Saturday, August 29, 2009

*UPDATED*

assalamualaikum..
dah masuk bulan posa pon..
ari ni dah cukup seminggu kita berpuasa..

alhamdulilah 1st day posa aku dapat berbuka posa ngan sahur kat rumah..
walaupun still tak cukup korum sbb ayin dah balik ke kolej dia but still puas hati la..
1st day buka posa makan masak lemak ketam kat rumah pulak tu..nikmat sungguh..
nikmatnya berakhir bila balik usm..huhu

minggu ni sangatlah pack..duk rumah relax sgt smpai2 cni kerja menimbun-nimbun menunggu..baik tak heart attack ja..hoho lebih2 pulak description nye..
sampai cni dah la kul 4 pg sedangkan kul 9 pg ada kelas..dah memang diri sendiri yang nak kan balik bas malam sbbnya nak berbukak posa jugak kat rumah..
malamnya sibuk dengan interview utk kemasukan baru MSFT(MEDICAL STUDENT FACILITATOR TEAM)..2 mlm berturut2..1st night tu aku try la jadi penginterview nye(sesi 1st je)..terbukti aku takda bakat hahahha gila pening duk dalam bilik tu..lagipun aku tak pndai pilih pun..ikut aku semua ok je,sesuai je nak jadi ahli hoho tapi nak wat camna ada limitation kan..so the 2nd night mmg aku urus pendaftaran je la..tak jenguk dah bilik interview..hihi *Fobia*

then the 3rd night g clerk patient..ye tetiba lak minggu ni aku present case..takda org paksa pun sebenarnya..hari ahad tu ady approach tanya nak tak present case minggu ni..sbb dia kata doktor minggu ni baik hihi nampak sangat memilih doktor tuk present hihi so aku pun merelakan diri nak present minggu ni..tensen gak la..bila dalam otak ni tetiba ja banyak benda nak pikir..patutnya kena present hari isnin tapi memandangkan aku pun busy dgn interview msft,ady pun bz ngan kelas jepun dia so kami pun tunda jadi hari khamis..alhamdulilah berjalan lancar..ni memang the best clinical ever la..doktor tu memang baik sangat..banyak sangat aku dah blaja..bertambah2 minat aku nak jadi doktor sakit puan hohoho tah la tu impian je..insyALLAH kalu ada rezki ada la..clerk patient tu best..patient tu sangat cooperate and baik sangat tu..patient tu pangkat adik je ngan aku tapi dah kawin+nak ada anak lagi..terkezut pada awalnya tapi memang muka dia nampak budak2 lagi..teenager pregnancy..bagi aku terlalu teenager..doktor cakap teenager pregnancy high risk tuk dapat hypertension waktu pregnancy..hopefully patient aku selamt la..dia tu comel sangat..pangkat adik kan..

memang di saat rasa banyak snagat benda mencengkan diriku rasa betul2 nak balik rumah hohoho bersabarlah la ain..ckit je lagi..

ok nak cta lagi..tadi aku buka posa kat luar..sebabnya selalunya aku ngan aida lebih gemar bukak posa kat surau,senang boleh sambung solat terawih trus..memandangkan ari ni surau takda majlis berbuka so kami beramai-ramai buka posa kat chim chum..chim chum ni tempatnya ala2 steamboat..mostly budak usmkk memang kenal sangat la tempat ni(aku rasa la..btul kan????) kami g pas solat terawih sbb nak g waktu buka posa tu takut ramai orang sangat..kat bawah ni ada gambar2 g sana (^_^)

ni lah antara wajah2 yang g.yang tgh tangkap gambar tu narimah..kredit tuk narimah =)




kami sempat gak sambut birtday cik wan iliana kat sana..belated birthday dah pun..birthday 8/8/09 tapi masa tu semua org tgh bz ngan cfcs+pembatalan cfcs+balik umah jadi tak sempat buat celebration pn..juz wish je waktu tu..so ni qhada balik la..(^_^)


akhirnya..........



masa kat ctu sempat fon adikku irfan..sbb rasa rindu sgt kat umah huhuhu
setiap kali g chim chum mesti ingat kat famili..sbb rasa teringin sangat nak bawa diorang makan kat ctu sbb steamboat kat png mahal dan cam tak best sgt(pada pendapat aku la)..jadi teringin nak bawa diorg g chim chum tu tapi tak berkesempatan lagi..takpa2 ain sabrina ada lebih kurang 3 tahun lagi kat cni..ada masa lagi tu (-_-)
bila fon si irfan tu dia kata da kat kuala kangsar(kat kg abah)..masa tu memang rasa betul2 homesick..kalu boleh nak fly je balik umah waktu tu huhu tapi apakan daya..terpaksa menyabarkan hati hingga raya..huhuhu..napa ain sabrina homesick sangat nih???mgkin sbb bnyak kerja menimbun..hari ni dari pagi aku abiskan masa buat case report still tak abis2..baru 1/3 siap tu ish2 lambat betul ain sabrina berkeja..

ok la tu je updated dari aku hoho cam org penting je bunyinya..k la adios dulu..nak kena bangun awal nih..k wslm..

Wednesday, August 19, 2009

APA AKU BUAT CUTI NI?????

assalmualaikum..

here i am keboringan di rumah..cuti pnjang pn ssh,cti pndek pn ssh..taktau nak cti jenis apa..cti tgh2 la..

aku mmg teringin sgt nak update blog nih tp tak tau nak cta pa sbnarnya sbb takda point yang menaik pn berlaku sepanjang cuti nih..tapi bila jenguk blog tadi,terpandang kat senarai sahabat2 yang blogging jgak..mmg kebelakangan ni tak rmai yang rajin update blog..tahun exam la katakan..tetiba je tgk snarai nama tu blog teratas skali(blog yg paling latest updated mksudnya) adalah blog aida,rmateku.."eh aida update blog"..tu yg terlintas dalam pemikiranku sbb setahu aku rmate aku sorang ni memang takda la rajin sgt nak mengupdate blog nye(takda niat nak mengutuk ye aida..just memberi kenyataan hihi)..bila tgk aida dah update perasaan tringin nak update blog lagi membuak-buak jadi tercetuslah post tah apa2 nih hihihi

apa aku buat cuti ni?????
tah aku sendiri tak tau..
keja aku tiap2 hari tido+makan+tgk tv+surf ternet+kalu rajin ckit bc note(2 pn leh kira la brapa kali sgt bukak note nye)
ahh boring tul hidup tak bermanfaat nih..
hujung minggu ada la keluar..
k la aku cta terperinci ckit.
aku smpai penang hari sabtu ptg..nothing happen that day..balik rumah seronok2..jmpa family bla bla bla malam tido..

the next day, g sunway carnival..shopping2 ngan adik2 ngan mamaku..aku dan adik2 ku g tengok wayang cta G.I.JONES...best..pada mulanya sedih gak sbb plan pada mulanya nak tgk harry potter tapi cta harry potter dah takda..bila tau dah takda frust gak,dah malas nak tgk wayang pd mulanya..then adikku ayin beria-ria promote cta G.I.JONES tu,aku pn ok la..redah je masuk..then alhamdulilah aku bg 5 star la kat cta ni..best sgt!!!!

then hari isnin-khamis nothing interesting memandangkan rumah kesunyian..smua sekolah+kerja..

then hari jumaat aku g konvo kat usm penang..takda sapa yg graduate..saja jalan2..g konvo usm mmg jadi anual activy aku hihihi maksudnya bkan sbb ada org graduate ataupn sbb aku student usm tp aku mmg setiap tahun pengujung setia konvo usm...dulu mamaku selalu bertugas tuk konvo jadi g konvo sbb mama...

hari sabtu-nothing interesting..

hari ahad balik kg bandar bharu ada kenduri sempena kedatangan bln puasa..

then semlam aku g teman mama g wat chekup kat hospital besar pulau pinang..as usual,menunggu tu dah adat resam g chekup kan...masa tgh tggu ubat kat farmasi,ramai gila la manusia...macam2 ragam manusia leh tgk..masa ni betul2 terasa 1 malaysia tu..ye la berbagai jenis manusia bercampur dengan aman kat ctu kan..then sedang aku menunggu ubat untuk mak aku manakala mak aku g wat test jap..so tggal la aku sorang2 kat ctu..jadi aku pn kelaurkan earphone,pasang kat hp,dengar lagu sementara nak menunggu..then sedang aku menunggu,saat aku mendengar lagu princess hour-sarang in gayo(pehaps love)(^_^)-tetiba pak cik india sebelah aku tetiba mengadu..
"aiyoh lama lagi ka???datang pukul 9 pagi..dah pukul 4 pun tarak abis lagi..tggu doktor dah lama..tggu ubat pun lama..dari pagi pn tarak makan.."
terdiam aku..taktau nak reply pa..aku pn tensen gak menunggu lama tapi at least aku dan mama takda la menunggu lama sangat sbb mama memang monthly chekup dengan dr..at last yg aku boleh buat waktu tu hanyala menepuk perlahan belakang pak cik tu..dia hanya tersenyum sblm akhirnya nombornya akhir dipanggil..hmm pasal menunggu lama kat hospital ramai dah sedia tahu..taktau la nak salahkan siapa..mginkah sbb kurangnya perkhidmatan(dr+nurse+pharmacist+tmpat tu sndiri) mahupn mgkin sbb patient nya ramai????entah la..aku pun tak pasti untuk ulas bnda ni pnjang2..

dah la aku dah penat menaip..adios..

Thursday, August 6, 2009

"ADA HIKMAHNYA"

assalamualaikum..

keletihanku dicni..patutnya pada saat ini aku masih berada di kg pengkalan nyireh,besut sempena program cfcs=kkkk(kajian kes komuniti keluarga) yang sepatutnya berakhir ahad ni berakhir lebih awal kerana ada kes H1N1 kat usm..ohhh keletihan+kesedihan+kekecewaan..pelbagai perasaan bercampur..

semalam 5/8/09 jumaat..seperti dirancang kami(pbl 16) bertolak pagi dalam kul 8 lebih ke besut terus ke kg pengkalan nyireh..semasa dalam perjalanan aku dan ainul beberapa kali mengutarankan ketidak sedapan hati kami(ringkasannya tak sedap hati la) tapi tak terfikir lak sampai ke tahap ini akhirnya..ok bersambung pada cerita.. sesampai kat sana kami uruskan hal pinjam dewan sekolah utk program+ambil barang pameran dr klinik...pas zohor baru start edarkan flyer and promote program yg km rancangkan nak jalankan kat dewan sek. pengkalan nyireh..then berenti solat asar kat rumah tuk penghulu..sedang melepak-melepak kat gerai makan tuk penghulu sblm nak solat tetiba je ada berita perutusan dr prof halim katanya ada h1n1 so kami perlu balik usm sekarang..cam tak caya ja..kami baru sampai pg tu and dah start promotion tetiba dapat arahan"balik sekarang"..OMG!! punya la penat+letih+makan hati(sampaikan tak lalu nak mkn beberapa hari sblm ni) utk buat projek ni tetiba je BATAL!!! memang mencabar ketabahan hati...

then winton,pbl 16 leader trus call our supervisor,dr hasyim..hve a talk with dr hasyim,then we decide to have a night at our kampung,wait for the confirmation of H1N1 case..kerana terlalu letih seharian memandu ke sana ke mari,ain sabrina dengan selamatnya masuk tidur kul 10 mlm..haha aku sendiri terkejut bila tengok jam waktu tu.."eh baru pukul 9.30 mlm"..sedangkan pada saat itu mataku sangatlah rasa nak tutup..

so the next day that is today..me and jasmine(my homemate) just stay at our mak angkt's house
rumah mak angkatku



..sempat bermain ngan cik aliya comel ni..




sempat tgk syurga cinta jap..sempat bersembang panjang ngan mak angkatku..sepanjang masa itu, macam2 pnggilan aku dapat,ada yang bertanya mcm2 la..then ada pnggilan dr cik zakiah
kesedihan + kekecewaan menyelubungi diri memikirkan program yang dirancang tak dapat dijalankan..betapa peritnya+susahnya untuk merancang program tersebut ahhhhh...berapa bnyk duit+penat lelah+masa+tenaga dikerah utk program ni yang hancur dlm sekelip mata..betul lah kita hanya merancang tapi yang KUASA juga yang menentukan..
di saat kekadang aku cuba menyejukkan hati dengan berkata "ada hikmahnya perkara ni" dan di saat aku rasa betul2 kerinduan nak balik umah but still kekecewaan kerana program dirancang tak jadi still ada..

tergambar di ingatan wajah2 penduduk2 kampung yang kami lawat untuk bagi flyer..
most of them macam sangat hepi+sangat2 berminat..
"insyALLAH kak g"
ada yang kata "memang kak nak g..kak memang berminat perkara2 gini"
ada juga "pak cik ada keja..insyALLAH org rumah g la"
"insyALLAH sabtu ni cuti..pak cik nak bawa satu rumah skali bolah dak??"
yang paling terharu "kak sakit mata ni tapi kak nak g gak..takpa2 petang ni kak g klinik kg raja ambil ubat..insyALLAH sabtu ni leh g"
macam2 la..aku hanya dapat cerita..kalu korang dapat rasa sekali kegembiraan diorang tu wlaupun aku akui ada jugak yang macam tak berminat kan..tp still kenangan itu sangat indah..bersusah payah dalam panas tak terasa sangat tatkala penduduk kampung kata nak join program..tpi kebgembiraan itu kembali berhancur kecai di saat pembatalan residensi 3 confirm..ahhh sedihnya..hhuhu takpe2 ada himahnya tu..kembali megulakan diri sendiri hihi

apa2 pn yg lepas biarkan lepas..kelebihannya aku leh balik png lebih awal hahaha takda la awal sgt..awal 2 hari ja..apa2 pn harapanku harap2 medden 3 yang lain dapat bersabar..inilah pengalaman cfcs pertama yang tak dpat dirasai oleh senior2 lain2 kiranya kita bertuah la hihi ye la tu..ok adios wslm..

aku postkan skali gambar masa 1st residency yg aku tak dpt post ari tu sebab ada maslaah ckit..byk gambar sbnarnya..so aku juz pilih gmbar yg aku suka ja..(^_^)







bergambar dengan penduduk kampung..



ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails