walaupun dah lewat malam , rasa nak menaip jugak ,
lepas gian ? *senyum*
hidup ini penuh dengan soalan tanpa jawapan ,
bila ditimpa masalah ,
di sudut hati ada persoalan yang muncul ,
soalan yang sama namun masih tiada jawapan ,
Kenapa ini yang berlaku ?
Kenapa aku ?
walau kau jerit ke langit mahupun ke laut luas ,
masih tiada siapa yang membalas dengan jawapan.
ada yang mencelah , namun masih tiada jawapan .
mencelah dengan nasihat ,
namun 'yang memandang' tak mampu merasa 'yang memikul'.
lalu 'yang memikul' merasakan 'yang memandang' tak memahami ,
lalu nasihat itu dihirau tanpa didengar.
itulah manusia !
itu juga aku si penulis !
namun kata-kata penulis ini buat aku terkesima ,
katanya mudah -
Kesusahan itu mendidik kita meminta-minta demi mengeratkan hubungan antara tuhan dan hambaNya .
Jadi mahukah kita si manusia menolak kesusahan itu sedangkan ia merapatkan lagi kita dengan DIA ,
Bila sesuatu kesusahan menimpa , kita reda' dengannya,
Reda tidak maksud hanya diam tanpa usaha ,
Ya , kita menyerah tapi dengan usaha ,
usaha dengan berdoa padaNYA ,
lagi dekat padaNYA ,
dan insyALLAH dia akan gantikan penat lelah kita menghadapi kesusahan itu dengan episod yang lebih baik mahupun pahala yang berlipat ganda mahupun yang lebih baik iaitu hadiah pengakhiran yang baik di sana kelak !!
Ya , berkata itu mudah ,
melaksanakan itu sukar.
Namun saya pasti -
Setiap kesusahan , permulaan untuk menerimanya pasti sukar ,
namun usaha doa dan reda kita ,
semuanya pasti akan tampak senang !
Jom doa !! |
1 pengomen:
bila kita redha, Allah akan gantikan dengan sesuatu yg kita tak jangkakan.. :-)
Post a Comment