Saturday, May 21, 2011

Kisah Kanak-kanak Ribena

assalamualaikum..

ainsabrina dah selamat smpai ke rumah tercinta ^^

online di bilik sendiri dengan environment yang agak mendung --> sejuk je rasa luar dan dalam

breakfast roti canai pagi tadi..dah lama mengidam roti canai utagha mari..



kat kelate ada je roti canai tapi tak dapat perut terima,kuah nya rasa lain..
manis bangat..

habis makan, tengok tv

ada cita bawah ni..





SAILORMOON

gila nostalgic cita ni..
cita masa zaman sekolah rendah dulu..
pagi2 sabtu (kalau tak salah la,tak brapa nak ingat ^^ )

siap masa tu di sekolah mengaji, saya ada geng sailormoon lagi..

setiap sorang dapat watak masing-masing.


dan saya dapat watak sailor venus ni..



masa tu kami siap masuk satu kelab sailormoon lagi di internet..

masa tu saya ni buta IT lagi tapi ada sorang kawan ni yang pegang watak Sailor mercury pakar sikit dalam hal-hal internet ni,dia la yang daftarkan kami semua dalam kelab tu..
jadi boleh dikatakan tiap-tiap bulan kami berkumpul di umah dia,update pasal sailormoon..

rasa lawak dan kebudak-budakan pulak bila imbas balik kenangan lama..

zaman ainsabrina masih kanak-kanak ribena.

gambar rombongan sekolah g bukit merah masa darjah 3.

ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails