Monday, August 6, 2012

Baju Melayu Hijau Serindit



Assalamualaikum


Tajuk Buku : Baju Melayu Hijau Serindit
Penulis: Syud
Terbitan Jemari Seni
430 mukasurat




Buku ini terus saya bagi 5 bintang. ^__^

Covernya yang cantik menarik dan tertarik sampaikan masa saya baca buku ini di kampung , sepupu saya asyik puji saja. " Ain , cantiknya cover buku ni !!" Dan , of course saya bersetuju. Dan ternyata isi dalamnya pun 'cantik'.

Dari awal , saya dah jatuh cinta pada watak Pacai. Adeh , macam saya pulak ye watak utama ^__^ . Pacai dan Wardah asyik bertemu sahaja. Macam ada jodoh !! Namun bertemu banyak kali pun , masing-masing tak tahu nama masing-masing . Wardah mengelarkan Pacai - Shrek sebab baju melayu hijaunya yang menyerlah itu manakala Pacai memberi gelaran Dorothy pada Wardah kerana kasut tinggi merah Wardah. Dah tak tahu nama gelaran pun ok ja ^__^

Dan akhirnya semasa pertemuan mereka di kenduri , Pacai memberanikan diri menegur Wardah. Dah tahu nama namun Encik Firas @ Pacai ni lupa tanya nombor telefon pulak *adoyai* , masa ni aku yang menbaca pun ada terfikir - " Eh , Pacai lupa tanya nombor telefon " ;)

Namun dengan usaha yang lebih sedikit , dia dapat juga contact Wardah. Wardah terus ajak berjumpa. Lagi gembira la Encik Firas sorang ni !! Rupanya ada pertolongan yang Wardah perlukan dari Pacai. Minta tolong jadi 'calon' untuk dia tunjukkan pada umi.

Wardah memang suka Ilham , lelaki pilihan umi namun dia tahu Ilham tak macam tu. Jadi untuk selamatkan diri Ilham , dia rela undur diri dengan bantuan Pacai.

and the story goes on. Tak boleh bercerita panjang , nanti dah spoil la kan ^___^

 ..............................

Pacai dan Ilham. Dua-dua calon yang baik. Tetapi watak Ilham itu seakan watak " atas langit " untuk Wardah , maksudnya susah digapai , cukuplah hanya meminati dari jauh. Watak Pacai , ternyata gelagat selambanya - boleh buat Wardah terus " fall in love" namun gelagatnya yang selamba itulah buat Wardah susah nak percaya yang Pacai juga sudah " fall in love' dengan dia.

Dan gelagat diorang dua ni boleh buat kita tersenyum dari awal hingga akhir. Sweet in normal dose !!

Juga ada watak Adil-Aulia dari Novel Teja Aulia - saya tak baca lagi , jadi kena beli la lepas ni !!


* banyak betul smile untuk ulasan buku ni *

0 pengomen:


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails