..kira lama gak la..dah lama aku tak jmpa dia..rasanya dah 2 tahun kot ke tak sampai 2 tahun pn..tah la tak ingat but aku rasa cam dah lama sangat je tak jumpa..kak ida,her daughter was there when I visit them this morning..dan ada anak kak ida nama marsha comel sesangat budak tu..really cute…mak peluk aku kuat sangat masa aku jmpa dia pagi tadi..betl2 menyentuh hati aku..
And one more azam yg tercapai is working at the clinic..kalau difikirkan takda la banyak benda sangat aku boleh belaja sebab aku banyak lagi kan benda tak belajar and tak tahu..but I really appreciate pengalaman yg aku dapat sepanjang aku kerja kat sana..really appreciate and love it..thanks to dr. jammy suzanna..
Others azam?????pa la ye????
Azam yg tak tercapai adalah kerja for pameran kesihatan convex..memang la aku dah start cari maklumat sebelum cuti lagi but the problem is aku tak baca and tak studi lagi artikel2 utk pameran convex tu…huhuhu camna nak baca setiap kali bukak laptop kononnya nak baca artikel tu,yes memang aku baca but tak sampai 1 jam aku cam dah tak da mood dan rasa boring aku pun mula la main game la takpun surf internet and the most interested thing aku stat tgh cita korea or jepun..and the result is sampai dah nak masuk sem balik pun kerja tu tak habis..oh,my god!!!!kalau la en.hazwan merangkap ketua group aku tu dapat tau mesti tak pasal-pasal kena berleter..tapi tak kot sebab aku rasa dia pun tak abis study lg hehehe ye ke..pandai2 je..tah2 budak tu dah berapa kali khatam study..budak tu memang rajin+bertanggungjawab sikit..tah2 ahli group lain semua dah abis study aku jah yang pemalas and tak abis kerja lagi huhuhu ok relax!!!ada masa lg..pameran tu start 13 ogos..aku still ada time nak studi…lastly aku buat decision to print out the article senang nak baca but still I’m a lazy girl so takde la aku study sgt pn walaupn di print out hehehe …dan kesempatan ni aku nak ajak korang,pembaca yg baca blog aku ni..nanti if ada kesempatan la datanglah ke usm penang pada 13-17 ogos ada convo and at the same time kat situ ada pameran kesihatan where I join this pameran..datang tau jangan tak datang..
And one more azam yg tak tertunai…that is study for the 2nd year..ari tu sblm balik umah beria-ria aku g bilik kak jazimah..g ambil soft copy nota 2nd year and berazam nak studi la nota-nota tu untuk persediaan 2nd year la konon..takda maknanya..kes ni sama la ngan kes nak study for convex bukak je laptop buat benda lain..so juz a few notes yg aku berjaya study hehehe
And lastly the day to go back to kelate will come..and cam tak percaya je abis cuti ni I will be a 2nd year student..and dengan penuh semangatnya aku berazam I will study harder this year, hope azam ni tercapai.. INSYALLAH..

Tuesday, June 17, 2008

BOLING PADANG=LAWN BOWLS

Ari ni aku tak g klinik..aku g bertam..g support junior-juniorku ada pertandingan boling padang kat bertam..tempat lawan tu betul2 depan dewan millennium..selalu time raya, pak lah slalu wat sambutan raya kat dewan millennium tu la..ada 2 team..satu team under 15 satu lagi team under 18..ari ni dua2 team lawan ngan sek. Kepala batas..alhamdulilah yang under 18 tu menang 8-2 tapi yang under 15 tu kalah 4-10..ok la..walaupun under 15 kalah tp kira orait la sbb diorang baru first time main and tak brapa cukup latihan pn sbb diorang baru sekali je berlatih..kira ok la..takdalah kalah teruk sgt kan..tak sia2 la aku g jauh2 g bertam..dah la g sorg..sebenarnya tak da la berani sgt tp dah ainul,juniorku yang sorang tu berharap sgt aku bg support kat diorang jd aku pn g la..dah la masa balik td tersesat ke permatang pauh..seram betul aku tadi..jalan seberang ni mmg tak brapa terer lagi jalan kat area pulau pro la ckit..ye seberang ni dah la br berhijrah ke cni form 5 sedangkan kat pulau aku dah duk kat ctu dari aku sek tadika lagi..jadi cam pro la ckit..esok ada lagi sebenarnya tp mls la nak g rasanya..penat tul..jauh..

Emm korang pernah dengar pasal boling padang ni ke tak??mmg diakui sukan ni tak brapa popular la kat negara ni tp yg sebenarnya sukan ni la yang berjaya mengangkat nama malaysia ke peringkat antarabangsa..tak caya???ini buktinya..ini petikan akhbar diambil dari utusan online..



SAFUAN DISAMBUT BAGAI WIRA NEGARA




Safuan Said (barisan belakang, enam dari kiri) diberi sambutan meriah bersama skuad negara di KLIA, Sepang, malam tadi.
________________________________________

SEPANG – Pemain boling padang negara, Safuan Said yang berjaya merangkul gelaran juara pada Kejohanan Boling Padang Dunia di Christchurch, New Zealand disambut sebagai wira di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, semalam.
Antara yang menyambut kepulangan wira negara itu ialah Presiden Perseketuan Boling Padang Malaysia (MLBF), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, pegawai, rakan sepasukan dan keluarganya.
Safuan, 25, disambut dengan sorakan dan kibaran Jalur Gemilang sebelum dipakaikan tengkolok dan kain samping oleh penyokong serta ahli keluarga yang membuat kejutan.
‘‘Saya amat gembira dengan kejayaan ini dan terutama ia pingat emas pertama saya dalam kejohanan dunia di samping dapat kekal sebagai pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia,’’ katanya.
Safuan muncul juara dunia selepas menumpaskan pencabarnya dari Australia dengan pungutan mata 21-10 untuk pungutan emas tunggal skuad negara.

Thursday, June 12, 2008

MINYAK DAN REALITINYA

bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..

petikan ini diambil dari www.malaysiakini.com

Beginilah anggaran kasar perbelanjaan yang diperlukan oleh seorang bujang.

Anggaran ini masih lagi belum ditokok dengan perbelanjaan- perbelanjaan lain seperti memberi wang kepada orang tua, bil telefon, bil internet dan keperluan lain (lihat jadual anggaran).

Anda boleh membandingkan kos yang perlu ditanggung sebelum dan selepas harga minyak dinaikkan. Kos ini bagi mereka yang masih lagi bujang dan hidup berdikari.

Bagaimana pula dengan mereka yang sudah berkeluarga? Mungkin kos yang perlu ditanggung lebih dua atau tiga kali ganda daripada jadual perbelanjaan di atas.

Di Kuala Lumpur, kereta masih lagi diperlukan kerana sistem pengangkutan awam belum mencapai tahap yang boleh memberikan keselesaan.

Semalam kabinet Abdullah Ahmad Badawi-Najib Razak mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen dan diesel RM1.

Pengumuman tersebut menyebabkan stesen-stesen minyak sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu minyak pada kadar harga lama – buat kali terakhir.

Kenaikan kali ini yang tertinggi dalam sejarah. Kali terakhir kerajaan Abdullah-Najib menaikkan harga minyak pada 28 Jun 2006 iaitu sebanyak 30 sen bagi petrol dan diesel.

Pada 25 Febuari lalu, timbalan perdana menteri menafikan bahawa harga minyak akan dinaikkan selepas pilihanraya umum ke-12.

Najib, apabila ditanya wartawan mengenai khabar angin kenaikan harga minyak, menafikan dengan keras dan menyatakan bahawa kerajaan BN masih boleh menampung subsidi.

Sementara itu, pada 5 November lalu, dalam forum yang bertajuk ‘Jenayah dan Rasuah: Malaysia Dalam Bahaya’, Husam Musa yang kini memangku menteri besar Kelantan memberitahu hadirin bahawa harga minyak akan dinaikkan sebanyak 70 sen oleh kerajaan BN selepas pilihanraya umum ke-12.

Hampir tepat ramalan naib presiden PAS tersebut di kala cakap timbalan perdana menteri sudah tidak boleh dipercayai lagi.

Hujah yang sering digunakan oleh kabinet Abdullah-Najib, apabila harga minyak dinaikkan, ialah harga minyak di Malaysia antara yang termurah di Asia Tenggara. Brunei tidak dijadikan sebagai kayu ukur kerana didakwa Abdullah sebagai “kes istimewa”.

Memang benar jika kita membandingkan dengan Thailand, harga minyak di Malaysia jauh lebih murah. Malahan selepas petrol dinaikkan sebanyak 78 sen sekalipun, harga di Malaysia masih lagi murah.

Akan tetapi, di Thailand, rakyatnya tidak dibebankan dengan harga tol yang mahal. Saya sendiri pernah memandu kereta dari Surat Thani yang terletak di selatan ke Bangkok. Lebuhrayanya panjang dan tidak sesak. Perjalanan mengambil masa lapan jam.

Apa yang memeranjatkan saya, harga tol yang perlu dibayar hanyalah RM4! Belum lagi kita melihat kemudahan-kemudahan lain yang diberikan oleh kerajaan Thailand kepada rakyatnya.

Harga kereta di Thailand jauh lebih murah berbanding dengan harga di Malaysia.

Mari kita lihat pula berapa harga minyak di negara-negara lain pengeluar minyak. Jangan kita lupa bahawa Malaysia antara negara pengeluar minyak dunia (lihat jadual di sebelah).

Ertinya, apabila harga minyak dunia meningkat, Malaysia juga akan mendapat keuntungan besar.

Sebelum ini kabinet Abdullah-Najib seringkali membuat perbandingan dengan negara yang bukan pengeluar minyak. Sekarang anda lihat sendiri berapa banyak rakyat di negara pengeluar minyak membayar untuk seliter petrol.

Ke mana nasib rakyat Malaysia selepas ini? Menjelang Ogos ini, semua subsidi terhadap minyak akan ditarik balik oleh kerajaan dan rakyat akan membayarnya mengikut harga pasaran global.

Sedangkan cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) agar gaji minimum diperkenalkan ditolak mentah-mentah oleh kerajaan.

Hari ini protes-protes membantah kenaikan harga minyak telah mula muncul.

Pagi semalam, ahli parlimen DAP Tan Kok Wai mengepalai 50 orang berhimpun secara aman bagi membantah kenaikan harga minyak yang baru sehari diumumkan oleh kabinet.

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) pula mengumumkan untuk menganjurkan perhimpunan 100,000 rakyat di KLCC pada 12 Julai ini.

Menurut Dr Hatta Ramli, perhimpunan anjuran Protes kali ini lebih besar daripada perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih tahun lalu!

Mampukah kabinet Abdullah-Najib menahan arus kebangkitan rakyat? Atau keadaan ini akan menjadi titik permulaan untuk menumbangkan BN yang telah memerintah Malaysia selama 50 tahun?

2ND DAY AT THE CLINIC (12/6/2008)

Today is my mother’s birthday.. happy birthday,mama.. i love you so much...

And cam hari sebelumnya aku g klinik ari ni gak..
Tapi ari ni tak best cam semalam sbb tak ramai patient...aku rasa tak ramai 10 org pn..
Tapi ari ni first time aku tgk scan nak tgk baby..ada la sorang patient ni datang dia pregnant dah 3 bulan..but bila scan tak nampak denyutan jantung baby dia tu..but still nampak cam selaput baby tu tapi tak nampak la denyutan jantung dia tu..so doc suspect baby tu dah mati dalam kandungan but bnda tu tak sure lagi la sbb mesin utk scan tak boleh nak nampak semua sangat juz nampak kecil utk dilihat so doc suggest g hospital besar buat check sbb kat hospital besar ja ada teknologi nak tgk baby dengan lebih jelas la..sepatutnya 3 bulan dah nampak badan and kepala baby tu and rahim tu sepatutnya dah besar tp bila tgk waktu scan tadi cam tak nampak pa sangat and rahim still kecil..
1t trimester for pregnant mmg sensitif sng gugur..kalu kerja banyak or bnyak berjalan pn boleh menyebabkan gugur kan..
Apa lagi ye aku dapat ari ni???tu je la..yang lain kes biasa je..

1ST DAY AT THE CLINIC (11/6/2008)

Cuti yang panjang dan udah memboringkan aku ni lastly aku g kerja kat klinik..kerja ka???takda la keja pn sbb tak dapat gaji pn juz nak ambil pengalaman je..mn tau satu hari nnti aku bkak klinik cam doc jammy gak.. “klinik doctor ain sabrina”..sedap kan bunyinya..hehehe berangan panjang lak aku ni..
Aku tak buat kerja pa pn..juz dengar and tengok pa doc. Jammy wat..cam tgk cara dia ambil history patient,cara komunikasi dengan patient,cara dia ubat patient..best la...ada patient datang dreesing ngan dia..ada bdk kecik+comel datang wat suntikan imunisasi ngan dia..budak tu comel sesangat..
Mmg banyak la benda aku blajar sepanjang ari tu walaupun takda la ramai patient yg dtg..pagi kurang la patient ptg2 sikit ramai la..orang baru balik kerja kan..doc cakap malam baru ramai patient yang datang sebenarnya tp malas la aku nak stay smpai malam..dah la cuti kurang kan masa cuti ni la aku nak abiskan ngan family..waktu siang takpa la sbb takda sapa pun kat umah..
Kadang-kadang masa patient takda and doc tak bz aku pn banyak la tanya ngan dia especially pasal pengalaman dia yg banyak+best tu..byk la gak aku blajar daripada dia..dia ada tanya kat aku nak sambung blaja ke tak nnti and nak sambung bahagian apa???of course la aku nak smbung tp aku sendiri pn tak tau nak sambung bahagian pa..tah la bg habis blaja dulu la kan..nnti fikir..dia pn cakap masa dah kerja and housemanship br cam jd doc sebenar and masa tu baru cam nampak minat kita lebih menuju ke bahagian pa..tapi kan bila fikir2 balik kan rasanya nak ambil cam doc. Jammy la..ambil master perubatan keluarga pastu bukak klinik..jd tercapailah impian “klinik doktor ain sabrina” tadi hehehehehe takda la sng ckit nak balance life kan kalu bkak klinik sndiri sbb kita yg sendiri urus kan..takda la ada on call ke pa..tu juz fikir2 kosong nnti dah abis degree la fikir lain..hmm aku ni dulu pas tgk team medical dragon tgk watak utama doc. Asada jadi doc pakar jantung nak jadi doc pakar jantung la konon pastu tgk doc. Jammy lak teringin nak bkak klinik la pulak..byk angan2 betul la..hehehehe jgn jd angan-angan mak jenin saja sudah lah..
Kesimpulannya,emm mmg best la ‘keja’ kat klinik tu..menambahkan semangat aku lagi nak jadi doc yg baik+cute cam doc. Jammy hehehe

Sunday, June 8, 2008

CERPEN ISLAMIK:DEMI CINTAMU

bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..

”beep,beep” hpku berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Terus ku terbangun dari tidur. Ternyata mesej itu datang dari Ikmal insan yang merajai hatiku tatkali ini. ”salam,bangun.bangun.solat subuh cik adik oiii”
Ikmal..insan yang memberi satu kehidupan baru bagiku..sejak mengenali Ikmal,aku rasa hidup ini lebih terisi..setiap mesej Ikmal mesti berunsur islamik..perhubungan antara aku dan Ikmal hanyalah melalui sms..tiada kata cinta mahupun rindu yang terucap namun seringkali aku tersentuh dengan sikap caring Ikmal..dan adakala rasa rindu terbit di hati pabila lama tak mendengar berita dari Ikmal..aku tahu ini cinta tapi berat sekali aku hendak mengakuinya..
Lantas aku membalas mesej Ikmal “ye la nak solat la ni..thanks gerak”.lalu aku mengambil wudu’ dan menunaikan tanggungjawab pada yang Esa..
Begitulah Ikmal..tiap kali waktu solat Ikmal akan menginggatku untuk solat..terasa bertuah diriku ini mempunyai kawan bernama Ikmal. Kami juga sering berpuasa sunat bersama-sama pada setiap hari isnin dan khamis dan seperti biasa Ikmal tak lupa mengerakku sahur setiap kali kami berjanji puasa. Ya.. lagak kami seperti orang yang mempunyai perhubungan istimewa tapi still tiada kata cinta or rindu yang terucap.

Kemudian aku mula sedar dari mimpi yang panjang.. bahawa aku semakin jauh terlalai.. ”ini semua salah”,jerit hatiku menyesali kealpaanku. Suatu kem anjuran surau kampus telah menyedarkanku..
Teringat bicara Siti,temanku. “couple islamik mana wujud,leeya.itu hanyalah ciptaan manusia.”,
“tapi, leeya tak couple siti.leeya sms je tak pernah jumpa pun”,balasku cuba menidakkan aku bersalah.
Siti tersenyum. “maaf kalau siti bagi Leeya terasa tapi dengan sms je pun kita boleh menghampiri zina”
“zina??”. Terasa berat tuduhan siti padaku.
“ye,zina hati. Aleeya leh jamin ke sepanjang leeya mesej ngan dia leeya tak terleka lupa padaNYA?” Soalan Siti membuatkan aku tersentak.
“memang hubungan ni dari luar tak nampak salahnya.tak pernah jumpa,tak pernah bertentang mata,tak pernah pegang tangan mahupun berdua-duaan tapi still sebenarnya kita berdua-duaan dengan si dia tanpa sedar.kenapa siti cakap camtu sebab sms antara leya ngan si dia hanya leya dan si dia je tahu,orang lain tak tahu kan. Jadi bila berdua mesti ada yang ketiga musuh kita yang memang bercita-cita nak menyesatkan kita dari zaman adam lagi. Sepanjang sms ngan si dia mesti ada angan-angan tercipta tu lah zina hati.nampak mudah tapi dosanya tetap sama,leeya.lagi satu,sepanjang sms apa yang kita dapat sebenarnya kebanyakkannya adalah buang masa dan buang duit sebenarnya.betul tak?”sambung Siti sambil memegang tanganku berharap aku sedar..
Aku diam.berfikir mendalam kata-kata Siti.
”maaf kalau kata-kata siti menyakitkan hati Aleeya. Siti hanya nak Aleeya sedar. Siti sayang Aleeya.Leeya kawan siti jadi Siti tak nak kawan siti jauh dariNYA.”Kata Siti lagi lantas memelukku. Tersedar kesilapan aku membalas pelukan siti. Aku menangis keinsafan. Sungguh tiba-tiba aku rasa bersalah pada PENCIPTAKU.
”terima kasih,siti. Aleeya sayang siti gak”,balasku akhirnya.

Lantas selepas itu,segalanya berubah. Aku jelaskan pada Ikmal. Alhamdulilah dia faham dan hubungan kami terputus. Permulaan 6 bulan itu ku rasakan sangat sukar.rasa rindu seringkali menguji keimananku. Akhirnya aku rasa tenang dengan perubahan baruku ini. Tiada lagi rasa rindu mahupun salah tingkah tatkala tiada bunyi mesej mahupun bunyi telefon dari handphoneku. Kadang-kadang aku tidak sedar pun handphone aku tak berkredit.betapa handphone ini tidak lagi memberi pengaruh yang besar pada diriku sedangkan dulu handphone bak nyawaku sentiasa disisi menunggu sms dari si dia..ahh sunguh tenang ku rasa..pasal Ikmal,hmm insyALLAH kalau ada jodoh aku pasti berjumpa lagi dengan dirinya dan pertemuan itu nanti diharapkan direstui yang Maha Esa..insyALLAH..



p/s ni first time aku try wat cerpen islamik..kalau ada apa2 kekurangan mintak maaf ye..kalau rajin tolonglah komen sikit bolehlah diperbaiki kelemahan yg ada insyALLAH..anyway thanks for reading..

Friday, June 6, 2008

DISNEY STORY:TRU CONFESSION- THE SYNOPSIS..

Aku baru abis tgk cita kat channel Disney td..tajuk cita tu TRU CONFESSION…really intresting..cita tu kul 11-12.30 mlm td..tertengok sebenarnya..jarang aku tgk tv memalam ni lebih2 lagi channel Disney…slalunya kul 9 dah masuk bilik buat aktiviti lain,surf internet,main game ke tgk cita kat laptop ke takpun baca novel..lepak2 kat bilik…jarang la duk kat ruang tamu pas kul 10..tp alkisahnya hari ni adik aku yg manja2 kucing tu merajuk dengan aku jd aku dalm proses pujuk dia la smpaikan tertengok cita Disney tu..ish2 mengada-ngada tul budak tu..dah la aku bukan jenis pandai bab pujuk memujuk ni..

Ok back to the story…
Tru confession ni is a story about seorang teenagers(tru is her name) ni berperang dengan perasaan dia sendiri..she has a disable twin name eddy..eddy ni cam terencat la..so selalu buat perkara yg memalukan dan cam susah nak dijaga..so tru ni cam berperang dengan diri dia sendiri,dia sayang eddy of course la brother dia kan but at the same time dia malu to has him as his brother as eddy is disable..dia selalu meluahkan rasa hati dia kat satu laman web ni and there are someone that always give advice kat dia nama didi..dia rasa didi ni sangat memahami..tru ni suka sangat ambil video dia n her family and dia bercita-cita nak ada program show dia sendiri..then,one day kat paper ada diiklankan satu pertandingan program show so dia pn nak masuk..tp dia tak tau nak videokan apa..then dia terfikir nak wat pasal eddy..dia pn wat video pasal eddy dr segi medicalnya maksudya pasal penyakit eddy pastu dia tunjuk video tu kat eddy,friends n mak dia but the respon is negative sbb video tu terlalu complicated about medics and not intresting..then,mak dia bagi idea to do video still about eddy but in different perspective..to do a video about eddy but in her points of view..so video ni more santai..mula2 dia tak terima idea tu sbb dia takut dengan pandangan org lain..dia takut orang akan kutuk dia bila diexposed pasal eddy..then,didi said the same idea..then she do it and sent it..then,dia dapat tahu that didi is her own mother..dia rasa tertipu and konflik happen..this cause dia bergaduh ngan mak dia and don’t want to talk to her mother..tak lama kemudian ada surat sampai kat umah and guess what..she win the contest..and her video been showed in the tv..video tu betul2 menyayatkan hati buat hati batu cam aku pn nangis ..video tu mengisahkan suka duka tru to has a disable twin but still at the end of the video she stress that she happy and bangga to has eddy as his brother…video tu betul2 menyedarkan ramai pihak to be a better person for the sake of eddy..the video really impressive..

Tu je la pasal story tru confession..cita2 disney ni best kan..bnyak pengajaran gak leh ambik..lagi satu aku mmg suka sesangat cita2 dongeng ni..hehe tak kisah la versi Disney ke versi tiruan je..kan skrang kat tv3 wktu weekdays ada cita2 dongeng dr Indonesia tiruan dari Disney but diolah sikit2 la bg nama ketimuran ckit but still best…cta dongeng mmg best la hehehe

Cita ni macam memberi kita sedikit rasa ‘to have a disable sibling’..wlaupn hanya sebagai penonton still pengalaman or susah payah tu dapat kita hayati sedikit sebanyak kan..Lagi satu cita ni syahdu gak waktu eddy ada cakap sumthing kat tru..ni dah diolah ckit ye sbb tak brapa ingat dialog asalnya hnya ingat isi penting jah..
Eddy: why I am different from others?
Tru: everybody is different,eddy
Eddy: but I am totally different..i juz want to be normal person like others..
Serius masa eddy cakap camtu aku btul2 sedih..huhuhu..tru masa tu tak terjawab persoalan eddy dia trus peluk twin dia tu..hmmm so what the most important thing yg kita leh ambik dr cita ni adalah hargailah apa yg kita ada dan bersyukurlah..we are healthy person..we should be grateful..

p/s: sori yek artikel dalam blog aku hancur ckit bahasanya..rojak je bagi santai ckit..lgpun aku mmg lemah ckit bahasa2 ni..anyway,thanks for reading…

RAHSIA TARIKH LAHIR...

Tarikh lahir kita menerangkan siapa
kita, apakah kelebihan kita dan apakah
kebolehan kita. Ia juga menunjukkan
apaka h yang harus kita pelajari dan
cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk
mengetahui nombor lahir kita, kita
boleh mencampurkan nombor-nombor
tar ikh lahir kita sehingga ianya
menjadi satu nombor tunggal. Nombor
lahir kita tidak menjadi penghalang
kepada kita untuk kita menjadi apa
yang kita inginkan ianya hanya sekadar
mempelbag aikan pilihan yang kita ada.

Contoh:& lt;BR>
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah
1)
30 ogos 1981
30+8+1981=20 19
2+0+1+9=12
1+2=3( jadi number laHIR ADALAH 3)
Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru. Memperolehi
sesua tu dengan cara yang tersendiri.
Golon gan ini merupakan yang paling
jujur dan boleh mempelajari dengan
baik teknik diplomasi. Mereka suka
mengambil inisiatif dan suka menjadi
yang terbaik dan kebiasannya adalah
pemimpin atau boss.Bekerja sendiri
merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea
dan pendapat yang lain mungkin baik
atau lebih baik. Berfikirlah secara
terbuka.Golongan terkenal yang mempunyai
nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert
Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett,
Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel
Welach

2. Pendamai
Dilahirk an sebagai diplomat. Mereka
selalu memikirkan dan peka terhadap
keperlua n dan perasaan orang lain
sebelum mengambil kira dirinya
sendiri. Secara semulajadi sangat
analitikal dan suka mengikut gerak
hati. Mereka tidak suka bersendirian.
Per sahabatan adalah penting buat
mereka dan berupaya mendorong mereka
untuk berjaya di dalam hidup; tetapi
mereka sanggup untuk bersendirian jika
hubungan yang terjalin itu tidak
serasi. Golongan ini secara semulajadi
adalah pemalu, mereka patut belajar
untuk meningkatkan nilai kendiri (self
esteem) dan meluahkan perasaan secara
terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai
nombor lahir 2:
President Bill Clinton, Madonna,
Whoppi Goldberg,Thomas Edison,Wolfgang
A madeus Mozart.


3 . Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang
idealistik. Mereka sangat kreatif,
sosial, mesra, romantik dan mudah
dibawa berunding. Mereka suka
memulakan sesuatu tetapi jarang dapat
menghabiska nnya. Mereka suka orang
lain gembira dan sanggup melakukan apa
sahaja untuk mencapainya. Mereka
sangat popular dan idealistik.
Golon gan ini perlu belajar untuk
melihat sesuatu dengan lebih
realistik.& lt;BR>
Golonga n terkenal yang mempunyai
nombor lahir 3: Alan Alda, Ann
Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith,
Salvado r Dali, Jody Foster

4. Konsevatif
Golong an ini sangat peka dan
tradisional. Mereka sukakan arahan dan
sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan
bertindak apabila faham sepenuhnya
tentan g apa yang sepatutnya mereka
lakukan. Mereka suka bekerja keras dan
sangguh melakukan sesuatu kerja secara
sendirian. Mereka mudah tertarik
dengan aktiviti luar dan merasai
pertalian dengan alam sekitar. Mereka
berupaya untuk bersabar, tekun dan
adakala dianggap degil. Mereka harus
belajar untuk lebih feksibel dan
bersikap lebih baik terhadap diri
sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai
nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret
Thatcher , Arnorld Schwarzenegger, Tina
Turner, Paul Hogan

5. Perintis
Mereka adalah perintis. Secara
semulajadi mereka mempunyai sikap
ingin tahu dan suka mengambil risiko
serta sangat bersemangat (enthusiasm).
Mer eka perlukan kepelbagaian dan tidak
suka disekat. Dunia ini adalah sekolah
mereka, mereka memerhatikan setiap
peluang untuk mempelajari sesuatu
daripada setiap situasiyang ditempuhi.
Persoa lan yang bermain difikiran
mereka tidak pernah terhenti. Golongan
ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu
dengan teliti dan mendapat semua fakta
yang diperlukan sebelum membuat
sesuatu kesimpulan.

G olongan terkenal yang mempunyai
nombor lahir 5: Abraham Lincoln,
Chorlott e Bronte, Jessica Walter,
Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen
Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan
memerlukan sesuatu sebab untuk berasa
gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat
adalah penting buat mereka. Perasaan
mereka mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka sangat suka untuk membantu dan
menjaga seseorang. Mereka sangat setia
dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik. Mereka menjadi
teman yang setia kepada sesiapa yang
menjalin persahabatan secara serius.
Golongan ini harus belajar apakah yang
boleh diubah dan apakah yang tidak
boleh diubahnya.


Go longan terkenal yang mempunyai
nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane
Saymour, John Denver, Merly Streep,
Christoph er Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual
Golon gan ini adalah Pencari. Selalu
menyelesai kan sesuatu yang
tersembunyi, dan mereka sukar untuk
menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi
kepu tusan mereka. Mereka suka
mempersoalka n apa yang ada
disekeliling mereka tetapi mereka
tidak suka dipersoalkan. Mereka kerap
dikenali sebagai ahli falsafah dan
sangat berpengetahuan dan kadangkala
bersen dirian. Mereka gemarkan perkara
yang berteknikal dan berkebolehan
untu k menjadi penyelidik yang baik
dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Mereka sangat suka berahsia. Golongan
ini hidup dalam dunia mereka
tersendiri dan mereka perlu belajar
untuk menerima kenyataan dunia
sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai
nombor lahir 7: William Shakespeare,
Luci lle Ball, Micheal Jackson, Joan
Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian
Golo ngan ini adalah penyelesaian
masa lah. Mereka adalah profesional,
bert erus terang, penilai yang baik dan
sangat tegas. Mereka selalu mempunyai
peranca ngan yang hebat dan suka hidup
dalam suasana kehidupan yang terbaik.
Mereka sangat suka mengendalikan
man usia. Mereka melihat manusia secara
objektif. Mereka akan memberitahu
seseo rang dengan cara mereka
tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk
membuat keputusan berdasarkan
keper luan sendiri daripada mengikut
keperlua n orang lain. Golongan
terkenal yang mempunyai nombor lahir
8: Edgar Cayce, Barbra Streisand,
George Harrison, Jane Fonda, Pablo
Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk
menghiburka n orang lain. Mereka sangat
penyayang dan pemurah. Dengan daya
tarikan yang ada, mereka tidak
mempunyai masalah untuk berkawan
dengan sesiapa jua dan pada mereka
tiada sesiapapun yang dianggap asing
kepada mereka. Mereka mempunyai
persona liti yang pelbagai sehingga
menyukar kan orang sekeliling mereka
untuk memahami mereka. Mereka umpama
binatang sumpah-sumpah yang boleh
berubah dan menyesuaikan diri mengikut
persekit aran. Mereka mempunyai nasib
yang sangat baik tetapi juga boleh
menderita akibat terlalu bergantung
kepada nasib dan perasaan (mood).
Untuk berjaya golongan ini perlu
membina landasan kasih sayang.

Golon gan terkenal yang mempunyai
nombor lahir 9: Shirley MacLaine,
Harriso n Ford, Gloria Steinem, Jimmy
Carter, Elvis Presley

Thursday, June 5, 2008

TAH LA..

hmmmmm...
malam ni aku betul2 cam tak betul..hehehe pelik jah bunyinya..
tahla..rasa cam tak kena jah..
habis aku bkak dan baca semua blog orang yang aku boleh bkak..aku ambil link kat web iluvislam..takda kerja pnya pasal..nak mngisi masa lapang la konon sedangkan mata dah berat sebenarnya,otak pun dah bagi signal suwuh tidur tp mata ngan tangan ni degil nak membaca blog org ngan nak tulis2 lg..ish2...
tp kan bila dah baca blog2 orang ni..rs insaf semacam pn ada jugak..rs cam diri ni banyak dosa jah...oh no..adakah aku makin jauh dari PENCIPTAKU????
entahlah..mgkin sbb tgh cuti2 malaysia,jd hormon tak stabil+tak leh solat lg jd emosi jd cam tak brapa stabil..diri ni cam tak betul jah hehehe
pa2 jah..ahhhh napa ngan aku..tah pa la yg aku duk taip nih....
Ya ALLAH,tolonglah janganlah KAU sesatkan diriku setelah KAU beri petunjuk kepadaku....

HAMPIR KE SITU...

bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..

Tittle : Hampir Ke Situ
Artist: Mendua


aku sedar bukan mudah untuk mengejar mimpi indah
pernah suatu ketika dulu ku punya harapan besar
kini aku tak pasti dapatkah ku miliki

sudah jauh kita tempuh , kekalkanlah impian lalu
mungkin ada hikmah yang akan menunggu di penghujung jalan
biar nanti kecewa setidak-tidaknya cuba

jika halangan menduga perjalanan kita
janganlah kau putus asa
kerana ku ada di sisi setia menemani
andai semangat mu gugur genggamlah tanganku
kita hampir ke situ

adakala ku terasa ketabahan tak setegah
tetapi apakan andainya berhenti separuh jalan

percayalah padaku aku yakin kita mampu
biar orang katakan rapuhnya harapan
bukan mereka tentukan tapi kau atau aku
tandaku punya kamu apa akhirnya tetap bersama


p\s:try hayati lirik lagu nih..best kan..bg aku la lagu ni cam lagu sahabat kepada sahabatnya..cara sahabat tu cuba menaikkan semangat sahabatnya yang lain..miss all of my frenz..no matter where u are,u will be always in my heart..frenz 4eva..[seronok tul kuar jmpa nazirah,ekin and aimi kat bj td..main boling,makan2,jalan2,sembang2..lepas rndu..angah jgn jeles ye..nnti blk m'sia kta jmpa ye..]

AYUH BANGUNLAH WAHAI UMAT ISLAM!!!

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata, "Saya punya permainan...Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.


Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya."" Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika."


"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."



Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.
"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."


"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."" Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.""Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."


"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi..apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!

Tuesday, June 3, 2008

HADIS MENGENAI WANITA...

bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

SINOPSIS TEAM MEDICAL DRAGON...

bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..

Seperti dijanjikan disajikan sinopsis citer team medical dragon...Cite ini mmg semua pasal kerjaya doctor dan kerja2 lain yg seangkatan dengannya la kat hospital..nama tajuk pn ada medical kan of course la pasal medic..cita ni aku syorkan bebudak medic,bebudak kos2 berunsur kesihatan,bebudak yg minat pasal medic or sapa2 je la yg berminat try la tgk..korg mesti terasa teruja sesangat nak jd doctor dan yg seangkatan dengannya..rasa tak sabar dan teringin sangat nak menyelamatkan pesakit..cita ni bagi aku best sgt dan bg semangat kpd aku utk jd doc yg baik dan yg baik2 belaka hehehe cita ni cita jepun..jepun kan kita knl sbgai Negara yg mmpunyai penduduk yg bersemangat tggi tu lah yg ditonjolkan dalan cita ni bkn cam cita Malaysia sendiri yg tajuknya saja medic tetapi mmg jauh sekali tersasar dari bdk medic yg sebenarnya dan bg aku cita tu betul2 memalukan budak medic+kerjaya doctor tu sendiri..mana taknya tak abis2 ber’cinta’..cam dah tak ada kerja sgt ja doctor-doktor dlm cita tu sampai tak abis2 ckp pasal cinta..ada dlm satu babak ni adala beberapa doctor perempuan ni tgh rawat patient dia and pd masa yg sama diorg tgh cakap pasal ‘laki,bf,kawin’ dan macam2 lg la yg aku rs tak sepatutnya dicakap wktu tu..kalau aku jd pesakit tu dah lama dah aku pelekung doc tu..ye la tgh rawat pesakit takkan la nak cakap psl bnda tu..be professional la..diakui doc pn manusia biasa terasa ingin bercinta dan dicintai but not talking about all this sort things depan patient..babak tu betul2 memalukan kerjaya doc..

Ok back to the story..
Watak utama dalam cita ni adalah doctor pakar jantung,doctor asada ryutaro..so dlm cita ni kebanyakannya adalah pembedahan jantung la..first2 dia ni adalah doc terbuang dan diambil oleh seorang doctor dari meishin university hospital nama doctor tu doctor kato..doctor kato ni nak wat tesis pasal batista operation yang memerlukan pertolongan doctor asada ryutaro..batista operation ni adalah pembedahan jantung akibat enlargement heart ms yg menyebabkan jantung membesar..jd doc asada pn masuk kerja kat meishen university hospital ni..hospital nia gak teruk la sbb bnyak sgt masalah politik berlaku dlm hospital ni..mcm kebanyakan doctor lebih mementingkan untuk memuaskan hati professor daripada kehendak pesakit..jd mcm bnyak konflik la sbb doctor asada pulak sebaliknya bg dia lebih penting pesakit daripada professor..sikap dia tu wat kita rasa best je dan cam nak jd cam dia..hehehe dalam team medical dragon 1 hanya berkisar pasal batista operation tu…dalam team medical dragon 2 pulak berkisar pasal sikap pentingkan keuntungan sampaikan seorang professor ni nama professor noguchi nak jdkan meishin university hospital ni sebagai hospital untuk org2 kaya je..

So dalam cita ni banyakla pengajaran kita leh ambil sama ada kita sebagai doctor,bakal doctor ataupun sebagai orang biasa pn kita boleh ambil pengajaran dr cita ini untuk kehidupan seharian kita..
Firstly,adalah semangat orang jepun tu sendiri..semangat tidak cepat putus asa..dalam cita ni banyaklah operation yg doc. Asada ni wat..mmg best la tgk operation2 tu..jantung tu nampak real and nampak comel ja..kan jantung kita sebesar penumbuk kita je jd bayangkan betapa cutenya jantung tu hehehe kebanyakan operation yg ditunjuk tu cam susah+banyak risiko tp semangat tak putus asa tu wat kita rasa kagum sesgt..
Second..adalah semangat berpasukan..walaupn dalm cita ni digambarkan doc. Asada ni genius sesangat tp still dalam dlm cita ada dialog tu cakap walau segenius mana sorang doc tu kalau pasukan dia utk pembedahan tu salah satu bnda,operation still tak boleh berjaya..dalam pasukan tuk pembedahan bkan ada doc ja ada doc bius,ada nurse, ada internal medicine doc,ada medical technician ..semua ni membentuk satu pasukan yg mesti bekerjasama tuk menjayakan satu2 pembedahan..dalam cita ni betul2 menekan semangat berpasukan..tajuk dia pn ‘team’ medical dragon kan.and dlm team medical dragon 2 ada satu dialog ni doc. asada cakap masa medical technician ni takut nak wat operation,ni dialognya “semasa berhadapan dengan nyawa orang lain,tiada satu orang pn tak rasa takut tp kamu bukan besendirian.kita adalah satu pasukan”..kata2 doc. asada tu bkn saja wat medical technician tu semangat malah bg semua orang dalam pasukan tu semangat..

Third suka sangat semangat doc asada nak menyelamatkan pesakit..ada dalam team medical dragon 2 professor noguchi yg jahat tu sakit walaupn dia jahat still doc asada nak selamatkan dia sbb dia cakap tak kisahlah sapa orang tu selagi orang tu memerlukan khidmatnya sebagai doctor,orang tu adalah pesakit dia..mmg rasa respect sesgt la kat watak doc. Asada ni..semangat ni perlu ada pada setiap orang,tak kisah la sapa insan yg memerlukan pertolongan kita,kita harus tolong walaupn org tu adalah musuh kita..

Tu je la pengajaran dr cita ni..byak lg sebenarnya tp tgn aku dah penat menaip..korang tgk la sendiri dan rasalah sendiri keseronokan cite ni ye hehehe serius cakap cita ni best…aku suka sesangat..first carta dalam filem jepun la bg aku..apa2 pn selamat menonton..  cita ni ambil dr komik jepun..yg aku tau ada team medical dragon 1 dan 2 je kalau ada yg 3 tlg inform ye…wslm..

ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails