begitulah alkisahnya..aku kembali menjadi seorang fasi..but not a fasi at kmpp but at new place that aku tak pernah tahu pn tempat tu sebelum ni..
ok diringkaskan cerita aku jadi fasi kat pejabat pendidikan daerah(ppd) kelate..fasi tuk kem kecemerlangan skor A murid bestari pmr negeri kelantan..kiranya aku jaga bebudak form 3 la...kem tu dari 17-21 ogos tp aku jadi fasi sehari jah iatu pd 21 ogos..best la gak..program ni adalah usahama PPD ngan MSFT(medical student fasilitator team...
ada 24 fasi semua..budak2 nya lak ada 200 org pelajar2 terpilih cemerlang dari lebih kurang 13 sekolah kat kelate ni kalu tak salah aku la..kiranya lebih kurang 1 fasi dapat 10 org adik angkat la...
aktivitinya ringkas jah sbb sehari ja kan..
mula2 cam besa ada ice breaking..kenal2 la adik2 aku tuh..tapi ada 8 org je yang hadir hari tu..4 org laki 4 org perempuan..ok la budak2 tu..boleh kerjasama walaupun ada gak yg pendiam besa la tu bukan semua org jenis mesra..bila kenal2 ada la 4 org adik2 tu bercita2 nak jadi doktor..kiranya jd cam role model la kjap..banyak gak diorang tanya info kat aku pasal medic nih..cita2 yang paling aku rasa pelik adalah cita2 sorang budak ni..cita2 dia adalah nak jadi TTS..aku pn tanya la pa tu TTS..dia jawab TENTERA TANPA SENJATA..aku pn tanya la macamana tentera nak berlawan tanpa senjata..dia jawab dengan yakinnya guna la taekwando..jawapan selamba dia tu buat aku terkejut nak tergelak pn ada gak..tapi takda la gelak..as a fasi I have to support him although cita2 dia tu memang childish sesangat..tapi dia nampak gak berminat ngan medic..tah la..bebudak besa la masih tercari-cari lagi cita2 yang betul dan kena ngan diri dia..masa aku form 3 dulu pn aku masih lagi teragak-agak lagi nak jadi apa..memang la bila orang tanya dengan yakinnya aku jawab nak jadi doctor..tapi sebenarnya dalam hati aku sendiri masih tertanya-tanya boleh ke..aku siap dah plan kerjaya lain jika ditakdirkan aku tak leh nak ambik medic..alhamdulilah here i'm as a medical student but still masa depan masih tidakku ketahui berjaya atau tidak aku menjadi seorang doktor..insyALLAH BERJAYA..
Berbalik kepada kisah kem..lepas kenal2 kami main satu game nama 'tali ajaib'..tah camna la aku boleh lupa penyelesain kepada game 'tali ajaib' tu..sian bebudak tu..kalut gak la aku waktu tu..camna la aku boleh lupa..betul kata dr. mahathir 'melayu memang mudah lupa' hehehehe
lepas tu ada 'issue based learning'..masa ni bebudak tu diberi isu and diorang kena bincng sesama diorang..cari isi ngan huraian sekali..ni cam nak train diorang tuk buat karangan..lepas tu,isi2 tu digabungkan dalam group besar untuk dibuat pembentangan..pembentangan tu berdasarkan kreativiti diorang la sama ada nak wat puisi,lakonan or anything la yang dapat difikirkan..persembahan diorang boleh tahanla..boleh la jika nak difikirkan diorang hanya diberi masa sejam untuk bincang dan berlatih..boleh dikatakan diorang agak kreatif la..yang paling diingat adalah sorang budak tiru gaya karam singh walia..cute tul..
lepas persembahan diorng rehat la..time for makan ngan solat zuhur..tapi sebelum sempat aku kuar bebudak tu mintak autograf ngan biodata aku..tiba2 terasa cam artis lak hehehe ramai jugak peminat aku hehehe takdala diorang tu cam rasa admire je sbb aku kakak and 1 more think bcoz ada title budak medic tu..budak2 tu cam rasa respect sesangat jah..lepas tu baru makan tengahari..makan mewah tul dah la makan 3 kali..lepas tu makan dilayan cam vip jah..memang best la..hehehe
lepas makan ngan solat zohor abis dah slot kami ngan bebudak tu..kjap je la aku bermesra ngan adik2 angkat tu :-)
lepas tu ada slot ngan dr saiful..dr saiful bg talk kat bebudak tu..lepas tu ada majlis penutup kem tu..masa tu aku dapatla cenderahati,sijil dan macam 2 lagi..memang mewah la..
petang tu kami makan mee kari..sedapla jugak..walaupun sebenarnya mee kari png lagi sedap..mee kari kat cni bersantan jika dicompare mee kari png dia berempah ckit..
tapi program ni mmg mewah la..dan rasa kami msft dihargai sangat..cam direspect sangat mgkin sbb tittle bdk medic kot..tah la..anyway,thanks ppd..
Two months to go lub dub lub dub
5 years ago
0 pengomen:
Post a Comment