Thursday, June 24, 2010

"Comel betul akif zamani !!!!"

assalamualaikum..

bersua kembali..

nak detail ckit pasal post merepek sebelum ni..
masa tu mmg ain sabrina tengoh mood tak betul ckit..emosi terganggu.skrang ni dah ok ckit..

so i'm back

semalam baju ukhti dah selamat sampai di tangan saya..rasa lega sangat sebab dah ramai customer duk tanya2..dan pagi ni dah selamat poskan pada diorang kecuali pada beberapa org yang ada masalh ckit akan diposkan secepat mungkin selepas ini..

back to the title..

"Comel betul akif zamani !!!!"

akif zamani ni comel sangaT..baik,hensem +++++
tp sayang dia dah berpunya..huhu

mesti korang tertanya..siapa pulak akif zamani ni??

sebenarnya akif zamani watak hero dalam salah satu novel yang paling saya suka masa zaman sekolah dulu..

ni novelnya..

kau sayangku karya bikash nur idris...


sangat suka buku ni masa form 5 dulu..
dan saya sangat angau dengan watak heronya masa zaman form 5 dulu..
sampaikan semua bebudak hostel form 5 tahulah ke'angau' ni..hihi
macam mana la tak tahu kalau setiap perbualan dalam sehari tu mesti ada terselit juga nama akif zamani ni..tak sah la kalu tak cakap nama dia..siap dah mengaku encik akif zamani tu BF lagi..haha memang angau dengan akif zamani..ala2 macam dia tu wujud je dalam dunia sebenar..tu la..kalau ditakdirkan dia wujud,mesti bangga gila dia ada hard fans ni (^_^)

sampaikan masa akhir form 5..ada sorang sahabat hadiahkan novel ni pada saya..
dasyat tak dasyat penangan akif ni,melelonglah saya masa tu..



mesti ada yang tertanya..pa yg comel sangat watak akif zamani ni compared dengan watak hero novel lain?byk je watak lain yang jadi pujaan..
contohnya watak tengku syahran dari novel bicara hati..tu lagi ramai peminat..
saya ada pendapat sendiri kenapa saya tak suka watak tu..kalu cta nnti ramai pula yang tak puas ati nnti (^_^)

jadi saya hanya nak cakap apa yang lebihnya watak akif zamani ni sampai saya minat sangat dengannya :
1. sangat menyanyangi keluarga
2.buat keluarga arisa(heroin) cam keluarga dia
3. tak jiwang sgt just jujur dengan perasaan dia.
4. dan macam2 lagi yang tak dapat saya citakan kat cni..

nampak cam stereotype-ala cita novel kan mestilah watak heronya cam watak yang sangat2 baik-takda cacat celanya..
nak tau best sangat ke watak akif zamani ni? kena baca sendiri la..
kalu saya cita penangan nya tak menjadi sangat..hihi
tapi janganlah angau macam saya dulu..nazak la kalu camtu..

bila dah masuk matrik,minat pada novel dah menurun ckit..mungkin dek penangan result SPM yang tak brapa best tu..jadi sedikit demi sedikit saya dah lupakan BF saya,incik akif zamani tu..

ada sorang member saya yang study di mesir ,cik liyana namanya..oh kangen bangat sama dia..ni blognya http://alphabetablocker.blogspot.com/
satu hari ni masa 2nd year cik liyana atau lebih dikenali sebagai kay tiba2 ym saya..
tanya saya ada tengok tak cita 'dari mata arissa' di TV1..
Terkesima saya sebentar..sahabat saya sorang yang jauh bangat mesej tanya pasal rancangan TV..saya dah masuk medical school ni nak tgk tv(yang tak buka rancangan pa2 pn), itu pun rasa susah sangat,tambah2 la nak tengok rancangan TV apa2 tu..
saya pun balas pa yang istimewa sangat cita ni sampai dia tnya saya tengok ke tak..
jawapan dia buat saya agak excited walaupun tak brapa..
"dari mata arissa tu,diorang buat drama dari novel yang hang suka tu..ala akif zamani tu"
tergelak saya sebentar..
mana taknya medical student yang study di mesir boleh tau pasal cita ni,yang saya student tempatan je tak pnh tau pun kewujudan cita ni..
jadi aku tanya "wei cmna hang tau..dasyat betul".
jawapan dia "ala ternet kan ada..tengok la kat youtube"
ya2 jawapan yang bernas..

lepas dapat info saya takda kesempatan pun nak tengok..
ye la laman web youtube tu diblock di USM-ada la cara alternatif untuk tengok youtube secara haram tp saya malas nak belajar..kalau dah belajar ada petanda ain sabrina duk menapak di depan laptop je tgk cita macam2..
lagipun saya sebenarnya tak brapa suka tengok movie/series di youtube
1.sebab gambar nya tak berapa cantik
2.malas nak tggu loading
3.malas nak menapak lama2 depan laptop

so just biarkan..walaupun teringin nak tengok.

then cuti kali ni..guess what???
tetiba je TV1 ulang balik siaran cita 'dari mata arissa'

siap pengaruh cousin suruh ikut skali cta tu
then stiap kali kul 11pg menapak la saya depan TV1 tengok cita tu..
kalu nak suruh saya komen,of course la saya suka novel lagi..tapi apa2 pun suka jugak tgk cita novel direalitikan dalam series..
cita dia not bad walaupun nampak cam klasik ckit,,ye la cta TV1 kan banyak sangat protokal..
dan cta ni menyebabkan angau saya kembali

then kembali tercetus ayat yang dulu bisa diucapkan :
"Comel betul akif zamani !!!!"

haha kejap je..
nnti balik u sibuk dengan study,akif zamani(watak novel yang tak wujud ni)ni akan dibawa arus,lalu dia hilang lagi..dan ya dia akan kembali jadi wtak yg tak wujud...

ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails