Emm korang pernah dengar pasal boling padang ni ke tak??mmg diakui sukan ni tak brapa popular la kat negara ni tp yg sebenarnya sukan ni la yang berjaya mengangkat nama malaysia ke peringkat antarabangsa..tak caya???ini buktinya..ini petikan akhbar diambil dari utusan online..
SAFUAN DISAMBUT BAGAI WIRA NEGARA

Safuan Said (barisan belakang, enam dari kiri) diberi sambutan meriah bersama skuad negara di KLIA, Sepang, malam tadi.
________________________________________
SEPANG – Pemain boling padang negara, Safuan Said yang berjaya merangkul gelaran juara pada Kejohanan Boling Padang Dunia di Christchurch, New Zealand disambut sebagai wira di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, semalam.
Antara yang menyambut kepulangan wira negara itu ialah Presiden Perseketuan Boling Padang Malaysia (MLBF), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, pegawai, rakan sepasukan dan keluarganya.
Safuan, 25, disambut dengan sorakan dan kibaran Jalur Gemilang sebelum dipakaikan tengkolok dan kain samping oleh penyokong serta ahli keluarga yang membuat kejutan.
‘‘Saya amat gembira dengan kejayaan ini dan terutama ia pingat emas pertama saya dalam kejohanan dunia di samping dapat kekal sebagai pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia,’’ katanya.
Safuan muncul juara dunia selepas menumpaskan pencabarnya dari Australia dengan pungutan mata 21-10 untuk pungutan emas tunggal skuad negara.
0 pengomen:
Post a Comment