Tuesday, July 31, 2012

6th day as Korean : Palace @ Goong # 2



Assalamualaikum ,

sambungan kisah trip saya di Korea *ok dah berkurun sangat*


Hari ke-6 , kami ke Goong @ Palace lagi. Macam saya ada post di sini dulu , di sana ada banyak palace sebenarnya tetapi kami pergi 2 palace sahaja.

Saya pilih Changdeok Palace sebab dia ada Secret Garden yang sangat cantik dan luas *sampai penat berjalan* . Nak tahu lebih boleh , boleh baca post saya dulu.

Dan kali ini kami ke Deoksu Palace , satu lagi palace yang besar.

Yang menarik mengenai Deoksu Palace adalah , di Palace ni ada beberapa event.

Ada event " Changing of the Royal Guard " - event di mana diorang replikasikan event yang pernah ada masa zaman Joseon Dynasty. Jadi kita boleh tengok tentera-tentera istana berkawat di depan istana.

Ni ada beberapa gambar dan video yang saya sempat rakam.














Juga kami sempat bergambar dengan ' tentera-tentera istana ' .



Kami berpakaian hanbok !! Tak puas bergambar dengan hanbok di Namsangol Hanok Village , bergambar di sini pulak. Yang bestnya di sini memakai Hanbok adalah percuma !! Tetapi ada had masa , tetapi bagi saya masa itu lebih daripada cukup. Berapa lama la pun kita nak bergambar kan?




 untuk event " Changing of Royal Guard " ada masa yang ditetapkan. Yang kami tengok itu masa pukul 11.00 pagi. Ada lagi event itu pada pukul 2.00 dan 3.30 petang.
Sebenarnya kami tak tahu pun pasal event ini, tetapi rezeki kami , keluar saja dari subway terus nampak ada event ni. ^_^

Dalam Palace ni sama sahaja macam dalam palace lain. Bangunan-bangunan istana lebih kurang sama. Jadi kami tak ambil masa lama pun di dalam istana.

Modern clashed with traditional

Museum of Art - on construction during our visit




Keluar sahaja dari istana *bunyi macam kerabat diraja pulak ^_^ *  , berhadapan dengan istana itu ada dataran *tak pasti nama dataran* , kebetulan ada event di situ , jadi kami pun pergi tengok-tengok kejap.


Fountain ;)



Full with flowers ^_^



ada persembahan - tak kenal pun hoho


that's all , then kita orang pergi tempat lain pulak. Ke Kimchi Museum . Itu sambungannya nanti ye =)


8 pengomen:

Mariam Musa

best nya pergi korea..:)
thefunnjoy.blogspot.com

Mirae

korang pi sana hari tu ikut agent ke jln sendiri? boleh tak bg email add awak..tq ;)

a.s.m.a

@Mirae

kami jalan2 sendiri ja..tak guna agent pun..agak mudah sbnarnya sbbnya transport diorg bagus..
ni email saya - meainsabrina@gmail.com , tapi saya jarang bukak email , cba add kat FB la , tapi mesej dulu ye , kalau x saya tak approve pulak sbb saya memilih sikit kalau bab add kwn di FB..

hayden

salam,boleh x bg detail nk pg ke jeju island..if possible,xnak gune travel agent,nk backpack je..thanks

nadia

As salam ain.. best baca pasal korea ni.. smngt akak nk pegi ;-) kalo bole nk minta email @ fb.. senang nk tanya apa2.. rncg nak pegi tp sorang je.. mcm risau pon ada huhuhu...

nadia

As salam ain.. best akak bc cita ain pasal korea. Smngt akak nk pegi.. tp kn pegi sorang huhu.. bole minta email @ fb @ apa2 yg senang nk cntct tak? Mcm2 nk tahu ni.. tq ye..

nadia

As salam ain.. best akak bc cita ain pasal korea. Smngt akak nk pegi.. tp kn pegi sorang huhu.. bole minta email @ fb @ apa2 yg senang nk cntct tak? Mcm2 nk tahu ni.. tq ye..

nadia

As salam ain.. best baca pasal korea ni.. smngt akak nk pegi ;-) kalo bole nk minta email @ fb.. senang nk tanya apa2.. rncg nak pegi tp sorang je.. mcm risau pon ada huhuhu...


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails