Assalamualaikum ,
Hari ini wall facebook saya dipenuhi dengan ucapan tahniah
dan kesyukuran. Kawan-kawan saya dental student baru dapat result mereka hari
ini.
Alhamdulilah , alhamdulilah , alhamdulilah semuanya lulus.
Namun ada 12 orang yang tak berkesempatan utk ambil final exam atas sebab-sebab
tertentu , insyALLAH kawan , gunakan peluang tempoh 6 bulan ini utk lebih
berjaya ! (^_^)
Hari ini hari bahagia mereka. Ya , hari keluar result dan
mendengar nama dipanggil , seakan dunia masa itu anda yang punya (>_<)
Cara result kami diumumkan adalah dengan nama seorang demi
seorang dipanggil dekan. Memang cuak yang amat menunggu nama dipanggil satu per
satu. Dan di saat ini lah baru saya bersyukur nama saya bermula dengan abjad A
, takda la lama sangat nak menunggu. Selepas dengar nama sendiri dipanggil ,
baru boleh senang hati mendengar nama kawan lain pulak kan ^_^
saat nama dipanggil satu persatu |
pagi tadi sempat telefon kawan baik saya
" Assalamualaikum , Doktor Azizah ada? ", saja wat permulaan ayat sebelum ucap tahniah =)
sempat pulak dia berseloroh jugak " Takda , Doktor Azizah MC ".
Dan kami sama-sama ketawa. Ahh rindu !!
Kami ber4. 2 more doctors to go. Korang boleh !! |
Dia antara kawan pertama saya di dewan kuliah. Kami berkongsi kuliah , pelajar medic dan dental selama 3 tahun , dari 1st year ke 3rd year. Duduk sebelah menyebelah.Dia budak pintar, selalu ponteng kuliah tapi alih-alih result dia lagi gempak dari saya yang menapak ke dewan kuliah setiap hari.Adus , terlebih bercerita pulak. Inilah penangan rindu , dari nak menaip pendek terjadi panjang pulak. hihi
Alhamdulilah , Alhamdulilah – at last our 5 years of
survival end with flying colours !
Selepas ini nak tempuh another survival pulak , dan
insyALLAH terus doakan kejayaan kita bersama !!
Kenangan 5 tahun kita bersama , itu memori berharga ! Rindu
!
0 pengomen:
Post a Comment