Wednesday, June 30, 2010

JOIN CONTEST,MENANG TEH

assalamualaikum..

sambil2 menonton cita 'dari mata arissa' ni rasa cam nak updated blog jugak..

post sebelum ni saya join giveaway kan..
jadi kali ni nak join contest la pulak..MySpace
contest yang dianjurkan :


ni link blognya...
http://miszlullaby.blogspot.com/2010/06/2nd-contest-have-tea-with-miszlullaby.html


hadiahnya bagi saya sangat menarik MySpace
ini hadiahnya :



teh..
saya bukan lah peminat teh sangat..
saya lebih suka air kosong sebenarnya..

tapi saya tahu teh tu banyak kebaikannya..
jadi saya ambil insiatif untuk join contest ni..
mungkin jika menang,inilah permulaan untuk saya menjadi peminat tehMySpace

ok kesempatan ni saya nak kongsi ckit info mengenai kebaikan teh:

1. antikanser
ya..ni kebaikan yang memang kebanyakan orang cari..
dalam teh ada nya anti-oksida yang membantu mengurangkan risiko kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanserprostat...
jadi tak perlu la susah2,habiskan duit beli pil antioksida untuk elakkan kanser,just amalkan minum teh..

2. benefit pd kulit..
kebaikan ni khas untuk gadis2 di luar sana..
kalau ada yang perasan,banyak je alat2 kosmetik yang gunakan benefit teh ni..
1st-ia boleh melebutkan kulit..
tak caya?? cuba try ni..
Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit,iA kulit akan lembut.
2nd- teh juga boleh bertindak seperti antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam...juga boleh untuk mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup. MySpacesaya penah try gunakan teh untuk hilangkan bengkak di mata ni..tak pasti sangat kesannya sbb try sekali je..MySpace
tp best sgt.mata rasa sejuk je..
3rd-penyegar kulit..dimana teh mengandungi “tannin” yang berfungsi spt "astringen"(penyegar)utk kulit yg blh mhilangkan rasa keletihan pd kaki
rasa keletihan pada kaki..anda boleh mencuba ini..
rendam kaki selama 30-40minit di dalam bancuhan teh. MySpace

3. hypertensian @ darah tingi..
Amalan minum teh hijau setiap hari, mampu mengurangkan kebarangkalian menghadapi masalah darahtinggi sebanyak 50%.
camana?
ia membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.

4. untuk ingatan..
yang ni memang benefit sangat pada student2 yang ingin memori kuat untuk membaca dan menghafal..MySpace
daripada kajian didapati-org yang meminum 2 gelas teh hijau sehari akan merasai.
macam mana???
ini dikatakan dalam teh terkandung antioksidan yang dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan saraf2 dalam otak..
benefit teh ini juga dapat megelakkan seorang dewasa daripada mendapat penyakit alzheimer dan parkinson.

5.Menurun berat badan
ni banyak org suka ni...
teh hijau dikatakan mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol.
ia juga dikatakan membantu dalam penghadaman dan perkumuhan.MySpace

6. HIV person..
teh dikatakan mempunyai 'Epigallocatechin gallate' yang boleh menghalang merebaknya virus HIV & mampu membentuk sistem pertahanan badan dlm diri seseorang yg
menghidap HIV.MySpace

7. mengubat keracunan makanan.MySpace
dikatakan dlama teh mengandungi Catechin yang boleh membunuh bakteria yg menyebabkan keracunan makanan.

haa dah tahu benefitnya kan..kena amalkan ni...MySpace
dah tahu,lagi rasa terigin nak menang.MySpace
hopefully dapat peluang saya nak merasa teh yang jauh itu....MySpace

k saya nak tag contest ni pada wan iliana..sahabat saya sorang ni suka ckit mencuba benda baru..ikut dia la nak mencuba ke tak..

k that's all for now..MySpace
doakan saya berjaya..
wslm..

Tuesday, June 29, 2010

JOIN GIVEAWAY JAP

assalamualaikum..

sepatutnya malam ni ain sabrina bercadang nak pack barang untuk balik USM hujung minggu ni..
tah kenapa rasa malas bangat jd ditunda ke esok pagi..
esok memang kena paksa diri pack barang...

ok disebabkan rasa malas nak pack barang+ pelbagai rasa yang saya cita pd post sebelum ni..
jd ain sabrina pun blogwalking guna gengblogger..
raa cam nak join contest lak..jd survey2 kat GB..
dan akhirnya terjoin la giveaways ni..

ni linknya : http://balqyys.blogspot.com/2010/05/giveaways.html

ni la giveaway nye yang comel..



saja join giveaway ni sebab:
-nak giveaway comel kat atas..
-sebab contest agak simple
-saja nak eratkan silaturahim

tu je la kot..
hopefully berjaya!!!!

jadi buat sesapa yang nak join boleh la klik link kat atas tu tapi sebelum esok la sbb esok dah tarikh akhirnya..
all d best!!

Monday, June 28, 2010

HELP ME!!!!!!

assalamualaikum..

kebelakangan ni mood turun naik..

kekadang happyMySpace
kekadang sedih MySpace
kekadang tiba2 ada rasa takut+cuakMySpace

macam2 la..

semua ni disebabkan hanya tinggal lagi beberapa hari untuk saya kembali menjejakkan kaki di kelantan..
yes..kembali meneruskan pelajaran di usm..MySpace

dan kali ni dengan pangkal 4 di belakang..
menyebabkan ain sabrina cuak bangat..

pangkal 4 di depan menandakan ain sabrina akan FULL TIME clinical..
YES,FULL TIME !!!
cuak bangat..
rasa cam tak ready je lagi..

ok sejak lebih kurang awal jun yang lalu dah sibuk sahabat2 duk post group posting+jadual posting di FB..
menyebabkan saya sangat tak tenang..
siang malam terpikir..
minggu ni makin teruk memandangkan tinggal beberapa hari je lagi nak balik kampus..
sampaikan saya termimpi2 benda2 merepek..semuanya mimpi berkisar pasal masuk blaja balik..stress sangat kot sampaikan termimpi2 MySpace

dalam ketakutan saya rasa lega memandangkan group posting saya ramai org yang saya rapat..mostly adalah org study group saya..
then guess what???
tetiba je malam ni ada org post..
group posting baru!!!!
O.H. M.Y. G.O.D.

yah i don't like this suprised !!!
really don't like it..
makin berdebar-debar jantung ni nak masuk 4th year ni..

right now i'm TACHYPNEIC(rapid breathing) and TACHYCARDIC(rapid heart rate)
HELP ME!!!!!!

Thursday, June 24, 2010

"Comel betul akif zamani !!!!"

assalamualaikum..

bersua kembali..

nak detail ckit pasal post merepek sebelum ni..
masa tu mmg ain sabrina tengoh mood tak betul ckit..emosi terganggu.skrang ni dah ok ckit..

so i'm back

semalam baju ukhti dah selamat sampai di tangan saya..rasa lega sangat sebab dah ramai customer duk tanya2..dan pagi ni dah selamat poskan pada diorang kecuali pada beberapa org yang ada masalh ckit akan diposkan secepat mungkin selepas ini..

back to the title..

"Comel betul akif zamani !!!!"

akif zamani ni comel sangaT..baik,hensem +++++
tp sayang dia dah berpunya..huhu

mesti korang tertanya..siapa pulak akif zamani ni??

sebenarnya akif zamani watak hero dalam salah satu novel yang paling saya suka masa zaman sekolah dulu..

ni novelnya..

kau sayangku karya bikash nur idris...


sangat suka buku ni masa form 5 dulu..
dan saya sangat angau dengan watak heronya masa zaman form 5 dulu..
sampaikan semua bebudak hostel form 5 tahulah ke'angau' ni..hihi
macam mana la tak tahu kalau setiap perbualan dalam sehari tu mesti ada terselit juga nama akif zamani ni..tak sah la kalu tak cakap nama dia..siap dah mengaku encik akif zamani tu BF lagi..haha memang angau dengan akif zamani..ala2 macam dia tu wujud je dalam dunia sebenar..tu la..kalau ditakdirkan dia wujud,mesti bangga gila dia ada hard fans ni (^_^)

sampaikan masa akhir form 5..ada sorang sahabat hadiahkan novel ni pada saya..
dasyat tak dasyat penangan akif ni,melelonglah saya masa tu..



mesti ada yang tertanya..pa yg comel sangat watak akif zamani ni compared dengan watak hero novel lain?byk je watak lain yang jadi pujaan..
contohnya watak tengku syahran dari novel bicara hati..tu lagi ramai peminat..
saya ada pendapat sendiri kenapa saya tak suka watak tu..kalu cta nnti ramai pula yang tak puas ati nnti (^_^)

jadi saya hanya nak cakap apa yang lebihnya watak akif zamani ni sampai saya minat sangat dengannya :
1. sangat menyanyangi keluarga
2.buat keluarga arisa(heroin) cam keluarga dia
3. tak jiwang sgt just jujur dengan perasaan dia.
4. dan macam2 lagi yang tak dapat saya citakan kat cni..

nampak cam stereotype-ala cita novel kan mestilah watak heronya cam watak yang sangat2 baik-takda cacat celanya..
nak tau best sangat ke watak akif zamani ni? kena baca sendiri la..
kalu saya cita penangan nya tak menjadi sangat..hihi
tapi janganlah angau macam saya dulu..nazak la kalu camtu..

bila dah masuk matrik,minat pada novel dah menurun ckit..mungkin dek penangan result SPM yang tak brapa best tu..jadi sedikit demi sedikit saya dah lupakan BF saya,incik akif zamani tu..

ada sorang member saya yang study di mesir ,cik liyana namanya..oh kangen bangat sama dia..ni blognya http://alphabetablocker.blogspot.com/
satu hari ni masa 2nd year cik liyana atau lebih dikenali sebagai kay tiba2 ym saya..
tanya saya ada tengok tak cita 'dari mata arissa' di TV1..
Terkesima saya sebentar..sahabat saya sorang yang jauh bangat mesej tanya pasal rancangan TV..saya dah masuk medical school ni nak tgk tv(yang tak buka rancangan pa2 pn), itu pun rasa susah sangat,tambah2 la nak tengok rancangan TV apa2 tu..
saya pun balas pa yang istimewa sangat cita ni sampai dia tnya saya tengok ke tak..
jawapan dia buat saya agak excited walaupun tak brapa..
"dari mata arissa tu,diorang buat drama dari novel yang hang suka tu..ala akif zamani tu"
tergelak saya sebentar..
mana taknya medical student yang study di mesir boleh tau pasal cita ni,yang saya student tempatan je tak pnh tau pun kewujudan cita ni..
jadi aku tanya "wei cmna hang tau..dasyat betul".
jawapan dia "ala ternet kan ada..tengok la kat youtube"
ya2 jawapan yang bernas..

lepas dapat info saya takda kesempatan pun nak tengok..
ye la laman web youtube tu diblock di USM-ada la cara alternatif untuk tengok youtube secara haram tp saya malas nak belajar..kalau dah belajar ada petanda ain sabrina duk menapak di depan laptop je tgk cita macam2..
lagipun saya sebenarnya tak brapa suka tengok movie/series di youtube
1.sebab gambar nya tak berapa cantik
2.malas nak tggu loading
3.malas nak menapak lama2 depan laptop

so just biarkan..walaupun teringin nak tengok.

then cuti kali ni..guess what???
tetiba je TV1 ulang balik siaran cita 'dari mata arissa'

siap pengaruh cousin suruh ikut skali cta tu
then stiap kali kul 11pg menapak la saya depan TV1 tengok cita tu..
kalu nak suruh saya komen,of course la saya suka novel lagi..tapi apa2 pun suka jugak tgk cita novel direalitikan dalam series..
cita dia not bad walaupun nampak cam klasik ckit,,ye la cta TV1 kan banyak sangat protokal..
dan cta ni menyebabkan angau saya kembali

then kembali tercetus ayat yang dulu bisa diucapkan :
"Comel betul akif zamani !!!!"

haha kejap je..
nnti balik u sibuk dengan study,akif zamani(watak novel yang tak wujud ni)ni akan dibawa arus,lalu dia hilang lagi..dan ya dia akan kembali jadi wtak yg tak wujud...

Tuesday, June 22, 2010

Post merepek tuk ari ni....

assalamualaikum..

rasa cam nak updated sgt tapi taktahu nak menaip apa..

hmmmmmmmmmmmmmmm

hari ni cam tak brapa betul sgt..entah kenpa..

ok anggaplah ni post merepek ain sabrina..

maaf pada yang penat2 bukak blog tp ni je latest update blog ni..

anggap je la macam post ni tak wujud...

sian post ni..

nnti la kta jumpa lagi ye..

dari ain sabrina yg tak brapa betul ari ni..wslm..

Friday, June 18, 2010

"ahh ain tak nak kawen la cmni"

assalamualaikum..

dah lama tak jejak blog ni..rindu betul nak menulis tapi kesempatan takda..
minggu lepas sangat busy dengan kenduri kawin cousin..the ist family wedding untuk keluarga amran..cucu amran yang pertama melansungkan perkawinan..gempak tak gempak tgk gambar di bwah..
bawah ni saya selitkan gambar2 yang agak menarik..(^_^)

ni gambar yang paling saya suka..(^_^)


gambar pengantin bersama flower girl yang salah sorangnya adalah adik saya,inat.



penat sangat..4 malam berturut2 tido lewat untuk knduri ni..sampaikan saya pernah tercakap "ahh ain tak nak kawen la cmni"
just tercakap ye..takkan la betul2 pulak..kawin kan sunnah nabi (^_^)
tapi serius capek bangat !!!!
banyak benda kena fikir..banyak benda nak kena buat..bunyi dramatik sangat kan..dah macam wedding planer pulak saya ni..mungkin kalau betul2 jadi wedding planner lagi penat agaknya..saya ni yang hanya pegang title orang kuat kenduri pun dah rasa penat sangat..

ni antara kerja2 dibuat yang sempat dicaptured:

sediakan bunga rampai..potong serai wangi dll


semua benda berkaitan dengan penyediaan inai..yang menyedihkan last skali saya dengan sepupu yang bertungkus lumus nak sediakan inai ni,akhirnya kami tak sempat nak pakai pun sebab malam tu sibuk nak buat pelamin huhu


sedia bnga telur...


gambar buat pelamin..ni yang paling susah skali..ni kali pertama kami semua buat pelamin haha takda pengalaman lansung tengok buku kawen try apply apa yang boleh..


tu dia..
ni yang sempat di ambil,yang tak sempat tu....
pa2 pn penat camna pun,sangat best !!!
selesai ja majlis rasa lega yang amat..rasa lega majlis dapat selesai tanpa masalah..

pasal statement di atas..
statement "ahh ain tak nak kawen la cmni" terkeluar di saat rasa penat yang melampau2 waktu tu..hihi jadi terkeluar statement di atas tanpa sedar..
spa la yang tak nak kawin kan..normal..fitrah manusia ingin berpasangan,ingin dicintai but personally diri ini rasa ain sabrina masih terlalu awal kot nak terlibat dalam soal hati perasaan ni..haha geli kot cakap pasal benda ni..

ok2 dah..that's all my updated for now..
jumpa lagi nnti..
wslm..

ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails