bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..
”beep,beep” hpku berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Terus ku terbangun dari tidur. Ternyata mesej itu datang dari Ikmal insan yang merajai hatiku tatkali ini. ”salam,bangun.bangun.solat subuh cik adik oiii”
Ikmal..insan yang memberi satu kehidupan baru bagiku..sejak mengenali Ikmal,aku rasa hidup ini lebih terisi..setiap mesej Ikmal mesti berunsur islamik..perhubungan antara aku dan Ikmal hanyalah melalui sms..tiada kata cinta mahupun rindu yang terucap namun seringkali aku tersentuh dengan sikap caring Ikmal..dan adakala rasa rindu terbit di hati pabila lama tak mendengar berita dari Ikmal..aku tahu ini cinta tapi berat sekali aku hendak mengakuinya..
Lantas aku membalas mesej Ikmal “ye la nak solat la ni..thanks gerak”.lalu aku mengambil wudu’ dan menunaikan tanggungjawab pada yang Esa..
Begitulah Ikmal..tiap kali waktu solat Ikmal akan menginggatku untuk solat..terasa bertuah diriku ini mempunyai kawan bernama Ikmal. Kami juga sering berpuasa sunat bersama-sama pada setiap hari isnin dan khamis dan seperti biasa Ikmal tak lupa mengerakku sahur setiap kali kami berjanji puasa. Ya.. lagak kami seperti orang yang mempunyai perhubungan istimewa tapi still tiada kata cinta or rindu yang terucap.
Kemudian aku mula sedar dari mimpi yang panjang.. bahawa aku semakin jauh terlalai.. ”ini semua salah”,jerit hatiku menyesali kealpaanku. Suatu kem anjuran surau kampus telah menyedarkanku..
Teringat bicara Siti,temanku. “couple islamik mana wujud,leeya.itu hanyalah ciptaan manusia.”,
“tapi, leeya tak couple siti.leeya sms je tak pernah jumpa pun”,balasku cuba menidakkan aku bersalah.
Siti tersenyum. “maaf kalau siti bagi Leeya terasa tapi dengan sms je pun kita boleh menghampiri zina”
“zina??”. Terasa berat tuduhan siti padaku.
“ye,zina hati. Aleeya leh jamin ke sepanjang leeya mesej ngan dia leeya tak terleka lupa padaNYA?” Soalan Siti membuatkan aku tersentak.
“memang hubungan ni dari luar tak nampak salahnya.tak pernah jumpa,tak pernah bertentang mata,tak pernah pegang tangan mahupun berdua-duaan tapi still sebenarnya kita berdua-duaan dengan si dia tanpa sedar.kenapa siti cakap camtu sebab sms antara leya ngan si dia hanya leya dan si dia je tahu,orang lain tak tahu kan. Jadi bila berdua mesti ada yang ketiga musuh kita yang memang bercita-cita nak menyesatkan kita dari zaman adam lagi. Sepanjang sms ngan si dia mesti ada angan-angan tercipta tu lah zina hati.nampak mudah tapi dosanya tetap sama,leeya.lagi satu,sepanjang sms apa yang kita dapat sebenarnya kebanyakkannya adalah buang masa dan buang duit sebenarnya.betul tak?”sambung Siti sambil memegang tanganku berharap aku sedar..
Aku diam.berfikir mendalam kata-kata Siti.
”maaf kalau kata-kata siti menyakitkan hati Aleeya. Siti hanya nak Aleeya sedar. Siti sayang Aleeya.Leeya kawan siti jadi Siti tak nak kawan siti jauh dariNYA.”Kata Siti lagi lantas memelukku. Tersedar kesilapan aku membalas pelukan siti. Aku menangis keinsafan. Sungguh tiba-tiba aku rasa bersalah pada PENCIPTAKU.
”terima kasih,siti. Aleeya sayang siti gak”,balasku akhirnya.
Lantas selepas itu,segalanya berubah. Aku jelaskan pada Ikmal. Alhamdulilah dia faham dan hubungan kami terputus. Permulaan 6 bulan itu ku rasakan sangat sukar.rasa rindu seringkali menguji keimananku. Akhirnya aku rasa tenang dengan perubahan baruku ini. Tiada lagi rasa rindu mahupun salah tingkah tatkala tiada bunyi mesej mahupun bunyi telefon dari handphoneku. Kadang-kadang aku tidak sedar pun handphone aku tak berkredit.betapa handphone ini tidak lagi memberi pengaruh yang besar pada diriku sedangkan dulu handphone bak nyawaku sentiasa disisi menunggu sms dari si dia..ahh sunguh tenang ku rasa..pasal Ikmal,hmm insyALLAH kalau ada jodoh aku pasti berjumpa lagi dengan dirinya dan pertemuan itu nanti diharapkan direstui yang Maha Esa..insyALLAH..
p/s ni first time aku try wat cerpen islamik..kalau ada apa2 kekurangan mintak maaf ye..kalau rajin tolonglah komen sikit bolehlah diperbaiki kelemahan yg ada insyALLAH..anyway thanks for reading..
Two months to go lub dub lub dub
5 years ago
0 pengomen:
Post a Comment