Saturday, May 21, 2011

Kisah Kanak-kanak Ribena

assalamualaikum..

ainsabrina dah selamat smpai ke rumah tercinta ^^

online di bilik sendiri dengan environment yang agak mendung --> sejuk je rasa luar dan dalam

breakfast roti canai pagi tadi..dah lama mengidam roti canai utagha mari..



kat kelate ada je roti canai tapi tak dapat perut terima,kuah nya rasa lain..
manis bangat..

habis makan, tengok tv

ada cita bawah ni..





SAILORMOON

gila nostalgic cita ni..
cita masa zaman sekolah rendah dulu..
pagi2 sabtu (kalau tak salah la,tak brapa nak ingat ^^ )

siap masa tu di sekolah mengaji, saya ada geng sailormoon lagi..

setiap sorang dapat watak masing-masing.


dan saya dapat watak sailor venus ni..



masa tu kami siap masuk satu kelab sailormoon lagi di internet..

masa tu saya ni buta IT lagi tapi ada sorang kawan ni yang pegang watak Sailor mercury pakar sikit dalam hal-hal internet ni,dia la yang daftarkan kami semua dalam kelab tu..
jadi boleh dikatakan tiap-tiap bulan kami berkumpul di umah dia,update pasal sailormoon..

rasa lawak dan kebudak-budakan pulak bila imbas balik kenangan lama..

zaman ainsabrina masih kanak-kanak ribena.

gambar rombongan sekolah g bukit merah masa darjah 3.

Thursday, May 19, 2011

Ain : Cabaran 50 Buku : (6)Sweet Sour

Assalamualaikum.

exam sudah tamat ..

tapi tak berapa nak hepi,sebab dapat kes yang complicated untuk clinical exam petang tadi..then doktor tanya soalan basic sesangat - yang ainsabrina takleh jawab *mood merdeka tapi sedih*


apa2 pun mision pas exam perlu diteruskan ^^

cabaran 50 buku yang sudah lama ku tinggalkan

ok, kita masuk ke buku ke-6

ini bukunya


cover hijau yang sangat menarik hati ^^

Tajuk buku : Sweet Sour
Penulis : Nasz
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 570 m/s
 
 
kisah sweet sour ibarat tajuknya ada masam dan manis dalam watak hero dalam cerita ni..
ibarat kata sinopsis belakang buku :

Sinopsis Kulit Buku:
AYang manis, harum lagi wangi itu Zarul
“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

B Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul
“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

................................................

sweet sour -

kisahnya bermula dengan Lia dengan Zarul..
mereka suka sama suka..mereka adalah pasangan kekasih
namun sekali pandang macam kawan rapat
ber 'aku' 'kau' perkara biasa sedangakan Zarul itu senior Lia.
namun ternyata mereka berdua ada chemistry.
Zarul tahu segala-galanya mengenai Lia begitu juga Lia.

7 tahun perkenalan berkongsi rasa hati ternyata sia-sia..
pabila Zarul memberi kad kahwinnya pada Lia.

ternyata pengantin perempuannya bukan Lia..

7 tahun yang panjang berkecai dalam 5 minit..
lama Lia memendam rasa..sedih tapi tiada air mata yang keluar..
sehinggakan akhirnya majlis Zarul tiba..
Lia bagaikan baru tersedar
- "start a new life,hidup tanpa Zarul"

kemudian Lia dikejutkan dengan kedatangan mak ayah Zarul merisik Lia..
merisik Lia bukan untuk Zarul tapi untuk abang Zarul,Joe.

Joe wataknya sudah muncul lama.
dari titiwangsa ke beberapa lagi episod selepas itu,
namun Lia bagaikan tidak pernah sedar kewujudan Joe sedangkan Joe sudah ada rasa buat Lia..
bagi Joe, Lia wanita yang unik,satu-satunya wanita yang tidak endah malah tidak sedar kewujudannya.

risikan Joe,Lia terima, atas dasar Zarul.
lalu bermula kisah baru antara mereka bertiga.
Lia isteri Joe dan Zarul adik ipar Lia, ternyata kejangalan terserlah.

kisah cemburu 2 lelaki berebut orang yang sama..
sorang suami, sorang lagi kekasih hati
sungguh dia keliru untuk memilih.

di saat ada kasih buat Joe,Lia dikejutkan dengan kisah penipuan Joe pada Zarul..
penipuan Joe dengan alasan untuk merampas Lia dari Zarul.

apakah penipuan itu?
apakah niat Joe sebenarnya? adakah cinta atau hanya ingin mempermainkan?

nak tahu endingnya- kena la baca sendiri eh ^^
takpun buat sesapa rasa macam nak review dulu best ke tak cita ni boleh je baca online dekat sini -http://nasz-h.blogdrive.com/ (just ada few early episodes je )

komen ainsabrina : cerita ni plotnya menarik walaupun pada awal saya banyak sakit hati..sebabnya saya suka watak Zarul itu, jadi bila Lia tak dijodohkan dengan Zarul,saya la orang yang paling frust..tapi bila baca overall cerita kurang sikit sakit hati tu diganti dengan rasa menyampah pulak pada watak Zarul tu. watak Joe ok2 je, suka watak dia lebih2 lagi bila tau dia banyak berubah menjadi yang lebih baik lepas jumpa Lia. watak lelaki jahat berubah jadi baik memang nampak sweet je ^^

Tuesday, May 17, 2011

THE BEST CATERING EVER ^^

assalamualaikum..

hari ni cuti tapi takleh nak gembira sangat sebab esok exam !!!

asyik exam je kan..boring sudah =(



ni nak promote ckit ^^


buat readers yang tinggal d area Kajang, Bangi, Putrajaya dan kawasan yang berdekatan dengannya dan nak buat occasion apa2 yang memerlukan makan2..

saya nak promote satu catering makan2 yang bagi saya the best in malaysia ^^

zuki catering

catering ni makcik saya yang buat..
dia memang yang paling pakar la dalam masak memasak ni ^^

nak western atau masakan kampung, semuanya insyALLAH ditanggung beres

tak best pulak promote tanpa gambar..

jadi saya tunjukkan satu dessert yang makcik saya buat masa kenduri kawin anaknya, encik angah

LEMON PUFF yang sedap bangat ^^





berminat?

atau ada sebarang pertanyaan ?

boleh klik link ni - http://zukicatering.blogspot.com/

ataupun boleh je fon no ni -


Syafiq - 0172154945
Afifah - 0134369240

Saturday, May 14, 2011

I GOT A MESSAGE FROM SEUNGGI ^^

assalamualaikum..

last week of last posting..

kemalasan membuak-buak..hati dah ada kat rumah..

sedangkan kemungkinan besar ainsabrina clinical exam esok dan ada MCQ this wednesday..
tapi mood study dah macam lari entah ke mana..
nak lulus tapi malas nak study,macam mana tu?

rajin..rajin cepat datang pada ku..need u so much..


malas2 --> buka FB,buka BLOG then check email..

I GOT A MESSAGE FROM SEUNGGI ^^


To Airen test-takers!
Fighting!! I love you. ♥


(the message not directly to me but indirectly IT IS for me)




SO, of course kena jadi rajin ^^

get the spirit  --> ainsabrina kena study dan kena lulus this exam no matter how (^_^)

pray for me =)

Tuesday, May 3, 2011

ORANG IKHLAS TERTINDAS?

 
 assalamualaikum..
got this article-email from my mama..
kata-kata dalam article buat saya berfikir panjang..
jadi nak kongsi dengan semua..
happy reading ^^
 
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.
 
Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

" Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini, "kata seorang kakak berterus-terang. 
 
"Mengapa? " balas saya.

"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja."

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya,  " kakak punya berapa orang anak? "Sengaja saya bertanya soal-soal di luar kotak"  agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
 
"Oh ramai encik .. "
 
"Bagaimana dengan anak-anak kakak? "
 
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

"Kakak, boleh saya bertanya?
 
Tanyalah encik.... "ujar kakak itu sambil tersenyum. 
 
Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang menjadi"  dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?"
 " Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"
 
Dengan cepat kakak itu menjawab, " hati ibu encik......tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!" 
 
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

"Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran"  kata saya perlahan. Hampir berbisik.

"Maksud encik? "

"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi
 
 
 
"Tidak pernah saya terfikir begitu encik"

"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."

"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu? "

"Maksud kakak?"

"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik? "
 
"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"
 
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

"Metafora atau analogin ya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita .."

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?"

Kakak itu tersenyum dan berkata," tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya." 
 
"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?"

" Pasti ada! Insya-Allah." 
 
"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita..... Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi"

"Subhanallah!"

"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."  
 
"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?  tanya kakak itu lagi. 
Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya! Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat . Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi."



"Maksud encik?"

"Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting.......hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."
 
"Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"

Giliran saya pula tersenyum.
 
"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja......pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back.....Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!"  terang saya panjang lebar.

"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?" Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our  ceo, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan....."

"Maksud encik?"

"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya...."
 
"Kenapa? "

" Kita akan sakit jiwa!"

"Kenapa?"

"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

"Tetapi Allah tidak berhenti memberi..."  kata kakak itu perlahan.

"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi......Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?"
 
"Ah, kita terlalu ego....."


Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa diperingatkan semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan orang ikhlas tertindas?
 
 
 
petikan dari Genta Rasa.

ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails