sebelum berakhir tahun 2011 ,
teringin pulak rasa nak buat list top 10 buku yang dibaca untuk tahun 2011 .
dapat ilham dari sini ^^
check it out..
1. Nyanyian Tanjung Sepi - Noor Suraya
2. Tunas - Hlovate
3. aA+bB - Hlovate
4. 5 tahun 5 bulan - Hlovate
5. Versus - Hlovate
6. Kemilau Mutiara Raudhah - Saidatul Safaa
7. Nuansa Kota Merah - Khairyn Othman
8. Kau Sayangku - Bikash Nur Idris
9. Contengan Jalanan - Hlovate
10. Bagaikan Puteri - Ramlee Awang Murshid
banyak buku Hlovate .
saya kipas susah mati Hlovate ,
so maybe list top 10 saya agak biased sikit (^_^)
nak listkan jugak senarai e-novel yang ainsabrina follow..
1. .: Tulis~Baca~Hayati:. - adaibrahim
e-novel yang best sgt , in progress untuk jadikan edisi bercetak : Cinta Cap Buruh
e- novel in progress yg agak comel jugak : Ayat Power
2. Bulanhijau
semua e-novel + e-cerpen bulanhijau saya sangat suka.
nak linkkan semua jenuh pulak rasa ^^
jadi promote 2 je eh,
ni e-novel yg dah tamat & sgt sweet~
dan ongoing e-novel : Evangelina
3. Hikayat Dariku - Drsakura
ada cerpen best ni - Khairunnisa'
1 e-novel dah tamat - Kalau dah jodoh
1 e- novel in progress - Rahsia Hati Airin
4. grea is grey - grea
e-novel yang cara penulisannya ala-ala hlovate. seriously ^^
mungkin sbb grea pun kipas susah mati Hlovate jugak.
dan semua e-novel nya saya suka jgak , tapi promote 2 je eh
cerpen : second ( ada second 1 , 2 & 3)
e-novel in progress : Fragile
5. U n Me - Nurf
e-novel yg dah tamat - Ini kisah kita
e-novel in progress - Anggunkah aku
6. Zarith Natasha
e- novel yang terhenti sebentar tanpa sambungan : Bila Amar dah suka dia
e-novel yang tengah in progress : Toucholic
7. Heart of memory - Iman ( penulis novel jodoh atau cinta )
e- novel in progress : Siapalah aku
opppssssssss bila disenaraikan , baru tersedar banyak juga follow tu (>_<)
banyak pun , update setiap e-novel di atas ni agak lambat , kadang-kadang sebulan sekali je penulis update , kadang-kadang berbulan tak update..ye la semuanya mostly adalah part-time writer , ada tanggungjawab yang lebih penting rasanya ^^
mungkin ada yang bertanya..
kenapa semua novel je ??
bayangkan korang pelajar medic yang asyik menatap buku-buku tebal,
Rak buku ainsabrina |
saya ibaratkan buku-buku tebal medic saya tu sebagai makanan utama,
breakfast , lunch & dinner , wajib dimakan - asas.
antara waktu makan , still rasa lapar , rasa mcam nak mengunyah,
here comes the need of novel.
got it?
kena ke kiasan saya ni?
aish cakap banyak pulak.
saya just nak simpulkan : saya prefer lagi waktu antara makan saya ditemani makanan2 novel,
sebab ia lebih mudah, boleh hilangkan sekejap stress saya membaca buku-buku asas di atas ^^
ye , buku ilmiah pun boleh buat fungsi yang sama tapi masalahnya buku ilmiah memerlukan cerebral saya lebih banyak berfungsi jika dibandingkan dengan novel..
ibaratnya waktu antara makan tu , kita ambik makanan berat jugak.
dah breakfast , sementara nak lunch kita pergi makan nasi lagi. lunch makan nasi lagi. mau obesiti gamaknya. begitulah perumpamanya.
tak paham??
buat-buat faham je la ye ^^
apa-apa pun pemilihan novel itu penting.
pilih novel yang ada impak seperti mana buku ilmiah ,
ibarat macam buku hlovate *ok maaf, ada unsur biased di situ ^ ^ *
dalam kisah fiksyen itu , ada falsafah , ada pengajaran yang boleh kita ambik , rite?
mungkin , ada yang tidak setuju.
it's ok.
itu pendapat. bukannya fakta.
tiada yang betul , tiada yang salah dalam menyatakan pendapat selagi mana ia tidak melangar peraturan Allah.
apa-apa pun , azam saya masuk tahun baru ni ;
saya mahu lebih banyak membaca dan saya akan cuba memperbanyakkan lagi buku ilmiah dalam koleksi buku bacaan saya , insyALLAH.