Assalamualaikum ,
Hari ini hari gembira saya ^________^
firstly , I got a package from Jemari Seni !! Ingat tak saya pernah menang hadiah cabaran 50 buku ?
Tak ingat. Takpa , ini detailnya - boleh klik sini dan sini . Dan untuk itu , saya dapat baucar buku dari Jemari Seni sebanyak RM100. Dah lapuk dah pun sebenarnya , mana tidaknya pemenang yang lain semua dah claim hadiah , saya sahaja yang tak claim lagi sampaikan Kak Wan , tuan blog ulat-buku hampir lupa.
Yang masih berbalut |
6 books with extra of one ^__^ |
Ini list buku yang saya beli ,
dan saya dapat hadiah satu buku free dari Jemari Seni !! suka !! Dapat buku ni :
Tengah baca buku ni la , baru baca 10% , macam best. Nanti kalau ada kesempatan saya ulas ye ^__^
Second thing yang buat saya happy , 1st time saya pergi buat facial treatment tadi *wink-wink* Facial treatment ini adalah dari list perkara-perkara yang saya nak buat masa cuti ni. Just planning , tak sangka menjadi.
gambar cilok dari encik google |
1st time !! Tak sangka Facial treatment ni sakit hoho Sangka saya facial treatment ni just urut-urut dan letak cream dekat muka macam tu ja hoho memang takda ilmu lansung pasal facial treatment ni. Rupa-rupanya , dia ada tekan-tekan , tekan white-spot , blackhead dan jerawat !! hoho Ye la , nak bersihkan muka , jadi dia kena la tekan-tekan , nak keluarkan benda kotor dari muka kita. Masa dia tekan-tekan dan sakit tu , dalam hati saya - " Serik dah , tak nak pergi dah" hihi Tetapi bila tengok effectnya rasa macam nak kena pergi lagi. Kata orang yang buat facial treatment pada saya tu , dia cakap sebaik-baiknya buat facial treatment ini once in 2 weeks. Dan lepas tengok effectnya terus berazam nak pergi lagi !!
Yang tempat saya buat itu , harganya boleh tahan. Tadi yang 1st treatment itu , mama saya yang belanja. Kata dia , " Takpa la, tak kerja lagi , mama belanja. Lepas ni , kena guna duit sendiri la ". Saya sengih je la.
Harganya : yang pakej biasa , just cuci : RM45. Yang saya buat itu memang pakej untuk hilangkan jerawat dan spot2 macam ini , itu RM65. Mama saya pun buat facial treatment - dia punya pakej untuk wanita yang dah agak berusia , pakej itu ada letak collagen. Itu harganya : RM65 juga.
Boleh tahan kan harganya ^__^ . Tempatnya dekat dengan kawasan rumah saya iaitu di Jawi. Di rumah kedai berdekatan dengan Econsave Jawi. *dah macam promoter la pulak*
ok the third thing yang buat saya happy adalah encik ketam !!
gambar cilok dari encik google |
Tadi buka puasa , saya makan ketam. hihi itu ja. Saya ni memang peminat tegar ketam. Kata Mama , masa dia mengandungkan saya dulu , dia asyik mengidam ketam sampaikan Abah kena beli tiap-tiap hari untuk dia. Mungkin sebab itu kot , saya suka sangat Encik Ketam ni. Dah lama tak makan ketam , dapat ketam , memang heaven la ^___^
0 pengomen:
Post a Comment