Thursday, July 26, 2012

My budget travel - 10 days as Korean

Assalamualaikum ,


seminggu selepas keluar result hari tu , saya ke Sabah *best !!* dan jumpa kawan baru - cik Faizah ( or should I called u Kak Faizah hihi ) dan post ini untuk dia dan juga pada yang lain yang pernah minta pada saya dulu,
MAAF lewat !!

My budget travel - 10 days as Korean

list perbelanjaan :

Benda 1st yang paling penting :- Tiket Flight pergi-balik Korea , yang saya dapat - around RM 1,000 pergi-balik.
camna nak dapat murah?
kena la selalu jenguk website AirAsia,
takpun register ja sebagai member and sentiasa update dengan newsletter dari AirAsia ,
* macam promoter AirAsia pulak - ye la Now Everybody can Fly kan ^_^ *
Tapi diingatkan kalau yang murah sangat kemungkinan trip tu masa Summer ,
yang saya dapat tu akhir musim bunga , nak masuk Summer.
So sempat tengok bunga !
 for more details of Korea's four seasons - klik sini

then - tempat tinggal ,
untuk tempat tinggal, kami stay di Hostel Korea ,
tempatnya strategik , just boleh jalan dari Sinseol-dong Subway Station.
sesuai untuk backpackers yang memang depend dengan subway untuk berjalan.
service lain - ada dapur , so boleh masak-masak ,
memandangkan di Korea , susah nak dapat makanan halal ,
jadi lebih baik memasak sendiri ,
Hostel Korea ni ada bagi beras percuma , so just bawa bahan-bahan untuk lauk saja la ,
bawa yang mudah sahaja - makanan dalam tin.
dan Hostel Korea ni jugak ada bagi breakfast free !
itupun roti dengan kaya sahaja *jgn expect nak dapat nasi lemak pulak eh kat situ hihi*
selain itu , ada washer machine , so untuk kita yang jalan lama , memang berguna la ,
macam saya memang guna sehabis baik ^_^ 
dan ada 2 komputer dengan internet yang boleh digunakan ,
gunakan secara bergilir dengan customer yang lain,
kami selalu gunakan waktu pagi memandangkan customer yang lain selalunya bangun lewat.
untuk room rate - kami book agak lewat so kami dapat bilik tanpa toilet ,
toilet di luar , so kena share dengan customer lain ,
agak susah la pasal aurat ,
tapi tak perlu tunggu lama pun sebab macam saya cakap tadi customer lain selalunya bangun lewat.
dan untuk bilik double without toilet - kami dapat 30,000Won/person
untuk roomrate yang lain - boleh klik sini
sebenarnya , kebanyakkan guesthouse ada facilities yang lebih kurang sama ,
ada dapur , washer machine , internet , dekat dengan subway ,
dengan harga pun yang lebih kurang sama,
jadi kena banyak survey la.
untuk few other guesthouse yang boleh korang survey, boleh klik sini


kemudian budget untuk jalan-jalan pula ,

untuk yang memang akan depend dengan subway ,
saya sarankan untuk beli T-money card ,
Apa itu T- money card ?
kad ini macam kad touch n go yang boleh digunakan untuk subway , untuk bas.
Kenapa kena guna?
- lagi mudah
- ada diskaun bila guna kad ni.
Mana nak beli? 
Ada dijual di kedai-kedai kecil di subway dan bila nak topout kad , boleh dibuat di mesin-mesin yang tersedia di subway.
more about T-money card boleh klik sini  . 

Place to go + prices :

1st day
Kami pergi Nami Island . Nami Island ni agak jauh dari Seoul , jadi ada banyak cara untuk ke sana.
Untuk mudah , kami pergi dengan bas terus sampai di depan admission ke Nami Island.
so for Round Trip bus + Ferry + Admission ticket : 21 ,000Won
for more details : boleh klik sini dan sini .
then , kami pergi Lotte World.
Kami pergi yang pukul 7malam-12malam : 16 ,000Won
untuk Lotte World , tiketnya banyak pakej ,
ada yang tiket dari pagi , ada tiket from 4pm , ada tiket from 7pm - of course dengan harga yang berbeza.
for more details : boleh klik sini dan sini .

2nd day
Shopping day
Kami pergi Namdaemeun , Dondameun dan Myeongdong sahaja.
Semua tempat shopping , so habis duit shopping je la ^____^
Saya hanya shopping di Namdaemeun saja.
itupun habis 100,000Won.
di Namdaemeun juga kami dapat makan kebab yang sedap !!
ada macam-macam jenis kebab : yang saya beli harganya 4,000Won.

3rd day
Kami ke Changdeuk Palace.
untuk admission : 3,000Won
untuk masuk Secret Garden ( palace's garden) : 5,000 won
for more details : boleh klik sini dan sini .
then kami pergi ke Namsangol Hanok Village,
tempat ni takda admission fee , tapi kalau nak experience cultural activities baru kena bayar.
macam saya , saya try hanbok : 3 , 000Won
dan belajar main alat muzik korea : 3,000Won
More details : boleh klik sini dan sini
then kami pergi Namsan Tower ,
kos untuk Namsan Tower :
Cable Car (one-way) : 6,000Won
Cable Car (two-way) : 7,500Won
Kami pilih one-way sebabnya kami nak balik dengan bas , nak experience dua-dua.
di Namsan Tower , kami masuk Teddy Bear Museum : 8,000Won.
For more details : boleh klik sini

4th day
perjalanan kami hari ke-4 agak panjang. *penat*
dari Insadong --> Itaewon --> MBC ---> 63 Building --> Hangang Cruise
Insadong adalah satu lagi tempat shopping , so habis shopping je la ,
kos shopping saya di Insadong : around 60,000Won
for more details of Insadong : boleh klik sini
Itaewon pun adalah satu lagi shopping site dan yang istimewanya tempat ini ada masjid dan banyak makanan halal. Bahagia kami jumpa nasi hari tu.
Makan Nasi Beriani (itu saja choice yang ada - toksah mimpi nak dapat nasi campur ye kat sini ^_^)
kosnya : 16,000Won - mahal kan? So memang kena memasak sendiri !!
For more details : boleh klik sini
MBC --> 63 Building --> Hangang Cruise :- semua ni hanya jalan-jalan sahaja , so takda duit dikeluarkan.
Details pasal jalan-jalan kami ni : boleh klik sini 

5th day
Deoksugung palace : 1,000Won
Kimchi Museum : 3,000Won - boleh rasa Kimchi kat sini !!
for more details : boleh klik sini 
then Hangang Cruise : 15 ,000Won
for more details : boleh klik sini

6th day
ni adalah last day kami di Seoul , so kami plan nak shopping ja.
Kami ulang balik pergi ke Namdaemeun dan Insadong.
dan saya habis another 100,000Won untuk shopping ^____^

then the next 3 days , kami di Jeju.
untuk Jeju - kami guna pakej memandangkan di Jeju takda subway , nak drive sendiri di negara orang , tak berapa nak confident.
Dari Guesthouse ke Gimpo Airport , kami ambil teksi airport so mahal sikit. Malas nak naik subway memandangkan beg dah berat dengan barang shopping hihi
so the cost will be : 35 ,000Won : 13,000Won/person
Di Jeju: Kami ambil pakej ini : Jeju Eco Olle Tour
Kami pergi bukan waktu peak hours : so the package will be 250,000Won/person.
harga ini tak termasuk harga flight. 
Kalau anda nak ambil pakej ini , boleh mintak tolong dia belikan sekali tiket flight , just give the details.
Dan kos yang kami kena bayar untuk tour ni termasuk dengan harga flight : around 400,000Won.
Dan bila dalam tour , yang mudahnya tak perlu lagi kita nak fikir pasal makanan. Apa-apa pun remind tour guide kita yang kita muslim dan lebih mudah jika kita katakan kita tak boleh makan sebarang daging termasuk ayam - just seafood and vege food only. 
dan untuk shopping di Jeju : saya guna around 25,000Won
dan kos akhir yang saya guna di Jeju adalah transport dari Hotel to Jeju Airport : 12,000Won
That's all !!


ok di bawah ni saya simplifykan perbelanjaaan saya : 

Tiket Flight pergi-balik : RM 1,000
Guesthouse :  30,000Won/day x 6days : 180,000Won
T-money card + reload : 7,500Won
Jalan-jalan
Nami Island : 21 ,000Won
Lotte World : 16,000Won
Changdeuk Palace : 3,000Won + 5,000Won
Namsangol Hanok Village : 3,000Won + 3,000Won
Namsan Tower : Cabel car - 6,000Won + Teddy bear museum - 8,000Won
Deoksugung Palace : 1,000Won
Kimchi Museum : 3,000Won
Hangang Cruise : 15,000Won
Shopping : 260,000Won
Makanan : 30 ,000 Won
Jeju
Transport Guesthouse - Gimpo airport : 13,000Won
Tour Package : 360,000Won
Shopping : 25,000Won
Transport Hotel - Jeju airport : 12,000Won

= RM 1,000 + 971,500Won
= RM 1,000 + RM 2,914.50
= RM 3,914.50

Budget ni variable berdasarkan kadar shopping dan makanan.

kalau budget only in Seoul tolak kos flight : lebih kurang RM1,500 ja (ni utk saya yang kedekut nak shopping ya) , boleh la budget around RM 1,500 -2,000.
So Kalau jalan-jalan di Seoul without Jeju memang agak murah , tetapi dah ada chance ke Korea, baik ke Jeju terus kan ^___^
Nasihat saya : Jeju ni kalau tak ikut tour lagi best dan murah sebenarnya , boleh kurang sangat2..mana tidaknya 3 hari jeju lebih mahal compare dengan 7 hari di Seoul bila kita ikut tour ni. Tetapi pasti la ada Pros and Cons kan.Apa-apa pun survey cukup-cukup dulu sebelum travel ke mana-mana.


That's all !!
Hopefully membantu ^___^

other budget itinerary
7 Days Seoul Budget 
10 Days Seoul Budget


other website yang mungkin membantu :

Budget Travel to Korea
KTO website

need tourist guide : can click here






14 pengomen:

byazrizainal

Assalammualaikum. Hostel yg awak dudok ni kat mana?

byazrizainal

Assalammualaikum. Name hostel yg awak dudok tu ape? :)

Mirae

boleh bg sy email add awak tak..sy nak tanya lebih lanjut tentang korea trip ni..tq

a.s.m.a

@Azri Zainal

HOSTEL KOREA namnya

Ijai

Package ni macam menarik... saya dan family dan member2 opis macam teruja nak pergi sana ni...boleh tak emailkan kat saya package ni dengan sapa secepat mungkin, sebab kami ni nak pergi dlm bulan april...macamana saya nak contact...apa2 hal ini email saya.

kartinaa@malaysiaairlines.com

23

Salam, sy nak tanya yg T Money card tu beli 1 bole share ramai2 atau sorg 1 kena ada?

a.s.m.a

@23

t-money card ni macam touch n go..bila dah masuk , lepas tu kna keluar..maksudnya mmg sorang 1 kad la, xleh share2..

Aina Haziqah

menarik :)
boleh bagi cadangan season yg sesuai untuk melawat korea?
hihihi
and tempat nak rasa makanan korea yg halal :)

23

i see. okok. so, kalau kita da topup, nak balik nanti ada balance lg dlm Tmoney tu mcm mana? bole amek blk ke burn je?

n.a.s.u.h.a

assalam nak tnya..
dkt seoul tu sis stay kt hotel mn ye?
nk ke korea bulan depan..still mencari hotel yg strategik nk stay..thanks..! =)

Unknown

nak tanya utk pegi pulau nami tu tiket bas tu bayar masa nak naik ke kn buat tempahan awal..kalu tempahan awal nak dapatkan kat mana?

Unknown

salam..nak tanya pasal bas g nami..
tiket kn buat tempahan dulu ke bayar masa nak naik?kalu kn tempahan ..nak tempah kt mn?

hana

Assalammualaikum..saya nak tanya pake di jeju..saya bercadang nak ambil pakej jeju dengan jejueco..boleh dapatkan advise dari awak x..macam mane service die org..ok x..

hana

Assalammualaikam..saya bercadang nak ambil pakej dengan jeju eco..boleh x advise macam mane service die org..ok x..


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails