Friday, January 11, 2013

Resepi Lasagna



Assalamualaikum ,

hari ini nak kongsi resepi lasagna pulak ^__^

untuk Lasagna ni agak remeh sikit , sebab dia ada beberapa lapisan perlu dibuat sebelum kita masukkan dalam oven untuk dibakar.



Secara mudahnya ada 3 Lapisan : Lapisan Sos Spageti , Lapisan Sos Putih dan Lasagna.

Kita mula yang paling mudah dahulu. Lapisan Lasagna. Untuk Lasagna ni , beli sahaja Lasagna Instant macam gambar kat bawah ini.



 Just celurkan sampai lembut macam kita masak spageti. Untuk elak melekat - tambah minyak dan garam sekali. 

siap Lasagna tu , letak kat tepi.

ok untuk Lapisan Sos Spageti pulak. Ini patut dimulakan paling awal , sebab ini yang paling ambik banyak masa sebabnya ambil masa juga untuk ayam/daging itu masak.

Pernah buat Kuah untuk Sos Spageti ? Kalau pernah , itu la dia. Kalau x pernah , mari saya share. Resepi Kuah Sos Spageti ni saya belajar dari buku 1 hari 1 resepi ni tapi ada la saya modify ikut selera jugak.




Bahan-bahannya
Bawang putih
Cili kisar
Daging / ayam cincang
Tomato puri ( tak kisah jenama apa. Saya guna kimball. Prego - cap halal prego tak dapat dikenalpasti , jadi lebih baik ambil kimball , yang ada jenama halal)
Tomata (yang dikisar)
Lobak merah ( potong dadu)
Cendawan Butang ( hiris nipis)
Serbuk lada hitam
Tomato muda ( potong dadu)
Minyak masak

*saya main campak2 je , jadi takda kuantiti betul2 untuk sos spageti ni*

ok Cara-caranya
1 - Masukkan minyak masak dan tumis bawang putih
2- Masukkan cili kisar , masak sampai naik minyak
3 - then , masukkan daging/ayam kisar. Kacau rata.
4- then , baru masukkan bahan-bahan lain - sayur ( lobak merah , cendawan butang , tomato muda) , tomato puri , tomato yang dikisar , serbuk lada hitam , air dan garam.
5. Gaul dan masak sehingga naik minyak.
dan Siap !!

Dah siap lapisan Sos Spageti ni , letak tepi , kita masak sos putih pula.

Untuk Sos Putih pula , saya belajar dari internet. Belaja dari blog cik Epal dan as usual saya modify sikit ikut selera. ^_^



ok , Bahan-bahannya :
Mentega (1/2) - saya ikut cik epal , guna jenama Buttercup
Chesse Cheddar (1/2)
3-4 sudu tepung gandum
600 ml susu segar ( saya suka guna susu kotak fresh milk dutchlady)
garam

Cara-caranya
1- Guna api kecil , masukkan semua bahan itu. Gaul betul-betul supaya tidak berketul-ketul especially part tepung gandum dengan cheese cheddar tu.
2- Sampai la mendidih.
Dah siap !!

Ok , dah siap 3 lapisan !!

Sediakan loyang.
Ok untuk lapisan paling bawah sekali letak lapisan sos spagheti , then letak lapisan lasagna , then letak lapisan daging lagi , then sos putih. Faham?

ok mudahnya macam ini :

lapisan dari bawah sekali ,
lapisan sos spageti
lapisan lasagna
lapisan sos spageti
lapisan sos putih

dan sebelum terlupa , antara lapisan itu letakkan chesse Mozarella & cheese Parmesan. Dan letakkan banyak sikit cheese Mozarella & Parmesan di lapisan paling atas sekali.

Ala-ala macam ni. curi gambar dari google.


Dan kemudian masukkan dalam oven. Untuk oven ni , kena gunakan api atas dan bawah , dan pastikan ia dipanas awal , dalm 5 minit awal ka. Macam saya sebelum saya masak lasagna , saya buat puding roti so oven tu dah dipanas 30 minit awal (^_^) . Oven , Suhu : 180celcius , masa : 30-40 minit. Kalau boleh masak lebih lama lagi sedap !! Macam mana nak tahu dah masak , tengok la lapisan cheese atas , ada tak nampak masak macam dalam pizza hut , hihi

Ok , todia resepi lasagna. Mudah sebenarnya tapi remeh sikit , banyak lapisan.

Selamat mencuba !!




Thursday, January 10, 2013

Resepi Puding Roti


Assalamaualaikum ,

kebelakangan ni ainsabrina rajin memasak sikit..mungkin sebab dah hilang stress, dah lega sebab dah lepas assessment untuk 1st posting ni..yeay !

Dalam beberapa minggu lepas , setiap kali keja 1st PM (shift malam) mesti tiba-tiba je rasa rajin nak memasak. Masa 1st tu ada buat spageti & puding roti.Saja buat makan-makan di labour room. Ada nazar juga sebenarnya , berniat kalau lulus assessment , nak buat makan-makan di labour room. Tapi disebabkan macam tak puas , buat la 2nd time pulak , masa keja 1st PM jugak. Then , 2nd time buat puding roti dengan lasagna , tapi yang sempat dibawa ke hospital hanyalah puding roti masa itu , sebabnya yang lasagna tu , adik dah beria memujuk " Kak Ain , tak yah la bawa lasagna ni , irfan teringin nak makan.". Alih-alih tinggal kat rumah je la masa tu , hanya di bawa puding roti saja la. Puding roti , dia tak berapa nak kisah , sebab dah selalu buat di rumah. Memandangkan ada 'hutang' yang perlu dibayar , jadi la sesi ketiga semalam. Buat makan sekali lagi , puding roti dan lasagna - hantar satu di labour room dan di wad 4 (wad gynae) . Heaven tengok diorang makan. Tak sampai sejam makanan itu licin. Terkejut juga. Sampai ada yang request untuk dibuat lagi. Saya hanya mampu menjawab " Saya masuk paeds la kak pasni. InsyALLAH kalau ada rezeki saya buat lagi ye. Buat puding roti , tiada masalah. Simple ja. Lasagna tu remeh".

Sungguh , saya suka masak dan suka tengok orang makan masakan saya. Heaven !!

Semalam sempat juga menulis & share resepi dengan semua. Dah rasa macam chef dah ^__^

Sampai ada seoarang sister ni cakap " Doktor , masuk la masterchef pasni ".Tergelak terus." Eh, saya takda la pandai masak sangat pun sampai nak masuk masterchef",itu je la yang mampu saya jawab.

ok , dah banyak cerita , jom kita kongsi resepi Puding roti yang sedap ni !!



Bahan-bahan

12 keping roti ( koyak-koyakkan roti tu jadi kecil-kecil )
1 liter susu segar (e.g susu kotak dutch lady)
180g gula
5 telur
10 telur kuning sahaja

Bahan untuk sos
1 tin Susu cair
100g gula
2 sudu tepung kastard

Cara-cara

1 - Gaulkan semua bahan kecuali bahan untuk sos dan masukkan dalam dulang besi.
2 - Then , masukkan dalam oven ( suhu : 180celcius , masa : 15-20minit )
3 - Untuk sos , didihkan semua bahan tu , sentiasa kacau bahan2 itu , kalau tidak ia akan melekat.Jadi lebih baik buat sos atas ini selepas Puding roti siap dibakar.
4 - So lepas dah mendidih , masukkan terus sos itu diatas puding roti yang disiap tadi.
5-Then , masukkkan dalam peti ais sekejap.
6- Dah siap dan dah boleh makan ^__^

Tips 
- Lepas korang gaulkan semua bahan itu , korang akan nampak cair ja. Jangan tertipu. Memang dah ok dah macam tu , tak perlu ditambah roti. Ada seorang kakak yang ambil resepi ni dari saya , dia pergi tambah roti sebab nampak cair sangat , alih2 puding roti dia jadi keras.
- Mengenai telur - 15 biji. Ikut keselesaan dan duit poket korang jugak. Kadang-kadang , bila telur kat rumah saya x cukup , saya guna 9 biji ja , purata 3 telur : 6 telur kuning sahaja.
- Kalau suka kismis , boleh tambah kismis juga dalam bahan-bahan tu.
- Resepi yang saya bagi ni untuk ramai2 makan, jadi kalau untuk sedikit orang makan , pandai-pandai la korang modify ye

Simple kan? Jadi boleh korang bagi dan makan dengan yang tersayang ^__^

Resepi ini turun temurun dari makcik saya sebenarnya , bunyi macam banyak generasi ja . Dia ada buat katering di area Kajang. Jadi buat sapa yang rasa malas nak buat , tapi nak makan , boleh je order pada dia. Takpun , nak buat kenduri atau occasion apa-apa yang memerlukan khidmat katering , boleh je gunakan khidmat katering yang paling best ini !! boleh klik sini. FB Zuki Catering ataupun zukicatering.blogspot.com




Wednesday, January 9, 2013

Obstetric & Gyanecology Guideline for houseman.



Assalamualaikum ,

Just nak share satu guideline Obstetric &Gynaecology untuk Houseman.
Sangat membantu bagi saya , so nak share dengan houseman lain =)

Boleh klik gambar bawah ini untuk download



dan ada website yang ada collection guideline untuk posting2 lain - boleh klik SINI.


Life @ dewan bersalin





Posting O&G dah berakhir ;)

Penuh dengan kisah - ada yang sedih , ada yang gembira
Yang penting , banyak pengajaran in and out. Bukan hanya belajar tentang perubatan itu sendiri tetapi tentang kehidupan.

Ada satu kisah yang nak dikongsikan , ini kisah masa my second last oncall at O&G.

Masa tu dah tengah malam bunyi macam cerita mistik pula , bila di'intro'kan macam itu  , dah penat , mata mula dah mengantuk , tetiba ada seorang patient datang. dan of course , pregnant lady la kan.
Nampak macam biasa , tiada yang luar biasa. Dan macam biasa juga saya akan cakap " Ok , suami ambil kad pengenalan isteri dan boleh daftar di kaunter 5A. Isteri boleh masuk dalam , tukar baju , nanti saya check ye.". Itu yang normal respond la , except la kalau patient dah nampak sakit sangat , dah macam nak bersalin , cepat-cepat je bawa kerusi roda , terus ke katil belakang , check VE (vaginal examination) sama ada 'jalan bawah' dah buka ke tak.

Ok berbalik kepada cerita patient ni. Sementara menunggu patient ni tukar baju , saya pun mula la clerking dengan membelek-belek buku merah (buku untuk pregnant). Belek-belek ada any antenatal problem ka. Lalu ternampak - " RVD - on HAART treatment". Terus tersentak.

RVD - retroviral disease. Nama lain untuk HIV.

Dalam tempoh saya belajar dan bekerja , memang kalau terjumpa kes macam ini , selalunya masa O&G posting. Mungkin kerana memang wajib blood test dibuat untuk pregnant lady. Dan kerana itu , benda itu direveal terus-terang.

Semasa belajar dulu , selalunya kes ini melibatkan isteri-isteri kepada penagih dadah. Kesian , mereka mangsa keadaan. Kisah yang paling saya ingat sekali , kisah seorang patient semasa saya posting di Hospital Pasir Mas. Pesakit ini nampak biasa , ye la patient RVD bukan boleh dinampak di luaran kan?
Dia mengandung of course-dah nama pun wad O&G dan bersama dia ada anak kecil, lebih kurang umur 5-6 tahun , anak sulung patient ni. Kerana tiada orang nak jaga anak sulung dia , dia bawa anak tu bersama masuk wad , dan kerana itu hospital daerah kecil , dibenarkan bersebab. Dan bila dibelek foldernya , ye baru tahu ini pesakit RVD. Dan bila ditanya , ini jangkitan dari suaminya , si penagih dadah. Jatuh sedih tengok patient ini , lebih-lebih pada anak sulung itu juga pada anak kecil yang masih dalam kandungan. Tapi patient ini masih kuat semangat. Saya sempat tanya condition anak sulung itu , RVD atau tidak. Dia tersenyum dan jawab " Alhamdulilah , dah check , dia ok ". Rasa sedih dan geram menimpa-nimpa pada suami dia. Kalau menagih , tak bawa masalah pada orang lain , takda orang nak kisah pun. Tapi masalahnya , bawa banyak bahana , lebih2 lagi pada orang terdekat. Entah apa jadi pada pesakit itu sekarang , moga Allah kurniakan yang terbaik untuk dia.

Berbalik kepada kisah patient di atas ,
jujurnya bila tengok perkataan RVD , saya jadi sarkastik. Mula berfikiran tidak baik. Jika di kelantan , saya automatik akan berfikir , ini mesti kes mangsa kepada suami pengaih dadah. Tapi di penang , fikiran positif itu kurang menjadi. Ada negatifnya , mungkin kerana negeri ini lebih maju , jadi perkataan 'mangsa' itu kurang menjadi.

Dari awal saya berjaga , sampaikan 2 sterile gloves dipakai sebagai precaution. Bila berbicara , suara patient ini sungguh naive , seriously dia nampak sangat innocent. Namun bayangan luar dia masih tidak dapat menjauhkan saya dari fikiran negatif itu.Dan saya biarkan perkara negatif itu bermain dalam fikiran saya tanpa saya bertanya lansung kepada patient itu - Macam boleh dapat RVD itu? Itu soalan yang patut saya tanya sebelum fikiran negatif yang saya layan.

Saya 'diselamatkan' selepas itu , apabila MO saya datang dan review patient itu.
Dan MO saya yang terus bertanya soalan yang bermain dalam minda saya -
Dan ini kisahnya -
Rupanya dia dapat RVD itu selepas dirogol semasa dia berumur 18 tahun. Dia taktahu lansung dia ada RVD sampailah masa nak kawin. Bila nak kawin , kan ada HIV test yang wajib , dan masa itu baru dia tahu dia ada RVD. Dan kerana itu , perkahwinan dia delay 3 tahun. Delay 3 tahun bukan kerana bakal suami yang tak mahu , tetapi kerana dia sendiri yang tak mahu. 3 tahun bakal suami menunggu dan masih setia pada dia walaupun dah tahu status RVD dia dan akhirnya mereka berkahwin. Kisah cinta yang bagaikan cerita novel terus memadamkan anggapan negatifku. Ya, dia juga mangsa keadaan.

Ya , sebagai doktor , secara externalnya saya melayan dia sama sahaja walaupun dia RVD , namun internalnya saya masih manusia biasa yang rasa ingin tahunya tinggi sampaikan negatif yang membelenggu.

Yang pentingnya untuk itu , pengajaran yang saya dapat - selidik dulu sebelum membuat spekulasi sendiri. Kalau saya tanya terus , takda la berfikir yang bukan-bukan kan? 

Ini kerana di O&G juga selalu terjumpa kes-kes 'single parent' ini - kisah mengandung luar nikah . Jadi bila gadis muda datang , mengandung - ada sedikit negatif-minded yang datang.Potensi berfikiran negatif itu tinggi.

Teringat lagi satu kisah. Kisah pesakit single parent. Dah la single parent tapi tidak tahu malu. Bukan apa , dah la tak berkawin , tapi encik boyfriend asyik datang melawat siang malam. Kalau melawat sahaja takpa , ini tidak  , bermesra bukan main macam dah suami isteri. Sakit mata ni tengok. Sampaikan staff nurse sorang ni cakap " Doktor , cuba doktor pi tegur sikit patient bed 16 tu. ". Saya pun pergi la , tapi tidak la saya tegur directly. Tegur & pertanyaan - " Siapa ni? Maaf la ye , ini wad perempuan , tak boleh masuk sesuka hati kecuali la suami , itupun pada waktu melawat je." Sedas saya bagi , pastu diorang boleh lagi tersengih-sengih kerang busuk.

Tu la , manusia bermacam jenis. Rambut je sama hitam , tapi hati lain2.

Cerita atas macam kena kan untuk AIDS Days 1 December.



Apa pun jangan sarkastik pada mereka. Mereka mungkin mangsa keadaan. Jika mereka bukan mangsa keadaan pun , mungkin AIDS adalah permulaan untuk mereka berubah menjadi yang lebih baik. Siapa tahu kan?






Tuesday, January 8, 2013

Facebook yg owsem



Assalamualaikum ,

post kali ini moga ia jadi post yang hepi2 aja , sbbnya tuan blog hari ni rasa hati berbunga-bunga ;)
Aigooo dalam hati ada taman ? bunyi macam sudah jatuh cinta !!

HAHAHA -  gelak besar dalam hati.

mungkin betul , mungkin tidak. tetapi yang pasti tuan blog hepi sangat-sangat sebabnya dengan rasminya dia dah habis posting O&G - 1st posting untuk housemanship ni.
Dalam gembira , ada jugak rasa cuak nak masuk posting baru.

Semua benda baru memang menakutkan kan?

Buka Facebook hari ini hinggakan rasa Facebook tu awesome yang amat.

Sesaja search nama 'sorang' ni , mula-mula tak jumpa. Jadi macam tak kisah. Ye la logik la , punya la ramai orang yang punya sama nama kat malaysia ni. Cuba search nama korang sendiri kat facebook , alih2 mesti ada nama ala-ala nama korang jugak. Nama Ain Sabrina kat facebook pun ada la 3 orang - hari tu saja-saja search.

Then , terbuka satu channel ni , alih-alih terjumpa terus FB sorang ni. Ajaib !! dan terasa awesomenya FB ni ^__^

Itu je sebenarnya.

tapi bila dah terjumpa FB 'sorang' tu rasa takut pula nak add. Apa kes la?

Bagi saya la , FB ni kena memilih kawan sikit. Sebabnya , FB ada most of our personal detailed yang boleh ditengok oleh sesiapa sahaja. Scary kot. Jadi kena lebih berhati-hati. Betul kan?

So , few days of holiday sblm masuk posting baru . Esok plan nak masak-masak sikit , nak bawa buah tangan pergi hospital ;)
Hopefully menjadi la ye.


* menaip sesambil tengok cerita korea - King of 2 heart. Rasa owsem sesangat ^__^ *






ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails