Wednesday, January 9, 2013

Life @ dewan bersalin





Posting O&G dah berakhir ;)

Penuh dengan kisah - ada yang sedih , ada yang gembira
Yang penting , banyak pengajaran in and out. Bukan hanya belajar tentang perubatan itu sendiri tetapi tentang kehidupan.

Ada satu kisah yang nak dikongsikan , ini kisah masa my second last oncall at O&G.

Masa tu dah tengah malam bunyi macam cerita mistik pula , bila di'intro'kan macam itu  , dah penat , mata mula dah mengantuk , tetiba ada seorang patient datang. dan of course , pregnant lady la kan.
Nampak macam biasa , tiada yang luar biasa. Dan macam biasa juga saya akan cakap " Ok , suami ambil kad pengenalan isteri dan boleh daftar di kaunter 5A. Isteri boleh masuk dalam , tukar baju , nanti saya check ye.". Itu yang normal respond la , except la kalau patient dah nampak sakit sangat , dah macam nak bersalin , cepat-cepat je bawa kerusi roda , terus ke katil belakang , check VE (vaginal examination) sama ada 'jalan bawah' dah buka ke tak.

Ok berbalik kepada cerita patient ni. Sementara menunggu patient ni tukar baju , saya pun mula la clerking dengan membelek-belek buku merah (buku untuk pregnant). Belek-belek ada any antenatal problem ka. Lalu ternampak - " RVD - on HAART treatment". Terus tersentak.

RVD - retroviral disease. Nama lain untuk HIV.

Dalam tempoh saya belajar dan bekerja , memang kalau terjumpa kes macam ini , selalunya masa O&G posting. Mungkin kerana memang wajib blood test dibuat untuk pregnant lady. Dan kerana itu , benda itu direveal terus-terang.

Semasa belajar dulu , selalunya kes ini melibatkan isteri-isteri kepada penagih dadah. Kesian , mereka mangsa keadaan. Kisah yang paling saya ingat sekali , kisah seorang patient semasa saya posting di Hospital Pasir Mas. Pesakit ini nampak biasa , ye la patient RVD bukan boleh dinampak di luaran kan?
Dia mengandung of course-dah nama pun wad O&G dan bersama dia ada anak kecil, lebih kurang umur 5-6 tahun , anak sulung patient ni. Kerana tiada orang nak jaga anak sulung dia , dia bawa anak tu bersama masuk wad , dan kerana itu hospital daerah kecil , dibenarkan bersebab. Dan bila dibelek foldernya , ye baru tahu ini pesakit RVD. Dan bila ditanya , ini jangkitan dari suaminya , si penagih dadah. Jatuh sedih tengok patient ini , lebih-lebih pada anak sulung itu juga pada anak kecil yang masih dalam kandungan. Tapi patient ini masih kuat semangat. Saya sempat tanya condition anak sulung itu , RVD atau tidak. Dia tersenyum dan jawab " Alhamdulilah , dah check , dia ok ". Rasa sedih dan geram menimpa-nimpa pada suami dia. Kalau menagih , tak bawa masalah pada orang lain , takda orang nak kisah pun. Tapi masalahnya , bawa banyak bahana , lebih2 lagi pada orang terdekat. Entah apa jadi pada pesakit itu sekarang , moga Allah kurniakan yang terbaik untuk dia.

Berbalik kepada kisah patient di atas ,
jujurnya bila tengok perkataan RVD , saya jadi sarkastik. Mula berfikiran tidak baik. Jika di kelantan , saya automatik akan berfikir , ini mesti kes mangsa kepada suami pengaih dadah. Tapi di penang , fikiran positif itu kurang menjadi. Ada negatifnya , mungkin kerana negeri ini lebih maju , jadi perkataan 'mangsa' itu kurang menjadi.

Dari awal saya berjaga , sampaikan 2 sterile gloves dipakai sebagai precaution. Bila berbicara , suara patient ini sungguh naive , seriously dia nampak sangat innocent. Namun bayangan luar dia masih tidak dapat menjauhkan saya dari fikiran negatif itu.Dan saya biarkan perkara negatif itu bermain dalam fikiran saya tanpa saya bertanya lansung kepada patient itu - Macam boleh dapat RVD itu? Itu soalan yang patut saya tanya sebelum fikiran negatif yang saya layan.

Saya 'diselamatkan' selepas itu , apabila MO saya datang dan review patient itu.
Dan MO saya yang terus bertanya soalan yang bermain dalam minda saya -
Dan ini kisahnya -
Rupanya dia dapat RVD itu selepas dirogol semasa dia berumur 18 tahun. Dia taktahu lansung dia ada RVD sampailah masa nak kawin. Bila nak kawin , kan ada HIV test yang wajib , dan masa itu baru dia tahu dia ada RVD. Dan kerana itu , perkahwinan dia delay 3 tahun. Delay 3 tahun bukan kerana bakal suami yang tak mahu , tetapi kerana dia sendiri yang tak mahu. 3 tahun bakal suami menunggu dan masih setia pada dia walaupun dah tahu status RVD dia dan akhirnya mereka berkahwin. Kisah cinta yang bagaikan cerita novel terus memadamkan anggapan negatifku. Ya, dia juga mangsa keadaan.

Ya , sebagai doktor , secara externalnya saya melayan dia sama sahaja walaupun dia RVD , namun internalnya saya masih manusia biasa yang rasa ingin tahunya tinggi sampaikan negatif yang membelenggu.

Yang pentingnya untuk itu , pengajaran yang saya dapat - selidik dulu sebelum membuat spekulasi sendiri. Kalau saya tanya terus , takda la berfikir yang bukan-bukan kan? 

Ini kerana di O&G juga selalu terjumpa kes-kes 'single parent' ini - kisah mengandung luar nikah . Jadi bila gadis muda datang , mengandung - ada sedikit negatif-minded yang datang.Potensi berfikiran negatif itu tinggi.

Teringat lagi satu kisah. Kisah pesakit single parent. Dah la single parent tapi tidak tahu malu. Bukan apa , dah la tak berkawin , tapi encik boyfriend asyik datang melawat siang malam. Kalau melawat sahaja takpa , ini tidak  , bermesra bukan main macam dah suami isteri. Sakit mata ni tengok. Sampaikan staff nurse sorang ni cakap " Doktor , cuba doktor pi tegur sikit patient bed 16 tu. ". Saya pun pergi la , tapi tidak la saya tegur directly. Tegur & pertanyaan - " Siapa ni? Maaf la ye , ini wad perempuan , tak boleh masuk sesuka hati kecuali la suami , itupun pada waktu melawat je." Sedas saya bagi , pastu diorang boleh lagi tersengih-sengih kerang busuk.

Tu la , manusia bermacam jenis. Rambut je sama hitam , tapi hati lain2.

Cerita atas macam kena kan untuk AIDS Days 1 December.



Apa pun jangan sarkastik pada mereka. Mereka mungkin mangsa keadaan. Jika mereka bukan mangsa keadaan pun , mungkin AIDS adalah permulaan untuk mereka berubah menjadi yang lebih baik. Siapa tahu kan?






0 pengomen:


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails