Tuesday, July 31, 2012

Pilihan antara kebenaran , penipuan dan rahsia.



Assalamualaikum

Antara Kebenaran yang menyakitkan , Penipuan yang menyenangkan dan Biarlah rahsia , yang mana ada pilih ?


Adakah anda sanggup mendengar kebenaran yang pedih? atau anda sanggup ditipu daripada sakit mendengar? atau anda sanggup rahsia itu disimpan hingga anda mati?


Telinga kita. Kadang-kadang kita sendiri tak tahu apa yang kita nak dengar.

Dulu , aku percaya kalau kebenaran itu menyakitkan , lebih baik dipendam sahaja. Jika ia sakit , biarlah aku tak mahu tahu.

Ya , aku lupa satu hakikat. Kebenaran walau disimpan , ditanam dalam pasti akan terbongkar juga. Hanya masa yang menentukan sama ada cepat atau lambat. Dan sama ada kebenaran itu sampai dari empunya badan atau dari mulut orang lain.

Dan aku bagaikan tersedar dari lena yang panjang apabila ia benar-benar terjadi . Aku jadi bisu. Sebenarnya lagi pedih mendengar kebenaran itu daripada mulut orang lain , lebih baik kebenaran itu didengar dari empunya badan lebih-lebih lagi kalau empunya badan itu kawan rapat kita. Khabar didengar dari orang jauh sedangkan khabar itu mengenai kawan rapat kita. Hinggakan diri tertanya - kenapa perlu dirahsia benda sepenting itu? Terkedu , tidak tahu respon apa boleh diberi.

Tetapi , aku bersangka baik. Pasti ada alasan. Mungkin dia cuba menjaga hati aku , sahabatnya. Namun , dia tidak tahu , aku lagi terluka apabila mendengarnya dari orang lain. Berhari-hari aku berfikir. Sampaikan aku rasa aku seperti tiada kawan. Apabila semua kawanku adalah juga kawannya , rahsia itu semua orang ketahui , hanya aku seperti orang bodoh. Ya , itu yang aku rasa. Aku rasa bodoh.

Dan , untuk dia , jangan risau. Saya masih bersangka baik dan menanti rahsia pentingmu itu keluar dari mulut kamu sendiri. Mungkin kelebihannya , aku sudah tidak terkejut dengan rahsia pentingmu , dan aku boleh sama-sama ketawa denganmu. Ya , mungkin.


Simpan ketat-ketat rahsia itu jika tidak mahu diketahui orang.

0 pengomen:


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails