Assalamualaikum ,
cuba mengulas buku kembali. ^___^
Tajuk Buku : Bulan di Atas Champs Elysees
Penulis : Eva Hana
Penerbit : Jemari Seni
Mukasurat : 305 m/s
Harga:RM17 (SM)/ RM20 (SS)
Ulasan AinSabrina :
Di muka depan novel ini ditulis : "Sebuah kisah benar yang harus dibaca !" dan juga di awal mukasurat sudah ditulis peringatan bahawa buku ini " Tidak bertujuan memberi apa-apa emosi yang berbentuk negatif serta provokasi berkenaan bangsa , agama atau negara ". Dengan itu , sudah dapat digambarkan serba sedikit kisahnya. Sila baca novel ini dengan hati yang terbuka dan untuk mengambil pengajaran.
Kisah Eva , wanita berkerjaya yang sudah cukup segalanya namun merasa tidak puas. Dia ingin melawan "kebosanan" , dia inginkan cabaran. Lalu , dia berkeputusan ingin belajar bahasa perancis di negara itu sendiri. Untuk itu , dia terus saja menaip di laman web " Looking for a friend who can help to advise me about going to study in France " dan balasan diterima oleh seorang jejaka Perancis - Jean Paul.
Dan di situ bermula kisah Eva-Jean Paul. Kerana Jean Paul , Eva makin tekad untuk ke Perancis. Dia berhenti kerja , menjual keretanya dan dengan duit yang ada itu dia ke Perancis.
Kemudian bermulalah kehidupan Eva di Perancis. Negara itu terbuka tentang segalanya namun tidak tentang Islam.Dan kebanyakkan kenalan Eva di Perancis agak terbuka sebenarnya namun tidak pada Jean Paul dan ibunya. Dalam pertengkaran , percintaan mereka masih berjalan sehinggalah ke titik perkahwinan.Dan dengan perkahwinan , baru segalanya tampak lagi sukar.
Komen AinSabrina :
Mengetahui buku ini adalah 80% daripadanya adalah berdasarkan kisah benar buat saya rasa sesak. Ya Allah , ramaikah 'Eva' di luar sana?
Eva , sekuat mana pun dia , dia masih seorang wanita. Ya,
wanita yang hatinya lemah , mudah dipujuk dengan rasa cinta. Bercinta dengan orang negara lain , itu suatu cabaran tetapi yang lebih memeritkan bercinta dengan orang yang tidak sefahaman dalam agama. Malah orang itu seakan lansung tidak boleh menerima dan mahu memahami agama Eva. Malah beberapa kali orang itu cuba mengajar Eva 'memeluk' agamanya. Itu memang berat !!
Sepanjang membaca , saya rasa takut. Eva , tolong jangan hanyut jauh !! Banyak kali Eva seakan mengalah. Namun, Alhamdulilah , masih ada titik-titik Islam dalam hatinya.
1 pengomen:
kene beli ni.. btw, saya memang suka karya jemari seni.. buku2 keluaran JS selalunya best dan ada moral disebaliknya
Post a Comment