Thursday, March 31, 2011

1st GA For BELOVED Followers - Mutiara NoLan

assalamualaikum..

blogwalking session ~

terjumpa giveaway ni

1st GA For BELOVED Followers - Mutiara NoLan

hadiahnya :



rasa menarik..jadi nak join ^^

cara-caranya :



1) dah follow - LULUS

2) tajuk dah ikut - LULUS

3) Copy banner -LULUS



mudah kan???


so buat sapa2 yang berminat jom la join..

mulakan dengan mengklik link giveaway di atas ^^

Sunday, March 27, 2011

Ayuh mengejar pelangi ^^

assalamualaikum

saat ini ainsabrina rasa lemah..
perasaan ingin lari makin menimpa-nimpa..

ingin saja diri ini berhenti di saat ini..
mencari jalan lain yang 'mungkin' ada..
perkataan 'mungkin' itu menakutkan..
kerana 'mungkin' bermaksud tidak pasti..

rasa putus asa itu makin bertimpa-bertimpa..

peluang yang dulu aku inginkan sentiasa..
rasa seperti mimpi yang tak mampu dicapai..
sedangkan jalannya sudah ada..
hanya minat itu makin hilang..
makin jauh minat itu lari..
cuba ku tangkap lalu tanam ia dalam2 di hati

cuba ku cari semangat dan rasa minat yang hilang..

lalu aku cuba gapai pelangi



ingin aku pinjam semangat "LINTANG" dalam LASKAR PELANGI



semangat belajar nya buat aku kagum..
juga buat aku termalu sendiri dengan kelemahanku..
kelemahanku yg mudah rasa jatuh di saat dugaan menimpa

dan juga inginku pinjam kata2 semangat dari lirik LASKAR PELANGI

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi

Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa

Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya...Cinta kepada hidup

Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi

Takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi

Menarilah dan terus tertawa

Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Menarilah dan terus tertawa

Walau dunia tak seindah surga
Bersukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya...






AYUH KITA KEJAR PELANGI

Saturday, March 26, 2011

Pertandingan Artikel Terbaik Pilihan Junko

assalamualaikum..

siang tadi sibuk konon nak siapkan case report..dan alhamdulilah - SUKSES !!
bahagia sesangat dah siap case report.

jadi ainsabrina kembali mengambil kesempatan berBLOGWALKING.

terjumpa satu contest ni.

baca-baca, rasa menarik ja, jadi nak join lah ^^

ok cuba kita tengok syarat2 nya dulu (^_^)

1. sertakan ikon contest - LULUS

ikon katak hijau yang comel ^^

2. Tajuk : Pertandingan Artikel Terbaik Pilihan Junko  - LULUS

3. Postkan artikel menarik anda. - 100% asli,tiada unsur politik mahupun perkauman ++++

tu je simplify form syarat2 nya..mahu tahu lebih lanjut boleh klik contest di atas eh..

ok artikel yang ainsabrina rasa terbaik dari sini adalah post di bawah ni :

> Jadi Bidan @ midwife siri 1 <

setelah difikir secara mendalam, macam takda post yang best  ja. ini mungkin post yang terbaik dari ainsabrina =)

hope yang berkenaan fikir begitu juga (^_^)

sekian, wasalam

Friday, March 25, 2011

JOIN BLOGLIST MISZLULLABY

assalamualaikum..

updated : ainsabrina tengah berusaha menyiapkan case report gynaecology sambil bertemankan lagu2 yang tidak difahami lirik lagunya (ye la lagu korea-mana ko nak pham ain oiiii)
boring yang amat, menaip tanpa henti , so blogwalking jap..
bukak blog ni - http://miszlullaby.blogspot.com/


jadi rasa nak join la ^^

http://miszlullaby.blogspot.com/






untuk pengetahuan semua -
ML ni medical student di russia..kira senior medical saya la..
sebagai follower tetap blog ML & silent reader yang sangatlah jarang mengomen entry cik ML (pernah sekali je kot komen) , bagi saya blog ML ni seakan penyeri hidup saya di kala stress..^^
"macam-macam ada" - dari pasal travel ke sana ke sini , ada juga resepi yang boleh meng'increase' gastric secretion ainsabrina sampailah ke artikel mekap2 yang hanya ainsabrina mampu membaca,tak berani nak try (^_^)
apa2 pun lastly to ML - All D best ^^ . doakan kejayaan kita bersama, semoga kita berjaya menjadi doktor muslimah yang berbakti kepada agama & negara (semangat 1 malaysia pulak rasa ^^ )


back to menaip case report....
WASALAM

Saturday, March 19, 2011

Jadi bidan @ midwife ^^ -siri 2-

assalamualaikum..

guess what?
ainsabrina sekarang ni selamat menaip post baru di rumah ^^

disebabkan tahap stress yang tinggi + homesick yang melampau,
buat keputusan last minute beli tiket balik penang,
puas hati !!
walaupun cuti hujung minggu ja..
orang kata buat penat badan,banyak habis masa di dalam bas ja..
tak kisah la asalkan balik rumah.. ^^


...................................................................................

post sebelum ni pasal  jadi bidan @ midwife
dapat smbutan yang hangat  (bunyi cam perasan hot ja hihi )
jadi rasa cam nak buat sambungan ja..

bila dah banyak tengok + dah conduct,
ada rasa takut yang hinggap,
takut nak pregnant dan of course takut nak melahirkan
serius sangat scary

sampaikan saya dengan sahabat2 permpuan lain selalu bercerita pasal hal ni..
bila cerita pasal delivery,semua luahkan rasa takut..

 " tak nak mengandung la gini..takut.." kata sorang kawan
" eh tak boleh..nanti high risk dapat breast cancer ", balas sorang
- ni la masalahnya bila besembang kosong dengan medical student,ada je balasan yang membuatkan orang terdiam ^^

FAKTA : wanita yang tidak mengandung atau kurang mengandung lagi tinggi risiko untuk mendapat kanser payudara berbanding wanita yang sudah banyak kali mengandung. ni kerana dia lebih banyak terdedah kepada hormon yang boleh menbawa kepada kanser payudara.

bila cerita pasal baby yg dilahirkan, semua teringin nak ada anak pulak ^^

" teringinnya nak ada anak ", kata sorang kawan
" eleh..tadi baru je cakap takut nak mengandung.." balas sorang lagi

macam confuse pulak jadi nya.. hihi

bila difikirkan betapa cantik realiti yang ALLAH beri..
kesakitan yang amat itu ALLAH hadiahkan dengan hadiah yang paling berharga iaitu zuriat @ anak

tak cukup dengan itu- ALLAH hadiahkan pelbagai lagi hadiah buat wanita yang mengandung


  •  Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  • Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  •  Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  •  Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid. 


  pengorbanan ibu itu sangat besar, jikalau tanpa ada rasa kasih sayang yang tertanam dalam hati,pasti semua wanita dalam dunia ni tak nak mengandung.
  
cuba bayangkan..
dari stat mengandung..
ibu2 ada pening2,loya,muntah2 -sampaikan kadang2 tak lalu makan sebab tak boleh nak bau makanan pun..
tak cukup dengan tu duk membawa angkutan bayi di depan perutnya selama 9 bulan, sampaikan sakit belakang-tapi dia still menahan,berkorban
 dan akhirnya sampai waktu untuk melahirkannya
sakitnya tak dapat diceritakan dengan kata2.
namun bila terdengar tangisan si anak, rasa sakit itu hilang, rasa lelah 9 bulan menunggu juga hilang. 
rasa bahagia pula menjelma.
sungguh indah perasaan itu berganti-ganti ^^


 cerita pasal sembang2 kosong, ada lagi stu time ni kawan2 segroup bersembang..


"nanti bini aku, aku nak suruh dia buat c-sec (caesarian section-cara bedah) la",  kata sorang kawan ni.
-kesan daripada tengok delivery secara biasa banyak sangat 

" eh c-sec kan banyak risiko..nanti ada scar besar lagi..", balas sorang kawan. 

" aaah kan..emm  kalu camtu aku tak nak bagi isteri aku mengandung la..kesian kat dia ", balas dia lagi..bunyi cam suami mithali je..

"pastu..tak mau ada anak ka?", tanya sorang lagi

"kalu nak ada anak, aku kawin la lagi satu.." balas dia tersengih 
-suka benar laki2 ni kalu cta pasal kawin dua-

kami semua terlopong..lebih2 je budak ni..
baru nak cop suami mithali, ni dah jadi suami cari alasan nak kawin lain ni.. *_*


.................................................


tu je buat masa ni..
nnti kalu ada rezki,saya sambung lagi..
mungkin cta pasal c-sec pula ^^
 

Thursday, March 10, 2011

Jadi bidan @ midwife ^^

Assalamualaikum..

keletihan masih menghambat diri..
post-call hari isnin 6 petang ke selasa 6 pagi..
ari selasa kul 7.30pagi ada wad round seperti biasa
then g observe caesarean section smpai kul 12.00tghari
mmg jadi zombie je ari selasa tu -rasa macam melayang2  ^^
balik  ja bilik ari tu - mmg kroh kroh ~ *jadi sleeping beauty*

namun sampai ke hari ni,rabu..keletihan masih terasa..
ni la post-call syndrome..
sementara nak betulkan balik sleep cycle (kitaran tidur) -gini la gayanya asyik pening +letih ja

tu la update posting o&g saya
tapi suka sangat malam tu dapat conduct 2 delivery ^^
yg first - baby girl
second - baby boy
dah sepasang tu (bunyi cam anak sendiri ja-seronok yang amat dapat sepasang boy and girl)



O&G memang sangat interesting walaupun agak scary.

kami student2 ada requirement kena conduct delivery atau dalam bahasa mudahnya sambut baby..
tapi sebelum nak conduct,kena la observe dulu..
takkan sesuka hati nak g sambut anak orang tanpa observe orang bijak pandai buat dulu kan ^^

1st time observe delivery masa 3rd year..
masa tu memang tengah belajar O&G tapi teori je la..
kebetulan ada clinical teaching dekat labour room@bilik bersalin waktu tu..
kami datang awal masa tu dengan niat nak tgk delivery..
takut sangat waktu tu tapi buat2 berani..
ainsabrina memang penakut sebenarnya..
percaya atau tidak,kan ada video tayang bagaimana ibu lahirkan anak yang selalu orang tayang2 tu-ainsabrina tak pernah tengok kot video tu..alasannya ainsabrina takut..memang penakut ainsabrina ni.. =)
jadi masa 3rd year tu beranikan diri dengan kawan 3 orang nak g tengok delivery..

masuk je labour room, bau darah semerbak 'harum' menusuk-nusuk ke dalam hidung..
dah rasa semacam masa tu tapi cuba beranikan diri lagi..
masuk ja ada kawan cakap "baby dah keluar la,doktor tengah suture je ni "
owh ok..patutlah bau 'harumnya' kuat sangat..
cuba beranikan diri lagi..cuba tahan nafas,tak nak bau..
cuba concentrate, tgk doktor tu jahit bahagian 'bawah' tu..
tahan..tahan..tahan..dan tahan..
dan sesungguhnya tak dapat diri ini menahan lagi..
'baunya' dan bunyi suara kak tu menahan sakit semasa doktor sedang menjahit-buat diri rasa lemah,rasa tak mampu nak stay lagi..
dan itulah kali pertama dan terakhir ainsabrina memasuki labour room

sehinggalah masuk posting O&G..yang di mana suka atau tidak,ain akan terpaksa masuk labour room..dan suka atau tidak, diri ini terpaksa beroncall 12 jam -stay 12 jam di labour room..

memandangkan mama dan abah menamakan diri ini - AINSABRINA - namanya bermula dengan A
jadi saya antara 4 student terawal yang oncall..
cuak bukan main..
kali pertama dan terakhir masuk labour room masa 3rd year..
dan memori itu bukanlah memori yang manis pun dan tidak juga memori yang pahit.
kalau ingin dikategorikan mungkin memorinya dikategorikan sebagai memori suku2 pahit gitu ^^
jadi malam sebelum masuk posting dan juga malam sebelum the real oncall,saya cuba dulu pergi observe sebarang dua..

dan malam itu..
saya baca bismillah banyak2..
takut yang amat =)

masuk ja labour room..
ada sorang kak tengah menunggu waktu untuk delivery..
saya masuk,saya keluar berulang kali..
takut bercampur berani..pening2 juga bergabung..
dan alhamdulilah penantian kami malam itu tidak lama..
dan tibalah time untuk kak itu melahirkan anaknya..
lalu lahir seorang lagi hamba Allah..
dari keluar fetus ke keluarnya placenta..
darah usah dikata la..keluar mencurah-curah bersama-sama keluarnya placenta..
dan miracle nya ainsabrina masih teguh di situ..
"yes, i can do it.."
alhamdulilah berjaya jugak ainsabrina observe ^^
mungkin dah ter exposure blood/darah dan macam-macam dalam posting sebelum ni
- ainsabrina dah jadi teguh hasil beberapa posting yang telah berlepas pergi
gembira bercampur confident menjalar dalam diri

cabaran observe dah berjaya..
sekarang terpaksa mencabar diri sendiri untuk conduct pulak..



1st time oncall..
ainsabrina membiarkan ketakutan menguasai diri..
dan akhirnya malam itu hanya terisi dengan observation delivery..
tiada cubaan untuk menconduct sedangkan peluang itu datang berkali-kali
ainsabrina yang penakut tidak cuba menakluk rasa takut,dibiarkan rasanya bermaharajalela..
bila balik ada rasa sesal..lebih-lebih lagi bila mendengar kawan-kawan yang oncall seterusnya dah berjaya conduct on the 1st time diorang oncall..
hati memujuk diri sendiri "takpa2..ada masa lagi..u can do it"

2nd time oncall
rasa takut cuba ditanam sedalam yang mungkin..
dari awal azam dipupuk
- "kena conduct juga malam ni-at least 1 delivery", tu je yang bermain dalam fikiran
sampai petang tu, ada 2 senior tengah menungu patient masing2..
di sini ada seniority package-hormat-menghormati bak kata orang..
senior 5th year oncallnya dari 8 pagi-12 malam..
dan kami 4th year akan beri peluang,akan beri patient yang datang dari pukul 6petang-12malam kepada senior..yang seterusnya baru kami ambil..jadi kami just ambil tindakan tunggu dan lihat..
dan rezeki saya malam itu, ada seorang senior dah tak sanggup menunggu patientnya..
jadi alhamdulilah patient tu saya yang conduct delivery..
dari sebelum maghrib ke maghrib,saya solat maghrib dan kembali menunggu patient itu..
dan hampir ke waktu isyak akhirnya baru baby girl itu hampir menunjukkan 'kepalanya'
setelah berulang-ulang memberi semangat kepada patient itu- akhirnya selamat baby girl tu dilahirkan dan alhamdulilah berjaya diconduct ainsabrina..
1st time conduct-agak kekok juga tingkahlaku ainsabrina sampaikan nurse situ tanya "1st time ke ni?"
memang jelas yang amat kekekokannya-memang nampak macam 1st timer la =)

then..

selepas tu ada 1 patient masuk..memandangkan saya dah conduct-kena la bagi can pada kawan-kawan yg oncall yang lain..
then masuk lagi 2 patient..dan salah satunya saya ambil..
dari pukul 10.30 malam ke lebih kurang pukul 4.30 pagi menunggu..
ya , 6 jam menunggu
dari 3 cm ke 4cm dan akhirnya 8cm (bukaan cervix)
patient yang ke2 ni agak susah memandangkan ini 1st pregancy for her..
akhirnya masanya tiba..
dan selamatlah baby boy diconduct delivery nya
alhamdulilah yang ke2 nya lebih lancar =)
berasa rapat dengan patient ke2..
6 jam monitor her pregnancy,monitor her contraction pain..
sampaikan berulang dia ucapkan 'terima kasih'.
terasa terharu sedangakn sebenarnya takda pa sangat jasa ainsabrina..
hanya mengconduct dan meneman dia.


perasaan meng 'observe' dan meng'conduct' delivery tak dapat diucapkan dengan kata-kata..
perasaannya bercampur-campur..
ada rasa takut,ada rasa sedih,ada rasa gembira,ada rasa ngeri dan terakhir sekali ada rasa insaf menjalar dalam diri..

rasa betapa hinanya kita dilahirkan dalam keadaan itu..tapi kita masih berbangga dengan title khalifah dunia yang kita ada..
sesungguhnya kita adalah dari air mani yang kotor..



tak lupa juga pengorbanan ibu-ibu kita..
bila observe, kita dapat lihat betapa seksanya nak melahirkan kita..
tengok patient-patient yang deliver, masa nak deliver sakit yang amat,memang menangis la..
bila baby dah dilahirkan,tengok muka baby,senyum sampai ke telinga..sedangkan trasition waktunya dari rasa sakit ke rasa gembira tak sampai 5 minit..



betapa sayangnya dan betapa besarnya pengorbanan ibu-ibu kita..
hargailah mereka..

" Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada ibubapanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan meyapihnya (menyusukannya) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang ibua bapamu, hanya kepadaKul kembalimu." Luqman (31 : 15)


p/s insyALLAH kalau ada rezeki nak sambung lagi..banyak sangat rasa benda nak kongsi.. ^^

Saturday, March 5, 2011

Super Ignorant

tangan gatal men'search' seseorang di FB..


Sebelum ni dah pernah search tapi tak pernah berjaya

entah kenapa kali ni 'terjumpa' dia..

terkejut terkesima, seakan berjumpa bertentang mata ^^

dan kejutan tak pernah berhenti - bila kebenaran terserlah di depan mata

pelik dengan diri sendiri..kenapa terkejut ? sedangkan possibility kebenaran itu berlaku pernah difikirkan dulu..namun bila ia di depan mata, rasa macam nak kena heart attack-terkejut yang amat.

.perasaan bercampur-campur..

jeles? untuk apa sedangkan dia kisah lipatan sejarah zaman paleolitik ainsabrina dahulu
sedih? tersedar bila tetiba rasa mata bergenang
sayu? hati rasa lemah,tak berdaya
marah? marah dengan tangan yang gatal2 menekan keyboard mencari benda yang tak patut
lawak? rasa nak ketawa dengan kelemahan diri sendiri
rendah diri? dia dah makin jauh sedangkan aku masih di sini
gembira? mungkin peratusan rasa ini sedikit tapi insyALLAH saya ikhlas doakn kebahagian dia ^^

petanda sudah datang.
petanda ainsabrina patut jadi IGNORANT seperti dahulu..
ignore her own feeling..biarkan ia berlalu..usah difikirkan lagi..
mungkin perlu ditingkatkan lagi penghadang rasa itu - lalu berusaha jadi SUPER IGNORANT.

Ain : Cabaran 50 Buku : (5) Cinta Kepala Batu




Tajuk buku : cinta kepala batu
Penulis : Ayu Emelda
Keluaran : alaf 21
Halaman : 487 m/s


SYAIRA & ADAM tak pernah sebulu..setiap kali berjumpa ada saja perbalahan yang berlaku..tanpa sangka ADAM memendam rasa sedangkan SYAIRA menanam benci.

kematian IMRAN (abang kandung ADAM) & SELINA (kakak kandung SYAIRA) memberi kejutan yang besar buat mereka berdua.
wasiat mereka meninggalkan amanah buat SYAIRA menjaga anak-anak mereka -NADIA&NICKY
menjaga NADIA (5 thn) dan NICKY (14 thn) menjadi cabaran besar buat SYAIRA lebih-lebih lagi NICKY,gadis remaja yang sedari awal tidak senang dengan SYAIRA yang gak tegas dalam mendidik. ADAM yang rapat dengan NICKY mula campur tangan bila sering saja SYAIRA & NICKY membuat 'perang saudara'.

kerana kasih pada mereka berdua, ADAM asyik campur tangan. dia berimpian selepas dia berkahwin dengan tunangnya ADLEENA, dia ingin mengambil hak penjagaan anak sedarnya. namun ADLEENA ternyata tidak setuju. Pertemuan ADLEENA dengan kekasih lama dicampur dengan ketidakpersefahaman yang berlaku menjadi titik tolak kepada terputusnya hubungan pertunangan mereka.

kerana kasih pada kedua-dua anak sedaranya dan juga kasih pada SYAIRA-perkahwinan antara ADAM & SYAIRA terjadi. dari musuh sentiasa mereka sudah boleh bertukar-tukar pendapat.
namun ujian menimpa. perkahwinan yang tidak berapa disukai ibu ADAM berserta dengan beberapa salah faham antara ADAM & SYAIRA menyebabkan perhubungan mereka menjadi hambar. ADAM jauh hati manakala SYAIRA memendam rasa.
lalu SYAIRA berkeputusan membawa diri sementara waktu bertemankan NADIA & anak ADAM yang dikandungnya.
setelah pemergian SYAIRA, baru kisah sebenar terkeluar. SYAIRA sudah jauh hati-jadi mampukah ADAM mengambil kembali hati SYAIRA?

komen ainsabrina :
citta ni agak complicated. cita orang dewasa ckit.
jadi overallnya ok2 je ^^

Friday, March 4, 2011

OBGYN DOCTORS

assalamualaikum..

due to stress overload-rasa macam nak duduk dunia lain..
akhirnya ainsabrina berkeputusan nak stay out from usm for a while..
cuba menghidu udara luar dari usm sekejap ^^

menumpang rumah sahabat sekolah (bakal cikgu) semalam membuka fikiranku jauh dari memikirkan masalah yang membelenggu minda.
mendengar bakal-bakal cikgu merungut masalah2 sewaktu praktikal membuatkan ku terasa seakan hidup semula..
ye la duduk di USM asyik2 dengar pasal orang sakit (ye la dah namanya nak jadi doktor,takkan nak dengar cita pasal orang sihat pulak kan), takpun tak abis-abis bncang pasal posting tu posting ni,pasal exam tu dan exam ni..setiap 6 minggu-exam dah sampai rasa nak termuntah dah ni duk exam ja..

namun sebanyak mana dikompelin ainsabrina-hidupnya takda la susah sangat sbnarnya..
dalam kata stress sempat ja abiskan novel (bermatlamatkan cabran 50buku tu ^^ )..
dalam kata stress sempat ja abiskan korean series..
da latest korean series yang ainsabrina tengok :

obgyn doctors


konon-konon nak ambik feel sebelum masuk posting o&g..

tu betul juga la..

tapi dalam masa yang sama ada niat nak tengok encik jongki ni jadi doktor..


tp jong ki dlam cita ni jadi doctor yang tak brapa cool pun..

jadi 'jatuh cinta' pulak pada pada doctor pediatrician ni..



ok ainsabrina dah stat angau+merepek..
baik ainsabrian berambus jauh sebelum dia makin merepek..

adios
wasalam

ainsabrina
at rumah seorang sahabat di pc
mood :stable rite now..
(^_^)

Thursday, March 3, 2011

Ain : Cabaran 50 Buku : (4)AD+IZ

assalamualaikum..

hari ni hari rabu,esok hari khamis..

sesungguhnya ainsabrina sangat2 suka hari rabu..rasa macam ada beban yang hilang ^^
sbbnya hari khamis takda wad round --> ibaratnya macam dah weekend buat kami2 pelajar tahun 4..
kalu yang nak balik umah hujung minggu ni mostly akan ambik tiket malam ni-->balik ke kampung halaman masing2..
ibaratnya macam khamis dah stat cuti sedangkan khamis kami ada lecture lagi (lecture yang sangatlah ckit student yang hadir)

k that's all for intro..

ni nak sambung cabaran 50 buku setahun..

ni bukunya :


Tajuk : AD+IZ
Penulis : Eury Athena
Keluaran : Kaki Novel
Halaman : 636 m/s



ADRIANA MAYESA (AD) seorang pekerja butik..kerana salah faham, dia terkahwin kontrak dengan TENGKU FARIEL IZUMI (IZ)..
di hari 'perkahwinan' itu baru AD tahu yang IZ-adalah musuh ketatnya masa zaman sekolahnya dahulu.
dari musuh ketat jadi suami isteri-mana tak huru hara jadinya ^^
dalam perkahwinan ni ada perjanjian antara mereka..

AD perlu merubah penampilannya-lalu terpaksa dia masuk universiti-untuk belajar dalam masa yang sama,mengimprovekan dirinya..
yang si IZ pulak perlu kuruskan badannya-ibarat kata AD dari saiz XXL ke saiz M..

lalu tanpa sedar hubungan mereka dari musuh menjadi kawan rapat..

TENGKU IHSAN sepupu kepada IZ..pertemuan IHSAN dgn AD ada peristiwa yang berlaku sehinggakan IHSAN memberi gelaran 'miss prejudice' pada AD dan AD memberi gelaran 'mr. charity' pada IHSAN. IHSAN dikatakan sebagai playboy diraja yang akhirnya jatuh cinta pada AD. IHSAN ni ibarat watak hero no-2 korea yng baik sangat dan ada ciri-ciri laki idaman tapi sayang hati AD dah ada pada IZ.

MARINA- kekasih lama IZ. Dia sebenarnya adalah punca salah faham berlaku sampaikan AD&IZ terkawin. Dia kembali menagih kasih IZ tanpa sedar yang IZ sudah berkahwin dengan AD.

Kisah AD+IZ bukan hanya mengenai kisah cinta 4 segi ala-ala cerita klise korea. ada kisah di sebalik pertemuan AD dan IZ. rupa-rupanya ada pengarah dalam kisah mereka berdua. Pengarah yang membuat pertemuan mereka sebagai kebetulan sedangkan semuanya adalah rancangan. siapa pengarah itu?
AD dikatakan iras-iras kekasih pertama IZ bernama ANN. Siapa ANN?

INGIN TAHU KISAH SETERUSNYA-TERPAKSA BACA SENDIRI YE ^^

komen ainsabrina pasal cita ni:
mula-mula baca cerita ni di penulisan2u
ingatkan cita ni klise ja-ala cita pasal kawin kontrak dah banyak sangat dalam novel2 ngan cita tv tapi ternyata ada kelainan dalam buku AD&IZ ni..
banyak peristiwa tak sangka ada dalam kisah AD&IZ ni..contohnya rupa-rupanya pertemuan AD&IZ masa zaman persekolahan mereka semuanya adalah di bawah rancangan seseorang.betul-betul tak sangka betapa seseorang itu lebih mementingkan pangkat dan harta benda berbanding hubungan persaudaraan..overall best bangat la cita ni ^^

ayat-ayat best dalam novel ni :

"kita dirancangkan untuk bertemu..kita ditakdirkan untuk bersama..namun adakah untuk bersatu..buat selamanya?"

" aku cuma berpeluang menjadi kekasihmu selama 3jam,3ominit,39saat..untuk itu izinkan aku menjadi pencintamu buat sepanjang hayatku.."

"tolong jangan kelirukan aku..tolong jangan buat aku jatuh cinta pada kau "

"jatuh cinta memang menyakitkan saat cinta tak berbalas"

Tuesday, March 1, 2011

Hidup dalam dunia KARTUN

'really want normal life rite now..' itu yang terdetik dalam minda ainsabrina

saat itu ada suara hati yang membalas "what is normal life?hidup ko tak normal?life sblm ni normal sgt kah? "

bila saat penat begini-rasa stress bertimpa-timpa..
perasaan 'want normal life' akan menjelma.
definisi normal life bagi ainsabrina-cukup kalu hidup sehari takda rasa stress,takda rasa anxious-risau tak pasal2,takda rasa takut yang melampau..
(symptom dah macam anxiety disorder dah ni-but it is not severe enough to impaired normal social & occupational functioning-so do not need to meet any psychiatrist yet ^^)

saat rasa down semcam ni ada kawan juga turut down-dia meluahkan rasa dalam hati

"terasa macam nak hidup dalam dunia kartun ja..hidup dalam cita naruto ka?dalam mana2 anime la" -kawan sorang NI memang gila anime ckit..ibaratnya kalu budak bawah ni wujud,dah lama dah dia ajak kawin ^^


tapi point sebenarnya nak cakap -
bila kami2 ni stress kami sangat2 rasa nak ke 'dunia' lain..
rasa 'dunia' lain yang lebih tenang..

tu hanya rasa..
dan bak kata kawan anime saya tu " it's impossible"

namun kadang2 hati cuba mengembirakan dirinya lalu kadang2 rasa ingin lari dari dunia ini datang..walaupun rasa tu tak membantu pun-tapi bila diluahkan rasa puas..
masalah,stress masih ada,namun bila rasa itu ada-ia membuktikan tahap ketahanan kami cuba digembirakan dengan rasa ingin lari itu..

entah apa ainsabrina coretkan rasa hatinya di sini..
letih dengan dunia sebenar memungkinkan semua kata-kata di atas..

"just want normal life"
mana wujud perfectly normal life..ibarat kata kartun bawah ni..




sedangkan normal life -adalah kehidupan yang penuh dengan masalah dan penyelesaian..
sekarang ainsabrina di stage masalah-mungkinkah satu hari nanti dia akan sampai juga di stage penyelesaian..

doakan kekuatan ainsabrina kembali menemani hari-hari lemahnya..
amin!!

wslm

ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails