assalamualaikum..
baru selesai menelek gambar2 yang berjaya di ambil dari program MSFT (Medical school facilitator team) baru2 ni yang bertempat di MRSM kota putra =)
1st time program dibuat di sekolah yang terpilih sebegitu dan tak dengan bawah kerjasama PPD --> kesimpulannya agak susah..terasa lebih independent tanpa pengawasan dan penjagaan dari PPD agak janggal jadinya..
saya sangat2 suka jadi fasi ^^
perasaan bersama adik2..memberi semangat dan nasihat yang tanpa sedar ternasihat diri sendiri sekali..berkongsi pengalaman..perasaan tu sangat best..taktau nak describe macam mana.. =)
perasaan minat jadi fasi ni bermula stat masa matrik..
gini kisahnya..................
ain sabrina mula2 masuk matrik terasa sangat2 rendah diri..masa tu still dalam zaman kegelapan sebabnya still dalam tempoh adjustment selepas dapat result SPM yang sangat tak best..bila tengok sekeliling di matrik semua result SPM hebat2 je,ain sabrina je result tak berapa nak best..perasaan rendah diri memang tertanam lekat dalam hati..
then masa orientasi saya dikenalkan dengan kak fasi bernama Kak Fana..ingat lagi nama kak tu sampai sekarang..=)
dia yang memberi nasihat dan semangat berulang-ulang kepada kami (group H2P1) pada masa itu..ingat lagi ayat2 dia..
" masuk matrik ni, jangan fikir dah pasal result SPM yang lepas..masuk matrik je adik2 kena bermula dari bawah balik..tak kisah result SPM baik atau buruk, adik2 semua sama je level sekarang..yang berusaha akan berjaya itu kak boleh jamin "
yang betul2 menaikkan kembali semangat Ain yang merundum jatuh sebelum itu..
thanks to her..really grateful to her until now..
dan dari saat itu, ain sabrina ingin sangat2 menjadi seperti Kak Fana, memberi semangat pada adik2 sampaikan dia berjaya ^^ love that feeling..
selepas itu setiap kali ada kesempatan jadi fasi je, ain sabrina akan cuba join..
dari fasi waktu matrik --> ke fasi MSFT (yang ni tak terkira,banyak sangat programnya ) ----> fasi SKSPM ----> fasi untuk sekolah lama
dan the latest fasi di MRSM kota putra yang juga di bawah MSFT..
bawah ni saya selitkan gambar2 yang saya suka yang amat =)
bila telek2 rasa rindu yang teramat pulak pada adik2 baru saya ni ^^
bila dah join banyak program fasi, saya tend untuk menbanding-bandingkan setiap program dan membuat hieraki fasi..walau pergi ke mana program fasi pun, the best fasi program still waktu saya menjadi fasi di matrik..mungkin kerana program itu lebih lama (seminggu) dan lagi satu perbezaan umur yang dekat menjadikan kami rapat sekali waktu itu..perbezaan umur??? sebenarnya takda perbezaan umur pun..^^
saya budak lompat kelas ( ala masa darjah 3 lompat ke darjah 5 -exam PTS yang dah dibubarkan tak lama dahulu) jadi walaupun saya batch tua setahun tapi kalau ikut umur sebenarnya saya sama je umur dengan adik2 fasi (adik2 ka??? hihi) di matrik dulu..sepanjang program fasi tu, diorang duk panggil KAK AIN ja..then on the last day masa tulis kata2 akhir-tulis no fon,email bagai - terbocor rahsia yang saya sama umur dengan diorang..terkejut juga diorang ^^ lawak betul bila fikir balik..terus jadi AIN je last sekali..tapi still ada lagi yang sampai sekarang panggil KAK AIN walaupun dah tahu..
gambar2 dulu masa jadi fasi di matrik - dikorek kembali dari folder2 lama..rindu pulak kenangan tu bila belek2 gambar2 kat bawah ni..
(gambar tak brapa nak cantik sebab guna kamera lama yang memang tak cantik imejnya)
dalam banyak2 program fasi, takdalah program yang menjadi carta tercorot sebabnya semuanya da kelebihan dan kekurangan masing2..
sesuatu program tu watak paling utama sebenarnya adalah fasi..bukannya pengarah, hicom , atau exco2 lain..kerana akhir setiap program setiap ahli sebenarnya akan berkata program tu best ke tak berdasarkan fasinya..kerana sebest mana pun program dirancang kalu fasi tak jalankan dengan baik, program tu akan jadi tak best gak..
jadi watak utama ni mestilah diadun dan diolah sebaik mungkin..sebab itu diadakan kursus sebelum fasi itu dijadikan fasi kerana betapa pentingnya watak utama ini..
dan sebagai watak utama --> ibarat dalam filem ataupun drama,watak utamanya mesti baik..tak banyak cita drama ataupun filem buat watak utama jahat..kalau jahat pun mesti ada sebab kenapa jadi jahat dan akhirnya jadi baik..
oleh itu, saya sangat berpendapat fasi itu perlu jadi baik..
definisi baik bagi saya --> perlulah kamceng dengan peserta, sentiasa bersoal jawab dengan peserta,give good response to them...
bagi saya sangat2 tak perlu fasi menjadi garang..pa point nak marah2 bagai..adik2 fasi semuanya dah besar panjang..pasal nak kena marah+berleter ni, di rumah atau di sekolah mereka sendiri mereka dah penat dimarahi dan dileteri so what point si kakak atau abang fasi ni nak tambah watak sampingan itu dalam hidup mereka..
kita dah memang watak sampingan dalam hidup mereka..kita just jumpa diorang dalam 2-3 hari then hilang camtu ja (kalau tak bercontact dah la) then takkan nak biar watak sampingan kita ni just jadi lipatan kisah dalam hidup mereka yang mereka tak ingin nak ingat pun..
ok mungkin ada yang backing katanya nak ajar budak2 ni nak disiplin..
ok nak ajar disiplin ye..itulah peranan exco disiplin..kalau semua fasi nak jadi garang, tak perlulah diadakan exco disiplin..biar semua fasi je jadi exco disiplin..kan senang, jimat orang..tak perlu ramai2 =)
ok cuba kita imbas balik pa point FASILITATOR ni..fasilitator diambil dari perkataan facilitate-memudahkan..nama pun memudahkan sepatutnya kita memudahkan la..right???
memandangkan jarak umur fasi dengan peserta nya selalunya tak jauh beza..kita perlu ambik kesempatan itu untuk rapat dengan diorang walaupun kita juga berprogram for 2-3 days only..percaya atau tidak dalam masa singkat ini hubungan itu boleh menjangkau lebih dari itu..saya pernah ada pengalaman just jumpa adik itu for 2-3 days --> rapat sangat sampaikan dia boleh cita masalah keluarganya pada saya..benda ni guru kaunselor pun takleh nak buat..itu kelebihan fasi if dia ikut prisip fasi itu sendiri that is MEMUDAHKAN..
WE FACILITATOR-WE FACILITATE-BE GOOD TO THEM-RESPECT THEM,THEY WILL RESPECT US..itu je formulanya..
ok ain sabrina berleter panjang2..
point sebenarnya yang dia nak cakap : fasi harus jadi watak baik itu !!
Two months to go lub dub lub dub
5 years ago
0 pengomen:
Post a Comment